Crying At The Cemetery
Death Curse
Eunji menatap sayu sebuah gambar bersaiz kertas A4 yang berada di hadapannya. Gambar yang berada di hadapannya itu memaparkan wajah seseorang yang tersenyum manis. Dia sangat rindu akan orang yang berada di dalam gambar itu.
Mutiara-mutiara jernih mula mengalir daripada kelopak matanya. Untuk seketika matanya dipejamkan. Fikirannya mula memainkan memorinya semasa dia kecil. Dia tersenyum ketika kotak fikirannya menayangkan detik-detik bahagia bersama keluarganya. Ya, detik-detik ketika dia masih tidak tahu apa-apa dan masih terlalu muda.
Kakinya mula lemah. Dia hanya memandang ke lantai. Tidak sanggup rasanya dia mahu menatap gambar itu lama-lama. Semakin ditatapnya gambar itu, semakin sebak hatinya. Tangannya mula menggeletar. Tangisannya semakin kuat.
Dia terduduk lalu memeluk tubuhnya. Dia hanya mahu menangis sepuas-puasnya di situ. Setelah beberapa minit dia menangis tanpa mengeluarkan sebarang suara, dia mula memandang semula ke arah gambar tersebut.
Walaupun dengan mata yang sembam akibat menangis, dia masih lagi tabah dan tersenyum lalu menceritakan pengalamannya ketika berada di sekolah CM Highschool. Kadangkala dia tertawa sendirian semasa menceritakan kisah-kisah menarik dan kelakar. Pengalamannya itu diceritakan secara terperinci tanpa meninggalkan satu detik pun.
Masa semakin berlalu tetapi dia masih berad
Comments