Lee Ji Eun
Death CurseSelepas hari pertama persekolahan tamat, Eunji segera pulang ke asramanya. Terlalu banyak perkara yang perlu dia kemas sebelum kelas tambahan pada waktu petang bermula. Hari pertama sahaja sudah sibuk, apatah lagi hari-hari berikutnya.
Dia memandang bangunan di sebelah kanannya. Bangunan yang berdepan dengan asrama Miranda itu dikenali sebagai asrama Casandra, ianya asrama kepada pelajar-pelajar lelak. Bagi Eunji, sekolah itu sangat unik. Nama sahaja seperti sekolah untuk perempuan tetapi manusia-manusia yang mendudukinya adalah lelaki dan perempuan.
Kemudian dia memandang bangunan di sebelah kirinya. Memang betul-betul bangunan di kiri dan kanannya kelihatan sama, betul-betul sama! Terdetik dihatinya mengapa kedua-dua bangunan asrama itu dibina menyerupai antara satu sama lain.
Tiba-tiba anak matanya terpandang sesusuk tubuh yang berambut panjang melepasi bahu dan berwarna sedikit keperangan di koridor biliknya. Mungkin gadis itu merupakan salah satu ahli-ahli dibiliknya.
Eunji dengan mesranya melambaikan tangannya ke arah gadis itu. Namun gadis itu hanya memandangnya dengan tajam, sungguh menakutkan! Wajahnya tidak bermaya dan pucat seperti tidak menjamah makanan selama setahun!
Eunji tup-tup dikejutkan dengan satu pukulan halus dibahunya. Dia cepat-cepat memandang individu yang memukulnya itu. Oh, rupa-rupanya dia budak
Comments