Light Blue Letter
Death Curse
Sekejap sahaja peristiwa lamaran Mino yang ditolak oleh Eunji tersebar ke seluruh sekolah. Pasti ramai yang tidak menyangka bahawa Mino yang tampan seperti G-Dragon itu boleh ditolak sampai begitu sekali.
Gosip yang selalu menjadi buah mulut para pelajar perempuan yang mengatakan bahawa Eunji menggoda Mino jauh tersasar. Sebenarnya Minolah yang asyik terkejar-kejar dengan Eunji. Nah, don’t judge a book by it’s cover. Jungkook dan Kai juga tidak ketinggalan dengan isu itu. Mereka mengerling sesama sendiri.
“Aku ada akal! Aku nak letak surat cinta dekat laci meja dia,” Jungkook tiba-tiba bersuara sambil ketawa.
“Amboi kau, nak kena tolak macam si Mino tu ke?” Kai menjeling.
“Hoi, dia takkan tolak orang macam aku ni la. Kan aku selalu ada dengan dia disaat susah dan senang,” Jungkook tersenyum sinis.
“Ekk, nak termuntah pelangi aku dengar. Baik kau jangan buat, sesal kemudian tak berguna okey,” Kai menasihati Jungkook.
Malangnya Jungkook tidak mempedulikan Kai. Dia menulis sesuatu di atas meja belajarnya.
“Dah siap! Jong In, kau tunggu dekat sini. Aku nak pergi kelas kejap,” Jungkook keluar dari dorm sambil tersenyum riang.
Kai tidak mendengar kata-kata Jungkook. D
Comments