Lose The Money
Death Curse
“Wei, korang! Duit aku hilang!” suara Sandara tiba-tiba memecah kesunyian seluruh dorm Miranda.
“Berapa banyak?” Jiyeon bertanya. Suasana menjadi cemas.
“Duit yuran kelas dan kelab Sains! Banyak tu!” jawab Sandara sambil menyelongkar almarinya.
Kelihatan ahli bilik yang lain juga memeriksa almari masing-masing. Setelah 20 minit berlalu, mereka masih lagi tidak menemui jawapannya.
“Ha! Ni mesti budak baru tu yang curi! Eunji yang ambil duit yuran tu!” tiba-tiba Sandara membuat andaian secara rawak tanpa berfikir dengan panjang. Secara serentak juga, kelibat Eunji berjalan memasuki bilik mereka.
“Eunji, bagi balik du--,” kata-kata Sandara terputus setelah melihat wajah Eunji dengan jelas. Semua ahli yang berada di bilik itu juga terlopong.
“Ada apa? Bagi balik apa?” Eunji yang kehairanan dengan reaksi ahli-ahli di biliknya bertanya. Dia juga terkejut kerana tiba-tiba sahaja Sandara meninggikan suaranya sebentar tadi.
“Err… D-Duit Sandara-a..hilang…,” Jiyeon membalas pertanyaan Eunji dengan suara yang terketar-ketar. Matanya membuntang kerana ada sesuatu yang tidak kena.
“Duit? Semalam saya nampak unnie letak duit tu dekat bawah bantal. Kenapa
Comments