Favourite Snacks
Death Curse
Lima hari sebelum peperiksaan bermula, kelihatan semua pelajar sedang bertungkus-lumus menelaah pelajaran.
Seperti biasa, Eunji dan Jungkook akan belajar bersama-sama pada waktu petang memandangkan semua aktiviti kelab dibatalkan untuk memberi peluang kepada pelajar mengulangkaji pelajaran. Pada waktu malam pula, mereka akan menyaksikan atlet-atlet sekolah berlatih untuk acara sukan yang berlangsung selepas peperiksaan awal tahun tamat.
Tujuannya adalah untuk memberi sokongan dan dorongan kepada pelajar-pelajar atlet di sekolahnya.
“Nah, snek kau,” Eunji memberikan snek yang dipesan oleh Jungkook lalu melabuhkan punggung di sebelah Jungkook untuk menyaksikan aktivti para atlet di padang sekolah pada malam itu.
“Terima kasih wahai Eunji, kalau boleh belanjalah lagi,” Jungkook berkata sambil ketawa.
Eunji pula hanya tersenyum sahaja. Kuat betul jenaka pelajar lelaki di sebelahnya itu. Kemudian Jungkook memandang snek yang dimakan oleh Eunji.
“Kau memang suka makan snek tu ke?” Jungkook bertanya kepada Eunji dengan dahi yang berkerut.
“Ya. Kenapa? Pelik ke? Dari kecil lagi aku suka makan snek ni. Sedap tau! Nak rasa?” balas Eunji sambil memberikan sneknya kepada Jungkook.
“Tak apalah. Nanti aku habiskan baru ta
Comments