A New School
Death CurseBaju uniform berwarna hitam bertali leherkan biru tua sudah lengkap dikenakan pada badan Eunji. Dia tampak lebih bergaya dengan potongan rambut panjang melepasi bahu yang disikat kemas. Sungguh berbeza dengan penampilan Eunji semasa dia di sekolah lamanya. Dahulu dia cuma memakai baju berwarna putih dan skirt pendek bercorak jalur yang biasa digunakan di sekolah-sekolah biasa.
Nama sekolah barunya sangat terkenal dan sering disebut-sebut di media massa dan di dada-dada akhbar harian, sudah tentu persekitarannya berbeza dengan sekolah-sekolah biasa di daerah itu. Eunji dihantar ke kereta sewa oleh ibunya. Buat kali terakhir dia melihat wajah ibunya yang sayu sebelum dia meneruskan perjalanannya ke sekolah barunya. Kereta sewa tersebut bergerak meninggalkan perkarangan rumahnya yang serba sederhana itu sehingga menghilang dari pandangan Eunji.
Setiba di lobi utama sekolah barunya, Casandra-Miranda Highschool atau singkatannya CM Highschool, Eunji terpesona melihat persekitarannya yang sangat cantik dan bersih. Segala objek-objek yang berada di kawasan lobi utama itu tersusun kemas. Disebalik kekemasan dan keindahan bahagian lobi utama itu terlihat sesusuk tubuh yang tersenyum manis kepada Eunji. Wanita itu memperkenalkan dirinya kepada Eunji dan menggelarkan dirinya sebagai guru pengiring pelajar-pelajar baru. Eunji yang mudah bermesra dengan orang asing juga membalas senyuman guru tersebut.
Comments