Jokes In The Library
Death Curse
“Ah, tak boleh! Aku kena lawan dia jugak. Aku kena dapat nombor satu dalam gred ni!” seorang pelajar sedang tekun belajar di perpustakaan berkumat-kamit sendirian. Hatinya sungguh panas kerana wujud seorang individu yang pasti akan mengganggu reputasinya untuk menjadi orang yang paling bijak dalam gred itu.
Kemudian dia ternampak akan rakan sekelasnya, Eunji dan Jungkook sedang bergurau senda sambil masuk ke dalam perpustakaan. Mujur sahaja kehadirannya itu tidak disedari oleh dua orang pelajar di hadapannya. Kemesraan Eunji dan Jungkook membuatkannya bertambah membara. Geram sungguh dia dengan dua orang pelajar itu. Kemudian dia mengemas buku-bukunya lalu berlalu pergi dari perpustakaan sebelum kehadirannya disedari oleh Eunji dan Jungkook. Namun, Jungkook sempat menyedari kehadirannya semasa keluar dari perpustakaan.
“Wei, aku nak tanya ni. Kenapa kawan kau si IU tu nampak macam tak rapat dengan kau?” Jungkook bertanya kepada Eunji sambil membuka buku latihan Matematik Tambahannya. Eunji hanya mengangkat bahu menandakan dia juga tidak tahu.
“Tak apalah. Lebih baik kau ajar aku bab ni. Aku betul-betul tak faham. Masa dekat kelas tadi, aku cuma buat muka blur je. Peninglah! Siapalah yang wujudkan subjek ni,” Jungkook membebel-bebel di hadapan Eunji sambil menconteng soalan yang terdapat di buku latihannya.
Comments