Fantasy Ileaf:Titan

Description

          Penerimaan ahli baru Dan Hyperion dalam organisasi Fantasy Ileaf telah menjadi jawapan bagi misteri tentang Titans yang pernah memerintah dunia magis.Bagi membangkitkan kuasa Titans ini perlukan kesemua Titans dari pelbagai unsur api,air,angin,tanah,ais,daun,kilat,cahaya dan naga.Dan telah menjadi sasaran terakhir bagi menghidupkan kembali kuasa Titans.Dapatkah Dan menghalang dirinya daripada dipergunakan untuk membangkitkan kuasa tersebut? 

         Sebuah novel karangan Muhammad Hasril bersama-sama idea daripada Aidil Ailimi dan Ikhwan Muizzuidin.Bergenre lucu,aksi,magis dan fantasi.

Foreword

Prolog:

           Magis dan sihir telah menjadi perkara biasa untuk manusia. Ada yang menggunakannya dalam bidang perubatan,perniagaan dalam bentuk barangan atau sihir.Malang sekali,ada yang menggunakan bagi pekara yang jahat.Bagi mengelakan pekara ini berlaku maka kerajaan telah mewujudkan sebuah organisasi yang melindungi perkara ini berlarutan.Organisasi itu bernama Fantasi Ileaf.Membawa fantasi pada semua orang,itulah harapan mereka.

Episode 1:Pengenalan

      Pada hari yang mendung di mana cahaya matahari dihalang oleh awan. Seekor burung helang salji berwarna putih salji. Burung ini hanya akan muncul apabila hampir musim sejuk. Burung tersebut berlegar di langit yang kesejukan mencari makanan bagi persediaan menghadapi musim sejuk.

     Di bandar Order,merupakan sebuah bandar yang jauh ke selatan dan merupakan salah satu pusat pelabuhan yang terbesar di dunia.Seorang pengembara tampil di hadapan pintu gerbang bandar tersebut.Pengembara tersebut memakai skaf berwarna merah berserta tanjung berwarna putih.Pengembara itu pergi menjelajah ke bandar tersebut.Selepas beberapa jam dia berjalan.Pengembara itu melepaskan lelahnya pada sebuah bangku awam yang tidak jauh dari tempatnya.Dia mengeluarkan sehelai kertas daripada kocek seluarnya.Kertas itu merupakan sebuah peta bagi bandar Order.Rupa-rupanya pengembara tersebut sedang mencari sesuatu tempat.Tetapi dia kelihatan sudah sesat.Daun di dahan sudah mulai gugur menandakan musim luruh hampir tiba.Sambil mengambil pemandangan di langit yang semakin dicalit warna jingga dia memikirkan tempat mana yang ingin dia tinggal kerana hari semakin kelam 

       Tiba-tiba muncul seorang kelibat seorang lelaki menghalang pandangannya.Lelaki tersebut berpakaian serba hitam kecuali seluarnya dan kain di lehernya yang hampir menutupi seluruh tubuhnya. Rambutnya berwarna hitam dan berceracak sedikit. Lelaki tersebut memperkenalkan dirinya.

“Hai nama saya Cryil Exodark, selamat berkenalan,”Cryil memperkenalkan dirinya

“Err….nama saya Dan, Dan Hyperion,”kata Dan

“Nampak seperti kamu nak pergi Pejabat Pengurusan Ahli Sihir,”Cryil hanya meneka sahaja.

“Macam mana tuan boleh tahu!?”Dan terkejut.

“Saya boleh melihat melalui peta yang kamu pegang itu,”Cryil menjelaskannya.

"Jom ikut saya, saya mahu belanja kamu sesuatu"

“Err…okey,”Dan jenis yang tidak boleh menolak pelawaan orang kerana khuatir boleh kecilkan hati si pelawa, jadi dia terima sahaja. 

       Cryil mengajaknya ke sebuah kafe untuk belanja dia minum di situ.Ramai yang menyambut ketibaan Cryil.Kelihatan seperti Cryil merupakan orang yang sangat peramah di sini.Cryil memesan air kegemarannya dan air pesanan Dan pada seorang pelayan bar di situ.

.............................................................................................................................................................................

       Mereka menikmati air pesanan mereka.Pintu kedai itu dikuak lalu muncul seorang kelibat perempuan berambut panjang berwarna hitam hingga ke paras pinggangnya. Perempuan tersebut memakai tanjung berwarna hitam dan baju berwarna merah didalam. Perempuan tersebut membawa empat katana dipinggangnya dan berseluar panjang berwarna biru pekat.

      Cryil menjeling perempuan tersebut lalu buat tidak layan dan sambung menikmati air pesanannya. Perempuan tersebut menghampiri Cryil lalu menpuk belakangnya.Cryil tersedak sementara kerana dia sedang minum air pesanan

“Hai lama dah tak berjumpa Cryil,”perempuan tersebut menyapa Cryil.

“Mmmm……..kamu nak apa sekarang? ”Cryil menaikkan suaranya.

“Alah! Saya bergurau sahaja. Frank macam biasa mocha satu!”perempuan itu memesan air ke gemarannya kepada pelayan bar di situ.

         Sementara menunggu airnya pesanannya siap dia perasan ada orang baru di kafe ini.

“Err…Cryil ada orang  baru dekat sini ke?”

“Ada dekat sebelah aku,kenapa?,”dia mengiyakan kata perempuan tersebut.

“Hai! Selamat berkenalan nama saya Kurai Misaki. Awak mesti baru dekat sini bukan?”

“ Ya!Nama saya Dan Hyperion. Macam mana awak tahu saya masih baru di sini?”

“Oh!Tentang itu kawan kamu baru sahaja beritahu,”

..............................................................................................................................................................................

     Matahari semakin turun.Mereka berpisah dan mereka pulang ke rumah masing-masing.Kecuali Dan,kerana di tidak mempunyai rumah disini.Lagipun,dia masih baru di bandar disini

"Dan,kamu tidak mempunyai tempat tinggal ke?"Cryil bertanya pada Dan.

"Tak,"Dan menjawab dengan ringkas.

"Kalau begitu kamu tinggal di rumah saya buat sementara.Boleh."

"Terima kasih."

     Akhirnya,mereka tiba di rumah Cryil.

"Sebenarnya saya tinggal bersama dengan adik saya.Tetapi dia pergi belajar di luar,"jelasnya.

..............................................................................................................................................................................

     Tiba-tiba sesuatu yang pelik berlaku. Rumah Cryil sudah tidak berkunci. Cryil bergegas masuk ke dalam rumah. Dia kelihatan ada seorang kelibat perempuan berpakaian hud berwarna hitam di dapur. Kelibat tersebut seperti menyelongkar barang di dapur. Cryil segera melancarkan serangan. Tetapi serangan nnya terbatal kerana kelibat tersebut adalah adiknya sendiri.

“Maafkan abang. Abang fikirkan pencuri tadi,”

“Hmph! Adik takkan masak makan malam untuk hari ini,”

“Abang sudah minta maafkan,”

        Tiba-tiba adik Cryil perasan ada seorang kelibat di belakang abangnya.

“Err…Siapa lelaki di belakang itu abang?”

“Oh, ini! Dia ialah seorang rakan abang yang baru,abang jemput dia tidur di rumah kita hanya untuk semalaman. Memandangkan dia baru datang,”

        Adik Cryil lantas menarik rambut abangnya.

“Aduh,sakitlah!”Cryil meraung kesakitan.

“Kan adik sudah pesan jangan bawa orang asing ke dalam rumah kita,”

“Nama awak siapa?”dia bertanya dengan nada yang serius.

“Dan,Dan Hyperion”

“Erine Exodark, selamat berkenalan,”nada Erine masih lagi sirius walaupun ayatnya mesra.

 .............................................................................................................................................................................

         Selepas makan makanan daripada masakan Erine,mereka melakukan sesi perkenalan diri di meja makan. 

"Hei!Adik bukan ke rambut kamu dulu pendek?"Cryil hairan dengan perubahan fizikal adiknya.

"Memang betul.Tetapi semasa adik belajar di luar bandar,adik seperti mahu bela rambut panjang hingga ke bahu dan adik sekarang sudah ada rambut yang panjang."

"Apa pun selamat perkenalan buat tetamu yang baru di rumah ini dan di bandar ini,"Cryil menyambut ketibaan Dan sebagai orang baru disini.

"Terima kasih semua."

-Tamat episode 1-

Bersambung......Terima Kasih kerana membaca

 

 

 

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet