009

Pertempuran Takdir (KC Sequel)

 

  1. Bab 9

Sulli mencapai topi dan jaketnya. Seperti kebiasaan, dia akan bersama Jieun membuka gerai tepi jalan. Sebagai punca rezeki, juga sebagai aktiviti menghabiskan masa bosan.

“Selamat pagi”

Sulli menoleh lihat Sehun menguap besar. Rambutnya serabai dan wajahnya sembap pagi.

“Lambat kau balik malam tadi”, tegur Sulli sambil mencapai dan menyarung kasut. Jaketnya diperbetulkan, diselesakan dengan syal tebal di leher. Topi yang dipakai menutup bayang wajahnya.

“Aku pergi jumpa Seojun semalam. Nak pergi kerja dah ke? Kau buat sarapan tak? Aku lapar.”

Sulli menggeleng-geleng dengan sifat Sehun yang selalu bertukar pasangan. Siapalah Seojun yang menjadi mangsa terbaru kasanova itu? Sulli langsung tidak menyedari watak palsu yang Sehun cipta untuk merahsiakan mengenai Soojung. “Aku pergi dulu”

Sulli membuka pintu, namun langkahnya terhenti dari melangkah keluar. Di depan pintu tetamu awal pagi tak diduga menunggu.

“Selamat pagi”, ceria Kai mengucapkan sambil melambai.

Dari ruang pintu yang terbuka, Kai dapat melihat Sehun dalam keadaan baru bangun. “Selamat pagi”, dia menyengetkan badan, mengucap selamat pagi kepada Sehun.

“Apa kejadahnya dia datang rumah kita pepagi ni”, Sehun menjeling pada Sulli. Langsung tidak menyukai tetamu yang tidak diundang datang itu.

“Kai, apa awak buat kat sini? Kan saya dah beritahu, bahaya.”, ujar Sulli memasamkan muka, pura-pura marah. Setidaknya mengambil hati Sehun. Jikalau Sehun tiada di situ, pasti Sulli sudah melompat memeluk teman lelakinya. Sulli menyembunyikan senyumannya.

“Saya datang bawa hadiah”,

“Hadiah?”, soal Sulli berharap. Mendengar perkataan itu membuatkan hatinya berbunga. Gadis mana yang tak sukakan hadiah.

“Nah. Untuk kau”, sebuah beg kertas bersaiz sederhana dicampak ke arah Sehun. Kai tahu Sehun boleh menyambutnya memandangkan Sehun merupakan pemain bola keranjang di universiti dahlulu. Sehun menyambut dengan tepat hadiah yang dilemparkan.

“Untuk Sehun?”, berkerut kening Sulli melihat hadiah itu bertukar tangan.

Sehun menjeling isi dalam beg kertas tersebut sebelum bersuara, “Kau ingat kalau kau rasuah aku, kau boleh jamin yang aku benarkan kau buat apa sahaja terhadap adik aku? Kau silap besar, encik politik”

“Hahahaha”, kai hanya mampu ketawa lucu hati mendengar kata-kata Sehun. “Untuk apa aku rasuah kau kalau bila-bila masa saja aku boleh dapatkan Sulli. Sulli teman wanita aku. Dia sanggup buat apa sahaja untuk aku”, nada Kai berlagak dalam tawanya masih belum berhenti.

Sehun rasa tercabar. Seolah Kai menafikan fungsi Sehun sebagai abang Sulli. Lelaki itu meluru untuk melepaskan geramnya namun Sulli menghalang.

“Sehun!”, Sulli menahan Sehun dari menerpa serang teman lelakinya.

“Aku tak boleh lama-lama kat sini. Hari ni hari kematian kawan baik aku jadi aku harus melawat keluarganya”, ujar Kai tersenyum. Dia senang hati dapat mengusik Sehun. Sudah lama rasanya tidak bergurau. Buat Kai, ia hanya satu gurau usikan namun tidak tahu yang Sehun rasa tercabar dan sakit hati.

“Saya pergi dulu ye baby. Bye”, Kai melambai pada Sulli sebelum menyusuk masuk dalam kereta.

“Bye”, balas Sulli perlahan. Apabila kereta Kai sudah hilang dari pandangan, gadis itu menjeling Sehun.

“Chill down bro. At least kau ada dapat hadiah”, Sulli kemudian beredar ke rumah Jieun. Meninggalkan Sehun dengan beg kertas hadiah yang Kai berikan tadi.

>>>>>>>>>>>>>> 

Setelah selesai memasukkan adunan kek ke dalam ketuhar yang panas, Namjoo menekan suhu dan masa yang sepatutnya. Apabila kek sudah masak, ketuhar akan berdeting. Adunan tadi akan bertukar menjadi kek yang lembut dan cair dalam mulut. Namjoo tidak sabar untuk mencuba merasa kek tersebut.

“Namjoo! Ada orang datang cari kamu”, suara mak saudara Namjoo teriak panggil.

“Ya”, Namjoo menyahut dari dapur. “Sekejap”, dengan laju Namjoo menanggalkan apron dan bergegas ke depan pintu.

“Oppa”, Namjoo mendapati Sehun menunggu di luar, depan pintu, tercegat berdiri. Melihat kepada gaya lelaki itu, terasa seperti tuan mudanya berada depan mata. Baju tshirt leher V yang kasual dan seluar denim berjenama menjadi gaya Sehun pada hari itu, baju yang diberi oleh Kai pagi tadi.

“Oppa, kenapa tak balas mesej saya? Saya rindu”, menjengketkan kaki, Namjoo cuba berpaut manja pada lelaki tinggi itu.

“Namjoo, aku ada benda nak cakap dengan kau”, Sehun mengalihkan tangan gadis itu. Sehun perasan akan comot sesuatu putih di pipi gadis itu. “Aku nak putus. Kau tahu kan, selama ni aku tak pernah anggap kau sebagai teman wanita aku pun”

“Oppa”

“Aku sayangkan kau. Kau buat aku rasa macam nak jaga dan lindungi kau tapi tak lebih dari seorang adik. Kadang aku rasa macam kita dah kenal lama tapi hanya berkawan baik”

“Kenapa ni? Ada apa-apa yang tak kena? Oppa marah dengan saya?”, Namjoo tidak berganjak dari posisi depan Sehun, berdiri rapat. Dia tahu hari ni akan muncul tapi tidak secepat ini.

“Tak, aku tak marahkan kau”, Sehun mengusap pipi gadis itu, lantas membersihkan sisa tepung di pipi Namjoo. Namjoo kelihatan comel dengan rambut yang diikat tocang dua. Separuh dahinya diliputi rambut depan. Satu pin rambut bercorak bunga ungu disepitkan di rambut.

“Mulai saat ini, aku tak nak kau anggap aku sebagai teman lelaki kau. Tapi, aku nak jadi seseorang yang kau boleh harapkan sebagai abang atau kawan baik. Tak lebih dari tu”

“Oppa suka perempuan lain?’

Sehun mengangguk perlahan.

“Dia cantik dari saya kan? Dia tinggi dari saya kan? Dia bergaya tak macam saya kan?”, Namjoo bertanya, membayangkan teman wanita tuan mudanya yang pernah dilihat dulu. Soojung.

Sehun mengangguk.

“Saya faham”, Namjoo tertunduk. Walau apa cara dilakukan, Namjoo tetap kalah. Dia tak boleh menangi hati Sehun. Adakah ini takdir? Adakah Sehun dan Soojung memang ditakdirkan bersama? Atau mereka melawan takdir untuk bersama?

>>>>>>>>>>>>>> 

Melihat ke pemandangan luar tingkap, riak wajah Sehun kosong. Dia bukan sengaja ingin melukai perasaan gadis bernama Kim Namjoo yang ditemui tadi. Apa yang dikatakan adalah benar. Perasaannya terhadap Namjoo bukanlah perasaan cinta antara seorang lelaki dan perempuan. Malah Sehun enggan terus permainkan hati gadis itu.

Sehun teringat pula perbualan antara Sulli dan Donghae yang didengari secara tidak sengaja malam kelmarin. Sehun tidak dapat menggambarkan betapa terkejutnya dia apabila dapat tahu yang Donghae dan Sulli bukan adik beradik. Mereka bertiga bukan adik beradik. Habis tu, siapa Donghae? Siapa Sulli? Dan yang paling penting, siapa dirinya? Kalau Lee Sehun ialah nama rekaan yang diberikan, siapa nama dirinya yang sebenar?

Sehun mengetap gigi, berasa geram. Andai dia tidak mengalami masalah hilang ingatan, mesti semua perkara tidak akan menjadi misteri dan persoalan buat dirinya. Tiada lagi perkara yang kelihatan kabur dan Sehun dapat tahu kebenaran yang sebenar jika ingatannya pulih. Sehun berasa sangat keliru dan beberapa hari ni, dia asyik memaksa dirinya berfikir mengenai apa yang Donghae dan Sullikan bualkan malam itu membuatkan dirinya jadi letih.

Hanya seorang yang boleh menenangkan Sehun di saat ini. Seorang yang kini mempunyai tempat dalam hati Sehun. Jung Soojung.

>>>>>>>>>>>>> 

Soojung mengetatkan apron, rambutnya diikat kemas dan cekak diselit atas kepala. Setelah meneliti buku resepi, Soojung membuka peti ais di dapur. Mengintai bahan-bahan yang boleh dijadikan menu makanan tengah harinya. Daging, pes lada, lobak, dan sekotak kimchi yang dibeli di pasar dikeluarkan. Soojung mula menyediakan bahan-bahan untuk masak ‘kimchi stu’.

Sedang gadis perisik itu bersiap di dapur, loceng pintunya berbunyi. Kai? Selalunya Kai akan terus masuk memandangkan lelaki itu tahu ‘password’ rumah Soojung. Dengan perasaan tertanya-tanya, Soojung mendapatkan tetamunya.

“Sehun?”, Soojung membuka pintu selepas melihat Sehun di monitor depan pintu.

“Maaf datang mengejut. Saya pergi butik tapi awak tiada”, Sehun berlagak tenang, senyum seperti biasa.

“Hari ni saya cuti. Maaf lupa beritahu”, Soojung memandang lelaki itu, gayanya pula semakin mirip Oh Sehun. Ah! Soojung tidak dapat memadamkan Oh Sehun dari kepalanya.

“Mari masuk”, tangan Sehun dicapai, diajak masuk.

“Awak tengah memasak?”, Sehun bertanya apabila perasan akan apron yang dipakai oleh Soojung. Melihat gaya gadis itu, pasti tiada siapa dapat meneka pekerjaan sebenar gadis itu, perisik Korea Utara.

Soojung mengangguk balas soalan Sehun tadi.

“Maaflah saya tak dapat tolong, saya tak reti masak’, jujur Sehun bercakap sambil menyelesakan diri atas sofa. Kali ini, perasaan yang meresahkan Sehun setiap kali datang rumah Soojung itu menyerang lagi tapi Sehun mampu mengawalnya.

“Tak mengapa”, Soojung mengukirkan senyuman. Selepas beberapa hari, Soojung sudah biasa dengan sikap Sehun yang bersahaja. “Awak boleh tengok tv dulu sementara saya masak.”, Soojung bergerak ke dapur, menyambung kerjanya.

Sehun rasakan tiada mood untuk melayan mana-mana rancangan televisyen. Malah hampir semua perkara sudah Sehun dan Soojung bualkan dalam panggilan telefon. Adakalanya mereka berdua tidur lewat malam, bermesej dan bertelefon. Sehun suka mendengar gadis itu ketawa. Ketawa Soojung yang ikhlas kadangkala membuatkan Sehun lupa akan masalah yang dihadapinya. Mencapai kusyen dan meluruskan kaki, Sehun melentang diri di atas sofa. Tangan kiri diletakkan atas dahi.

“Soojung ah”, Sehun memanggil.

“Hurm?”

“Saya pernah datang sini ke sebelum ni? Kita pernah berjumpa ke sebelum ni?”

“Kenapa awak tanya macam tu?”

“Sebab saya rasa macam dah biasa datang sini. Macam awak adalah orang yang penting dalam hidup saya”

“Apa awak cakap ni? Kan awak memang dah biasa datang sini. Masuk ni dah empat kali awak datang sini”. Seminggu sudah berlalu sejak ciuman pada malam yang sejuk tersebut. Malam yang Soojung kalah pada soal hati. Malam di mana Lee Sehun menjadi teman lelakinya.

“Tak, maksud saya sebelum kita jumpa di perhentian bas tempoh hari. Sebelum tu, ada kita pernah berjumpa? Ada saya datang sini?”

Api di dapur dikecilkan. Soojung mengacau sup dalam periuk. Kenapa Sehun bertanyakan soalan yang anek sebegitu?

“Soojung ah? Kenapa tak jawab?’

“Sehun shi, saya tak faham apa yang awak cuba katakan”

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Kai menghirup teh yang disediakan. Matanya tak lepas memandang sekeliling persekitaran rumah keluarga Oh yang sedikit sebanyak berubah sejak dua tahun lepas. Keadaan berubah kelam selepas cahaya utama dalam rumah itu hilang, cahaya utama yang menyinari hidup semua orang dalam rumah agam itu yang bernama Oh Sehun.

Seorang wanita datang mendekati Kai di ruang tamu. Sekuntum bunga disemat di tepi jaket sut hitam yang dipakai. Rambutnya melepas panjang lurus.

“Kamu dah lawat kubur Sehun?”, wanita itu bersuara sambil melabuhkan punggung di sofa bertemakan royale merah, berhadapan peguam muda yang sebaya Oh Sehun.

“Nuna”, sempat Kai memberi sedikit tunduk hormat kepada wanita tersebut. “Saya dah ziarah kubur Sehun tadi”, bohong Kai. Tahu benar yang abu mayat ditanam dua tahun lepas bukan milik Oh Sehun jadi kenapa dia harus buang masa menziarah kubur yang tak dikenali.

“Macam mana dengan Puan Park?”, Kai bertanya. Dia tahu keadaan ibu Oh Sehun yang mengalami kemurungan teruk selepas kematian anak dan suami tercinta.

“Mama saya dah masuk tidur. Terima kasih kerana ambil berat”, Seohyun mencapai cawannya yang dituang air teh oleh pembantu sebentar tadi. Aroma teh bunga naik sekitar.

“Kalau Sehun masih hidup, tentu dia dah jadi peguam macam kamu. Sayangnya budak itu tidak dapat menikmati masa yang lama di dunia ni. Sekarang ni tentu dia gembira di syurga kan”

Kai lalu tersedak air teh yang panas. Entah kenapa ayat Oh Seohyun itu menggelikan hatinya. Lantas teringat Sehun yang sebenar masih hidup, menjadi remaja lelaki yang tidak tentu arah dan tiada masa depan.

“Kamu tak apa-apa?”, segera Seohyun mencapai tisu, dihulurkan pada Kai.

Kai menggeleng-geleng sambil mengelap sekitar bibirnya.

“Kamu dah makan? Nak makan sini? Kita boleh makan sekali”

“Maaflah nuna, tapi saya dah janji makan tengah hari bersama kawan”, Kai melemparkan senyuman minta maaf.

“Tak mengapalah. Mungkin lain kali.”, Seohyun mengeluh. Adakalanya dia bosan makan seorang diri di meja besar dalam rumah itu. Seleranya hilang ditelan kebosanan.

“Oh ye nuna, boleh tak kalau saya nak masuk bilik Sehun sekejap?”, tiba-tiba Kai menyuarakan permintaannya. Bukan apa, dia ingin cari apa-apa barang atau perkara yang mungkin boleh diungkitkan di hadapan Lee Sehun nanti supaya lelaki itu boleh ingat sedikit demi sedikit.

“Tentulah boleh. Lagipun biliknya tetap sama. Tiada apa yang berubah”

>>>>>>>>>>>> 

Satu persatu lauk dihidang atas meja. Soojung sedikit berbangga apabila semuanya sudah lengkap tanpa sebarang masalah. Setelah siap mengemas di dapur, Soojung bergerak ke ruang tamu.

Sehun sudah terlena di atas sofa. Wajah lelaki itu seperti mempunyai seribu masalah, seperti tidak tenang. Soojung mula tertanya-tanya, apakah masalah yang lelaki itu hadapi. Perlahan-lahan Soojung merapati lelaki yang dibuai lena itu. Rambutnya, matanya, beberapa parut kecil di pipi, bibirnya direnung. Soojung kemudian teringat ciuman mereka pada malam kelmarin. Salahkan kalau membayangkan orang lain apabila bercium dengan orang lain? Soojung tidak tahu bagaimana ingin membuang jauh bayangan Oh Sehun dalam ruang kepalanya, terutama di hadapan lelaki yang sangat mirip dengan Oh Sehun.

Soojung menjeling ke arah bahu lelaki itu. Parut yang kelihatan sama seperti kesan jahitan pembedahan yang pernah Soojung jalankan atas Sehun. Kesan tembakan. Adakah itu juga kebetulan?

Tangan Soojung menjalar perlahan di pinggang Sehun. Ada satu parut yang Oh Sehun miliki di pinggang. Parut lama yang dikatakan kesan pembedahan buah pinggang semasa masih kecil.

“Ouh~ itu parut lama”

“Dahlah, jangan tengok. Ia hodoh”

Soojung pasti ia bukan kebetulan jika Lee Sehun memiliki parut yang sama di pinggang.

“Apa awak buat?”, laju Sehun memperbetulkan bajunya yang diselak oleh Soojung.

“Hah!”, Soojung terperanjat. “Saya… sa..ya saya nak kejutkan awak. Makanan tengahari dah siap”, ketar alasan yang diberikan. Segera Soojung bangkit bangun sebelum jatuh menimpa badan Sehun apabila badannya ditarik lelaki itu.

“Apa awak buat ni?”, merah padam wajah Soojung apabila wajah Sehun berada sangat dekat dengannya.

“Itu soalan saya. Apa yang awak buat tadi? Ambil kesempatan?”, perlahan Sehun membisik rapat ke telinga Soojung. Nafas lembut lelaki itu terasa di kulit mulus Soojung.

“Ambil kesempatan? Mana ada”, Soojung menggeleng. Hidungnya berlaga dengan hidung lelaki itu. Memejam rapat matanya, Soojung tahu apa yang bakal Sehun lakukan. Namun belum sempat bibir mereka bertemu, seseorang muncul dari pintu utama.

“Soojung ah,”

Mereka bertiga tergamam. Kai terkejut melihat Sehun berada di rumah Soojung, ditambah pula keadaan mereka berdua terbaring atas sofa. Sehun juga sama terkejut mendapati teman lelaki Sulli di rumah Soojung, adakah mereka berdua saling kenal?

“Yah, apa kau buat kat sini? Soojung ah?”, Kai bertanya dahulu sebelum Sehun.

Soojung lantas bangkit berdiri, terasa malu apabila Kai melihat dirinya dalam keadaan sedemikian. Dia terlupa yang Kai akan datang makan di rumahnya, malah peguam muda itu selalu datang tanpa pemberitahuan awal.

“Awak kenal dia? Apa hubungan dia dengan awak?”, Sehun memandang Soojung dengan penuh tanda tanya.

“Dia ni….”, Soojung menggali kamus dalam otaknya, mencari perkataan yang sesuai untuk mempekenalkan Kai.

“Peguam peribadi Soojung”, Kai mencelah, membantu gadis itu.

“Hah, betul tu. Peguam Kim merupakan peguam lama saya. Kim Jong In”

Peguam? Sehun berasa sedikit kerdil depan lelaki yang berpakaian kemas segak itu. Selama ini, Sehun sangkakan yang teman lelaki Sulli itu hanya berlagak ahli politik sahaja, langsung tidak mengetahui yang lelaki itu mempunyai kerjaya yang boleh dibanggakan.

Kai menjeling Sehun yang jelas ternyata memakai pakaian yang Kai hadiahkan pagi tadi. Dalam hatinya, Kai ketawa besar. Rasa seperti Sehun menunduk kalah padanya.

Soojung dapat rasakan renungan tajam antara dua jejaka itu. Soojung juga aneh kerana Kai tidak terkejut melihat Lee Sehun yang mirip dengan kawan baiknya Oh Sehun. Adakah Kai pernah berjumpa dengan Lee Sehun sebelum ini?

“Kau tak jawab lagi, apa kau buat di sini?”, Kai bercekak pinggang, mengangkat kening pada Sehun.

Panas hati Sehun melihat gaya berlagak peguam itu. “Aku datang nak makan tengahari di rumah teman wanita aku”, pantas Sehun menarik peluk pinggang Soojung.

“Teman wanita? Tak cukup di Daegu, sampai ke Seoul pun kau ada teman wanita”, perli Kai. Sulli ada menceritakan bahawa sikap Sehun setelah hilang ingatan ialah sering bertukar pasangan. Ramai wanita yang mendapat status sebagai bekas teman wanita Lee Sehun di Daegu. Teringat pula Kai pada zaman sekolah menengah tinggi dan universiti, Oh Sehun juga menjadi kegilaan ramai pelajar perempuan, tapi Oh Sehun jual mahal, tidak seperti Lee Sehun sekarang ni.

“Jangan masuk campur urusan aku. Kau dah ada teman wanita, kenapa datang rumah perempuan lain? Adik aku tentu tak tahu pasal ni”, giliran Sehun membalas.

“Well, kalau kau tak beritahu, dia tak kan tahu. Diam-diam je lah”

Sehun menggenggam erat buku limanya, berasa geram dengan lelaki itu. Walaupun kini Sehun tahu yang Sulli bukan adik kandungnya tapi dia tetap masih mahu melindung gadis itu sebagai abang. Tiada abang yang mahu adiknya terluka dalam bercinta.

“Untuk pengetahuan kau, hampir setiap hari aku datang rumah Soojung ni. Malah aku pernah beberapa kali bermalam tidur sini, sampai kawasan kejiranan sini menyangkakan yang aku ialah suami Soojung. Ouh, sudah tentu Sulli tidak tahu pasal ini. Aku harap kau boleh simpan rahsia ni”

“Peguam Kim”, Soojung menegur, dapat rasa yang Kai mencabar kesabaran Sehun. Tangan Sehun yang memeluk pinggangnya kuat dirasakan bergetar menahan geram.

“betulke apa dia cakap tu?”, Sehun menuntut penjelasan Soojung.

“Memang betul tapi ia bukan apa yang awak fikirkan. Dia datang sebagai kawan”

“Kawan?”, Kai tersenyum sinis. “Soojung ah, awak dah lupa apa yang kita lalui bersama? Kita dah…”

“Kurang ajar”, satu tumbukan mengenai muka peguam muda itu.

“Sehun!”, Soojung menjerit terkejut dengan tindakan berani lelaki itu.

“Soojung ialah teman wanita aku. Jangan kau berani datang jumpa dia lagi dan jangan berani nak permainkan perasaan adik aku”, kolar baju Kai yang jatuh ke lantai digenggam kuat, Sehun melepaskan geram.

Kai masih mampu tersenyum. Darah mengalir keluar dari hidungnya dan Kai dapat rasakan giginya bergoyang.

“Peguam Kim, gurauan awak melampau”

>>>>>>>>>> 

“Terima kasih”, Jieun menyambut wang kertas yang diberikan oleh pelanggan sebentar tadi.

Walaupun hanya gerai tepi jalan yang menjual kuih tradisional, perniagaan itu sedikit sebanyak memberikan Kang Jieun duit poket untuk menampung hidupnya, ditambah pula dengan bantuan Sulli. Jieun tidak sabar untuk mengetahui keputusan ujibakatnya tempoh hari. Mengingat kembali reaksi positif para juri pada hari tersebut, Jieun yakin akan diterima masuk syarikat rakaman tersebut.

Sulli sedang leka membasuh mangkuk-mangkuk di belakang gerai. Satu sudut kecil untuk membasuh. Jieun memerhatikan Sulli yang kelihatan pucat lantas berasa bimbang akan kesihatan kawannya itu. Sulli mungkin kawan baru yang dikenali dua tahun lepas tapi Sulli adalah orang yang banyak membantu Jieun dalam meneruskan kehidupan, malah Sulli yang meyakinkan Jieun untuk menjadi seorang penyanyi.

“Sulli, kau okey tak? Dah tak payah basuh, pergi jaga kawasan depan. Ni biar aku sambung”, Jieun menolak lembut Sulli ke tepi.

“Eh, kenapa pula? Aku okey. Penat sikit tu biasalah”, balas Sulli dengan tangannya yang masih dipenuhi sabun.

“Aku tengok kau pucat je. Tak sihat ke? Kau sakit ke? Kau sengaja tak nak beritahu aku ke?”

Sulli mengeluh kecil, tiada tenaga untuk bertekak dengan Jieun. “Aku rasa macam sakit belakang, lenguh-lenguh. Tapi sikit je”

“Kan?!”, Jieun hampir meninggi suara. “Dah, pergi rehat sana. Nanti tak pasal-pasal Sehun tuduh aku tak jaga kau kalau kau sakit”

>>>>>>>>>>>>>> 

“Au.. Au.. perlahan sikit. Sakit”, Kai mengadu sakit apabila hujung kapas yang terisi ubat yang Kai tidak tahu namanya, mengenai hujung bibirnya. Dua kapas disumbat ke dalam lubang hidung Kai, menghentikan pendarahan. Darah di hujung bibirnya juga mulai kering. Mujur giginya tidak patah. Kai membiarkan Soojung berperanan sebagai doktor merawat apa yang patut.

“Kenapa awak mengusik dia macam tu? Kan dah kena tumbuk. Mujur setakat luka kecil”, bebel Soojung sambil menyapu ubat di bahagian luka Kai setelah ditumbuk Sehun tadi.

“Kenapa awak tak beritahu saya pasal dia? Di mana awak jumpa dia?”, Kai mengerling Soojung. Wajah mereka berada dekat tatkala Soojung fokus menyapu ubat di luka hujung bibir lelaki itu.

Setelah selesai, bekas ubat berwarna kuning itu ditutup semula sebelum dimasuk simpan dalam kotak ubat. Putik kapas dimasukkan dalam plastik untuk dibuang.

“Awak pun sama. Kenapa tak beritahu awak dah ada teman wanita? Saya tak sangka yang begitu cepat awak mengalah. Mana semangat awak yang kuat mengatakan Sulli masih hidup di luar sana? Menariknya, teman wanita adalah adik Lee Sehun?”

“Itu bukan kebetulan. Memang saya rancang semua tu sebab saya nak dekati lelaki bernama Lee Sehun tu, saya nak siasat dia”, Kai mereka jawapan yang mana logik buat Soojung.

“Siasat? Kenapa? Awak ingat dia Oh Sehun?”, wajah Soojung serius.

“Jawab soalan saya dulu, macam mana awak boleh berjumpa dengan lelaki tu? Awak pun siasat pasal dia kan?”, tangan Soojung digenggam kuat oleh Kai.

“Saya jumpa dia di perhentian bas berdekatan tempat kerja saya dalam bulan ni. Dan..”, Soojung menarik tangannya dari genggaman Kai secara kasar “.. saya tak siasat mengenai dia. Dia Lee Sehun dari Daegu, bukan Oh Sehun”

Kenapa Soojung harus bertemu dahulu dengan Sehun? Bagaiman mereka boleh ditakdirkan bertemu? Sulli ada menceritakan pada Kai yang Sehun dilarang datang ke Seoul, tapi bagaimana Sehun boleh berada dalam rumah Soojung? Sekelip mata mereka boleh jatuh cinta? Adakah ini takdir? Atau mereka yang mencipta takdir sendiri?

“Lelaki itu mirip oh Sehun. Suara dia, wajah dia. Takkan sedikitpun awak tak pernah rasa curiga? Mungkin dia adalah Oh Sehun?”

“Encik Kim Jong In. Tak mungkin dia adalah Oh Sehun. Pihak atasan arahkan Eunhyuk untuk bunuh Sehun. Oh Sehun dah mati. Eunhyuk bunuh dia dua tahun lepas”, tajam mata Soojung membalas pandangan Kai.

Hidung Kai masih berasa pedih tapi luka kecil itu boleh ditahan. Ingin sahaja Kai memberitahu gadis perisik itu yang Lee Sehun adalah Oh Sehun. Oh Sehun masih hidup. Namun, dia berpegang pada janji dengan Sulli yang dia tidak akan beritahu sesiapa pun yang dia tahu Sehun masih hidup, sesiapapun termasuk Jung Soojung.

“Macam mana kalau Eunhyuk tak bunuh Sehun?”

“Kalau macam tu, tentu sekarang Eunhyuk dah mati. Misinya dianggap gagal”, dengan yakin Soojung menjawab.

Kai mengalah.  Susah nak yakinkan gadis perisik itu. Soojung terlalu naif untuk menyedari perkara sebenar.

“Ouh ye, hari ni hari memperingati kematian Oh Sehun, mama dia ada bertanya mengenai kau tadi. Rasanya better kau pergi lawat mama dia”


3455 p/p

So~, cerita ni soon ke arah ending.. be prepare sebab sye tak janji happy ending, tp ending yang cukup logik dn muhasabh bgi watak2 utama..  dn mungkin sya akan update dua kali seminggu.. tu pun kalau pembace setuju.. ok? 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
wey.. dh habis... :D

Comments

You must be logged in to comment
atikahbp #1
Chapter 17: woah! bestnyaa ending dia T^T akhirnya diaorang together pun huhu T^T
freakandheart #2
Chapter 17: Kau ingat dia mesin buat anak ka? Haha
Finally dah tamat!!! *lap air mata
Emmy_Kpopers
#3
Chapter 17: pergghhhh.. ayat last tu xleh blah.. xD wkwk
ParkMyeonSeok #4
Chapter 16: I can't believe it..what happen to donghae and eunhyuk...so sad :'(...and to sehun too...what happen to soojung..???wow daebak!!
ParkMyeonSeok #5
Chapter 15: Ksiannya mereka semua tambah2 si sehun dengan kai...palli2 update...so excited
Nj_Angel #6
Chapter 15: Woah..makin best.
Jihyun-Sehun #7
Chapter 13: Alaa.. update la. Tengah best baca to be continued pulak.
hanah2212
#8
Chapter 12: Omaigaddddd. So tenseeeeeeeeeeee.