005

Pertempuran Takdir (KC Sequel)
  1. Bab 5

Waktu rehat selama sejam yang diberi dimanfaatkan oleh Soojung. Fokus kepada misinya. Sengaja dia memilih butik pakaian berkenaan kerana kedudukan butik tersebut terletak berhadapan kedai pajak gadai milik Gu Hye Sun. Soojung mula menghafal rutin bekas pengintip Korea Utara itu setiap hari. Anehnya pada Soojung kerana tiada sebarang aktiviti yang mencurigakan. Persoalan tentang misinya masih belum terjawab. Kenapa dia harus mengintip bekas perisik itu? Apa yang Ejen 365 sembunyikan?

Di sebalik kesibukan kota hati Korea Selatan itu di waktu tengah hari, tiba-tiba seseorang menarik perhatian Soojung. Lelaki itu berdiri menunggu bas di perhentian bas berdekatan. Hanya dengan pandangan sisi, jantung Soojung berdegup kencang. Perasaan apakah ini? Soojung meluru keluar dari butik pakaian tersebut dan mendekati kelibat tersebut.

“Sehun shi?”

Lelaki itu lantas menoleh, memeranjatkan jiwa dalaman Soojung.

“Ouh~ ini Oh Sehun, kawan baik Kai, saya kenal dia”,

“Soojung ah~, ini teman lelaki saya Kai dan tu kawan Kai, Oh Sehun”,

“Jangan beri saya harapan palsu. Kalau awak tak suka saya, jangan layan saya dengan terlalu baik, saya takut saya tak dapat lupakan awak”

“Sehun”

Air mata mula bergenang dan Soojung rasa sebak. Masa seolah-olah berhenti kecuali buat mereka berdua. Soojung seperti tidak dapat mempercayai mata kepalanya sendiri.

“Awak siapa?”,soal lelaki itu. Berkerut dahinya melihat Soojung seperti orang asing.

“Sehun shhi”, Soojung mencapai tangan lelaki tersebut.

“Mana awak tahu nama saya? Saya tak kenal awak tapi awak kenal saya?”, Sehun bertanya jujur.

“Sehun”, Soojung memeluk Sehun erat, memeranjatkan anak muda itu serta beberapa orang awam yang berada berdekatan mereka. Tubuh Sehun dipeluk erat dan Sehun dapat rasakan genggaman kuat gadis itu memegang jaket yang dipakainya. Tiba-tiba juga Sehun dapat mendengar degupan jantungnya, seperti baru lepas berlari keliling padang. Tanpa disedari, telinganya berubah merah. Entah kenapa Sehun rasa tidak berdaya untuk menolak perempuan yang tidak dikenali itu.

“Saya minta maaf atas segala yang berlaku. Saya tak tahu yang awak masih hidup. Saya sangkakan mereka dah hapuskan awak. Sehun shi, maafkan saya. Saya masih mencintai awak”, Soojung dapat mendengar degupan jantung lelaki tatkala berada rapat memeluknya. Air matanya mengalir laju tanpa dipinta.

Sehun pula masih berasa aneh dan sepantas kilat, Sehun terlepas bas yang ditunggunya dari tadi. Bajunya terasa sedikit basah dek air mata perempuan yang memeluknya. Tangisannya makin lama makin kuat. Mereka berdua menjadi perhatian orang awam yang berada berdekatan.

“Cik”, Sehun menolak perlahan, mengintai lihat wajah perempuan itu yang basah kerana menangis. Tidak tahan dengan pandangan khalayak, Sehun menarik tangan Soojung ke kafe berdekatan. Mencapai sebuah kerusi, Sehun mempersilakan Soojung duduk. Sambil merendahkan badan, menunduk di depan Soojung, Sehun bertanya, “Cik, kenapa awak menangis? Orang akan salah anggap nanti”.

Bukan Sehun tak pernah membuat mana-mana perempuan menangis dan dia tidak pernah kisah jika perempuan mengalirkan air mata depannya. Tetapi Sehun tiba-tiba rasa tersentuh sedih melihat Soojung menangis.

“Kenapa awak panggil saya ‘cik’?”, Soojung cuba menahan sedu tangisannya.

“Sebab saya tak tahu nama awak”, balas Sehun jujur.

Soojung lantas mengangkat kepala, melihat lelaki yang duduk melutut itu. Kenapa Sehun katakan begitu? Wajah Sehun kelihatan sedikit comot tapi nampak matang.

“Awak tak tahu nama saya?”, Soojung bingung. Permainan apa yang Sehun aturkan? Atau ini caranya lelaki itu membalas dendam?

Sehun menggaru kepalanya dan tersengih. “Macam mana nak terangkan ye. Sebenarnya saya terlibat dalam kemalangan dan hilang ingatan. Mungkin kita pernah berjumpa sebelum ni tapi jujur katakan, saya tak ingat siapa awak”

Siapa lelaki yang berada di hadapannya sekarang? Kenapa dia tidak mengenal Soojung? Hati Soojung berbolak-balik.

“Oh Sehun shi”

“Oh Sehun?”, terangkat kening Sehun menyebut nama tersebut. Reaksinya bertukar negatif. Mukanya terus masam. “Bagus. Saya terlepas bas dan awak tersalah orang”, Sehun segera bangkit berdiri. Dia menunduk dan memegang bahu Soojung yang masih kelihatan bingung. “Saya bukan Oh Sehun, saya Lee Sehun. Rasanya awak tersalah orang ni”

>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Kopi panas dibiarkan sejuk tidak terusik. Seperti kebiasaan, suasana di blok kawalan dipenuhi aura dingin. Bukan angin tapi sifat manusia. Tiada gelak ketawa  mahupun suasana  ceria dapat dicari. Keseronokan mati dan yang hidup hanyalah perasaan ingin melengkapkan misi masing-masing. Beberapa orang perisik dengan kod nama masing-masing membawa misi di dalam beban nyawa sebagai taruhan.

Ejen 044 itu teringat tatkala dia menyelamatkan Donghae, Sulli dan Sehun. Fikirannya waras. Dia tahu nyawanya dalam bahaya kerana mengingkar arahan pihak atasan supaya membunuh mereka bertiga. Secebis jiwa kemanusiaan membangunkan diri Eunhyuk. Sama seperti Soojung, Eunhyuk juga sudah tidak larat dan tidak sanggup lagi menjalankan misi tapi tetap perasaan sayangnya kepada tanah air sendiri. Eunhyuk masih cintakan negara kelahirannya itu dan adakalanya dia selalu harapkan Korea Utara dan Korea Selatan  dapat bersatu semula. Walau hanya sekadar mimpi.

“Ejen 044”, seseorang mengambil tempat di sebelah Eunhyuk. “Berani lagi kau menjejak kaki ke sini?”

“Kenapa? Kod nama aku masih hidup, kenapa pula aku tak layak berada di sini? Aku masih lagi perisik kerajaan”

Lelaki itu mendekati Eunhyuk dan membisikkan sesuatu.

“Pihak atasan dah mula merancang untuk hapuskan kau. Ejen 044, kau dalam bahaya, kes kau dicurigai. Kalau aku jadi kau, aku tak berani datang sini”

Eunhyuk tersentap. Adakah rahsianya sudah diketahui?

>>>>>>>>>>>>>>>> 

Kabinet dapur digeledah. Perutnya sudah minta diisi. Sehun tidak tahan lagi. Dia berasa kelaparan. Malangnya tiada siapa di rumah yang boleh tolong masakkan untuk anak muda itu. Sulli masih belum pulang, begitu juga dengan Donghae dan Eunhyuk. Menambah buruk keadaan, Sehun tidak pandai memasak.

“Apa aku nak makan ni? Laparnya~”, bebel Sehun seorang diri di dapur.

“Sehun, kau cari apa tu?”

Sehun menoleh lihat Donghae yang baru pulang dari tempat kerjan. Dia bekerja di kilang bahan pemanas jadi Donghae selalu pulang lewat dalam keadaan comot.

“Hyung, saya lapar”, Sehun mula merengek. Seperti kanak-kanak lima tahun, Sehun mengharapkan abangnya akan masakkan sesuatu.

“Mana Sulli?”, Donghae menanggalkan pakaian kerjanya,

“Dia tak balik lagi”

“Dia tak balik lagi? Dah lewat ni. Kerja?”

“Entah. Mungkin dia keluar dengan Jieun”

Donghae mengeluh kecil. Malas memikirkan kemungkinan mana perginya gadis itu. Hati kecilnya berbisik menyakinkan yang Sulli dalam keadaan yang baik di mana gadis itu sudah cukup besar untuk jaga diri sendiri dan simpan rahsia.

“Hyung”, Sehun menahan Donghae yang mahu berehat dalam bilik.

“Mungkin apa? Abang kau tak mahu orang Seoul terjumpa kau? Abang kau takut kalau kau ingat apa-apa pasal Seoul?”,

“Kau tak fikir ke apa akan jadi kalau kau ke Seoul? Apa yang abang kau cuba rahsiakan? Kau tak tanya dia?”

“Kenapa?”

“Saya nak tanya sesesuatu”

Donghae dapat rasakan sesuatu yang berbeza pada Sehun. Adakah Sehun sudah ingat semula? Donghae meneguk air liur. Sehun yang berada di hadapannya hanya muda beberapa tahun darinya. Donghae mula membayangkan reaksi Sehun apabila dapat tahu yang selama ini Donghae hanya menyamar sebagai abangnya.

“Kenapa saya dan Sulli dilarang ke Seoul? Kenapa kita tak pernah pergi ke Seoul?”

Kenapa? Bagaimana Donghae ingin jelaskan? Peluh penat kerjanya tadi digantikan dengan peluh debaran. Apa patut Donghae jawab? Kalau Eunhyuk di sini, apa yang dia akan jawab?

“Sebab nak lindungi kau dan Sulli”

“Dari apa?”, Sehun mendesak penjelasan yang penuh.

“Dari… Dari… Dari kejahatan di Seoul”

“Di Daegu tiada kejahatan? Semua orang di Daegu baik? Kenapa hanya Seoul? Dan kenapa saya rasa korang semua ada rahsia dari saya. Kenapa saya rasa terpinggir? Apa yang korang tahu tapi saya tak tahu? Kenapa saya hilang ingatan ? kenapa saya kemalangan?”

“Sehun, kau terlalu banyak berfikir. Pergi rehat, nanti aku masakkan sesuatu untuk kau”

“Hyung”, Sehun ditinggalkan dengan soalan yang tidak terjawab. Dirinya berasa hampa dengan Donghae yang nyata enggan menjawab persoalan tersebut. Sehun menggenggam buku limanya erat. Menahan perasaan geram dalam dirinya.

>>>>>>>>>>>>>>> 

“Dia masih di Daegu?”

“Ya”, Ejen 052 menjawab. “Dia masih di Daegu dan masih tidak tahu yang dirinya dalam siasatan.”

“Biarkan dia”, lelaki berpakaian uniform kemas itu tersenyum sinis. Lambang bintang di bahunya menandakan kedudukan tingginya dalam strata kedudukan tentera Korea Utara.  “Sampai masa dia akan sedar yang dia tidak diperlukan lagi”

“Bila saya boleh hapuskan dia?”

Bilik mesyuarat unit kawalan itu senyap. Mun Taeshil menunggu jawapan ketuanya.

“Tunggu arahan aku. Jangan bertindak di luar arahan. Buat masa ni, teruskan memerhati dia dan budak-budak tu”

>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Sulli perlahan-lahan membuka mata, mula menyedari tilam empuk di belakangnya lain dari biasa. Silauan cahaya matahari yang mengintai dari celah langsir juga kelihatan berbeza. Sulli bangun di tempat lain dari rumah Donghae di Daegu. Menoleh ke kiri, Sulli melihat Kai masih dibuai lena, tidak berpakaian dengan selimut ditarik rapat ke dada.

“Matilah aku”, Sulli  tersedar sepenuhnya. Kejadian malam tadi mula diimbas kembali. Sulli panik seketika. Habislah dia kalau Donghae atau Eunhyuk tahu yang dia bermalam di Seoul, atau lebih tepat di rumah Kai. Sulli mencapai pakaiannya, menutup badannya yang terdedah.

“Awak dah bangun?”, soal Kai separuh mengantuk. Dia terjaga dek bunyi bising Sulli yang kelam kabut.

“Saya mesti balik ke Daegu sekarang. Saya takut mereka cari saya. Habislah saya kalau mereka tahu yang saya berada di Seoul”

“Mereka?”

“Donghae dan Eunhyuk”, Sulli sempat menatap mata Kai, membuat muka serius sebelum meluru keluar dari bilik lelaki itu.

Kai hanya memandang, tidak menghalang. Masih lagi terbaring, Kai bercadang mahu menyambung tidurnya sebelum pintu biliknya dibuka semula.

“Kenapa? Tertinggal sesuatu?”, soal Kai terperanjat dengan bunyi pintu yang dibuka kuat. Aneh melihat kelibat Sulli menyorok di belakang pintu.

“Dia datang. Cepat pakai sesuatu”, Sulli mendesak dalam nada perlahan.

“Kai~”, suara seseorang memanggil di ruang tamu.

“Soojung?”, membulat mata Kai, segera mencapai seluar pendek. Dia meluru keluar ke ruang tamu.

“Kai!”, terkejut gadis dengan kod nama Ejen 411 itu melihat Kai berdiri di depan pintu biliknya sendiri dengan keadaan rambut yang kusut masai dan hanya berseluar pendek paras lutut.

“Soojung ah, kenapa datang awal-awal pagi ni?”, Kai mendepakan tangan, menghalang di depan pintu, bimbang jika Soojung masuk ke dalam biliknya. Sulli masih berada di dalam dan keadaan akan jadi sangat kekok jika Soojung dan Sulli bertembung. Kai menggeleng-geleng enggan perkara tersebut berlaku. Tidak sekarang.

“Awal pagi? Kai~, sekarang dah jam 10 pagi”, balas Soojung bersahaja lalu melencong ke arah dapur. “Nampaknya awak baru bangun. Nak saya buatkan sarapan?”

Di saat Soojung berpaling, Kai segera  membuka pintu, memberi isyarat kepada Sulli yang masih menyorok dalam bilik. Sepantas kilat, Sulli berlari keluar melalui pintu utama tanpa disedari oleh Soojung.

“Kai, awak dengar tak ni?”,soal Soojung tidak memandang ke arah ruang tamu tetapi matanya fokus mencari bahan-bahan masakan dalam peti sejuk di dapur.

Kai menarik nafas lega apabila Soojung tidak perasan akan kehadiran Sulli. “Ha, awak cakap apa tadi?”

“Tiada apa-apa dalam peti sejuk awak. Apa yang awak makan?”, soal Soojung menutup pintu peti ais setelah hanya beberapa kotak susu yang merenungnya.

“Hehehe”, Kai berpura-pura tersengih sambil membetulkan rambutnya. “Sebab tu saya selalu datang makan di rumah awak”

“Saya datang sekejap je ni. Kebetulan rumah awak dekat dengan tempat kerja baru saya. Macam mana dengan ‘lunch’ awak?”, Soojung melahirakan rasa bimbang dengan pemakanan peguam muda itu.

“Well, tak perlu risau pasal ‘lunch’ saya. Tapi…. Betulke awak datang sini secara kebetulan?”, Kai menhampiri Soojung di ruang dapur. “Atau awak rindukan saya?”

“Eh?”, Soojung terlanggar mesin pembakar roti ketika mengundur apabila Kai semakin menhampirinya. “Awak memang tidur tak pakai baju ke?” sengaja Soojung cuba mengubah topik.

Kai sempat menjeling tubuh badannya yang terdedah sebelum tersenyum sinis ke arah Soojung. “Hey, baik awak cakap tujuan awak datang sini? Mesti ada apa-apa kan?”

Soojung tertunduk. Ya. Memang dia sengaja datang cari Kai pagi ni kerana malam tadi dia mengharapkan kedatangan lelaki itu sebelum dia tidur dengan hampa. Soojung ingin menceritakan tentang peristiwa semalam yang mengganggu tidurnya. Tentang lelaki yang mirip Oh Sehun yang ditemui di perhentian bas semalam.

“Tiada apa-apa”, Soojung menolak Kai lalu mencapai beg tangannya. Peristiwa semalam ditelan dalam diam. Soojung mahu rahsiakan dari Kai. Lagipun lelaki yang ditemui semalam bukan Oh Sehun tetapi hanya seorang lelaki dari Daegu yang bernama Lee Sehun.

“Soojung”, Kai memanggil saat tangan Soojung mencapai daun pintu untuk beredar. “Ingat, awak tak boleh rahsiakan apa-apa daripada saya”

>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Separuh dari dirinya gembira dapat menghabiskan masa bersama teman lelakinya manakala separuh lagi berasa tidak sedap hati dengan kejadian pagi tadi. Apa yang Soojung buat di rumah Kai? Adakah dia selalu ke rumah Kai? Macam mana dia tahu ‘password’ apartment Kai? Sulli menggenggam buku lima. Kenapa Soojung harus datang dan memusnahkan segalanya?

Sulli membuka dan menanggalkan jaket serta topi apabila sudah hampir sampai di rumah Donghae. Seorang gadis dilihat menunggu di luar pintu.

“Kau buat apa kat sini?”,soal Sulli.

Namjoo berpaling melihat Sulli yang semakin dekat. Dia perasan akan pakaiannya yang sama seperti semalam. Adakah dia bermalam di luar?

“Sehun ada di dalam? Dari tadi saya panggil tapi tiada siapa menyahut”

“Semua orang dah pergi kerja. Tiada guna kau tunggu.”, balas Sulli dingin sambil menanggalkan kasut.

Membiarkan Namjoo di luar, Sulli menutup pintu setelah masuk ke dalam rumah. Malas melayan kerenah perempuan yang sendiri mengaku sebagai teman wanita Sehun itu. Dia juga penat dan mahu berehat. Kejadian malam tadi datang ke kotak fikiran gadis itu membuatkan wajahnya bertukar merah. Tak sangka begitu mudah dia menyerahkan diri dan daranya kepada Kai. Sulli sedikit menyalahkan dirinya kerana mabuk dibuai cinta.

“Selamat pagi”, ujar Sehun separuh mengantuk.

“Yah! Apa kau buat dalam bilik aku?”, Sulli terkejut melihat Sehun terbaring di atas katilnya.

“Aku tunggu kau malam tadi. Kau tidur mana?”, Sehun gigihkan diri bangkit bangun dan mengeliatkan badan. Dia melihat wajah Sulli merah dan perasan pakaian Sulli masih tidak bersalin sejak semalam.

“Aku tidur rumah Jieun”, bohong Sulli. Dia menggantung jaket dan topinya lalu melipat selimut serta membersihkan cadar katilnya yang menjadi tempat tidur Sehun malam tadi.

“Sulli”

“Kenapa?”

“Aku nak tanya ni”

Sulli berpaling, tiba-tiba dapat rasakan sesuatu yang aneh dengan Sehun. Adakah Sehun sudah ingat semula?

“Sehun ah, kenapa ni? Semua ok?”

“Aku ok”, balas Sehun, melabuhkan punggung di atas tilam. “Aku nak tanya kau kenal tak perempuan bernama Soojung?”

Sulli tersentak. Selimut yang dilipat tadi terjatuh ke lantai. Kenapa nama perempuan itu disebut?

 “Kenapa dengan dia?”

“Aku terjumpa dia semalam.”, Sehun membantu mengangkat selimut yang terjatuh itu. “Tapi aku tak kenal dia”

“Sehun”, Sulli memandang lelaki itu dengan serius. “Jauhkan diri kau dari mana-mana perempuan bernama Soojung”

“Kenapa?”

Sulli hanya menggeleng. “Kau akan faham bila kau dah ingat nanti”

“Kenapa tak boleh beritahu sekarang? Kenapa kena tunggu sampai aku dah ingat? Bila? Bila aku boleh tahu? Kenapa perlu berahsia dari aku?”, Sehun menyuarakan rasa tak puas hatinya. Malam tadi dengan Donghae dan sekarang dengan Sulli.

“Apa yang kau nak tahu sangat? Tak boleh ke kau buat macam biasa kau buat dalam dua tahun ni?”

“Macam mana aku nak buat biasa? Semua dalam rumah ni macam berkomplot berahsia dari aku. Kalau aku tak hilang ingatan, semua ni takkan terjadi kan?”, Sehun menggenggam kuat lengan Sulli. Meluahkan geramnya. Ngantuknya tadi hilang serta merta.

“Buat masa ni, biar dia kekal tak ingat. Biar ingatan dia datang sendiri. Ingat, awak ialah Lee Sulli dan dia ialah abang awak, Lee Sehun. Kita tak boleh orang tahu identiti betul kita. Hanya ini yang mampu dilakukan kalau kita bertiga masih nak hidup”

“Maafkan aku”, perlahan tutur kata Sulli, tidak berani mengangkat muka memandang Sehun.

“Kenapa kau minta maaf? Apa salah kau dah buat? Cakaplah Lee Sulli!”, Sehun mengoncang badan gadis itu. Genggamannya bertambah kuat dan nadanya semakin meninggi.

“Aku tak boleh nak cerita pada kau”, perlahan-lahan air mata Sulli mengalir. Sehun melepaskan genggamannya.

“Aku akan tunggu masanya”, ujar Sehun lalu keluar meninggalkan Sulli dalam biliknya.

Namjoo di luar, bersandar pada dinding, mengetap bibirnya sendiri. Setiap kata-kata pergaduhan adik beradik itu sudah didengari.

>>>>>>>>>>>>>> 

“Buat masa ni, saya peralatkan dia untuk kerja pengedaran dadah. Saya hanya tunggu arahan ketua untuk hapuskan dia”

“Nanti dulu. Kita tunggu masa sesuai untuk hapuskan mereka semua sekaligus”

“Sekaligus?”

“Ya. Budak berdua tu, pemain bola sepak tu dan Ejen 044”

>>>>>>>>>>>>>>>>> 

“Maaf lambat”, Kai menunduk hormat sebelum mengambil tempat di hadapan polis wanita yang dari tadi menunggu. “Aku terlajak tidur”

“Tak kisahlah sebab aku pun baru sampai”, ujar Eunji tenang sebelum seorang pelayan perempuan datang menghampiri meja mereka dan menghidangkan secawan caramel macchiato.

“Encik nak minum apa?”, pelayan itu bertanya kepada Kai.

“Sama macam dia”, balas Kai tersenyum.

“Baiklah”, pelayan itu membalas senyuman Kai sebelum beredar.

“Jadi, macam mana dengan teman wanita kau? Kau nak laporkan?”,Eunji bertanya mengenai topik utama mereka.

“Tak. Aku tak boleh laporkan”, Kai menggelang dan menongkat dagu. Bau aroma minuman Eunji menyucuk selera makannya. Kai berasa lapar tapi didiamkan. “Sulli larang aku buat apa-apa buat masa ni”

“Mana boleh macam tu. Kau kena laporkan pada polis. Keluarga dia perlu tahu yang dia dah dijumpai dan masih hidup. Dia kena laporkan yang dia diculik. Dia hilang selama dua tahun, dan kes ni bukan kes kecil”

“Tak boleh. Lagipun kes ni melibatkan pihak Korea Utara. Aku tak nak keluar masuk Blue House. Fakta yang penting ialah Sulli bukan diculik, tapi dia sendiri yang menyamar dan sembunyikan diri di Daegu”

“Habis tu? Kau nak diamkan diri? Sampai bila dia nak terus menyamar?”

Kai memandang wajah Detektif Park yang serius. Dia tahu kesungguhan polis itu ingin membantunya. “Jangan risau. Aku akan fikirkan sesuatu”

2772 p/p


*Blue House: rumah pentadbiran Korea Selatan (White House versi korea)

*Uh-Oh. Soojung dan Kai mula menyimpan rahsia masing2.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
wey.. dh habis... :D

Comments

You must be logged in to comment
atikahbp #1
Chapter 17: woah! bestnyaa ending dia T^T akhirnya diaorang together pun huhu T^T
freakandheart #2
Chapter 17: Kau ingat dia mesin buat anak ka? Haha
Finally dah tamat!!! *lap air mata
Emmy_Kpopers
#3
Chapter 17: pergghhhh.. ayat last tu xleh blah.. xD wkwk
ParkMyeonSeok #4
Chapter 16: I can't believe it..what happen to donghae and eunhyuk...so sad :'(...and to sehun too...what happen to soojung..???wow daebak!!
ParkMyeonSeok #5
Chapter 15: Ksiannya mereka semua tambah2 si sehun dengan kai...palli2 update...so excited
Nj_Angel #6
Chapter 15: Woah..makin best.
Jihyun-Sehun #7
Chapter 13: Alaa.. update la. Tengah best baca to be continued pulak.
hanah2212
#8
Chapter 12: Omaigaddddd. So tenseeeeeeeeeeee.