014

Pertempuran Takdir (KC Sequel)

 

  1. Bab 14

Beberapa orang awam mengerumuni, sibuk bertanya mengenai apa yang berlaku di sebalik pita polis yang mengelilingi rumah kedai pajak gadai lama itu. Keadaan jalan raya agak sibuk tengah hari itu, ditambah pula dengan kenderaan pemberita dan polis. Beberapa orang pegawai polis kelihatan sibuk mengambil gambar kejadian, bimbang terlepas mana-mana bukti penting. Mayat Gu Hye Sun sudah pun dibawa ke hospital untuk dibedah siasat. Soojung duduk termenung di satu sudut, dia tidak dibenarkan pulang lagi kerana diperlukan keterangan memandangkan Soojung merupakan satu-satunya saksi mata kejadian yang pertama menjumpai mayat.

Detektif Eun Daegoo mengeluarkan buku nota kecil dan sebatang pen dari poketnya. Klik, dia menekan buka mata pen, bersedia untuk mencatat.

“Adakah cik mengenali mangsa?,”detektif itu memulakan soal siasat.

Soojung menggeleng lemah.

“Boleh saya tahu kenapa cik pergi rumah mangsa?”

“Saya bekerja di kedai pakaian di seberang jalan. Kebiasaannya saya akan nampak mangsa keluar pada waktu ini untuk membeli makanan. Tapi hari ini, bila saya tak nampak mangsa keluar rumah, saya tertanya-tanya jadi saya pergi rumah mangsa dan dia sudahpun…”, Soojung menahan sedu tangisannya. Siapa sangka yang bekas ejen itu akan membunuh diri? Soojung tidak pernah menduga Gu Hye Sun berani mengambil tindakan sedemikian.

“Masa tu cik bersendirian?”, laju Detektif Eun Daegoo mencatat setiap apa yang Soojung katakan supaya mudah laporan dibuat nanti.

“Saya sendirian”

“Cik tahu atau pernah nampak sesiapa yang mungkin bermusuhan dengan mangsa? Cik pernah bercakap dengan mangsa? Ada nampak sesiapa yang mencurigakan keluar masuk dari rumah mangsa?”

Belum sempat Soojung membuka mulut menjawab, seorang lagi detektif, wanita, rakan sekerja Detektif Eun Daegoo datang menghampiri.

“Pihak forensik baru telefon saya memaklumkan mengenai mayat yang dihantar tadi. Tiada kesan pergelutan ditemui dan punca kematian adalah disebabkan salur darah di leher. Mangsa memang sah bunuh diri. Masa kematian dianggarkan dua tiga jam sebelum ditemui oleh Cik Soojung”

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Sulli dan Jieun diam tidak bersuara. Petang itu terasa dingin. Sulli baring atas dedaun kering di bawah pokok. Jieun menurut sama. Mereka berdua memandang langit yang terbentang luas.

“Tahniah”, Sulli bersuara. “Akhirnya kau dapat terpilih jadi artis latihan dalam syarikat rakaman besar tu. Aku yakin nanti kau akan jadi penyanyi yang berjaya.”

Jieun tersenyum memandang langit cerah di musim luruh itu. Warna keperangan daun seperti menumpahkan warna jingga kepada dunia. “Sulli, terima kasih kepada kau. Aku tak tahulah kalau kau tiada di sisi aku sepanjang dua tahun ini. Kau banyak tolong aku cari duit, bantu aku lari dari samseng pengutip hutang, bantu aku berniaga gerai tepi jalan, dan yang paling penting, kau orang penting yang sokong supaya aku jadi penyanyi”.

Sulli tidak membalas. Walaupun hanya dua tahun menjadi tempoh persahabatannya dengan Jieun, nilai dan semangat kawan Jieun itu sangat dihargai. Sulli menjadi rapat dengan gadis yang lembik, kuat merengek tapi seorang yang bertanggungjawab, prihatin. Kang Jieun.

“Jangan risau. Lepas ni, walaupun aku akan menetap di asrama pelatih di Seoul, aku akan tetap lawat kau di Daegu ni. Aku takkan lupakan kau”

“Itupun kalau aku masih hidup”, tutur Sulli dalam helaan nafasnya. Perlahan, penuh sesalan dan harapan.

“Kalau kau masih hidup? Apa maksud kau?”, Jieun mengiring ke kirinya, mendongkat lengan, memandang Sulli. Keningnya berkerut.

“Takde apa-apa”, Sulli mengukirkan senyuman dan mengiring pula ke kanannya, mengadap wajah Sulli. Mereka saling menukar pandangan. “Terima kasih Jieun sebab jadi kawan aku selama dua tahun ni.”

Jieun rasa keikhlasan dalam ucapan gadis itu. Apa ni? Perpisahan?

“Jieun ah, kau nak tahu sesuatu tak?”

“Apa dia?”

“Aku mengandung”

“Apa!”, pantas Jieun bangkit duduk, terkejut. “Kau mengandung?!”

Sulli bangkit sama, mengelap sisa-sisa debu di lengannya. “Ya, aku mengandung”

“Anak siapa? Eh, tentulah anak teman lelaki kau kan? Kenapa kau tak beritahu awal-awal?”, spontan Jieun menampar lengan Sulli.

“Aku pun baru tahu, kau nak awal macam mana lagi?”, Sulli ketawa kecil.

“Lagi satu, kau nak tahu rahsia besar?”, Sulli memperlahankan suara, membisik pada telinga Jieun.

“Tak nak”, Jieun mencebik. “Aku dah tahu. Rahsia tu ialah kau dan teman lelaki kau dah berkahwin senyap-senyap kan? Ceh, kau ingat ni drama mingguan ke?”

Terus Sulli pecah ketawa. Berdekah-dekah dia ketawa sambil memegang perutnya. Sakit sengal apabila urat perutnya menegang ketika ketawa.

“Bukan”, Sulli menafikan masih tidak berhenti ketawa. Jieun menjeling gadis yang ketawa sambil ternganga itu.

“Yah!”, Jieun menampar lengan Sulli, menyuruh gadis itu berhenti ketawa. “Kalau bukan rahsia tu? Rahsia apa? Kau banyak simpan rahsia dari aku kan?”, Jieun memasamkan muka.

“Sebelum tu, kau kena janji yang kau tak akan beritahu sesiapa”, Sulli berhenti ketawa, sambil tersenyum lalu menghulurkan jari kelinkingnya. “Sesiapa pun tak boleh tahu”

“Tak nak”, Jieun merajuk, memeluk lengannya. Muncung muluntya menjuih merajuk.

“Yah”, Sulli mencubit pipi Jieun. “Cepatlah”

Jieun mengeluh sambil mengusap pipinya. “Haish Lee Sulli ni”, gadis itu mengalah dan menyambung ikat jari anaknya dengan Sulli.

“Nama aku bukan Lee Sulli. Sebenarnya nama aku Choi Sulli”

“Choi Sulli? , Jieun rasakan seperti pernah dengar nama itu.

“Choi Sulli? Siapa Choi Sulli? Dia?”,

“Teman wanita saya, Choi Sulli”,

‘Masa kau kat Konsert Shinhwa hari tu!”, peristiwa tempoh hari di Dataran Su Ae singgah di ingatan Jieun. “Teman lelaki kau panggil kau…”

“Choi Sulli. Dia panggil nama sebenar aku”

Jieun mengangguk faham. Akhinya dia faham kenapa tempoh hari Kai memanggil Sulli dengan nama Choi Sulli dan gadis itu menangis.

“Tapi kenapa kau tipu? Kenapa kata nama kau Lee Sulli sedangkan nama keluarga kau Choi?”

“Aku bukan sengaja nak tipu”, ujar Sulli rasa bersalah. Suasana menjadi senyap antara dua sahabat itu.

“Dulu, masa di sekolah menengah rendah, aku sukakan seorang lelaki bernama Kim Jong In. Apabila naik sekolah menengah tinggi baru dia sedar dan terima aku sebagai teman wanita. Dia pula mempunyai seorang kawan baik bernama Oh Sehun. Aku, dia dan Sehun, kami hidup bahagia dengan cara dan kehidupan kami masing-masing. Sehingga seorang perempuan muncul”

“Seorang perempuan?”, Jieun tertarik mendengar cerita Sulli.

Sulli memandang Jieun dengan kepercayaan dan menyambung ceritanya. Mengenai dia, Kai, Sehun, Soojung, Eunhyuk, Donghae dan segala konflik yang berlaku dalam dua tahun ini. Jieun mendengar dengan teliti dan terkejut dengan setiap apa yang keluar dalam mulut gadis bernama Choi Sulli itu.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Sehun sudah ingat akan semuanya. Hari di mana dia bertemu Soojung di Taman Rehat Dosan, hari di mana dia keluar, hari di mana Soojung datang ke rumahnya, berbual dengan mamanya, dan hari di mana dia ditembak oleh Soojung di bahu serta hari di mana Soojung merawat lukanya. Sehun sudah jelas akan semuanya. Setiap kata-kata Soojung ketika itu.

Pintu lif terbuka dan seorang gadis memakai sut hitam melangkah keluar dengan lemah. Gadis itu menundukkan pandangan dan terus berjalan.

“Maafkan saya”, ucap Soojung ketika terlanggar tembung seseorang di depan apartmennya.

“Soojung”

Soojung mendongak memandang wajah lelaki di hadapannya itu. Lelaki itu membalas pandangan Soojung dengan senyuman. Matanya sepet, wajahnya bersih kerana baru lepas bercukur dan rambutnya kemas.

“Sehun”

“Saya rindu awak”, gadis itu ditarik kuat dan dipeluk erat.

“Sehun, kenapa ni?”, Soojung bertanya dalam keadaannya dipeluk kuat. Namun entah kenapa dia berasa selesa dalam dakapan hangat Sehun.

“Awak nampak penat. Awak dari mana?”, perlahan Sehun  melepaskan Soojung dari pelukannya. Rambut Soojung yang panjang dibiarkan tidak terikat dan disinsing ke belakang telinga. Pipi gadis itu dibelai perlahan dan Sehun dapat menghidu bau asap colok dari badan Soojung.

“Saya baru lepas hadiri majlis pengebumian. Saya letih sangat”, balas Soojung sambil merehatkan kepalanya pada dada Sehun. Disebabkan Gu Hye Sun tiada waris atau ahli keluarga, maka Soojung tampil menggalas tanggungjawab menguruskan pengebumian bekas tentera itu. Sepastinya pengebumian itu dilakukan dengan lancar tanpa pengetahuan pihak polis tentang identiti Gu Hye Sun yang merupakan rakyat Korea Utara.

“Mari masuk dalam rumah. Awak perlu berehat”

>>>>>>>>>>>>> 

Sebiji bola datang bergolek ke kaki Donghae. Bola itu dicapai, ditimbang beberapa kali sebelum Donghae menyepak bola tersebut, laju menerusi sekumpulan kanak-kanak terus ke gawang gol.

“Daebak!”, beberapa kanak-kanak yang menyaksikan sepakan Donghae itu terkejut. Bola dari jarak jauh itu boleh disepak terus masuk gol. Donghae hanya tersenyum.

“Skill lama kau masih tak hilang”

Donghae menoleh pandang Eunhyuk di sebelah kanannya. Ejen 044 itu berdiri tegak, memandang sekumpulan budak lelaki yang seronok bermain bola sepak. Wajahnya tenang menyembunyikan keresahan yang bergelora dalam hatinya.

“Dah enam tahun. Skill lama aku dah hilang”

“Maafkan aku”, nada Eunhyuk perlahan. Nada sesalan. Dia sedar yang Donghae kehilangan kerjaya dan impian sebagai pemain bola sepak kerana kerana dirinya.

“Eunhyuk ah, perkara tu dah lama berlalu”, Donghae juga berlagak biasa. Dia juga kerap kali rindu untuk mejadi raja di padang, menjadi tumpuan setiap kali bola berada dekat, tapi hakikat itu ditelan hadam. Dia tidak mahu singgungkan perasaan Eunhyuk. Eunhyuk selamatkan dirinya dan banyak berkorban, jadi Donghae sanggup korbankan kerjayanya juga.

“Macam mana? Kau dah siasat mengenai serangan malam tu?”, soal Donghae setelah beberapa minit Eunhyuk mendiamkan diri. Ketawa kanak-kanak seronok bermain jelas kedengaran.

Eunhyuk mengeluh panjang dan menunduk. Tangannya dimasukkan dalam poket seluar. “Apa patut aku buat Lee Donghae. Pihak atasan ancam aku. Kau, Sehun dan Sulli dalam bahaya”

>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Tiga keping gambar dipin lekat di papan kenyataan berwarna putih. Beberapa contengan penuh tulisan dan anak panah memenuhi ruang bawah setiap satu gambar tersebut.

“Aku dah pergi pejabat dan jumpa pegawai berkenaan. Mereka boleh berikan perlindungan kepada Donghae, Sehun dan Sulli. Mereka bertiga masih rakyat Korea Selatan dan berhak dapat perlindungan dari kerajaan.”

Eunji menghadam setiap apa yang Kai jelaskan. Rajah tentang rancangan mereka ingin selamatkan Donghae, Sehun dan Sulli. Peguam muda itu nampak sangat tekad. “Aku yakin tiada masalah untuk tebus identiti mereka bertiga yang asal, tapi”, Eunji bangkit dari kerusinya lalu mencapai marker. Dua nama ditulis atas papan kenyataan bersebelahan gambar-gambar tadi. “macam mana pula dengan mereka? Perisik dari Korea Utara ni?”,

Kai memandang nama Lee Eunhyuk dan Jung Soojung yang Eunji tulis. Dia juga menanya dirinya soalan yang sama. Apa patut dilakukan untuk menyelamatkan Soojung sekali?

“Kerajaan ada menyediakan perlindungan untuk rakyat Korea Utara kan?”

“Ada”,Eunji mengangguk. “Tapi dalam kes ni, mereka bukan rakyat Korea Utara biasa, mereka perisik. Prosedurnya sangat rumit”

Kai mendengus kasar dan menarik rambutnya. Kepalanya serabut. Macam mana nak selesaikan kes ni?!

>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Petang itu, cuaca cerah dengan angin meniup lembut. Soojung merehatkan kepala atas riba Sehun. Perlahan-lahan dia melelapkan mata sambil tangan Sehun mengusap rambutnya. Soojung dapat rasakan dahinya dikucup beberapa kali. Soojung berharap agar setiap harinya akan mendatang, dia dapat rasakan perasaan tenang sebegini. Perasaan dibelai oleh orang tersayang. Lama rasanya Soojung tak rasa dirinya dimanja dan dibelai oleh seseorang.

“Sehun, luka tangan awak macam mana?”, Soojung bertanya apabila teringat akan luka balutan di tangan Sehun. Terasa balutan mengenai dahi Soojung apabila Sehun menyentuh dahinya.

“Semakin baik”, Sehun memandang balutan luka di telapak tangannya. Rasanya balutan sudah boleh ditanggalkan.

“Soojung, saya selalu berangan mengenai awak”

“Mengenai saya?”, Soojung masih tidak membuka mata.

“Awak dan saya. Kita berkahwin, hidup sebagai suami isteri. Saya akan pergi kerja setiap hari untuk cari duit dan awak akan masak yang sedap-sedap untuk saya. Kemudian kita akan mempunyai anak, rumah sendiri. Setiap hujung minggu, kita akan bawa anak kita keluar jalan-jalan. Kita akan melihat anak kita membesar sama-sama. Awak nak anak lelaki ke perempuan?”

Soojung terdiam dan membuka matanya. Wajah naif Sehun ditatap ikhlas. Mampukah angan-angan Sehun itu dicapai? Bolehkah Sehun dan Soojung bersama? Seorang dari Korea Utara dan seorang lagi dari Korea Selatan.

“Hmm? Atau awak nak dua-dua? Awak nak berapa orang anak? Saya nak ramai. Dalam lima orang”, Sehun ketawa sambil menunjukkan lima jarinya pada Soojung. “Ramai sangat ke? Saya kena kerja kuat untuk menyara kita semua”

Soojung pura-pura senyum, mengangkat tangannya, menyentuh belai pipi lelaki itu. “Saya tak kisah”, perlahan Soojung memberitahu.

Sehun tunduk mencium dahi Soojung dan memberi kucupan laju di bibir Soojung.

“Saranghae”, ucapnya.

Soojung bangkit duduk, merapati lelaki itu dan mencium pipinya.

“Saya pun”, Soojung tersenyum. “Saranghae”

Sehun menarik Soojung rapat. “Awak nak air? Apakata saya buatkan awak air”

“Air?”, Soojung agak pelik tiba-tiba Sehun menyebut mengenai minuman.

“Biar saya pula buatkan air untuk awak. Dari tadi awak tak minum, mesti awak haus”, Sehun bangkit berdiri meninggalkan Soojung di sofa. Sehun bergerak ke dapur, mencapai cawan yang tergantung di kabinet dapur. Membelakangkan Soojung, Sehun mengeluarkan sesuatu dari poketnya dan dimasukkan dalam cawan. Kemudian baru Sehun menuang air panas lalu memasukkan uncang teh. Minuman itu dikacau rata bersama dua sudu gula.

Soojung duduk bersandar di sofa, melihat gelagat Sehun menbancuh air di dapur. Aneh. Tidak pernah-pernah Sehun menawarkan diri untuk masuk dapur buatkan air. Namun Soojung masih boleh tersenyum. Setidaknya dia tahu yang Sehun menyayanginya.

“Air awak dah siap. Jemput minum”, Sehun meletakkan cawan yang berisi air teh itu di atas meja kecil di depan sofa.

“Terima kasih”, Soojung memandang air yang berwarna perang gelap itu. Firasatnya membisikkan sesuatu buruk akan berlaku jika Soojung mengambil minuman itu. Tangan Soojung perlahan-lahan mencapai cawan tersebut dan air itu diteguk sedikit demi sedikit.

“Maafkan saya”, ujar Sehun perlahan takala Soojung meminum air tersebut. Kemudian cawan jatuh berkecai ke lantai, terlepas dari genggaman Soojung. Gadis itu lalu rebah tidak sedarkan diri.

>>>>>>>>>>>> 

Donghae dan Eunhyuk seiring berjalan pulang ke rumah. Mereka leka berbual mengenai memori lama ketika Donghae menjadi bintang bola sepak dahulu,

“Eunhyuk, kau balik dulu. Suruh Sulli sediakan meja makan. Aku nak pergi beli makanan”, Donghae tiba-tiba menghentikan langkahnya.

“Kau nak guna kereta aku?”. Eunhyuk meraba kunci kereta dalam poketnya.

“Tak payah. Kau balik, tanya Sulli kalau dia mengidam nak makan apa-apa”, Donghae menepuk bahu Eunhyuk sebelum beredar. Dia dapat rasakan diperhati oleh seseorang di sebalik pokok besar.

>>>>>>>>>>>> 

Sulli leka membaca majalah ketika Eunhyuk baru pulang. Majalah yang menyelitkan artikel mengenai penjagaan bayi. Baca artikel itu membuatkan Sulli rasa teruja dan tidak sabar menanti kelahiran anak dalam kandungannya.

“Eunhyuk dah balik? Mana Donghae?’, majalah tadi lalu ditutup.

“Dia pergi beli makanan. Dia tanya, kalau kau ada mengidam nak makan apa-apa”, jelas Eunhyuk sambil menyangkut jaketnya di dinding. Rumah itu terasa sedikit sejuk memandangkan angin masuk melalui beberapa lubang tingkap yang pecah.

“Mengidam makanan?”, Sulli berfikir sejenak. Memang benar, sejak mengandung ini, selera Sulli bertambah dan dia ingin makan banyak makanan yang jarang ada di Daegu. “Saya rasa macam nak makan sup ayam.”

Telefon Eunhyuk kemudian bergetar menandakan mesej baru masuk. Eunhyuk sangkakan mesej itu dari Donghae yang mengingatkan supaya jalan lupa bertanya pada Sulli tapi sangkaanya meleset jauh. Wajah Eunhyuk berubah kelat membaca kandungan mesej yang baru diterima itu.

‘Petang ni di pelabuhan, aku tunggu keputusan kau. –Mun Taeshil’

“Adakalanya saya rasa macam nak makan masakan China. Kimchi sotong pon bagus juga. Tapi kalau takde, sup ayam sahaja pun sudah memadai. Saya rasa nak makanan yang berkuah”

Eunhyuk tidak dengar apa yang Sulli katakan. Fikirannya melayang. Pesanan dari Mun Taeshil. Eunhyuk kenal Mun Taeshil yang merupakan ejen perisik Korea Utara juga dan Eunhyuk juga tahu yang Mun Taeshil mengendalikan kes Eunhyuk yang menyembunyikan saksi Donghae, Sehun serta Sulli. Manakala keputusan yang dimaksudkan ialah keputusan Eunhyuk untuk terus menjadi Ejen 044 atau tidak. Telefon itu digenggam kuat.

“Oppa dengar tak? Kenapa ni?”, Sulli sedikit tersinggung apabila diendahkan oleh Eunhyuk.

“Aku nak keluar. Kalau ada apa-apa berlaku, sembunyi dalam bilik. Pistol ada dalam bilik. Telefon Sehun suruh balik awal.”

>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

“Apa kau buat di sini?”

Kai menoleh apabila rasa tangan seseorang menepuk bahunya.

“Annyeonghaseyo”, Kai menunduk hormat pada lelaki itu. “Saya…”

“Aku tahu”, Donghae mencelah salam perkenalan peguam itu. “Kai teman lelaki Sulli kan? Dia ada cerita pasal kau”

Kai menggosok belakang lehernya. Terasa kekok tapi dalam masa sama segan. Donghae adalah lelaki yang menjaga Sulli sepanjang dua tahun ini dan Kai rasa hormat dengan lelaki itu. Sulli ada menceritakan bagaimana Donghae korbankan kerjayanya demi persahabatan dengan Eunhyuk. Adakah Kai mampu buat perkara yang sama? Adakah Sehun sanggup buat perkara yang sama?

“Kau cari dia ke?”, Donghae memandang Kai. Lelaki yang banyak menumpahkan air mata Sulli. Lelaki yang merupakan ayah kepada anak dalam kandungan Sulli. Lelaki yang sering disebut-sebut dalam igauan Sulli.

“Saya cuma datang nak tengok keadaan dia”

“Dia ok. Jangan risau sebab aku jaga dia macam adik aku sendiri”

“Ya saya tahu, sebab tu saya tak risau sangat. Saya cuma…”

“Jangan datang cari Sulli lagi.”, nada Donghae serius. “Kau tahu kan masalah yang kami hadapi, kancah masalah yang Sulli alami sekarang ni. Jadi jangan libatkan diri kau. Jangan masuk campur urusan Sulli lagi dan jauhi dia”

“Kenapa? Saya akan berusaha untuk selamatkan Sulli”

“Lupakan Choi Sulli. Dia tetap akan jadi Lee Sulli. Teruskan hidup kau tanpa dia”

Kai terdiam. Tidak sangka pertemuan pertamanya dengan Donghae akan dipenuhi rasa ketegangan.

>>>>>>>>>>>>>>>>> 

“Ekori Sehun dan hapuskan dia bila tiba masa sesuai”

Sehun kelihatan mendukung bawa seorang perempuan masuk ke dalam kontena. Setelah 30 minit, kelibat Sehun masih belum keluar. Manga berserta anak kunci dikeluarkan dari poket dan pintu dikunci dari luar. Dalam hatinya ketawa, Sehun dan perempuan itu pasti akan mati dalam kontena tersebut. Walkie talkie di tangan lalu dihidupkan.

“Tolak kontena SA 534 warna merah ke dalam laut”, anak buah Mun Tae Shil itu memberikan arahan melalui walkie talkie kepada rakannya yang sudapun berada atas kren.

Mesin kren besar itu lalu dihidupkan dan mengangkat kontena yang dinyatakan tadi.


apa agaknya Sehun nak buat? so, sye minta maaf kalau ade byk kesalahan tatabahasa dn ejaan. series busy skrg ni, tp sye janji akan reread n cube betulkn mne kesalahan yg sye perasan untuk stiap chpter. 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
wey.. dh habis... :D

Comments

You must be logged in to comment
atikahbp #1
Chapter 17: woah! bestnyaa ending dia T^T akhirnya diaorang together pun huhu T^T
freakandheart #2
Chapter 17: Kau ingat dia mesin buat anak ka? Haha
Finally dah tamat!!! *lap air mata
Emmy_Kpopers
#3
Chapter 17: pergghhhh.. ayat last tu xleh blah.. xD wkwk
ParkMyeonSeok #4
Chapter 16: I can't believe it..what happen to donghae and eunhyuk...so sad :'(...and to sehun too...what happen to soojung..???wow daebak!!
ParkMyeonSeok #5
Chapter 15: Ksiannya mereka semua tambah2 si sehun dengan kai...palli2 update...so excited
Nj_Angel #6
Chapter 15: Woah..makin best.
Jihyun-Sehun #7
Chapter 13: Alaa.. update la. Tengah best baca to be continued pulak.
hanah2212
#8
Chapter 12: Omaigaddddd. So tenseeeeeeeeeeee.