012

Pertempuran Takdir (KC Sequel)

 

  1. Bab 12

Keadaan masih awal pagi di mana burung masih berehat di sarang. Ramai masih dibuai lena tatkala matahari belum munculkan diri. Sehun berdiri tegak, mengadap rumah agam yang besar. Rumah yang dimaklumkan sebagai rumah milik lelaki bernama Oh Jae Hwa, bapa kepada Oh Sehun. Baju hoodie semalam masih tidak ditanggalkan dan Sehun teringat makluman yang diterima dari Myungsoo.

“Yah Sehun, pasal maklumat yang kau suruh cari tu. Daebak! Wanjeon Daebak!”, teruja Myungsoo ingin menunjukkan hasil siasatannya.

“Kenapa? Pasal Oh Sehun tu?”

“Rupanya lelaki yang bernama Oh Sehun ni dah mati dua tahun lepas. Dia merupakan anak kepada bekas setiausaha Korea Selatan. Bapa dia orang kuat politik kerajaan ini. Sehun ni anak orang kaya”, Myungoo lalu membuka hidup komputer ribanya dan memainkan satu video untuk Sehun tengok.

‘Kira-kira jam 9pagi tadi, berlaku satu kemalangan ngeri yang meragut nyawa di Jalan Dong Un. Mangsa yang terbakar dipercayai adalah anak kepada mantan setiausaha negara, Oh Jae Hwan iaitu pelajar tahun akhir Universiti Seoul, Oh Sehun. Teman wanita mangsa yang cedera teruk di bahagian kaki sudahpun dikejarkan ke hospital. Pihak polis walaubagaimanapun masih menyiasat punca kemalangan. Orang ramai yang menjadi saksi kejadian diminta menampilkan diri untuk memberi keterangan di balai polis berdekatan. YGN News, saya Ki Ha Myung melaporkan’

Sehun hanya diam melihat laporan berita itu.

“Ada lagi. berita pasal kemalangan ni memang tersebar luas. Kau tak tahu ke?”, ujar Myungsoo lalu menekan main video seterusnya.

‘Saya kini berada di Jalan Dong Un, tempat di mana kemalangan melibatkan anak mantan setiausaha negara berlaku. Pihak polis mengesahkan identiti mangsa setelah menemui jam tangan kalis api yang dipercayai milik mangsa Oh Sehun. Oh Jae Hwan yang kini berada di luar negara untuk menerima rawatan sudah dimaklumkan mengenai kemalangan ini dan sekarang wakil keluarga mangsa iaitu anak sulung Oh Jae Hwan berada di tempat kemalangan….’

“Dah! Apa kaitan semua berita ni?’, Sehun menutup padam video tersebut.

“Oh Sehun yang kau suruh siasat tu dah mati. Dia merupakan pelajar tahun akhir Universiti Seoul, jurusan undang-undang dan pelajar aktif dalam sukan bola keranjang”, Myungsoo menjelaskan sambil mengeluarkan beberapa keping gambar dari dalam begnya.

“Ni gambar dia. Muka dia memang sama macam kau. Aku pun terkejut tengok”, sekeping gambar Oh Sehun diserahkan. “Ini pula gambar yang aku ambil di kafe, di sudut memori. Oh Sehun merupakan pelanggan tetap kafe tu bersama kawan-kawan dia jadi ada banyak gambar dia di sudut tu”

Sehun melihat gambar tersebut di mana seorang lelaki mirip wajahnya tersenyum depan kamera dengan beberapa lagi orang yang Sehun tidak cam. Tiba-tiba Sehun terpandang gambar seorang lelaki. Dia sentiasa berada di sebelah Oh Sehun dalam setiap gambar. Sehun berfikir sejenak sebelum teringat akan lelaki itu. Teman lelaki Sulli!

“Ini siapa? Kawan Oh Sehun?”, Sehun menunjuk tanya pada Myungsoo.

“Aku tak pasti tapi menurut pekerja kafe tu, gambar tu merupakan pasukan bola keranjang yang menyambut kemenangan mereka”

Sehun hanya mengangguk balas. “Myungsoo, kau ada maklumat pasal keluarga Oh Sehun?”

“Selain ayah dia, aku tak tahu. Tapi aku ada alamat rumah dia. Nah~”, Myungsoo memberi sekeping nota yang tertulis lengkap alamat tempat tinggal Oh Jae Hwan.

Kini Sehun sudah berada di hadapan rumah yang dinyatakan dalam alamat tersebut. Rumah agam keluarga Oh tersergam depan mata Sehun. Lelaki itu dapat merasa dekat dengan rumah itu. Sehun memejam mata rapat, cuba mencari memori yang dapat dikaitkan dengan rumah tersebut. Kepalanya berdenyut sakit.

>>>>>>>>>>>>>> 

“Ahhhh!!”, Hwayoung berlari ke bilik basuh.

“Ahhh!”, dia lari memeluk Bomi kuat, memeranjatkan gadis yang leka mengasing baju untuk dibasuh.

“Woi, kau kenapa? Berlari macam nampak hantu”, Bomi menolak Hwayoung.

“Memang aku nampak hantu”, terketar-ketar Hwayoung membalas. “Hantu tuan muda!! Kat luar rumah! Aku nampak dia berdiri kat luar pagar!”

“Hwayoung~ jangan nak buat lawak pagi-pagi. Aku ada banyak kerja nak buat”

“Bomi, aku tak main-main. Aku nampak tuan muda! Dia berdiri depan pagar, pakai hoodie warna hitam, dia pandang rumah ni. Aku rasa roh dia tak tenteram. Dia mungkin datang nak balas dendam. Aku takut!”, sekali lagi Hwayoung memeluk Bomi.

“Mana ada hantu! Kau ni tak baik cakap roh tuan muda tak tenteram. Kau banyak sangat tengok filem ni”, pantas Bomi menyiku kepala Hwayoung.

“Betul! Habis tu siapa yang aku nampak berdiri depan pagar tadi tu? Tuan muda kan dah mati”

“Kau tersilap pandang mungkin. Entah siapa-siapa yang kebetulan lalu pandang rumah ni”

Hwayoung diam. Dia yakin dia nampak Oh Sehun tadi.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Kejadian diserang secara tiba-tiba oleh Soojung semalam masih mendatangkan trauma. Sehun juga diserang. Sulli tahu keadaan mereka semua sudah tidak selamat. Ke mana dia harus melarikan diri? Mungkin takdir sudah tertulis begitu buat dirinya. Sulli akur dan jika dia terpaksa berhadapan dengan perisik atau serangan Korea Utara lagi, dia enggan terus melarikan diri. Namun dalam masa sama, Sulli bimbang anak dalam kandungannya. Dia tidak mahu nyawa tidak bersalah untuk menjadi korban. Kalau Sulli terkorban, siapa akan menjaganya?

Pintu teksi dibuka dan ditutup rapat semula setelah Sulli menyelesakan diri di dalam.

“Cik nak ke mana?”

“Seoul”

>>>>>>>>>>>>>>>> 

“Sulli tak mati lagi!”

“Saya yakin dan dapat rasakan Sulli masih hidup. Dia berada di luar sana cuma saya tak pasti sama ada dia selamat atau tak, bahagia atau tidak”

“Jadi, percaya cakap saya. Kita akan jumpa Sulli dan Sehun semula”,

Soojung rasa lututnya lemah longlai. Loceng pintu ditekan beberapa kali sebelum si pemilik rumah menjengah di muka pintu.

“Soojung, awal awak datang”

Air mata Soojung berjurai membasahi pipinya. Dia memandang Kai dengan wajah penuh penyesalan.

“Kai~”, gadis itu jatuh dalam dakapan Kai.

“Kenapa? Kenapa awak menangis? Apa yang terjadi?”, Kai memeluk pujuk gadis itu. Air mata Soojung membasahi baju tee yang dipakai. Rambut Soojung diusap lembut.

>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Sebaik lif berhenti di tingkat 10, Sulli menhela nafas berat. Dia tekad ingin memberitahu Kai tentang anak dalam kandungannya. Kai adalah ayah kepada anak yang dikandungkan dan jika apa-apa terjadi pada Sulli, hanya Kai yang boleh bergantung harap. Langkah Sulli terhenti apabila melihat seseorang di depan pintu apartmen Kai.

Soojung? Apa dia buat di sini? Di rumah Kai?

Sulli menyembunyikan diri di sebalik hos pemadam api yang tergantung di dinding. Tidak lama kemudian kedengaran bunyi pintu terbuka dan Kai menjengah di muka pintu.

Kemudian, Soojung kelihatan memeluk Kai erat. Sulli terkejut. Hatinya terpukul melihat perempuan lain memeluk teman lelakinya. Kai pula dilihat membalas pelukan tersebut dan mengusap rambut Soojung.

Apa mereka buat? Sulli mengalirkan air mata dan menyentuh perutnya.

Selepas Soojung lesap menyusup masuk ke dalam rumah Kai, Sulli beredar dengan tangisannya.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

“Duduk dulu. Saya akan ambilkan air untuk awak”

Soojung duduk di kerusi ruang makan rumah peguam muda itu. Kemudian segelas air kosong dihidangkan di atas meja.

“Minum ni, hilangkan sedu awak”

Soojung mencapai gelas tersebut dan meneguk laju. Sedu tangisannya kemudian hilang. Soojung menyapu wajahnya yang basah dengan hujung lengan bajunya.

“Ceritalah, kenapa awak menangis?”, Kai menarik kerusi, duduk dekat dengan Soojung.

“Saya jumpa Sulli. Sulli masih hidup! Awak betul. Saya percaya kata-kata awak sekarang. Sehun dan Sulli masih hidup”, bersungguh-sungguh Soojung memberitahu.

“Saya tahu. Saya dah jumpa Sulli”, bersahaja Kai membalas.

“Awak dah tahu? Kenapa awak tak beritahu saya?!”

“Atas permintaan Sulli supaya merahsiakannya”, tenang tutur kata Kai.

“Dia bencikan saya?”, Soojung bertanya. Teringat tatkala semalam Sulli berani mengangkat pistol padanya. Soojung tahu, ia salah dirinya sendiri kerana melibatkan Sulli tapi Soojung langsung tak sangka yang Sulli anggap Eunhyuk sebagai penyelamat.

Kai diam tidak menjawab.

“Saya diserang tempoh hari. Saya yakin yang Eunhyuk serang saya. Awak tahu yang Sehun masih hidup? Dia tak mati lagi. Saya tak tahu macam mana tapi Eunhyuk ada kaitan. Pada malam saya bersama Sehun, Eunhyuk serang kami”

“Saya tahu Sehun masih hidup, juga hilang ingatan. Saya nak tanya mengenai Eunhyuk. Kalau awak cakap dia jahat, kenapa dia selamatkan Sulli dan Sehun? Saya tak rasa Eunhyuk tu berbahaya”

“Mana awak tahu Sehun masih hidup?! Selama ni awak tahu yang Lee Sehun adalah Oh Sehun?”, tangan Kai dicapai kasar.

“Sulli ceritakan pada saya semuanya. Mengenai Sehun dan Eunhyuk yang selamatkannya”, sedikit tinggi nada Kai membalas.

“Kenapa awak tak beritahu saya? Eunhyuk tipu saya mengatakan mereka dah mati dan awak pun nak tipu saya?”, soal Soojung dalam nada kesal. Tergamak Kai menyimpan rahsia sebegitu penting.

“Sulli bimbang jika awak buat apa-apa. Malah Sehun hilang ingatan. Dia tak ingat sesiapa termasuk kita”

“Ini semua salah Ejen 044. Saya tak akan maafkan dia. Dia mahu pergunakan Sehun dan Sulli untuk kepentingan diri sendiri”

“Soojung, buat seseorang yang menyelamatkan kawan baik dan teman wanita saya, orang tu saya tak rasa berbahaya dan mempunyai niat jahat. Sulli cerita pada saya bagaimana Eunhyuk banyak membantu dan melindunginya”

“Tak! Awak tak tahu apa-apa. Eunhyuk adalah Ejen 044! Ejen perisik Korea Utara! Mereka kejam!”

“Soojung ah~”, Kai memegang tangan gadis itu. “Dengar sini, awak dikaburi oleh perasaan benci. Hanya kerana Eunhyuk perisik Korea Utara tak semestinya dia kejam. Awak pun ejen perisik Korea Utara, adakah awak ingin menyatakan yang diri awak kejam? Kalau awak, sanggupkah awak pergunakan rakyat Korea Selatan macam Sehun dan Sulli untuk niat jahat?”

Soojung terdiam, memandang mata Kai.

>>>>>>>>>>>>> 

“Wei, muka dia macam Sehun sunbae”

“Tak mungkin. Sehun sunbae dah mati. Mungkin kebetulan muka mereka sama”

“Siapa dia? Pelajar baru? Jurusan mana?”

“Entah. Tidak pernah nampak pula sebelum ni”

Sehun membiarkan sahaja suara-suara belakang yang mengagumi wajahnya. Matanya terus membelek gambar-gambar yang dipin di papan notis maklumat. Gambar dari dua tiga tahun lepas turut tersemat sama. Seseorang begitu mirip wajahnya kelihatan kemas bergaya bergambar dengan rakan sepasukan. Sehun menatap setiap keping gambar tersebut. Adakah itu dirinya yang sebenar? Adakah dia yang sebenar ialah Oh Sehun? Tapi Oh Sehun dah mati kemalangan berdasarkan maklumat yang Myungsoo perolehi. Sehun perasan yang dalam setiap gambar lelaki yang mirip wajahnya pasti ada juga teman lelaki Sulli bersama. Apa hubungan mereka? Kawan?

Telefon Sehun berdering, mematikan lamunan anak muda itu.

“Hello, Sehun ah”

Kedengaran suara seorang perempuan dalam sedu tangis.

“Soojung, kenapa ni?”, Sehun mula risau.

“Boleh saya jumpa awak sekarang? Awak kat mana?”

Sehun menoleh pandang papan tanda berdekatan yang tertulis ‘Kelab bola keranjang Universiti Seoul’

“Awak kat mana? Biar saya datang jumpa awak”

“Saya tunggu awak di rumah saya”

>>>>>>>>>>>>>>>> 

Hanya sakit kepala apabila fikirannya mula membayangkan perkara yang tidak sepatutnya. Kai dan Soojung. Apakah hubungan mereka berdua? Kenapa mereka berpelukan? Kenapa Kai peluk perempuan tu? Sulli berasa sangat sakit hati.

Sulli menarik peluk bantalnya dan membenamkan muka, terus menangis. Apa yang patut dia buat jika Kai menyukai Soojung? Bagaimana kalau peguam itu berubah hati? Mungkin Kai bosan menunggu Sulli dan jatuh cinta pada Soojung. Macam mana dengan anak dalam kandungan Sulli? Sulli terus menangis, membiarkan bantalnya basah dek air matanya.

“Kenapa kau menangis?”, tiba-tiba Donghae bertanya dan mendekati gadis itu.

“Oppa~”, air mata Sulli laju tidak dapat diseka.

“Eunhyuk ada beritahu pasal kau. Lelaki tu  tahu yang kau mengandungkan anak dia?”

Sulli lalu menggeleng. “Saya takut dia tak terima saya dan anak ni”, perlahan nada Sulli bercakap.

“Jadi, apa kau nak buat?”, Donghae mengusap rambut Sulli yang kini sudah dianggap sebagai adik kandung.

“Saya tak tahu. Mungkin saya patut gugurkan anak ni”, Sulli meluahkan. “Saya tak bersedia lagi untuk menjadi seorang ibu. Dengan keadaan kita macam ni, saya tak mahu anak saya jadi seperti saya. Lagipun Kai tak tahu menahu mengenai anak ni”

“Sulli, jangan terburu-buru buat keputusan. Aku rasa kau patut berbincang dengan teman lelaki kau dulu”

“Nak bincang apa? Sekalipun dia mahu anak ni, kami tak boleh bersama selagi identiti saya sebagai Lee Sulli. Tapi kalau saya kembali sebagai Choi Sulli, Eunhyuk akan berada dalam masalah besar”

Donghae diam tidak membalas. Apa yang dikatakan Sulli adalah benar. Mereka hidup seperti pelarian dengan identiti palsu. Gadis itu ditarik dan didakap pujuk.

“Maafkan aku sebab tak mampu buat apa-apa”

Sulli menggeleng-geleng, menangis dalam dakapan mesra Donghae.

>>>>>>>>>> 

Langkah Sehun laju menuju ke rumah Soojung. Apabila lif terbuka dan Sehun melangkah keluar di tingkat yang sepatutnya.

“Kau dah datang”, seseorang yang Sehun fikirkan tiba-tiba menyapanya.

“Apa kau buat di sini?”, Sehun berwajah masam.

“Aku baru lepas pujuk teman wanita kau”, selamba Kai menjawab sambil menekan butang lif.

“Apa kau cakap?! Kan aku dah beri amaran supaya jauhi teman wanita aku! Kau dah ada Sulli!”, Sehun menerpa kasar ke arah Kai, menekan lelaki itu ke dinding. Teringat akan hakikat yang Sulli mengandung anak lelaki itu.

“Macam ni cara kau berterima kasih? Encik Oh Sehun?’, Kai tersenyum sinis.

“Aku bukan Oh Sehun! Aku Lee Sehun! Oh Sehun dah mati!”, Sehun merenung tajam peguam itu.

“Dah mati atau masih hidup, kau lebih tahu”, Kai menolak lelaki itu dan membetulkan bajunya. Sesaat kemudian pintu lif terbuka dan Kai beredar meninggalkan Sehun.

>>>>>>>>>>>>>> 

“Saya tak suka dia datang rumah awak”, jujur Sehun memberitahu.

“Dia datang hanya sebagai kawan. Lagipun dia sebaya awak, dia boleh jadi kawan awak”

Kawan? Peguam berlagak tu? Sehun lalu teringatkan gambar-gambar di papan notis Kelab Bola Keranjang di Universiti Seoul yang dilawati tadi. Dalam gambar tersebut Kai dan Oh Sehun kelihatan rapat. Adakah mereka berkawan? Sehun mula terfikir jika dia adalah Oh Sehun, maka pasti Kai adalah kawannya.

“Sehun”, Soojung memanggil mematikan lamunan anak muda yang hilang ingatan itu. “Kepala awak sakit lagi?”, soal Soojung teringatkan kejadian di mana Sehun pengsan selepas mereka diserang.

“Ada masanya sakit. Rasa macam kepala saya nak pecah”, Sehun membuka cerita.

“Sekarang? Sakit lagi? awak patut berehat di rumah. Maafkan saya sebab awak terpaksa berulang alik dari Daegu”, Soojung menunduk serba salah.

“Tak mengapa. Lagipun saya rasa tak lengkap kalau sehari tak berjumpa awak”, Soojung ditarik rapat dan dikunci dalam pelukan Sehun. Sehun tahu gadis itu bermakna dalam hidupnya dan Sehun juga dapat rasakan yang gadis itu akan membawa bahaya dalam hidupnya.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

“Awak buat sendiri ke sandwich ni?”, Sehun bertanya cuba menutup suasana kekok itu. Dia menyumbat masuk sandwich ke dalam mulutnya.

“Ya. Saya buat sendiri. Tak sedap?”

Sehun cuba menjawab tapi mulutnya penuh makanan. Hanya isyarat mata dibalas mengatakan yang sandwich itu sedap.

Soojung mencapai gelas dan menuang air lalu diberi kepada Sehun. “Makanlah perlahan-lahan”

“Terima kasih”,lelaki itu menyambutnya. Tangan mereka saling besentuhan tatkala Sehun mencapai gelas yang dihulur itu. Ini bukan kali pertama Sehun memegang tangan orang yang berlainan jantina tapi kali ni dia rasa seperti aliran elektrik mengalir masuk.

Sehun memicit kepalanya. Kebelakangan ini dia kerap kali terbayang sesuatu peristiwa di mana dirinya bersama seorang gadis. Namun dia tidak pasti siapa gadis itu. Dia tidak dapat ingat.

DANG!

Sehun membuka mata. Bunyi apa tu?

DANG!

Bunyi seolah sesuatu ditetak kuat. Apa yang berlaku?

>>>>>>>>>>>>>>>>> 

DANG!

Sulli mengiring ke kanan dan dapat mendengar bunyi kuat yang dekat dengannya.

DANG!

Bunyi apa tu? Dahi Sulii berkerut marah. Namun matanya masih tertutup rapat, memikirkan yang bunyi itu mungkin Sehun yang menggeledah cari makan di dapur.

DANG!

Sulli bangkit bengang apabila tidurnya diganggu.

DANG!

Sulli terkejut apabila melihat seperti sesuatu menetak pintu biliknya.

>>>>>>>>>>>>>>> 

“Yah Sulli! Bunyi apa tu?”, Sehun melangkah keluar dari biliknya. Mata Sehun membulat besar melihat seorang lelaki sedang menetak pintu bilik Sulli dengan menggunakan kapak. Siapa dia? Mimpi atau realiti? Sehun tergamam.

DANG! Pintu itu hampir berlubang terkopak di bahagian tengah.

“Woi budak”

Sehun menoleh ke kirinya, seorang lagi lelaki asing berbadan tegap, merenungnya tajam. Lelaki itu mengangkat pistolnya mengacu pada Sehun.

“Awak tak faham lagi? Oh Sehun? Saya perisik dari Korea Utara dan target saya sekarang ni ialah awak!”,

“Sehun!!”, Donghae menerpa menolak Sehun sebelum sempat peluru membolos kepala anak muda itu. Tingkap cermin pecah berkecai apabila mengenai peluru yang Sehun elak tadi.

“Sini”, Donghae menarik tangan Sehun, menyorok di belakang sofa.

Bang! Bang! Bang! Bang! Bang! Bang! Bang!

Tembakan dilepaskan secara tidak berhenti. Hampir semua barang dalam rumah itu pecah menjadi serpihan.

“Keluar! Oh Sehun! Lee Donghae!”, tembakan mengenai serata tempat. Donghae dan Sehun diselubungi ketakutan.

Oh Sehun? Sehun terpukul. Rasa seperti nama sendiri dipanggil. “Hyung, apa semua ni?”

“Aku tak tahu. Aku dah hubungi Eunhyuk supaya datang selamatkan kita”

“Sulli dalam bahaya. Kita mesti selamatkan dia”, Sehun menoleh lihat lelaki yang menetak pintu bilik Sulli tadi sudah hampir berjaya membuka kunci pintu.

“Hyung!”, Sehun menggesa supaya Donghae memikirkan sesuatu.

Donghae juga terkejut sebenarnya dan masih keliru tentang apa yang berlaku. Namun dia tahu dua orang lelaki asing itu ialah tentera Korea Utara. Donghae kenal lencana pada pakaian seragam yang mereka pakai. Donghae lalu mencapai alat kawalan televisyen dan apabila salah seorang dari mereka terlepas pandang, Donghae membaling tepat pada kepalanya.

“Sekarang!”, arah Donghae apabila lelaki yang memegang senapang itu menunduk sakit.

Sehun lalu menerpa ke arah lelaki yang berada di hadapan bilik Sulli, cuba menyerang. Kaca serpihan televisyen yang dikutip tadi diacu tikam pada abdomen lelaki asing itu. Tangan Sehun turut terluka kerana memegang kuat kaca tersebut. Darah memercik keluar dari perut dan lelaki itu menendang Sehun. Kapak yang dipegang tadi terjatuh ke lantai. Dengan tangan yang berdarah, Sehun bangkit dan menumbuk muka lelaki yang mengerang sakit itu. Lelaki asing itu jatuh tersungkur ke lantai.

“Sulli”, Sehun memanggil apabila kelibat Sulli tidak kelihatan.

Sulli bersembunyi dalam almari, menggigil ketakutan apabila mendengar bunyi tembakan tadi. Apabila mendengar suara Sehun, Sulli berlari keluar dari tempat persembunyiannya. Lelaki itu dipeluk takut.

“Sehun!”, air mata Sulli tidak dapat ditahan.

Sementara itu, Donghae menendang senapang yang berada di tangan lelaki yang melepaskan tembakan tadi ketika lelaki itu tunduk. Senapang itu jatuh terseret jauh. Kaki Donghae mengayun laju, menyepak kepala lelaki itu. Tersungkur jatuh lelaki asing itu.

Tanpa Donghae sedari, seorang lagi lelaki dengan perut yang tercedera akibat serangan Sehun tadi, mencapai senapang yang terseret ke arahnya.

“Tak guna”, Donghae mendengar lelaki itu mencarut dalam dialek pekat Korea Utara. Segera Donghae berlari masuk ke dalam bilik Sulli.

Tembakan kemudian dilepaskan mengekori langkah larian Donghae.

“Oppa!”, Sulli menjerit ketakutan apabila berdas-das tembakan didengari kuat. Mereka bertiga menyembunyikan diri di sebalik almari pakaian dalam bilik Sulli. Sulli takut, sangat takut. Siapa lelaki yang menyerang  dan apa yang pasti Sulli tidak mahu mati di tangan mereka.

Donghae lalu teringat akan beberapa buah senjata yang disimpan dalam almari Sulli. Ruang simpanan rahsia di sebalik cermin di almari. Perlahan-lahan Donghae menjalarkan tangan, meraba dinding almari, cuba mencapai cermin. Kemudian, cermin dipusingkan dan Donghae mencapai beberapa pucuk pistol. Satu das tembakan disasarkan pada Donghae, laju lelaki itu mengelak namun terkena tepi lengannya. Darah mengalir keluar mengotorkan lengan bajunya. Donghae menahan sakit.

“Ambil ni”, Donghae menyerahkan pada Sehun dan Sulli, seorang satu pistol.

Sejak bila rumah ni ada menyimpan senjata? Kenapa ada pistol dalam almari Sulli? Sehun pana seketika memegang senjata yang diberi oleh Donghae itu.

“Apa patut kita buat?, Sulli bertanya semena-mena tidak tahu bagaimana mengawal senjata itu. Donghae memegang lengan kirinya yang terluka. Mujur hanya terkena sedikit dan luka itu tidak dalam.

Bang! Bang! Bang!

Salah seorang lelaki yang menyerang tadi jatuh tersungkur di hadapan mereka bertiga. Darah mengalir di sekitar kepalanya.

“Mereka dah mati”, kedengaran suara Eunhyuk.

“Eunhyuk ah”, Donghae bangkit berdiri sambil menahan sakit. Dia, Sehun dan Sulli keluar dari tempat persembunyian di sebalik almari. Sulli berlari memeluk Eunhyuk.

“Mereka datang nak bunuh kami!”

“Semua orang tak apa-apa kan? Sehun, tangan kau”, Eunhyuk perasan akan darah yang mengalir dari telapak tangan Sehun.

“Aku tak apa-apa. Cuma luka kecil”, balas Sehun lemah. Kepalanya rasa pening dan berdenyut-denyut. Sehun rasa ingin pitam.

“Apa berlaku sebenarnya? Pihak atasan hantar mereka bukan? Rahsia kau dah diketahui?”, soal Donghae mengabaikan luka lengannya. Luka itu dipegang sorok supaya Eunhyuk tidak perasan.

Eunhyuk memandang Sehun yang kelihatan pucat. “Sulli, pergi ambil ubat dan kain balut untuk luka Sehun dan Donghae.

“Betulkah apa Donghae cakap? Mereka dihantar pihak atasan? Kenapa?”

“Aku akan uruskan mayat dua orang ni.”, Eunhyuk lalu mencapai ambil pistol dari tangan Sehun. Mata Eunhyuk memandang tepat mata Sehun.

“Eunhyuk ah”, Donghae tak puas hati apabila Eunhyuk mengelak jawab soalannya.

“Nanti kita bincang”

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
wey.. dh habis... :D

Comments

You must be logged in to comment
atikahbp #1
Chapter 17: woah! bestnyaa ending dia T^T akhirnya diaorang together pun huhu T^T
freakandheart #2
Chapter 17: Kau ingat dia mesin buat anak ka? Haha
Finally dah tamat!!! *lap air mata
Emmy_Kpopers
#3
Chapter 17: pergghhhh.. ayat last tu xleh blah.. xD wkwk
ParkMyeonSeok #4
Chapter 16: I can't believe it..what happen to donghae and eunhyuk...so sad :'(...and to sehun too...what happen to soojung..???wow daebak!!
ParkMyeonSeok #5
Chapter 15: Ksiannya mereka semua tambah2 si sehun dengan kai...palli2 update...so excited
Nj_Angel #6
Chapter 15: Woah..makin best.
Jihyun-Sehun #7
Chapter 13: Alaa.. update la. Tengah best baca to be continued pulak.
hanah2212
#8
Chapter 12: Omaigaddddd. So tenseeeeeeeeeeee.