010

Pertempuran Takdir (KC Sequel)

 

  1. Bab 10

20 minit sudah berlalu dan Sulli masih berada dalam bilik air. Tiada bunyi air didengari. Gadis itu termenung sambil memegang alat di tangannya.

“Sulli! Kau lambat lagi ke? Lamanya. Aku dengan Donghae pun nak guna tandas ni’, Sehun mengetuk pintu dari luar. Bimbang juga jika apa-apa terjadi pada gadis itu.

‘Titik 4 titis dan tunggu keputusan. Jangan kencing pada ujian. Satu garisan-tidak hamil, dua garisan-hamil’

Sulli masih lagi sukar mempercayai keputusan alat penguji kehamilan itu. Dua garisan merah menunjukkan Sulli positif mengandung.

“Sulli, kau okey tak? Sakit perut ke?”, kedengaran suara Donghae bertanya rapat di pintu.

“Saya ok”, tipu Sulli, menjerit dari dalam. Alat penguji itu disimpan kemas dalam poket sebelum Sulli membuka pintu. Sempat air mata diseka laju.

“Haish, perempuan memang guna tandas lama”, bebel Sehun sebelum masuk ke dalam tandas dan mengunci pintu rapat.

“Kenapa? Ada apa-apa yang tak kena? Kenapa muka kau pucat?”, Donghae menegur. Wajah Sulli kelihatan tidak bermaya. Donghae langsung tidak dapat meneka bahawa itu simpton awal kehamilan Sulli.

“Saya ok, badan lenguh-lenguh sikit je”, balas Sulli acuh tak acuh.

>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

“Lelaki itu mirip oh Sehun. Suara dia, wajah dia. Takkan sedikitpun awak tak pernah rasa curiga? Mungkin dia adalah Oh Sehun?”

“Macam mana kalau Eunhyuk tak bunuh Sehun?”

Butang baju kerja Jung Soojung diperkemaskan. Di depan cermin, Soojung melihat pantulan dirinya sendiri. Ada tak orang kat luar sana yang mempunyai wajah dan suara yang sama dengannya? Mustahil. Jikalau ada, tak mungkin akan mempunyai suara yang sama dan parut yang sama.

Parut. Lee Sehun juga mempunyai parut yang sama seperti Oh Sehun. Parut kesan pembedahan di bahagian pinggang. Soojung teringat ketika lelaki itu tidur, Soojung memeriksa dan mendapati Lee Sehun mempunyai parut yang sama pernah Oh Sehun tunjukkan dua tahun lepas.

Soojung mula terfikir akan hakikat yang Lee Sehun mempunyai masalah hilang ingatan pada dua tahun lepas dan kesan luka di bahu kanan itu tidak kelihatan seperti kesan kemalangan tapi kesan tembakan. Soojung yang tembak bahu Sehun di Pyeongyang dua tahun lepas dan Soojung juga yang merawat dengan mengeluarkan peluru tersebut. Jadi, Soojung kenal kesan parut itu. Semuanya nampak terlalu mustahil untuk jadi satu kebetulan.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

“Masuklah, rumah aku memang teruk sikit. Maklumlah, aku tiada abang yang boleh tampung hidup aku macam abang kau”

Sehun melangkah masuk ke dalam rumah kecil itu. Rumah yang disewa oleh MyungSoo dan enam orang lagi rakannya yang terletak atas bumbung. Rooftop house. Terletak di bandar Seoul. Bau arak dan rokok menyucuk kuat hidung Sehun sebaik melangkah masuk. Botol-botol arak, majalah lucah, kad-kad poker, dan pakaian bersepah di setiap sudut.

“Aku dengar yag kau buat delivery khas dari Daegu ke Seoul? Betul?”, satu botol arak tradisional yang digelar Soju diletakkan di hadapan Sehun sebaik lelaki itu melabuhkan punggung di atas sofa.

“Aku hantar ke kelab malam di Seoul. Kelab under Nam TAehyun”, Sehun mengeluarkan sebatang rokok.

“Nam Taehyun. Aku rasa pernah dengar nama tu”. Myungsoo menghulurkan pemetik api kepada Sehun.

“Tapi aku datang ni bukan nak cakap pasal dadah. Aku ada perkara nak minta tolong kau”, ujar Sehun lalu menyalakan hujung puntung rokoknya. Skarf di leher dilonggarkan dan Sehun menyelesakan diri atas sofa kecil yang banyak kesan terkoyak itu.

“Minta tolong? Pasal apa? Kalau upah dia lumayan, baru aku jalan”

“Aku nak kau cari tahu pasal lelaki bernama Oh Sehun. Semua pasal dia”, tutur Sehun sedang rokok masih di bibir. Sehun menyeluk tangan ke dalam jaket sebelum mengeluarkan sepaket ‘upah’ buat Myungsoo.

Dadah. Dadah yang dicuri secara sembunyi dari simpanan Mun Taeshil. Sehun tidak tahu mana datang keberanian untuk melakukan perkara yang mungkin menyebabkan Mun Taeshil hilang kepercayaan atas dirinya nanti itu. Tapi, Sehun terdesak. Dia perlukan sesuatu yang berharga supaya Myungsoo akan membantunya.

Myungsoo tidak boleh berhenti senyum sebaik Sehun menyerahkan sepaket dadah yang mungkin berat 200 gram.

“Tapi siapa Oh Sehun ni? Kenapa nama dia sama macam kau?”

“Itu aku nak kau siasat. Siapa Oh Sehun ni”

Oh Sehun. Satu nama yang Sehun rasa dekat dengan dirinya. Pernah sekali dua dia mendengar nama itu tersasul disebut oleh Sulli. Malah nama itu juga pernah disebut oleh Namjoo. Soojung juga sama. Ketika kali pertama bertemu, Soojung tersilap orang kerana menyangkakan Lee Sehun adalah Oh Sehun. Lantas rasa ingin tahu Sehun membuak-buak apatah lagi selepas mendapat tahu yang dia, Sulli dan Donghae bukan keluarga serta hakikat yang Lee Sehun bukan nama sebenarnya membuatkan lelaki itu curiga dengan segalanya.

“ Tapi jangan lama sangat, aku bagi kau tempoh seminggu je. Kalau tidak, aku akan tuntut harga dadah tu. Teruk kau kena nanti”

>>>>>>>>>>>>>>> 

 

Kereta diberhentikan berdekatan. Kai mengintai dari dalam kereta suasana gerai tersebut. Kecil dan sempit. Gerai tepi jalan yang diusahakan oleh dua orang gadis itu. Matanya tak lepas memandang Sulli yang kelihatan merebus sesuatu. Timbul rasa kasihan. Gadis itu tidak sepatutnya berada di situ ketika ini. Tentu Siwon dan Minho akan merasa sedih melihat keadaan adik mereka.

“Kuih ikan dua batang”

“Encik boleh ambil kat dulang depan ni, masih panas lagi sebab baru dimasak”

“Boleh tak kalau cik adik ambilkan, dan suap saya?”

Sulli mendongak tatkala mendengar suara itu. Kai tersenyum padanya.

“Mana awak tahu saya kerja sini? Awak ekori saya?”,Sulli meneka tepat. Sudah menduga yang lelaki itu akan datang ke tempat kerjanya bila-bila masa sahaja. Sempat Kai ketawa apabila Sulli dapat membaca dirinya mudah.

“Nuna”, seorang kanak-kanak lelaki datang menghampiri gerai itu. Ibunya menunggu berdekatan. “Saya nak beli kuih ikan bakar dua batang”

“Kamu nak inti apa? Kacang merah atau krim?”, Sulli menunduk sama paras dengan budak lelaki lingkungan umur lima tahun itu.

“Kacang merah”, jawab anak kecil itu menampakkan giginya. Kai hanya diam memerhati ditepi, tidak mengganggu Sulli.

“Nah, kuih bakar inti kacang merah”, Sulli lalu menyerahkan sekeping kuih yang berbentuk acuan ikan dan dibungkus kemas dalam plastik kepada anak itu. Kepala anak kecil itu diusap lembut.

Anak kecil itu lalu mengeluarkan beberapa keping syiling dari poket seluar pendeknya. “Cukup tak?”,soalnya bimbang.

“Cukup, terima kasih”, balas Sulli setelah mengira jumlah wang yang diterima.

“Yeah!”, kanak-kanak lelaki itu melonjak gembira lalu berlari ke arah ibunya. “Omma, Min Hwa dah pandai kira duit!”, teruja anak itu memberitahu ibunya.

“Bagus anak omma.”, si ibu menunduk cium pipi mulus anak lelakinya. Tangan anaknya dipimpin sebelum kedua beranak itu beredar.

Sulli memerhatikan gelagat anak kecil itu tadi bersama ibunya. Tanganya perlahan-lahan menyentuh perutnya di sebalik baju. Benarkah ada nyawa berharga dalam rahimnya? Sulli masih sukar mempercayai keputusan yang diperolehi pagi tadi. Setelah beberapa hari Sulli terasa seperti tidak sihat dan pening-pening, Sulli tahu ada aneh pada dirinya. Mulanya dia menyangka hanya demam yang biasa tapi setelah menyedari yang tarikh datang haidnya tidak teratur, maka Sulli mengambil keputusan untuk membuat ujian kehamilan. Hasilnya positif. Anak siapa lagi kalau bukan lelaki yang berada di depannya ini.

“Kai”

“Hmm?”

“Awak suka budak kecil?”

“Kenapa?”

“Saja tanya”

“Entahlah”, jawab Kai selamba. Dia tidak mempunyai adik kecil, begitu juga dengan orang-orang yang dekat dan rapat dengannya. Kai tidak berada dalam persekitaran di mana kanak-kanak memainkan watak utama. “Budak kecil kan comel, semua sukakan budak kecil kan”

Sulli memandang wajah lelaki itu. Apa agaknya reaksi Kai jika dapat tahu yang Sulli mengandung. Bersediakah dirinya untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang ayah? Dan yang paling penting, adakah Kai mahu terima anak dalam kandungannya. Sulli berasa bimbang jika Kai menyisihkan dia setelah dapat tahu yang dia berbadan dua.

Kai perasan yang Sulli termenung. Apa agaknya yang gadis itu fikirkan? “Aigoo”, rambut Sulli lalu diusap kasar. “Cukuplah nak jaga ‘budak kecil’ sorang ni. Manja sangat”

“Haish, habislah rambut saya”, Sulli merengek sambil membetulkan rambutnya yang tanpa disedari, makin hari makin panjang. Kini Sulli tidak lagi kelihatan seperti tomboy.

“Yah, yah!”, Jieun yang dari tadi memerhati, menjeling pasangan itu. “Jangan nak bermanja depan aku”

Kai dan Sulli pecah ketawa.

“Jieun shi”, Kai memanggil.

“Nak apa?”, gadis itu kelihatan sibuk menuang adunan kuih ke dalam acuan berbentuk ikan, kemudian diisikan dengan kacang merah yang sudah dikisar halus.

“Tutup mata sekejap”

“Tutup mata? Kenapa?”

“Cepatlah”, Kai menggesa,

Jieun menurut sahaja kata-kata teman lelaki Sulli itu. Menutup mata sementara menunggu kuihnya masak. Kai tersenyum lalu merapati Sulli dan mencium gadis itu.

“Lama lagi?’, soal Jieun masih menutup mata.

Tiada balasan didengari.

>>>>>>>>>>>>>>>> 

“Malam ni pastikan kerja kau orang berjalan lancar. Mun Taeshil sudah sediakan ganjaran”

Kelonsong peluru diisi dan disumbat ke dalam pistol.

“Kita perlu bunuh dia?”, salah seorang anak buah Nam Taehyun bertanya.

“Tak perlu”, tegas ketua samseng yang menguasai beberapa cawangan kelab malam di Seoul. “Cukup sekadar menakut-nakutkan dia. Mun Taeshil sekadar nak test budak tu. Malam ni korang berseronok lah sambil melihat budak tu menggigil ketakutan”

>>>>>>>>>>>>> 

Pintu dirapatkan dan dikunci manga. Suasana malam menemani Soojung. Ejen 411 itu merancang untuk ke rumah Gu Hye Sun. Misinya masih berjalan. Soojung memikirkan untuk menggunakan cara lembut memujuk bekas ketuanya itu agar menyerahkan maklumat yang dikehendaki pihak atasan.

“Saya telefon, kenapa tak angkat?’

Soojung menoleh ke kirinya, seorang lelaki kelihatan bersandar ke dinding. Cahaya paparan telefon bimbitnya memantul pada wajahnya.

“Sehun? Awak tunggu saya?”

Sehun tidak membalas. Mengangkat telefonnya, melambai tunjuk pada Soojung. Kelihatan pada skrin, panggilan yang cuba disambung pada Soojung.

“Eh”, Soojung lalu memeriksa telefon bimbitnya dalam beg tangan. Aneh kerana gadget tersebut tidak bordering mahupun bergetar. “Maaf, rasanya telefon saya habis bateri”

“Haish”, Sehun merungut. “Patutlah saya telefon dari tadi tak dapat.”

“Maaf”, Soojung menunduk maaf.

“Awak sibuk? Ada hal lain?”

Soojung memandang kedai pajak gadai di seberang jalan lalu menggeleng. “Saya tak sibuk. Kenapa? Awak nak ajak saya jalan?”

Sehun lalu menghulurkan tiga keping tiket wayang. Disembunyikan setiap tajuk filem. Disuruhnya Soojung memilih antara satu.

Soojung lalu memilih yang tengah.

>>>>>>>>>>>>>> 

“Terima kasih”

Tangan Soojung dicapai dan radio diperlahankan. Soojung membalas senyuman lelaki itu. Kini, setiap hari dirasakan amat bermakna setelah lelaki itu muncul semula. Lelaki yang disangka sudah mati tetapi rupanya tidak.

“Saya yang patut ucap terima kasih”, Soojung mengunci erat jari jemari Sehun dalam genggamannya. Terima kasih sebab hidup, terima kasih sebab memberi Soojung peluang, terima kasih sebab Sehun masih menyayanginya. Soojung ketepikan semua persoalan tentang bagaimana Sehun masih boleh hidup dan menikmati setiap saat mereka bersama tanpa ada perasaan bersalah.

“Saya teringin nak ke rumah awak. Kenapa awak selalu suruh saya berhenti di tepi jalan ni?”

“Tak boleh”, Sehun menggeleng. Dia tidak bersedia, lagipun watak Soojung sebagai teman wanitanya masih dirahsiakan. Sehun dapat rasakan yang Soojung tidak diterima dengan mudah oleh Sulli, Donghae dan Eunhyuk.

Soojung pula ingin melihat tempat tinggal lelaki itu. Bagaimana kehidupannya sepanjang dua tahun ini dan siapa yang menyelamatkannya dua tahun lepas. Adakah abang yang selalu diceritakan itu adalah Eunhyuk? Soojung seperti tidak dapat mempercayai yang Sehun diselamatkan oleh Eunhyuk. Soojung tekad akan mencari kebenarannya.

“Soojung ah, awak percaya pada takdir?”

Soojung tersenyum lalu menjawab, “Saya percaya takdir kita berkait rapat”

“Maksudnya?”, kening Sehun berkerut tidak faham.

“Setiap seorang mempunyai takdir masing-masing yang sudah ditetapkan. Saya dapat rasakan yang awak memang ditakdirkan untuk berada dalam hidup saya. Dalam takdir saya , memang dah ditetapkan awak akan menjadi orang yang sangat penting dalam hidup saya”

“Kalau takdir kita berbeza akhirnya? Kalau kita berpisah?”, nada Sehun serius, memandang tepat anak mata Soojung. Keadaan malam itu sunyi dan tiada kenderaan lain di situ. Lampu jalan yang satu menyuluh tepat di atas kereta Soojung.

“Jangan risau”, Sehun mengukirkan senyuman, membaca riak wajah Soojung yang tidak dapat menjawab. “Kita boleh lawan takdir”

“Lawan takdir?”

“Apa pun terjadi, saya takkan benarkan awak berada jauh dari saya. Mana pun awak pergi, tempat awak adalah di sisi saya”

Hati Soojung lega mendengar tutur kata Sehun yang tenang. Ya, dia adalah Oh Sehun. Soojung yakin lelaki itu memang adalah Oh Sehun.

“Saya akan buat apa saja asalkan…” Soojung memandang ke luar tingkap kereta dan pandangannya dapat menangkap imej sesuatu objek. Hujung objek yang seperti biasa Soojung lihat.

“Tunduk!!”, Soojung lalu menarik tekan kepala Sehun. Mujur lelaki itu tidak terhantuk pada pemegang gear. Belum sempat Sehun bertanyakan kenapa, tiba-tiba,

BANG!

Satu tembakan mengenai cermin sisi kereta. Sehun dan Soojung saling terkejut.

BANG!

Satu lagi tembakan mengenai cermin kereta di sebelah Sehun. Kaca berderai, bersepah menhujani kedua-dua Sehun dan Soojung yang masih menunduk dalam kereta.

Tembakan. Bunyi tembakan. Sehun rasa sangat terkejut. Dia tidak pernah lagi mendengar bunyi tembakan dengan begitu dekat. Jantung Sehun berdegup laju dan tangannya mula menggigil. Sehun ketakutan.

“Cepat! Kita keluar dari kereta ni”, Soojung membuka tendang pintu di sebelahnya. Sambil menunduk, Soojung menarik tangan Sehun, bersembunyi di belakang kereta.

Beberapa das tembakan lagi dilepaskan. Soojung terkejut, tak sangka selama ni ada orang perhatikan mereka. Buat gadis itu, bunyi tembakan sedemikian adalah perkara biasa namun tidak buat Sehun. Tangan Soojung digenggam kuat tidak dilepaskan. Satu tangan lagi digunakan untuk menutup telinganya. Bunyi tembakan itu seperti menyakitkan Sehun.

“1,2,3,4,5,6,7”, Sehun tidak faham apa yang Soojung kirakan,

BANG!

“Lapan!”, lalu Soojung menarik tangan Sehun ke arah sebuah pokok besar, tetapi gadis perisik itu tersilap kira. Satu tembakan lagi dilepaskan hampir mengenai kaki Sehun.

“Tak guna”, Soojung mengetap gigi. Dia sangkakan hanya ada seorang penembak dengan sepucuk pistol. Lapan peluru biasa diisi dalam kelonsong peluru dan seseorang penembak biasanya akan mengambil masa paling cepat 5 saat untuk menukar kelonsong baru. Jadi Soojung mengatur masa pertukaran untuk melarikan diri tapi rupanya terdapat lebih seorang penembak. Dua orang.

Sehun dan Soojung bersandar sembunyi disebalik pokok namun tembakan masih tidak berhenti.

“Sehun, awak tak apa-apa?”, Soojung bimbang andai Sehun tercedera.

Sehun tidak menjawab. Hanya menggeleng laju. Dia sangat takut jikalau satu peluru itu mengenai dirinya, mengenai bahunya. Sehun memegang bahunya yang terluka dua tahun lepas. Kesan luka itu. Terasa bagai kesan luka itu kembali menyakiti.

“Kita mesti lari dari sini”

Setelah tembakan berhenti, segera Sehun dan Soojung berlari meninggalkan kawasan tersebut. Ejen 411 itu menahan sakit di kaki kerana dia tidak boleh berlari laju. Tisu kakinya pernah terluka akibat ditembak dua tahun lepas.

“Korang nak lari kemana?”, Nam Taehyun tersenyum sinis lalu menghidupkan enjin kereta.

“Ada kereta kejar kita!”, jerit Sehun sambil berlari.

“Sini!”, Soojung menarik tangan Sehun, cuba mencari jalan sempit untuk melarikan diri.

“Tak! Ini jalan mati”, pasangan itu berhenti di depan sebuah tembok konkrit yang lebih tinggi daripada mereka berdua. Belum sempat untuk mereka berpatah balik, kereta tadi menghampiri mereka. Mereka terperangkap dan mereka terus mengundur sehingga badan mereka menyentuh dinding sejuk tembok tersebut. Kiri kanan mereka juga dikelilingi dinding bangunan. Sehun menelan air liur.

Di depan pula, Nam Taehyun seronok menekan main pedal minyak dan brek kereta. Mengacah untuk melanggar pasangan itu.

“Mana kita nak lari?”, soal Sehun panik. Dia bimbang jika kereta itu melanggarnya. Dia juga ingin melihat siapa dalam kereta itu tapi lampu kereta menyuluh tepat mukanya dan Soojung menyebabkan penglihatan mereka terbatas kerana silau cahaya.

Soojung meraba sepucuk pistol yang disimpan kemas , terselit di pinggangnya. Memandang targetnya dengan tepat. Soojung mula merancang strategi.  Namun Soojung bimbang jika Sehun nampak Soojung dengan senjatanya. Soojung yakin yang Sehun tidak ingat akan hakikat yang Soojung merupakan perisik Korea Utara.

“Apa kita nak buat? Tembak dia?”, anak buah Nam Taehyun yang berada dalam kereta bertanya.

“Tak perlu. Kita hanya perlu takutkan dia sahaja”, Nam Taehyun tersenyum seronok melihat wajah Sehun yang ketakutan.

“Ini tak boleh jadi”, Soojung mengeluarkan pistolnya dan laju menembak kedua-dua lampu depan kereta. Keadaan silau bercahaya tadi langsung bertukar gelap samar-samar. Sehun tertunduk terkejut dan menutup kedua-dua belah telinga.

 Nam Taehyun juga terkejut apabila lampu keretanya tiba-tiba meletup.

BANG!

Satu tembakan lagi dilepaskan oleh Soojung.

Sehun dapat mndengar jelas bunyi kaca pecah berkecai dan seseorang mengerang kesakitan. Sehun menutup mata rapat dan mendengar bunyi kereta tadi berlalu pergi. Apa yang berlaku? Siapa yang tembak? Sehun tidak jelas.

“Mari”, Soojung menarik tangan Sehun ke tempat selamat.

“Sehun, awak tak apa-apa?”, Soojung lihat Sehun menggigil dan wajahnya berpeluh-peluh. “Sehun ah?”

“Saya tak apa-apa”, balas Sehun terketar-ketar. Kepalanya berdenyut-denyut dan seperti hendak meletup dari dalam. Wajah Soojung di depannya kelihatan kabur.

“Soojung ah”, Sehun rasa sakit kepala yang amat sangat.”AAAAHHHH!!!”, Sehun memegang kepalanya sendiri, meraung sakit sambil menarik-narik rambutnya sendiri.

“Sehun? Kenapa ni? Kenapa ni?”, Soojung panik melihat keadaan Sehun yang seperti menahan kesakitan. Adakah dia cedera? Dia ditembak di mana-mana?

“Soojung ah~”, Sehun terus jatuh pengsan.


Action start.. selamat membaca

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
wey.. dh habis... :D

Comments

You must be logged in to comment
atikahbp #1
Chapter 17: woah! bestnyaa ending dia T^T akhirnya diaorang together pun huhu T^T
freakandheart #2
Chapter 17: Kau ingat dia mesin buat anak ka? Haha
Finally dah tamat!!! *lap air mata
Emmy_Kpopers
#3
Chapter 17: pergghhhh.. ayat last tu xleh blah.. xD wkwk
ParkMyeonSeok #4
Chapter 16: I can't believe it..what happen to donghae and eunhyuk...so sad :'(...and to sehun too...what happen to soojung..???wow daebak!!
ParkMyeonSeok #5
Chapter 15: Ksiannya mereka semua tambah2 si sehun dengan kai...palli2 update...so excited
Nj_Angel #6
Chapter 15: Woah..makin best.
Jihyun-Sehun #7
Chapter 13: Alaa.. update la. Tengah best baca to be continued pulak.
hanah2212
#8
Chapter 12: Omaigaddddd. So tenseeeeeeeeeeee.