Kad undangan

MIA (persahabatan Jungkook, Mark, Daehyun, Kyungsoo) *hiatus*

Suasana malam di perkampungan Deokjeong di Gyeonggi itu tenang, ditemani bunyi-bunyian alam semula jadi. Cengkerik dan katak saling berlawan bunyi, air sungai pula kedengaran mengalir deras. Empat orang budak lelaki baring di atas pangkin kayu, melihat bintang di langit.

“Besar nanti kan, korang nak jadi apa?”

“Aku nak jadi  polis! Aku nak tangkap semua orang jahat kat dunia ni, Bang! Bang! Bang!”

“Aku! Aku! Aku nak jadi doktor, bolehlah aku kahwin dengan akak jururawat yang cantik nanti”

“Aku pula nak jadi jutawan, aku nak beli kereta lumba, vroom vroom”

“Ouh, aku bila dah besar nanti aku nak jadi angkasawan. Aku nak pergi tengok bulan”

>>>>>>>>>>>>>>> 

“Ahhhhh~”

“Panasnya”, Daehyun mengeluh sambil mengelap peluh sendiri, ikatan tali leher dilonggarkan. Daehyun sekali lagi mengeluh. Fail dokumen diletakkan di sebelahnnya. Hanya dia seorang yang berada di perhentian bas tersebut ketika itu.

“Asyik kena reject je”, Daehyun mengadu nasib.

Kali ni kali ke-14, lelaki berumur 24 tahun itu ditolak dalam temuduga kerja. Daehyun berasa hampa dengan status dirinya sendiri. Mahu salahkan siapa? Daehyun tidak pernah menduga akan memiliki masa depan sebegini. Masa depan di mana dia terpaksa bertungkus lumus demi sesuap nasi. Kehidupan di Seoul tidak seindah yang dilihat di kaca televisyen dan dirasakan sangat mencabar. Kadang Daehyun ingin pulang ke Gyeonggi namun neneknya di sana pasti marah mengamuk. Daehyun teringat ketika dia malas ke sekolah dulu, neneknya pasti akan merotan dan menyuruhnya belajar rajin-rajin.

Sebuah bas berhenti di depan Daehyun menhentikan lamunannya.

“Jom balik”, Daehyun cuba mengutip sisa-sisa semangat yang masih ada.

>>>>>>>>>> 

“Muuuah”, satu kucupan kecil singgah di pipi Kyungsoo.

“Jaga diri, jangan lupa makan”, ujar Kyungsoo membalas senyuman anak perempuannya.

“Awak pun jaga diri elok-elok, kalau ada apa-apa beritahu saya nanti”, Kyungsoo beralih pula kepada perempuan yang berada di depan muka pintu itu. Ibu kepada anaknya, bekas isterinya.

“Awak pun. Terima kasih ambil berat pasal saya. Oh ya, tahniah, awak dah menang kes saman tempoh hari”, balas Sohee sambil menggenggam erat tangan anak perempuan hasil perkahwinannya dengan Kyungsoo tiga tahun lepas.

Kyungsoo memberi tunduk hormat sebelum beredar, bergerak ke tempat dia meletakkan keretanya tadi. Hatinya berat meninggalkan anak kesayangannya, Hyeri tapi Kyungsoo percaya Sohee mampu menjaga Hyeri lebih baik darinya. Kadangakala Kyungsoo juga kasihan akan anak kecil yang baru berumur tiga tahun itu, tidak dapat kasih sayang keluarga yang normal. Ibu bapanya bercerai dan Hyeri terpaksa berulang alik antara rumah ibu dan ayahnya setiap minggu. Kyungsoo sayangkan Sohee tapi seolah ada sesuatu yang kurang dirasakan. Jodoh mungkin.

Kyungsoo melilit tali pinggang keselamatan sebaik enjin kereta dihidupkan. Menjeling ke arah tempat duduk penumpang di sebelahnya, Kyungsoo mencapai kad yang diterimanya semalam. Dia membuka baca kad itu sekali lagi. Sejak kad itu diterima, Kyungsoo menjadi resah, tidak pasti akan kesahihan kad undangan tersebut dan yang paling penting Kyungsoo ingin tahu siapa penghantarnya. Mia?

>>>>>>>>> 

“Macam mana? Sedap tak?”, soal gadis itu teruja sebaik bossnya mengambil rasa kek yang baru dia buat itu.

Kek keju laici itu ditenung lama dan diperhatikan hiasan serta tekstur luaran. Serupa macam kek yang lain. Bulat dan diselaputi krim putih keju serta dihiasi beberapa hirisan laici di atasnya. Jungkook mengangguk puas hati sebelum mengambil rasa sesudu. Sebaik kek dirasa, Jungkook memasamkan muka, menggeleng laju. Memberi reaksi seolah dia memakan pasir dan tanah liat.

“Kenapa? Tak sedap?”, berkerut kening Bomi melihat reaksi Jungkook. Dia kemudian mengambil rasa sendiri kek keju laici yang pertama kali dibuat itu. Bomi cuba menghasilkan resepi baru, menggunakan elemen keju dan buah laici.

“Aik, sedap je”, ujar Bomi dengan sisa kek masih dikunyah dalam mulut. Ternyata kek yang baru dibuat itu sudah mencapai tahap berjaya tapi kenapa bossnya memberi reaksi sebaliknya?

Jungkook kemudiannya tersenyum puas hati dapat mengenakan pekerjanya itu. “Saja je, nak bagi kau cuak”, ujar Jungkook ketawa kecil.

Bomi menarik nafas panjang, hendak memarahi Jungkook tapi dia sedar yang seorang pekerja tidak layak marah ketuanya. Bomi hanya mampu mengeluh kerana bekerja dengan seorang lelaki yang bergurau tak mengenal tempat seperti Jungkook.

“Kek kau tu dah ok. Rasa laici dan keju cukup seimbang. Cuma pastikan laici tu dikisar separuh hancur baru ada tekstur buah dalam kek tu”, Jungkook cuba menceriakan semula pekerjanya itu.

“Kira pass la ni? Boleh masuk dalam menu kedai?”, soal Bomi teruja kerana Jungkook ternyata suka akan keknya.

“Ya. Boleh.”, jawab Jungkook. Biarpun hanya memiliki kedai kek yang kecil dan biasa malah dengan seorang pekerja, Jungkook masih mampu menarik nafas lega. Perniagaan yang terhasil dari bakatnya itu membantu Jungkook untuk terus hidup di ibu kota Korea Selatan itu. Bomi mengangkat simpan kek tersebut ke dalam peti. Dia kemudian melihat Jungkook membuka baca sesuatu kad.

“Dari semalam sejak dapat kad tu, saya tengok boss asyik baca berulang kali. Menarik sangat ke? Kad apa? Siapa yang bagi?”, Bomi bertanya ingin tahu. Dilihat kad tersebut seperti penting buat Jungkook.

“Ah~ kau jangan nak sibuk. Petang nanti pukul enam, jangan lupa tutup kedai. Aku nak balik dulu”, Jungkook menyimpan semula kad tersebut lantas menanggalkan apronnya. “Jangan lupa kunci kedai”, ujarnya lalu beredar meninggalkan Bomi keseorangan di kedai.

“Jangan lupa kunci kedai~”, Bomi mengajuk ulang cakap Jungkook dalam nada suara kartun.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Cuaca panas sedikitpun tidak membantu Mark menhilangkan penat. Biarpun sudah menjengah ke waktu petang, terik matahari masih setia di langit. Mark bersandar di dinding rumah. Penat menunggu kawannya. Sudahlah dia penat kerana menaiki penerbangan selama 10 jam dari Paris, sekarang dia juga berasa lapar.

“Mana Jungkook ni!”, Mark menyumpah geram. Kakinya sakit kerana berdiri lama, menunggu di depan rumah Jungkook.

Sebuah motorsikal skuter berhenti di depannya. Sebaik si penunggang menanggalkan topi keledar, Mark cam akan kawannya yang ternyata tidak berubah walau sudah 12 tahun berlalu.

“Yah Jeon Jungkook!”

Jungkook yang masih lagi di atas motor, berasa aneh melihat seorang lelaki berserta beg bagasi besar berada di depan rumahnya. Melihat kepada gaya dan suara lelaki tersebut, Jungkook lantas teringat akan kawan baiknya dulu.

“Mark? Kau ke tu?”, soal Jungkook ingin mendapatkan kepastian.

“Ya. Aku la ni. Mark Tuan.”

>>>>>>>>>>>>>> 

Kepulangan Daehyun disambut dengan keadaan rumah yang bersepah dan tunggang langgang. Botol-botol arak ada di merata tempat dan kad permainan go-stop bertaburan di lantai. Bau kasut dan baju busuk tersebar di seluruh tempat. Daehyun juga keliru sama ada ia rumah atau kandang kucing. Daehyun mengabaikan keadaan tersebut seperti biasa dan bergerak ke satu-satunya tempat yang bersih dalam rumah itu, biliknya sendiri.

“Wei, Daehyun. Ada surat sampai untuk kau”, rakan serumahnya lalu memberi sepucuk sampul yang berisi sesuatu kepada Daehyun.

Mereka bertiga belas berkongsi rumah sewa yang sama. Daehyun berkawan seperti biasa dengan mereka, bergurau, minum, bergelak ketawa dan bercerita tapi tetap Daehyun masih berasa janggal dengan mereka. Diikutkan hati memang Daehyun ingin pindah keluar kerana tidak tahan terus berpura-pura suka dengan perangai mereka tapi keadaan ekonominya tidak mengizinkan. Daehyun tidak mempunyai duit yang cukup untuk menyewa rumah yang lain.

Sampul yang diterima itu dibuka sambil Daehyun berjalan ke biliknya. “Ini bukan surat, tapi kad undangan”, bebelnya lalu membuka baju yang sudah sedikit masam dek peluhnya. Kipas dibuka laju dan Daehyun merebahkan diri ke atas tilam bujang yang sudah dimakan usia, tilam yang dikutip tatkala jirannya ingin membuangnya dulu.

“Kepada Jung Daehyun, awak diundang ke majlis hari lahir Kang Mia yang ke 24 bertempat di dewan Kampung Deokjeong, Gyeonggi pada tarikh….. daripada Mia”

“Mia?”, dahi Daehyun mula kelihatan berlapis-lapis. “Mia mana pula ni?”

Dia membaca kad itu semula dan berfikir. “Hari tu hari jadi Mia. Mia ke yang hantar kad ni? Eh? Takkan nak sambut majlis hari lahir orang yang dah mati??”

>>>>>>>>>>>>>> 

“Nak pergi ke tak nak? Nak pergi ke tak nak?”

Kyungsoo berjalan mundar mandir di ruang tamunya sendiri. Sekali-sekala dia menjeling lihat kalendar yang tergantung di dinding. Dia runsing sama ada mahu pergi ke tidak ke majlis hari lahir yang dinyatakan dalam kad yang diterimanya semalam.

“Siapa yang hantar kad ni?”, Kyungsoo berteka-teki dengan diri sendiri.

>>>>>>>>>>>> 

“Boleh je kalau kau nak bermalam dekat rumah aku. Lagipun aku memang tinggal seorang”, ujar Jungkook lalu menghulurkan segelas air oren kepada kawan lamanya itu, Mark. Biarpun sudah 12 tahun tidak berjumpa, Jungkook lega kerana Mark tidak berubah dan masih tidak melupakannya.

“Air oren je?”, soal Mark mencebik buat muka.

“Minum je lah, jangan banyak songeh”, balas Jungkook lalu duduk berhadapan dengan Mark.

Gelas air oren diteguk habis, menghilangkan kering tekak. Mark berasa lega seperti tenaganya dicas semula. Dilihat sekeliling keadaan dalam rumah Jungkook yang kecil sederhana. Dua bilik berserta dapur dan ruang tamu yang kecil. Satu sofa memanjang dan tv plasma mengambil ruang di kawasan tengah rumah Jungkook.

“Kenapa kau tak beritahu mama papa kau yang kau balik ke Korea? Aku ingatkan kau dah lupa kerajaan republik ni”

“Amboi perli nampak. Aku banyak kali dah balik Korea tapi kali ni aku rahsiakan dari pengetahuan keluarga aku. Aku balik kali ni pun …. “, Mark meraba poket seluarnya dan mengeluarkan sekeping kad. Diletakkan atas meja supaya Jungkook boleh melihatnya “….. sebab ni”

“Kau pun dapat? Aku ada juga!”, Jungkook terkejut apabila Mark memiliki kad yang sama seperti yang diterimanya tempoh hari. Jungkook lantas berlari mencari kad tersebut dan bergegas keluar menunjukkan kepada Mark.

“Aku dah agak dah kau pun mesti ada!”

“Jadi, kau nak pergi ke majlis hari lahir tu?”, soal Jungkook. Setidaknya dia tidak perlu pening memikirkan seorang diri kerana dia yakin Mark juga pasti berada dalam dilemma yang sama.

“Aku tak tahu la. Aku takut ni kad ‘prank’ je. Yela, kan Mia dah mati 12 tahun lepas”, jawab Mark, sama seperti Jungkook yang masih keliru dan tidak pasti. Kad tersebut sudahpun dibaca berulang kali namun tiada kata putus ditetapkan lagi.

“Betul tu, tapi tak salahkan kalau kita pergi untuk dapatkan kepastian. Kita pergi sama-sama”, balas Jungkook yang kini mempunyai sedikit keyakinan dalam nadanya.

>>>>>>>>>>>>>>> 

Kelas murid tahun lima Sekolah Rendah Deokjeong itu riuh seperti biasa. Kanak-kanak berumur 10 tahun masing-masing nakal dan lincah melompat serta berlari ke sana sini. Keriuhan mereka terhenti saat seorang guru perempuan masuk dalam kelas dengan sebatang rotan kayu di tangan. Masing-masing menggeruni cikgu tersebut  dan rotan yang dipegang. Murid-murid lantas mengambil tempat duduk dan berpura-pura menjadi murid yang baik buat seketika.

“Baiklah murid-murid. Hari ini cikgu nak perkenalkan kawan baru kepada kamu semua”, suara cikgu perempuan itu lantang dan jelas didengari hingga ke hujung belakang kelas. Seorang budak perempuan melangkah masuk dengan dengan gayanya.

“Hai semua! Anyeonghaseyo! Nama saya Kang Mia”, budak perempuan itu memperkenalkan diri, tersenyum lebar kepada rakan sekelasnya yang baru.

“Cikgu, dia ni perempuan ke lelaki?, salah seorang dari murid Cik Song Jihyo bertanya, yang kemudianya disambut dengan gelak tawa murid yang lain.

“Mia perempuan. Rambut dia yang pendek menampakkan dia seperti budak lelaki”, balas Jihyo lalu mengusap lembut ubun kepada Mia, berharap anak itu tidak terasa dengan sikap muridnya tadi.

“Wei! Mia perempuan la”, Mia masih lagi tersenyum, sedikitpun tidak tersinggung marah. Dia lalu berjalan ke tempat duduk kosong di tepi kelas. Mia mengambil tempat duduk bersebelahan murid lelaki.

“Cikgu! Boleh saya duduk sini?”,soalnya kepada guru kelas.

“Boleh”, jawab Song Jihyo yang bertanggungjawab sebagai guru kelas murid tahun lima itu.

“Nama aku Jung Daehyun”,murid lelaki di sebelahnya itu memperkenalkan diri.

“Aku Mia”, balasnya tersenyum gembira.

“Aku pula Do Kyungsoo”

“Aku Mark Tuan”

Dua orang murid lelaki yang berada di hadapannya memperkenalkan diri. Mia lantas pusing toleh ke belakang.

“Nama kau siapa?”, dia bertanya kepada murid lelaki yang duduk di belakangnya.

“Aku? Nama aku Jeon Jungkook”


*first chappie here ^_^ ..please give me your support wahai pembaca sekalian.. hehe..

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
k-hope
#1
Chapter 4: Best giler citer ni...Dah habis ehh cuter nie??
LeeYeonRin
#2
Chapter 3: Saya dapat rasakan apabila mereka berempat bertemu semula.
T_T
Update cepat!
Tak sabar!
galaxy_here
#3
Chapter 2: daebak.
saya selalu tnggu unnie update.
hwaiting ya.
mieyhyun
#4
Chapter 1: Update soon =)
ELFlisa #5
cant wait for the update~~~...