Real Fantasy

Description

Imaginasi Boyfriend?
Apakah yang akan berlaku sekiranya imaginasi boyfriend anda benar-benar wujud?

Begitulah yang berlaku kepada Im Jieun(NC.A) yang sering bertemu dengan imaginasi boyfriendnya didalam mimpi semenjak dia terlibat dengan satu kemalangan jalan raya.
Tetapi semakin hari, Ensia dapat merasakan bahawa lelaki itu benar-benar wujud dan dapat merasakan kehadirannya.

Persoalannya, adakah ia benar-benar berlaku atau sekadar imaginasinya sahaja??

Foreword

 

Pakk!!

Pipi Zelo ditampar kuat oleh Ensia membuatkan Zelo terkedu. Matanya berkaca melihat Zelo telah curang dihadapannya.

Ketika Ensia sedang berjalan menuju ke perhentian bas, secara tidak sengaja Ensia telah ternampak Zelo dan Yeorin sedang berciuman dengan gairah tanpa segan silu ditempat awam. Dengan hati yg geram bercampur sedih, Ensia meluruh kearah teman lelakinya dan menamparnya.

"Jieun-ah!" Zelo terkejut manakala Yeorin menjadi tidak keruan.

Ensia tersenyum sinis. Dia cuba menahan air matanya drpd mengalir." Memang betul cakap Hayoung yg kau curang kat aku. Tapi aku bodoh sangat sebab tak percaya cakap dia. Aku sayang kau sangat2 sehinggakan friendship aku dengan Hayoung hampir putus sebab aku marah dia bila dia kata kau ada perempuan lain. Tapi bila aku dah tengok dengan mata kepala aku sendiri, baru aku sedar yg kau selama ni hanya mempermainkan hati aku."

"Jieun-ah, dengar dulu penjelasan aku. Kau dah salah sangka." Rayu Zelo sambil memegang kedua tangan Ensia.

"Lepaslah!" Ensia menarik tangannya."Aku tak perlu dengar penjelasan kau!!! Mulai hari ini...kita putus!!"

"Im Jieun!!"

Yeorin yg dari tadi menjadi pemerhati tersenyum sinis.

"Aku kecewa sangat dekat kau..sanggup kau buat aku macam ni..."Ucap Ensia perlahan kemudian segera meniggalkan Zelo dan Yeorin. Dia berlari sekuat hati kearah lebuh raya tanpa memperdulikan kereta yg lalu lalang.

"Yaa! Im Jieun! Gi dar Yeo!" Zelo segera mengejar Ensia.

"Oppa!" Jerit Yeorin cuba menghalang zelo drpd mengejar Ensia sambil memegang tangannya tapi ditepis kuat oleh Zelo.

Pada masa yg sama, sebuah kereta sedang dipandu laju kearah Ensia yg sedang berlari menyeberang jalan.

Piiitttt!!!

"Jieun-ah! Hati-hati!"

Bpap!!

Ensia sempat diselamatkan. Kini dia berada didalam dakapan Zelo yg sedang pengsan. Tetapi kepala Ensia telah terhantuk dijalan raya menyebabkan kepalanya berasa sakit.

Manakala kereta yg hampir melanggar Ensia telah terbabas melanggar sebuah lori ketika hendak mengelak.

Orang ramai mula mengeremuni tempat tersebut.

Dengan pandangan yg samar, Ensia melihat kearah kereta yg hampir melanggarnya. Pemilik kereta tersebut telah terpelanting keluar menembusi tingkap hadapan kereta kerana tekanan yg kuat.

Ensia mengalirkan air matanya. Dia tidak sanggup melihat kondisi lelaki tersebut. Badannya cedera teruk akibat terkena kaca dan darah mengalir memenuhi segenap tubuhnya.

Lama kelamaan, pandangan Ensia mula gelap dan akhirnya dia tidak sedarkan diri.


2 Tahun Kemudian..

Di suatu tempat, kelihatan seorang lelaki dan seorang perempuan sedang duduk diatas rumput, termenung memandang kearah langit sambil menikmati keindahan malam yg beransur pergi dan mereka kini sedang menanti matahari terbit.

"Jieun-ah.." Panggil lelaki itu dengan lembut.

Ensia memandang wajah lelaki itu dengan bahagia." Nae.."

"Boleh tak awak janji dgn saya?"

"Janji?"

"Janji dgn saya yg awak hanya cintakan saya seorang."

Pipi Ensia merona merah." Ya, saya janji."

"Saya harap cinta awak terhadap saya tak akan hilang selagi saya belum muncul dihadapan awak."

Ensia mengerutkan keningnya."Muncul dihadapan saya? Apa maksud awak?"

"Saya.." Lelaki itu tidak sempat meneruskan ayatnya. Kedengaran satu suara memanggil Ensia.

"Yaa! Im Jieun, ireona."

"Saya pergi dulu." Ucap lelaki itu tergesa2.

"Ta..tapi.."

Tangan Ensia digenggam erat."Jieun-ah..percaya cakap saya. Suatu hari saya akan buat awak bahagia. Saya pegang kata2 saya."

Chup~

Bibir Ensia dikucup lembut membuatkan Ensia terpinga2.

"Saya pergi dulu."

"Gi dar yeo!"

"Bangun sayang..nanti awak lambat kesekolah.."

Ensia membuka matanya perlahan2. Suara itu membuatkan dia terjaga. Matanya melilar mencari pemilik suara tersebut tetapi tiada seorang pun yg berada dibiliknya.

"Pelik. Mungkin aku mimpi kot."

"Ewah2, apa lagi yg kamu tercegat tu. Bangun cepat. Nanti kamu lambat kesekolah. Adik kamu, Jungkook dah lama tunggu kat bawah." Omel Omma Jieun yg berdiri dipintu sambil bercekak pinggang.

"Araseo.." Dengan lemah, Ensia berjalan kebilik mandi. Sejak akhir2 ini, Ensia sering berasa lenguh2 sebaik sahaja dia bangun dari tidur.


"Aku peliklah dengan kau ni. Hari2 mengantuk macam tak cukup tidur. Takkan kau berjalan masa tidur kot?" Ujar Hayoung apabila melihat Ensia sedang meletakkan mukanya diatas meja.

"Entahlah..by the way, prince charming aku muncul balik. Ohh handsomenye muka dia. Nasib baik hanya mimpi." Mata Ensia bersinar2.

"Jinja? Citelah kat aku macam selalu. Walaupun mimpi kau agak mengarut, tapi aku suka dengar."

"Erm, tapi yg tak bestnye bila aku bangun tidur then aku realise tu semua hanya mimpi."

"Aku setuju. Aku pun selalu mimpi yg best2 gak. Tapi bila aku tahu tu semua hanya mimpi, ohh punah harapan beta."

"Hayoung-ah, aku rasa otak aku dah tak betul. Mana taknye, aku dah jatuh cinta dengan imaginasi boyrfiend aku sendiri. Kalaulah lelaki tu muncul depan aku, aku make sure akan peluk dia ketat2. Aku tak akan lepaskan dia, kalau boleh aku ikat dia kat pokok supaya dia tak dapat lari."

"Ish ish,tak patut kau ikat dia kat pokok. Macam mana dia nak suka kau kalau kau layan dia macam tu." Hayoung mengeleng2.

"Tu kan cuma angan2, takyah serius sangat. Suka hati akulah nak buat apa."

"Araseo araseo. Sambung cerita kau yg tadi."

"Ouh ya, lepas aku ikat dia kat pokok, aku akan jerit 'I Love You' then aku lari jauh2 sebab malu. Hehehe.."

"I love you too, sayang.."

Ensia menjadi kaku. Suara itu..

"Hayoung, kau ada dengar suara tak?" Soal Ensia dengan muka panik.

"Suara? Suara ape? Tak dengar pun."

"Betul-lah, aku tak tipu. Aku dengar suara tadi."

"Ish, kau ni. Tak cukup dengan imaginasi boyfriend, nak tambah pula dengan suara pelik. Parah!"

"Err..mungkin aku salah dengar kot." Ensia cuba melupakan suara tersebut.


"Jieun-ah!" Terdengar suara lelaki memanggil Ensia dari belakang.

Ensia menoleh kearah suara tersebut lalu tersenyum manis.

Kini mereka sedang berada ditepi pantai pada waktu malam.Ensia kelihatan sangat cantik dengan gaun kembangnya yg berwarna putih serta memakai flower crown. Rambutnya dibiar mengurai ditiup angin.

"You look so beautiful, sayang." Puji lelaki itu dengan teruja.

Ensia tersenyum malu."So, kita berjumpa lagi. Tak sangka berjumpa kat tempat macam ni."

"Awak suka?"

"Suka."Ensia tersenyum manis.

"Jom." Lelaki itu meraih tangan Ensia dan mereka jalan beriringan ditepi ombak sambil berpegangan tangan.

"Kenape mesti malam baru kita dapat berjumpa?" Soal Ensia sambil memandang mata lelaki itu.

Lelaki itu tersenyum kecil."Sebab awak hanya bermimpi pada waktu malam, jadi saya pun muncul pada waktu malam."

"Kalau macam tu saya akan tidur pada waktu pagi supaya saya akan berjumpa dengan awak hari2."

"No, you can't."

"Wae.."

"Err..awak nak tak lumba dengan saya sampai hujung tu? Siapa kalah kena denda." Lelaki itu cuba menukar topik.

"Huh?"

"Awak lari dulu, saya kejar kemudian."

"Tak nak." Laju Ensia menggeleng.

"Kalau awak tak nak, saya akan.."Tiba2 lelaki itu bertindak menarik bahu Ensia mendekatinya. Wajah Ensia didongakkan kerana tinggi Ensia hanya pada paras dagunya. Lelaki itu memandang Ensia dgn menggoda membuatkan Ensia menjadi tidak keruan.

Gulp!

"Tak nak!" Jerit Ensia lalu berlari sekuat hati. Lelaki itu hanya tersenyum geli melihat telatah Ensia.

"Baiklah, saya akan kejar awak. Wait for me, sayang."

"Yaa! Arrhh!!"

Beberapa minit kemudian,Ensia mula termengah2. Lariannya semakin perlahan.

"Got you!" Pinggang Ensia dipeluk dari belakang secara mengejut. Ensia ketawa kecil sambil meronta2 minta dilepaskan kerana berasa geli.

"Saya gelilah.Lepaskan saya."

"Kalau saya tak nak lepaskan, apa awak nak buat?"

Akhirnya Ensia mengalah. Dia tidak lagi melawan.

"Semudah tu awak nak mengalah?" Soal lelaki itu sambil menghadapkan Ensia kearahnya.

"Saya penatlah. Awak kuat sangat. Saya ni kecik2 je. Macam mana nak lawan dgn awak yg tinggi dari saya."

Lelaki itu tersenyum geli.Tangannya melingkari pinggang Ensia yg kecil itu. Kini mereka bertentangan mata.

"Percayalah..ketinggian saya ada kebaikannya untuk awak.."

"Hmm??"

"Sebab bila saya peluk awak.." Spontan lelaki itu menarik lembut Ensia didalam dakapannya. Kepala Ensia kini bersandar didadanya.

"Bila saya peluk awak..awak akan dapat dengar bunyi jantung saya yg hanya berdetak untuk awak..setiap saat.."Ucap lelaki itu dgn lembut membuatkan pipi Ensia merona merah.

"Ya, saya dapat rasakan."

Lelaki itu tersenyum bahagia. Anak kepala Ensia dikucup lembut sambil mengeratkan pelukkanya. Ensia turut membalas pelukan lelaki tersebut. Dia benar2 rasa selesa berada dipelukkan lelaki itu.

"I love you."

"I love you too."

"Always."

"Yeah, always."

"Forever."

Ensia tersenyum geli."Forever."

"Look at me."

Ensia mendongakkan wajahnya memandang lelaki itu. Dengan lembut, lelaki itu meraih wajah Ensia mendekatinya. Satu kucupan hinggap dimulut Ensia. Bermula dengan kucupan kecil tetapi kemudian bertukar agresif.

"Yaa!! Apa noona buat ni!" Jungkook cuba melepaskan dirinya drpd dipeluk kakaknya yg sedang tidur.

Ensia memuncung bibirnya membuatkan Jungkook ingin menjerit histeria.

"Yaa!! Noona!! Ireona!!" Dgn geram, Jungkook menolak kakaknya sehingga jatuh katil.

Gedebuk!!

"OUch! Aduh sakitnya.."

"Eee..gelilah. Sikit je lagi bibir saya kehilangan dara oleh kakak sendiri." Jungkook berlagak seperti lelaki lembut.

"Eh, apasal kau masuk bilik aku sesuka hati ah?" Ensia segera bangun.

"Omma yg suruh saya kejutkan noona tapi noona tiba2 tarik saya. Eee.."Jungkook menggigilkan badannya kerana geli.

Ensia tiba2 berasa malu. Dia teringat kembali mimpinya yg semalam.

"Dah, pergi keluar!" Ensia menolak adiknya keluar pintu.

"Araseo, tak payahlah tolak2." Jungkook segera keluar bilik kakaknya dgn mulut itik.

Pintu segera dikunci. Ensia bersandar dipintu tersebut sambil memegang bibirnya yg masih berasa hangat.

"Oh My God, kenapa aku rasa real semacam. Aku rasa macam bukan mimpi. Jangan2..eh apa yg aku merepek ni."


Di sebuah hospital, kelihatan seorang wanita dalam lingkungan 50an sedang berlari tergesa2 kearah sebuah bilik.Sebaik sahaja dia mendapat panggilan dari hospital yg mengatakan kesihatan anaknya dalam keadaan kritikal, dia segera bergegas ke hospital.

"Puan." Panggil seorang doktor dari arah belakang.

"Macam mana dgn anak saya doktor? Dia baik2 sajakan?" Soal wanita itu panik.

"Puan tak payah risau.Tadi anak puan mengalami serangan semula tapi para doktor telah menanganinya dgn baik. Dia dalam keadaan stabil sekarang. Nampaknya anak lelaki puan amat kuat orangnya. Dalam kondisi dia yg teruk, ianya satu kejaiban kerana dia masih mampu bertahan sampai sekarang setelah 2 tahun dalam keadaan koma."

"Syukurlah.." Wanita itu mengucap rasa lega.


"Jieun-ah, kau tak payah takut. Aku ada kat sebelah kau.Aku akan pimpim tangan kau. Jom?" Hayoung cuba memegang tangan Ensia ketika mereka sedang melintas jalan.

"Tak nak. Aku takut." Ensia menggeleng.Traumanya pada jalan raya masih menghantuinya.

"Sampai bila kau nak macam ni?Kau kena berani. Kau kena buang semua perasaan takut kau supaya kau boleh maju kehadapan." Hayoung sedikit emosi."Percaya cakap aku."

Lama Ensia terdiam. Dengan tangan menggeletar, Ensia memegang erat lengan rakannya.

"Aku sedia." Suara Ensia bergetar.

"Betul ke? Aku tak nak paksa kau. Aku cuma nak uji kau je tadi tu."

"Hayoung, aku sedia."Ensia menutup matanya dgn erat. Peristiwa 2 tahun lepas kini muncul semula membuatkan Ensia berpeluh dan berdebar.

"Sayang..don't force yourself..awak tak perlu buat semua tu.."

Ensia menjadi kaku.

"Waeyeo?"

"Suara. Aku dengar suara lelaki tadi." Ujar Ensia dengan mata yg tidak berkelip.

Hayoung menelan air liur. Dia menyangka Ensia telah hilang akal kerana traumanya muncul semula."Yaa, janganlah buat aku risau. Okay, aku janji aku tak akan paksa kau lintas jalan tu. Tapi kau janganlah buat perangai pelik. Suara? Suara ape?"

"Aku seriuslah. Takde kena mengena dgn trauma aku. Aku dengar suara tu dalam keadaan sedar."

"Ish, dah lah. Mungkin fikiran kau terganggu kot.Jom?" Hayoung segera membawa Ensia menjauhi jalan raya tersebut.

"Amboi, jadi kau ingat aku dah gila ke?" Soal Ensia geram.

"Hehehe..bukan macam tu makssud aku." Hayoung tersengih.

Akhirnya, Hayoung hanya menahan sebuah teksi dan segera meninggalkan tempat tersebut.


1 Minggu Kemudian..

Ensia kini sedang duduk disebuah cafe bersama adiknya Jungkook. Sambil menikmati Oreo Milkshake, Ensia sedang melayari laman web sekolahnya 'SMHighSchool.Com'

"Noona." Panggil Jungkook dgn muka nervous.

Ensia hanya mengangkat sebelah keningnya memandang kearah Jungkook.

"Sebenarnya..err..arr.."

"Kau dah kenape?" Soal Ensia pelik.

"Pasal pelajar baru kat kelas noona..alaa..yg comel2 tu.."Muka Jungkook merona merah. Belakang tengkuknya diusap2 kerana malu.

Ensia tersenyum geli."Ouh..patulah gelabah semacam.Nape? Kau suka dia eh?"Ejek Ensia.

"Huh? Suka? Hehehe.."

"Sorry to say, tapi dia dah ada namja chingu. Melepaslah kau kali ni."

"Mwo? Hmm.." Jungkook kelihatan hampa.

"Takpe, biar noona tolong cari yoja chingu untuk kau dari sekolah kita. Kau cakap je nak yg muda ke? Kalau kau nak yg lebih tua dari kau, pelajar senior yg lepas2 semuanya cantik2." Ujar Ensia yg sedang khusyuk meneliti gambar2 pelajar sekolahnya yg telah dimuat naik melalui laman web.

"Ouh jadi noona ingat taste saya yg tua2 je lah?" Soal Jungkook geram.

Ensia tidak menjawab. Matanya tengah fokus pada skrin telefon. Tiba2 mata Ensia tertancap pada satu gambar yg membuatkan jantungnya berdegup laju.

"Jungkook." Panggil Ensia dgn muka misteri.

Jungkook mengerutkan keningnya apabila melihat reaksi wajah kakaknya." Waeyeo?"

"Cuba kau tengok gambar ni."Ensia segera menghulurkan telefonnya kearah Jungkook.

Jungkook sedang mengamati gambar tersebut."Kenape? Apa yg tak kena? Takde yg pelik pun?Ni kan bekas pelajar senior sekolah kita 2 tahun yg lepas."

Ensia menjadi panik. Otaknya tidak dapat mencerna situasi sekarang .Dia benar2 dalam keadaan terkejut.

"Noona?" Soal Jungkook pelik apabila melihat mata kakaknya langsung tidak berkelip."Ohh..saya tahu, noona dah jatuh hati dgn mamat ni kan? Hehehe.."

"Kau kenal ke siapa lelaki ni?"

"Tak kenal tapi saya tahu dia bekas pelajar sekolah kita. Tak silap saya nama dia Oh Sehun. Tapi setahu saya dia sedang terlantar kat hospital sekarang ni. Hmm..mungkin kemalangan. Tapi saya sendiri tak pasti, mungkin juga khabar angin."

Tangan Ensia menggeletar. Dahinya dibasahi peluh. Dia benar2 tengah pening.

"Lelaki itu. Lelaki itu yg selalu muncul kat mimpi aku. Tapi macam mana..apa semua ni.."

Jungkook hanya memerhatikan kakaknya.

"Ini semua tak masuk akal. Aku kena selidik hal ni.Yup, aku kena pulang kat sekolah semula." Tekad Ensia. Dia segera bangun dari kerusi dan tiba2..

Badannya membatu. Matanya langsung tidak berkelip.

"Noona?"

Ensia masih tidak bergerak.

Jungkook mula tidak sedap hati. Dia segera mendapatkan kakaknya." Noona? yaa, gwenchana?" Soal Jungkook sambil menggoyangkan bahu kakaknya dan tiba2 sahaja Ensia terus rebah tapi sempat disambut Jungkook didalam pelukkannya.

"Noona!!"

Dalam pada masa yg sama..

Dihospital, kelihatan sepasag suami isteri sedang berjalan mundar mandir dihadapan bilik pembedahan. Muka mereka nampak risau yg amat sangat.

"Yobbo, anak kita.. Anak kita dalam keadaan kritikal. Saya tak nak kehilangan dia. Saya masih belum bersedia mengahdapi semua tu. Saya sayang anak saya.."Rintih Puan Oh sambil menangis teresak2. Hampir2 sahaja dia pitam tapi sempat disambut oleh suaminya.

"Jangan cakap macam tu. Saya tahu Oh Sehun seorang lelaki yg kuat. Saya yakin dia mampu melawan penyakitnya. Percayalah.."


Disuatu tempat, Ensia sedang terpinga2 apabila melihat keadaan tempat yg dia berada sekarang . Semuanya serba putih. Bajunya juga berwarana putih.

"Tempat apa ni? Aku kat mana? Macam mana aku boleh sampai sini?" Ensia menjadi bingung.

Tiba2 satu cahaya terpancar dari satu sudut membuatkan Ensia menutup matanya kerana menyilaukan. Tanpa berlengah, Ensia segera berjalan kearah cahaya tersebut. Sebaik sahaja dia memasuki cahaya itu, Ensia mendapati dirinya kini berada dijalan raya.

Ensia menjadi kaku serta merta apabila melihat tempat tersebut.

"Tempat ni. Tempat ni ialah tempat dimana aku kemalangan dulu. Macam mana aku boleh sampai sini? Apa semua ni? Apa yg berlaku?"

Satu persatu ingatan Ensia pada kemalangan tersebut muncul dikepalanya membuatkan Ensia ingin menjerit histeria.

"Arrhhh!!"

"Jieun-ah.." Tiba2 terdengar satu suara yg amat dikenalinya memanggil namanya. Ensia segera menoleh kebelakang.

Ensia terpana serta merta. Kini Sehun muncul dihadapannya dgn serba putih. Wajahnya nampak tenang seperti ada cahaya yg meneranginya.

"Saya nak ucapkan selamat tinggal..mungkin hari ni ialah hari terakhir kita berjumpa..Lepas ni, saya tak akan muncul lagi disetiap mimpi awak..selamanya.." Ucap Sehun perlahan.

"Apa maksud awak? Kenapa awak cakap macam tu?"

"Maafkan saya.."

"Oh Sehun." Panggil Ensia buat pertama kali kerana sebelum ini Ensia tidak pernah mengetahui nama lelaki tersebut.

Sehun berjalan perlahan2 mendekati Ensia. Kemudian dia menarik lembut Ensia didalam dakapanya dan mencium anak kepalanya.

"Awak nak pergi..meninggalkan saya?" Ensia mula mengalirkan air mata.

"Dah takdir saya untuk pergi. Saya tak boleh halang." Sehun mencium dahi Ensia buat kali terakhir."Saya pergi dulu.." Sehun melepaskan pelukkannya dan segera pergi meninggalkan Ensia.

"Sehun-ah! Kah ji mah..jaebal ka ji mah.."

Sehun tidak memalingkan wajahnya dan terus pergi.

"Oh Sehun!! Jaebal, jangan tinggalkan saya! Saya cintakan awak!"

Ensia segera berlari mendapatkan Sehun dan bertindak mencium bibirnya dgn penuh rasa cinta. Tiba2 keluar satu cahaya drpd mulut mereka menyebabkan keduanya menjadi kaku dan terus tidak sedarkan diri.


Setahun Kemudian..

"Perhatian semua!! Seperti yg dah dimaklumkan kemarin, hari ni kita ada seminar motivasi bagi ujian SAT. So, tepat jam 12.00 tengah hari nanti, kesemua pelajar kelas 5A sehingga 5E diminta turun kedewan, araseo?" Ujar Puan Song atau lebih dikenali sebagai Song Jihyo.

"Nae!!" Jawab semua pelajar.

"Yaa, kau nak tahu tak? Aku dengar2, penceramah yg dijemput khas untuk ceramah kali ni adalah bekas pelajar sekolah kita." Bisik Hayoung kearah Ensia.

"Jinja?"

"A ah, dia kena jemput sebab dia adalah salah satu pelajar top student kat sekolah ni masa dulu. Jadi tak hairanlah dia kena jemput tahun ni. Mungkin dia nak share tips kecemerlangan dia kot."

Ensia hanya menangguk.

"Aku dengar diorang kata, sunbae kita tu hendsome macam idol. Ohh tak sabarnya aku nak tengok rupa dia." Mata Hayoung bersinar2.

"Eee..please-lah. Jangan nak menggedik kat sini eh."

Hayoung memukul lengan Ensia dgn geram."Ish kau ni. Eh chamkan, kau nak tahu tak? Sunbae kita tu dulu dari kelas 5A juga. Sama dgn kelas yg kita duduk sekarang ni.Dan kalau kau nak tahu, tempat kau duduk sekarang ni adalah bekas tmpat duduk dia."

"Jinja? Mana kau tahu semua ni?"

"Macam kau tak kenal aku. Semua perkara aku tahu." Hayoung tersenyum bangga.


"Aish, mampuslah aku kali ni. Macam mana aku boleh terlambat masuk dewan. Hayoung pun satu, apasal dia tinggalkan aku." Omel Ensia sendirian sambil berlari anak menuju kedewan.

Disuatu sudut, ketika Ensia hendak membelok kekanan, tiba2 Ensia telah terlanggar seseorang menyebabkan dia jatuh terduduk.

"Ouch!."

"Mianhae, mianhae. Saya tak sengaja. Awak tak ape2 ke?" Ujar lelaki itu panik lalu membatu Ensia berdiri.

"Gwenchana, saya boleh bangun sendiri." Ensia menolak lembut tangan lelaki tersebut. Disaat dia memandang wajah lelaki itu..

Ensia menjadi kaku serta merta. Matanya tidak mengerlip dan jantungnya berdegup laju.

"Err..ju gi yoh.." Ujar lelaki itu serba salah apabila Ensia asyik merenungnya.

"Sehun-ah.." Panggil Ensia didalam hati. Dia amat rindu akan wajah itu. Sudah hampir setahun Sehun tidak muncul didalam mimpinya dan kini Sehun benar2  berdiri dihadapannya. Walaupun susah untuk menerima kenyataan bahawa imaginasi boyfriendnya benar2 wujud, Ensia tetap berfikiran positif dgn menganggap semua yg terjadi adalah cuma satu kejaiban.

"Excuse me. Awak okay ke?"

"Huh? Oh miann..err..saya okay."Ensia menjadi tidak keruan.

"Kalau awak tak ape2, saya pergi dulu." Sehun tersenyum lalu segera pergi.

"Se.." Belum sempat Ensia memanggil Sehun, Hayoung menjerit disebalik pintu dewan.

"Yaa! Apa lagi yg kau tercegat tu? Ceramah dah nak start."

"Ta..tapi..Se..Sehun..Aish!" Ensia menjadi bingung kemudian dia segera memasuki dewan


Kini Ensia sedang menunggu ommanya diperhentian bas.Hari semakin senja membuatkan Ensia tidak senang duduk. Tiba2 Ensia teringat semula pertemuannya dgn Sehun ketika berada disekolah.

"Kenapa dia tak kenal aku? Takkan lah selama ni hanya aku je yg mimpi pasal dia? Mungkin juga dia tak pernah mimpi pasal aku? Ugghh!! Aku bingung!"

Dari tadi Ensia asyik memikirkan perkara tersebut. Ketika didalam dewan juga, Ensia langsung tidak memberi sebarang perhatian malah merenung Sehun yg sedang memberi ceramah dihadapan.

Tiba2 terdengar suara pelik datang dari arah bengunan sekolah membuatkan buluh roma Ensia berdiri. Suara itu seakan2 suara seseorang sedang bernafas termengah2.

"Ahh..ahh..ahh.."

Gulp!

Ensia memberanikan diri menoleh kebelakang dan matanya tiba2 tertancap pada bayang2 hitam yg berada dibangunan tersebut.

"Arrrrrhhhh!! Omma!!"

Dengan pantas Ensia berlari sekuat hati menuju kejalan raya. Tanpa dipintah, Ensia jatuh tersungkur menyebabkan lututnya berdarah dan buku lalinya terkehel.

"Ughh!!"

"Jieun-ah.."Bahu Ensia disentuh dari belakang oleh seseorang membuatkan Ensia terkejut yg amat sangat.

"Arrrrrhhh!! Hantu!!"

"Huh? Hantu? Mana?"

Ensia berhenti menjerit. Dia memandang kearah lelaki tersebut dgn muka pelik."Sunbae?" Ensia membulatkan matanya.

"Kenapa awak lari? Apasal awak menjerit macam nampak hantu? Awak takut dgn saya ke?" Bertubi2 Sehun menyoal Ensia.

"Sehun-ah?" Ensia masih dalam keadaan terkejut.

Sehun tersenyum." Ya, saya Sehun. Oh Sehun."

Tiba2 Ensia memandang Sehun dgn geram."Jadi awak dah kenal saya?"

"Kenal awak?"

"Dahlah, lupakan je soalan saya. Awak bukannya kenal saya pun."Ensia segera berdiri tapi kakinya yg sakit membuatkan  Ensia hampir terjatuh.

"Hati-hati!" Sehun sempat menangkap Ensia didalam pelukkannya.

"Ish,lepaslah." Ensia mendengus geram.

"Kenapa awak marah sangat dgn saya? Apa yg saya dah buat dekat awak?"

"Pergi! Jangan kacau hidup saya lagi! Awak benar2 dah buat hidup saya tak tentu hala. Saya benci awak!"

"Listen! Saya tak tahu kenapa awak benci sangat dgn saya tapi biarkan saya bantu awak jalan. Kaki awak dah bengkak, lutut awak pun dah berdarah."

"Awak siapa nak risaukan pasal saya!"

Sehun mula hilang sabar. Tanpa dipntah, Sehun bertindak mengangkat Ensia diatas bahunya membuatkan Ensia terkejut dan meronta2 minta dilepaskan.

"Yaa! Apa yg awak buat ni! Lepaskan saya! Takkan awak nak culik saya! Arrrhhh!!!"


Akhirnya , Sehun menempatkan Ensia dibangku hadapan keretanya .Kemudian Sehun melutut diluar pintu sambil menghadap Ensia.

"Sakit telinga saya tau tak dengar awak menjerit2." Ujar Sehun dengan geram.

"Apa awak nak buat dgn saya? Awak jangan nak macam2. Kang saya jerit, awak juga yg susah." Ugut Ensia.

"Awak ingat saya jenis lelaki yg macam tu ke? Niat saya baiklah. Saya cuma nak tolong awak." Kemudian spontan Sehun menyelak kain Ensia membuatkan Ensia menjerit kerana terkejut.

"Yaa!!"

"Rilekslah, saya cuma nak lap darah kat lutut awak ni.  Apa yg ada difikiran awak cek adik oi?" Perli Sehun sambil mengesat darah yg mengalir dilutut Ensia menggunakan lap tangannya.

Ensia terdiam. Dia berasa malu kerana berfikiran yg bukan2.

"Sakit ke?" Soal Sehun.

Ensia hanya menggeleng.

"Okay dah siap, lepas ni saya hantar awak kat hospital untuk periksa kaki awak yg dah terkehel."

"Tak nak! Saya nak balik rumah." Bentak Ensia.

"Aigoo! Awak ni degil sangatlah."


Kini Ensia dan Sehun sedang duduk didalam kereta sambil bumbung keretanyadi buka. Masing2 mendiamkan diri.

Akhirnya Ensia bersuara." Please, jelaskan perkara yg sebenar. Saya benar2 tengah pusing. Hampir gila saya dibuatnya bila fikirkan benda yg mengarut ni,"

"Awak marah saya ke?"

"Please, jelaskan sekarang juga."

Sehun menarik nafas panjang." Awak pernah dengar cerita roh keluar drpd tubuh pada waktu malam ketika manusia sdang tidur?"

Ensia kelihatan terkejut." Chamnkan..takkan lah selama ni.."

"Yup, saya selalu muncul dimimpi awak pada setiap malam dan awak juga selalu muncul didalam mimpi saya sebab roh kita saling berkeliaran pada waktu malam."

"Kenapa mesti awak?"

"Awak pernah terlibat dalam satu kemalangan 3 tahun yg lepas, betul tak cakap saya?"

Ensia terkejut."Macam mana awak tahu?"

"Saya tahu sebab orang yg hampir langgar awak..ialah saya.." Ucap Sehun perlahan.

"Mwo? Jadi awaklah orang yg saya sangka dah mati tu..tapi..macam mana..masa tu awak cedera teruk.." Ensia hampir menjerit.

"Yup, saya hampir mati tapi saya diberi kesempatan untuk hidup buat kali kedua. Saya koma selama 2 tahun dan saya telah tersedar setahun yg lepas..dan awak adalah penyebabnya."

"Saya?" Ensia mnegerutkan keningnya.

"Ya, awak. Disaat saya ingin mengalah melawan ajal saya, awak muncul didalam mimpi saya dan meluahkan perasaan cinta awak terhadapp saya. Masa tu saya sedar yg awak amat memerlukan saya dan tiba2 saya mendapat satu kekuatan untuk meneruskan hidup."

Akhirnya, segala persoalan yg terbuku diotak Ensia kini telah terjawab. Segala2nya telah jelas. Ensia memandang Sehun yg berada disebelahnya dgn mata yg berkaca.

"Jadi..awak terima cinta saya?" Soal Ensia perlahan.

"Perlu ke saya jawab soalan tu? Saya ingat awak dah tahu perasaan saya dekat awak selama ni."Sehun berpura2 merajuk. Ensia tersenyum geli. Kemudian spontan Sehun menarik Ensia rapat kedadanya.

"Can you still feeling my heartbeat?"

"Yeah, always.."

"Jieun-ah.." Panggil Sehun perlahan.

Ensia segera bangun dari pelukan Sehun dan memandang wajahnya."Nae?"

"Actually i wanna do this." Ujar Sehun sambil menutup mulutnya menggunakan tangan seperti ingin membisikkan sesuatu.

"But i dont know with who." Sambung Sehun dgn nada rendah menyebabkan Ensia kurang jelas.

"Huh??" Ensia mengerutkan keningnya. Dia segera mendekatkan mukanya untuk mendengar dgn lebih jelas.

Disaat Ensia mendekatkan mukanya..

Chup~

Satu kucupan hinggap dibibir Ensia membuatkan Ensia terpinga2 dan pipinya merona merah. Manakala Sehun menutup mulutnya  sambil ketawa lucu.

"Saranghae.."

END


FF ni merapuh jer lebih,
Jangan percaya sangat dengan benda tahyul,
Ehehe..

Btw, Jangan lupa tinggalkan komen, okay?

 

Comments

You must be logged in to comment
bittersweet4u
#1
wahhhhh~~~~ so sweet..
rasa mcm nk gigit je sehun tu..
wah~ kan bgus kalau kau muncul dalam mimpi aku jugak..
oh heaven u know! xD
HelloBaby1996 #2
aww~ ringkas tp sweet ^__^
kalau buat banyak chap lg best
airisvanilla #3
sweet daebak..x ngarut pon
_ThunderEXO_ #4
Jinja sweet >_<
wui_jinne #5
So...sweet..