Heart Without a Beat

Description

 

 

Hidup ini diibaratkan umpama suatu perjuangan; semakin kuat kita menentang, semakin menimbun cabaran yang kita depani. Dan semakin hampir kita dengan impian, semakin jauh pula kita dari realiti. Kadangkala kita tidak menyedari keprihatinan dan keperitan orang-orang di sekeliling kita yang hanya mendambakan kegembiraan dan penamat yang bahagia buat diri kita. Fikirkan semula, wahai manusia. Sekurang-kurangnya sekali sepanjang kita menjejakkan kaki ke atas muka bumi yang berlumuran dengan dosa ini, kita pasti pernah menjadi seorang hipokrit.

 

Bagaimanakah perasaan kalian? Seronok? Teruja? Atau menyakitkan?

 

Sakit. Itulah satu-satunya kalimah yang cukup untuk menggambarkan betapa pilunya hati seorang pendusta yang bernama Oh Sehun. Menjalani hari-harinya sebagai seorang adik kepada ‘sang pujaan ramai’ menempatkan dirinya dalam pergelutan dan konflik kehidupan. Namun, adakah itu menjadi pilihannya? Sudah tentu tidak. Pengorbanan ini hanyalah untuknya, seorang lelaki yang bergelar abang kepada dirinya. Dia cuba menjadi sebahagian daripada mereka. Segala usahanya dilipat kali gandakan agar dia turut dipandang dan tergolong dalam golongan ‘sempurna’ setanding dengan abangnya.

 

Tapi tahukah dia bahawa segala tindakannya hanya menimbulkan amarah kepada abang kesayangannya?

 

"Kau sentiasa dapat apa yang kau nak. Apa yang kau minta semuanya ibu tunaikan. Sedangkan aku? Semenjak kau kembali semula ke dalam hidup aku, tumpuan yang dulunya orang-orang berikan beralih pada kau. Aku tak kisah sebab kau adik aku. Kau layak mendapatkan kasih sayang yang sempat lupus setelah perpisahan mak dan ayah. Tapi sekarang kau nak merampas satu-satunya perempuan yang berjaya mencuri hati aku? Pantaskah orang macam kau ni aku panggil adik? Kalau kau benci aku sekalipun, bukan begini caranya..."  

 

Suara kecewa Luhan terngiang-ngiang di sudut sepi hatinya. Tidak, dia tidak membenci abangnya malah sebaliknya. Oleh sebab perasaan sayang, dia sanggup mempertaruhkan hidupnya, merelakan kesengsaraan bertapak dalam sanubarinya.

 

Namun, kehadiran seorang pemuda misteri di sekolahnya merubah segala-galanya.

 

"Kau tak perlu jadi yang terbaik untuk berada dalam kalangan yang terbaik. Cukuplah sekadar menjadi diri sendiri. Apa gunanya mendapat perhatian orang-orang kalau kau sendiri tak bahagia? Please, be your true self."

 

Bagaimanakah dia berdepan dengan kesukaran ini? Ditambah lagi dengan permasalahan yang tidak kunjung berhenti, merumitkan lagi keadaannya kini.

 

 

 


 

PROMPTS:

 

SUPER JUNIOR : THANK YOU

 

When I'm weary
You gave me strength
And your often by my side
Now I want to say
Thank You
and, because there's you
That's why I'm happy, This is for you

The day that the tears come flowing down again before it dries up
You hold my hand in the dark
Silently standing by me, Thank You

You're more weary than me right
More worried than me
Because there's you
That's why I'm able to stand again
I'm often very thankfull

What I want to give you
There's so much
In reality it's not possible, it's difficult

Believe me, take my hand
If we are together
We are able to make it,
forever

The day that the tears come
flowing down again before it dries up
You hold my hand in the dark
Silently standing by me, Thank You

never again will I be weary
Even if I am, there will be you by my side
I need not say it and you know what I mean
Because there is someone (you) here
I'm very happy

 

# Prompt number 4

 

 

 

Foreword

 

 

Tajuk: Heart Without a Beat

Watak-watak: Oh Sehun, Luhan [EXO], Kim Myungsoo [Infinite], Choi Jinri [f(x)]

Subjek utama: Kekeluargaan, Persahabatan dan Motivasi Diri.

Prompts: Thank you (Super Junior), Prompt number 4

Tarikh mula: 17 Julai 2014

Tarikh tamat: -

Jumlah patah perkataan: -

 

 

 

a/n: Hello, everyone. Saya tahu cerita ni kedengaran dull dan depressed. Tapi cerita ni sebenarnya tak lah sebegitu. Saya cuma nak buat ianya kelihatan lebih menarik, tak sangka pulak jadi macam ni. Bila saya baca semula description tu, saya rasa tension sebab entah lah...cara saya terangkan tu agak mengarut dan menyimpang daripada jalan asal cerita ni. But saya tak ada idea nak ubah, jadi biarlah description tu camtu. Macam biasa, Luhan and Sehun adik-beradik. Entah kenapa saya selalu rasa yang diorang ni sesuai jadi pasangan kembar (mungkin sebab mirip). Anyway, sebenarnya tujuan saya menulis cerita baru ni adalah kerana saya nak menyertai satu pertandingan menulis (sila rujuk di bawah). So, sila beri tunjuk ajar dan sokongan. Terima kasih!

 

ღ THE ADVENTURINE ღ MALAY WRITING CONTEST

 

[ Click the banner for the link to the contest ]

 

CREDIT:

[BATCH 1-CLOSE] eLements Malay Graphic Shop (poster and background made by -BlueSky)

 

 

 

Rainbow_fairy
I'll update today, dear readers ;D

Comments

You must be logged in to comment
Snooww
#1
Chapter 1: Huhu kesian sehun..sabo luhan..
Update soon ^~<
laierathieyah #2
Chapter 1: yeayy!! thanks sbb update
good job ai! b^.^d
aininurhana #3
good job authornim :D
lunaticmoon
#4
hi Ai. Sy try share opinion sy dlm fic yg ni plak ek, memandangkan orang dah jemput (eh, jemput ke? xD)
lebih kurang macam frozen heart, penulisan Ai takde masalah, dah cantik dah. maybe unpopular opinion je, tapi description tu cam a bit panjang. macam baca summary citer, tapi summary yang panjang. macam yg saya penah cakap sebelum ni, reader yang tak minat genre ni (sayalag tu) akan terus hilang minat.

Ini sekadar perkongsian jela, bukan cadangan nk suruh tukar ke apa. Cuba fikir belakang novel. Saya kalau beli novel saya mesti belek cover belakang. pendek sangat, saya letak. panjang sangat dan berbelit-belit penuh drama pun saya letak. saya suka satu atau dua perenggan yang padat isi, sekadar nak bagi idea atau mood cerita, selitkan satu dua bait dialog karakter (cam yang Ai dah buat), baru ada punch.

anyway, jgn risau. bagi saya tahap penulisan Ai adalah sangat baik, lebih daripada kebanyakan author di aff. good luck!
wui_jinne #5
Waww....
Mcm best je...
(^0^)~♪
amiramuliyadi
#6
foreword yang menarik! keep update ok!
bittersweet4u
#7
hmm sedih pulak dkt sehun isk T^T
btw author-nim drpd foreword sy dpt rasa yg cite ni mmg best!
I will wait for your update^^
keep hwaiting n hwaiting n hwaiting!
Snooww
#8
Yeayyyy gud luck author-nim...
Update soon >~<
hajimc #9
;AAAAA;A;;;;;;;;; SAYA SUKA GILA DESCRIPTON AWAK (abaikan ejaan)
Goodluck ! :D
Hundotlove
#10
Serius mulut saya ni terlompong baca description awak hohoho tak sabar nak tahu apa jadi. saya pun join jugak contest ni jugak haha anyway good luck ^^