CHAPTER 9

Mr.Anonymous

Keesokan harinya, Suzy berjalan sendirian menuju ke sekolah tanpa kehadiran Hyunseung.Niatnya untuk menghubungi kawan baiknya terbatal apabila kenangan semalam terungkap kembali.Langkahnya perlahan melalui lorong itu sendirian.

Pagi itu, Ilhoon juga sendiri namun dipersimpangan jalan dia melihat susuk tubuh seseorang yang dikenalinya.

“Ji eun ?” Ilhoon menyapa gadis tersebut.

“yae~” Ji eun berpaling.

“Aaa~ Jung Ilhoon” Dia tersenyum comel.

“Jom jalan sekali ?” Ilhoon mempelawa Ji eun.Sekurang-kurangnya dapat juga dia menghilangkan rasa sunyi.

“Okay~” balas Ji eun pendek.

Dalam perjalanan Ilhoon banyak tertawa mendengar Ji Eun bercerita.Lagak comel Ji Eun mengusik hatinya.Sedikit sebanyak dapat mengubat hatinya yang luka semalam.Namun begitu , lukanya berdarah kembali apabila bertembung dengan Suzy dihadapannya.

“Ah Hoonie ~”Suzy menegur Ilhoon mesra.Matanya meliar ke arah gadis disebelah Ilhoon.

“Suzy yaa~ Myungsoo eodini ?” Tanya Ilhoon sambil memandang mandang disekeliling.

“Myungsoo tak datang hari ini.Boleh jalan sekali dengan kau ?” pandangannya silih berganti. Sekejap pandang Ilhoon sekejap pandang Ji eun.

‘Siapa pula budak ni ~ Girlfriend dia ke ?’ Suzy bertanya dalam hati.

“Jomlah~”

Mereka meneruskan perjalanan.Ilhoon dan Ji eun nampak mesra bersama membuatkan hati Suzy seperti di cucuk-cucuk.Dia banyak berdiam diri dan hanya mendengar butir-butir perbualan Ilhoon dan Ji eun. Dia akui Ji eun mempunyai daya tarikan yang sendiri tambahan lagi mukanya yang comel boleh menambat hati ramai orang.Tapi dia yakin gadis itu bukan ‘taste’ Ilhoon.

Di sekolah

Walaupun mereka duduk bersebelahan , Ilhoon tidak banyak bercakap begitu juga Suzy.Masing-masing mendiamkan diri.Tidak seperti dulu sering bergurau senda , bergelak ketawa.Suzy yang berasa janggal dengan keadaan itu memutuskan untuk menegur Ilhoon dan mengajaknya keluar selepas tamat jam persekolahan.

KRINGGGGGGGGG~

Loceng terakhir berbunyi.

“Hoonie yaa~ “ Suzy menepuk bahu Ilhoon.

“Jom jalan-jalan.Aku tak rasa nak balik rumah. Aku nak jalan dengan kau. Aku rin…”Belum sempat Suzy menghabiskan patah perkataan terakhir dia melihat Ji Eun berlari ke arah Ilhoon.

“Ilhoon ~ Jom ! “ Ji Eun menyapa Ilhoon.Hari ini Ilhoon berjanji untuk menemaninya mebeli cermin  mata baru.

“Hi Suzy !” Sempat juga di melambai Suzy yang berada disebelahnya.

“Jom ~ “ Ilhoon menarik pergelangan  tangan Ji Eun dan berlalu keluar dari kelas meninggalkan Suzy terpinga-pinga sendiri.

‘Sampai hati kau hoonie ~’ Suzy sedih dengan apa yang terjadi hari itu.Dia pulang ke rumah dan menelefon kekasih hatinya bagi menghilangkan rasa yang tidak sepatutunya wujud dalam dirinya.Dia tidak mahu kedua-dua lelaki yang disayanginya berada di tempat yang sama dalam hatinya.Setianya hanya pada Myungsoo. Suzy tidak mahu kehilangan Myungsoo untuk kali kedua namun dia tidak juga ingin kehilangan teman baiknya.

Coex Mall

“Yang ini sesuai dengan muka awak , Ji Eun” Ilhoon menyarungkan cermin mata berbingkai penuh pada wajah Ji Eun.

Ji Eun dapat rasakan hatinya berdebar-debar apabila Ilhoon berada betul-betul dihadapannya.Matanya yang memandang tepat ke dalam mata Ilhoon,membuatkan Ilhoon turut terpaku melihatnya.Masa bagaikan berhenti beberapa minit.Akhirnya Ilhoon berdehem membuatkan Ji Eun tersedar dan memandang ke tempat lain.Pipinya yang putih jelas kelihatan merah membuatkan Ilhoon tersenyum melihat wajah Ji Eun yang sedang malu dengan perlakuan dirinya sendiri.

“Ok! Saya ambil yang ini je lah.” Ji Eun cuba mengubah keadaan kembali seperti biasa.

“Jom” sambungnya lagi.

Setelah selesai membayar, Ilhoon dan Ji Eun beriringan keluar dari kedai tersebut.

“Thanks sudi teman saya beli cermin mata baru” Ji Eun memandang Ilhoon sekilas.

“Small matter Ji Eun.Lagipun saya yang pijak cermin mata awak tu kan ?’ Ilhoon tergelak kecil.Ji Eun memandang Ilhoon.Hatinya sekali lagi terasa berdebar-debar .

‘Apa hal ni hati ?’ Ji Eun bertanya sendiri.

Tiba-tiba Ilhoon memegang tangan Ji Eun sekuat yang boleh.Dia seperti sedang melepaskan geram.Ji eun memandang Ilhoon dan kemudiannya memandang hadapan.

“Hai ,  Ilhoon. Jung Ilhoon ~ Long time no see.”

Ilhoon masih memegang tangan Ji Eun seerat-eratnya.

 

TO BE CONTINUE------------

siapa dia agaknya ? ? ?

Like this story? Give it an Upvote! Thank you!
kyungchannie
hiatus for awhile since classes start tomorrow

Comments (22)

You must be logged in to comment
trisyia_shin
#1
Chapter 17: Hyunseung x suji hahahahaha
kookie_taetae #2
Chapter 17: Iihoon and suzy juseyo T^T
Kkyungwifeuu12_
#3
Chapter 16: Chapter.16-Ilhoon~hohoho,,Sian dye T^T...Hyunseung tu real Myungsoo or fake myungsoo ? //Blur//...Rase mcm fake jerr..N,,Mr anony. tu ilhoon kn ?.. -_- ... BTW,,Bagi sye cerite nieyy best mudah untuk difahami^^ (For me,,sbb,,blur sikit when bce malay ff :3)
Chapter.17-Update soon^^
DevilDeer85
#4
Chapter 16: Ilhoon! Jgn nangis dh! Please Ilhoon!
Hyunseung, ko ni betul ke Myungsoo?
Ke ko ni org lain? Ish! Asal cm pelik je kau ni?
Update soon!
trisyia_shin
#5
Chapter 13: HyunSeung je senang
/angguk
chocolatealltheway #6
- THAT PLAYBOY IS MY HUSBAND -

Ayo Malaysian! Have your ever heard the title of "Playboy itu suami aku" ? I am pretty sure the answer are yes.

I am here for advertising my fanfic. Its a love between Kim Jongin and Do Kyungsoo. Mind to check it out? Its maybe similar on the title but I am pretty sure the story line having a lot of diffrences. So, here we go :

http://www.asianfanfics.com/story/view/839031
trisyia_shin
#7
Chapter 12: mana HyunSeung weyh?
trisyia_shin
#8
Chapter 11: apehal ni weyh? nugu nugu nugu?
trisyia_shin
#9
Chapter 10: Fuyoo, Nana...cayalahlah babe terbaekk..
LovelyPurple96
#10
Chapter 10: update soon,author...i'm waiting....hehe