CHAPTER 5

Mr.Anonymous

Ilhoon bergerak menuju ke Café Dae , sebuah café kegemaran dia dan Suzy . Dia berhasrat untuk meluahkan segala rahsia yang terpendam didalam hati kepada Suzy . Dia tersenyum sendiri .“Krekkk” tanpa disedari dia telah memijak sesuatu .Ilhoon mengangkat kakinya dan melihat apa yang telah dia pijak . Tiba-tiba , seorang gadis kecil molek yang sedang mencari sesuatu sampai di kaki Ilhoon .

“awhhh ~ cermin mata saya . “ dia mengambil serpihan cermin mata yang telah pecah akibat pijakan Ilhoon .

“Awak , saya minta maaf sangat-sangat ! . Saya tak sengaja ~ “ Ilhoon meminta maaf sambil mencangkung .

Dia memandang tepat ke arah muka gadis tersebut . ‘Boleh tahan cantik dia ni ~’ Ilhoon berkata didalam hati . Gadis yang sedang mengutip serpihan cermin mata tersebut berasa tidak selesa lantas dia cepat-cepat berdiri .

“Hmm , tak apalah . Nak buat macam mana kan ~ Saya yang cuai “.kata gadis itu sambil mengutip sisa siasa terakhir serpihan cermin matanya.

Ilhoon berasa sangat bersalah. Dia meminta nombor telefon gadis comel tersebut untuk berhubung bagi menyelesaikan masalah cermin mata itu.Dia berjanji untuk menemani gadis tersebut membeli kaca mata baru jika dia ada kelapangan. Setelah selesai dia bergerak ke destinasi yg dituju. Ilhoon awal-awal lagi telah menempah tempat bagi meraikan anniversary persahabatan dia dan Suzy.Meja yang ditempah dihias dengan bunga-bungaan yang cantik persis seperti meja pasangan kekasih yang ingin bertemu janji.Dia nekad untuk memberitahu segalanya kepada Suzy.

Suzy POV

Aku memandang tepat kearah muka Hyunseung yang masih menikmati makanan . Setengah jam berlalu begitu pantas , Hyunseung menyedut titisan titisan terakhir air yang dipesannya tadi. Hampir 99% perlakuannya mirip dengan Myungsoo.Hal itu membuatkan aku tidak sabar untuk mendengar kenyataan dari mulut hyunseung sendiri.

“Ahhh kenyangnyaa~. Ada awak temankan lagi kenyang daripada biasa”, kata hyunseung sambil tertawa.

“Weyh , cepatlah cerita. aku teman kau sebab nak suruh kau cerita bukan nak tengok kau makan macam orang kebulur tu.” Jawabku dengan penuh rasa sakit hati.

“Suzy , awak masih tak kenal saya ? Saya Myungsoo , your boyfriend , your lovely boyfriend “,Hyunseung memberitahuku.

“Huh ? Apa semua ni ? aku tak faham. Kau bukan Myungsoo , Ya ! mungkin semua tindak tanduk kau seperti dia , tapi muka kau seratus peratus tak macam Myungsoo . TAK ! KAU BUKAN MYUNGSOO ! TAK MUNGKIN ! “, jawabku dalam nada seperti orang meroyan . Aku berdiri dan terus keluar daripada restoran tersebut sambil menangis. ‘Tak ! Dia bukan Myungsoo aku . Bukan . Bukan ‘ aku mengomel sendiri . Walaupun hati aku percaya dengan apa yang dikatakan hyunseung aku tetap menafikan . Hyunseung yang sudah selesai membayar mengejar ku .

Tanganku dipeang erat . Aku berpaling kearah Hyunseung. Aku menundukkan kepala sambil menangis.Hyunseung mengangkat daguku mengarahkan aku memandang wajahnya.Dia memegang kejap bahuku sambil merenung tepat kedalam bebola mataku.

“Saya betul-betul Myungsoo yang tinggalkan awak dulu.Saya minta maaf ~ Saya akan ceritakan semuanya pada awak tapi untuk masa sekarang tolonglah percaya saya adalah Myungsoo awak.”, Hyunseung cuba meyakinkan aku.

Akhirnya aku jatuh kedakapan dia dalam keadaan teresak-esak.

“Kenapa awak tinggalkan saya Myungsoo. Apa salah saya. Sampai sekarang saya masih tunggu awak walaupun saya tahu awak takkan kembali.” Tangisanku masih berterusan . Dia mengusap kepala ku .

”Tapi sekarang saya dah ada depan awak.Saya dah kembali dan saya nak kita mulakan balik hubungan kita yang dulu. Saya masih sayangkan awak sama banyak macam dulu Suzy”, Kata Hyunseung sambil memeluk kuat tubuhku.

Café Dae

Jam menunjukkan pukul 6.30 petang. Ilhoon masih menunggu kedatangan orang yang dia sayangi tapi batang hidungnya pun masih tidak nampak.

“Mana Suzy ni ~ Aish takkan dia masih dekat sekolah kot”,dia mengeluh sendiri.

Akhirnya dia membuat keputusan untuk keluar daripda Café tersebut. Walaupun dia telah menyiapkan segalanya untuk menyambut anniversary mereka dia tidak menyesal. Mungkin Suzy ada hal yang lebih penting daripada menghadiri majlis anniversary ini. Ilhoon berjalan menuju ke sekolah . Dia berharap Suzy masih disitu , dengan penuh semangat dia melangkah. Sesampainya dihadapan sekolah dia melihat susuk tubuh yang sangat dia kenali di seberang jalan.

“Suzy ? ........"

"......tapi siapa yang dia peluk tuh”, Ilhoon bertanya sendiri.Hatinya bagai dirobek-robek. ‘Ohh~ sebab ni kau tak datang date kita.” Ilhoon memandang jauh pasangan tersebut . Matanya berkaca. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk pulang kerumah .

 

 

SORRY FOR THE LATE UPDATE . CHAPTER NI TERUK SIKIT KAN . 

HEHE SAYA AKAN BUAT YANG TERBAIK UNTUK NEXT CHAPTER DONT WORRY .

THANKS FOR WAITING AND READING . THANK YOU SO MUCH <3

Comments

You must be logged in to comment
trisyia_shin
#1
Chapter 17: Hyunseung x suji hahahahaha
kookie_taetae #2
Chapter 17: Iihoon and suzy juseyo T^T
Kkyungwifeuu12_
#3
Chapter 16: Chapter.16-Ilhoon~hohoho,,Sian dye T^T...Hyunseung tu real Myungsoo or fake myungsoo ? //Blur//...Rase mcm fake jerr..N,,Mr anony. tu ilhoon kn ?.. -_- ... BTW,,Bagi sye cerite nieyy best mudah untuk difahami^^ (For me,,sbb,,blur sikit when bce malay ff :3)
Chapter.17-Update soon^^
DevilDeer85
#4
Chapter 16: Ilhoon! Jgn nangis dh! Please Ilhoon!
Hyunseung, ko ni betul ke Myungsoo?
Ke ko ni org lain? Ish! Asal cm pelik je kau ni?
Update soon!
trisyia_shin
#5
Chapter 13: HyunSeung je senang
/angguk
chocolatealltheway #6
- THAT PLAYBOY IS MY HUSBAND -

Ayo Malaysian! Have your ever heard the title of "Playboy itu suami aku" ? I am pretty sure the answer are yes.

I am here for advertising my fanfic. Its a love between Kim Jongin and Do Kyungsoo. Mind to check it out? Its maybe similar on the title but I am pretty sure the story line having a lot of diffrences. So, here we go :

http://www.asianfanfics.com/story/view/839031
trisyia_shin
#7
Chapter 12: mana HyunSeung weyh?
trisyia_shin
#8
Chapter 11: apehal ni weyh? nugu nugu nugu?
trisyia_shin
#9
Chapter 10: Fuyoo, Nana...cayalahlah babe terbaekk..
LovelyPurple96
#10
Chapter 10: update soon,author...i'm waiting....hehe