CHAPTER 4

Mr.Anonymous
 

“ MR.ANONYMOUS , siapa kau sebenarnya ? Macam mana kau boleh tahu semua ni ? Aku mesti cari tahu juga . Aku akan tanya Hyunseung pasal cincin tuh …. “, Suzy bercakap sendirian di hadapan komputer ribanya . Akhirnya dia membuat keputusan untuk melelapkan mata bagi mengumpul tenaga untuk berhadapan dengan pemilik cincin tersebut . Kebenaran harus diungkapkan …

 

Bilik Hyunseung

 

“Aku rasa dah tiba masanya aku ceritakan perkara sebenar dekat dia . Aku tak nak simpan rahsia ni lagi . Lama-lama pasti terbongkar juga . Mungkin keputusan ini lebih baik daripada aku terus merahsiakan . Aku tak nak pisang berbuah dua kali . Aku tak nak Suzy jatuh ke tangan orang lain “ ,Hyunseung bercakap sambil membelek-belek cincin ditangannya . Dia teringat kembali peristiwa semasa hari pertama dia menjejakkan kaki ke sekolah itu.

 

Hyunseung Flashback

 

Melihat kemesraan mereka dari jauh menyebabkan api cemburu mula menyala. “Kawan ke ? Macam lebih dari kawan je ? Suzy , I’ll get you ! “, Aku mengomel sendiri . Selepas puas memerhatikan Suzy , aku menuju ke pejabat untuk sesi pendaftaran . “Suzy , I’ll get your heart back “,Bisikku dengan nada marah .

End of flashback

 

Di sekolah

 

Suzy berjalan menuju ke kelasnya . Ilhoon yang menyedari kehadirannya  melambai-lambai dari jauh . Dia membalas dengan senyuman yang dibuat-buat . “Hoi , pehal senyum macam kambing mintak  sedekah je ni ?” Ilhoon memulakan penyiasatan . “Eh agak-agaklah rupa aku ‘up’ sikit dari kambing tuh okay ? ! “ Suzy menjawab dalam nada bercanda . “Lahhh ~~ ye ke ? tak perasan pula aku “ Ilhoon membalas sambil tertawa . Seperti biasa , Suzy mula ceria sehinggakan dia terlupa untuk melakukan  perkara yang dirancang pagi ini .

 

Suzy POV

 

Kringggggggggg !! Bunyi loceng menandakan sesi persekolahan pada hari itu telah tamat . Aku melangkah yakin menuju ke kelas si pemuda kerek itu . ‘apa yang dia jawab nanti ?’ , ‘kalau betul cincin tuh myungsoo punya ?’ Pelbagai persoalan bermain di minda . Akhirnya aku tiba dihadapan kelas Hyun Seung . Mataku meliar mencari kelibat seseorang  yang betul-betul ingin aku temui .Malangnya , batang hidungnya pun tidak aku lihat . “Mana pergi mamat ni ? Time aku nak tanya dia tak ada pulak . Semalam kemain kejar-kejar aku . Sengal betullah !”, Bebel ku sambil memerhati setiap sudut kelas tersebut . ‘Noona ! Noona ! Noona ~~~~~~~~~~~~~~~~’  Deringan telefon bimbit memeranjatkan  aku . “Hoonie ~~ ?” , Aku membaca nama yang tertera di kaca telefon ku . “Oii , nak apa call aku ni ?”, aku mengangkat panggilannya . “Emm , wei jom pergi cafe yang kita selalu lepak tuh ? Aku nak belanja kau ais-krim … Hari ni kan hari anniversary kita ~ “, Ilhoon mengajakku dengan penuh semangat . “ Tapi aku ….” Aku cuba menolak. “Aku tunggu kau ! Aku bagi kau masa setengah jam je . Okay ? ppyong!”, Ilhoon mematikan panggilan tersebut sebelum sempat aku menghabiskan ayat-ayat penolakan . Aku menggeleng-geleng kan kepala . ‘Ohh hari ni dah masuk 3 tahun aku kawan dengan dia. Tak sangka dia ingat’ . Aku bermonolog sendiri .Oleh sebab orang yang aku cari tiada , aku memutuskan untuk balik ke rumah , bersiap untuk menemui sahabat kesayangan ku . Aku berpaling dan meneruskan langkah untuk pulang . Baru beberapa langkah , tiba-tiba tangan ku ditarik oleh seseorang . “Suzy shi ~ Awak cari saya ke ?”, Hyunseung mengajukan soalan kepadaku .Tangannya masih memegang kuat pergelangan tanganku. “Ya ~ Aku cari kau! Ada benda yang aku perlu tanya dekat kau . “,Aku membalas dengan riak wajah yang serius . “Awak marahkan saya lagi ya ? Tanya ? Okay . Tapi saya nak awak temankan saya makan dekat restoran depan tuh ? boleh ? “, kata Hyunseung sambil menunding  jari ke arah restoran yang disebutkan . “Eh ! kau ingat aku ni maid kau ke ? sesuka hati kau je nak suruh aku temankan . Tak nak !”, Kasar jawapan yang aku berikan . “ Saya tak kisah kalau awak tak nak . Tapi saya tahu awak mesti nak tanya pasal cincin tuh kan ? So , tak ada apa-apa lagikan ? Ok lah saya nak balik .” Hyunseung menjawab sambil tangannya yang memegang pergelangan tanganku dilepaskan . Dia meneruskan langkahnya . ’Cincin ? Apa dia tahu pasal cincin tuh ?’ Risauku dalam hati. Selepas selesai  mengemas beg , Hyunseung melangkah keluar dari kelas . Aku mengalah , aku perlu tahu semua itu. Aku menghalangnya , “Okay ! Aku teman kau . Tapi kau mesti cerita semuanya dekat aku dengan jujur . Deal ?”, Aku menghulurkan tangan sebagai tanda perjanjian . Hyunseung tersenyum keriangan sambil menghulurkan jari kelingkingnya . ‘Huh ? Itukan cara myungsoo deal dengan aku ? ‘ . Hatiku berbisik . Sekarang aku yakin dan aku dapat rasakan Hyunseung pasti tahu sesuatu tentang Myungsoo . Aku membalas senyuman dan tanpa disedari jari kelingking kami telah bersatu .

 

To be continued …..

 

 

P/S : Ayat tonggang terbalik . maaf ..... XDD

 

 

 

 

 

Comments

You must be logged in to comment
trisyia_shin
#1
Chapter 17: Hyunseung x suji hahahahaha
kookie_taetae #2
Chapter 17: Iihoon and suzy juseyo T^T
Kkyungwifeuu12_
#3
Chapter 16: Chapter.16-Ilhoon~hohoho,,Sian dye T^T...Hyunseung tu real Myungsoo or fake myungsoo ? //Blur//...Rase mcm fake jerr..N,,Mr anony. tu ilhoon kn ?.. -_- ... BTW,,Bagi sye cerite nieyy best mudah untuk difahami^^ (For me,,sbb,,blur sikit when bce malay ff :3)
Chapter.17-Update soon^^
DevilDeer85
#4
Chapter 16: Ilhoon! Jgn nangis dh! Please Ilhoon!
Hyunseung, ko ni betul ke Myungsoo?
Ke ko ni org lain? Ish! Asal cm pelik je kau ni?
Update soon!
trisyia_shin
#5
Chapter 13: HyunSeung je senang
/angguk
chocolatealltheway #6
- THAT PLAYBOY IS MY HUSBAND -

Ayo Malaysian! Have your ever heard the title of "Playboy itu suami aku" ? I am pretty sure the answer are yes.

I am here for advertising my fanfic. Its a love between Kim Jongin and Do Kyungsoo. Mind to check it out? Its maybe similar on the title but I am pretty sure the story line having a lot of diffrences. So, here we go :

http://www.asianfanfics.com/story/view/839031
trisyia_shin
#7
Chapter 12: mana HyunSeung weyh?
trisyia_shin
#8
Chapter 11: apehal ni weyh? nugu nugu nugu?
trisyia_shin
#9
Chapter 10: Fuyoo, Nana...cayalahlah babe terbaekk..
LovelyPurple96
#10
Chapter 10: update soon,author...i'm waiting....hehe