CHAPTER 16

Mr.Anonymous

Seminggu selepas kejadian didalam bas, Ilhoon dan Suzy tidak lagi berhubung. Ilhoon dan Suzy berlakon seolah-olah mereka tidak kenal antara satu sama lain. Namun Ilhoon masih ceria seperti biasa walaupun cerianya hanyalah sebagai tabir menutup segala kesedihan. Dia ingin Suzy benar-benar membenci dirinya. Dengan itu, lebih mudah untuk dia melupakan Suzy. Ilhoon juga membuat keputusan untuk menjalinkan hubungan lebih dari seorang kawan dengan Ji Eun. Walaupun Ji Eun tidak bersetuju pada mulanya,walaubagaimanapun Ilhoon berjaya melembutkan hati Ji Eun untuk menerima niat baiknya. Hubungan Hyunseung dan Suzy semakin rapat namun Hyunseung selalu merasakan jasad Suzy sahaja yang berada dihadapannya tetapi jiwanya melayang ke tempat lain. Hyunseung tidak berputus asa mengambil hati Suzy, membuat dia tersenyum setiap hari dan yang pastinya mengubat luka yang berbekas dihati gadis itu.

 

“Suzy!” Hyunseung melambai ke arah Suzy yang sedang duduk dibawah sepohon pokok ditaman itu. Dia masih ingat lagi pokok itu pernah menjadi mangsa Suzy. Pokok itu diukir dengan berbagai-bagai tulisan. Terlalu banyak kenangan yang ada dikulit pokok-pokok tersebut. Sesampainya Hyunseung berdekatan dengan Suzy, dia terus melabuhkan punggung disebelah Suzy dan melentokkan kepalanya di bahu Suzy. Suzy cuma tersenyum dan melentokkan kepalanya diatas kepala Hyunseung.

 

“Saranghae~ Suzy ya~” Hyunseung berbisik lembut.

 

“em~” Jawab Suzy panjang. Dia masih belum boleh meluahkan tiga perkatan itu pada Hyunseung. Tidak tahu sama ada dia masih belum bersedia atau mungkin hatinya sudah dicuri oleh orang lain. Tiba-tiba terlintas di kepala Suzy untuk bertanya soal Mr.Anon kepada Hyunseung.

 

“Hyunseung aa~ Awak kan Mr. Anonymous yang selalu komen dekat blog saya ? Kan kan ? Sepanjang awak tak ada, dia selalu komen blog saya. Dia tahu everything about us. So I thought that must be you right ?” Kata Suzy. Kepalanya tidak lagi diatas kepala Hyunseung.

 

Hyunseung terdiam sejenak.

 

Blog ? Blog yang Ilhoon cakapkan haritu ke ? Mr.Anonymous ?

 

“Hyunseung ?!” Suzy mematikan lamunan Hyunseung.

 

“Oh ya. Ya saya.” Dia tersenyum bersalah. Dia tidak tahu langsung tentang kewujudan blog Suzy inikan pula tentang pengomen diblognya. 

 

Sorry sebab menipu kau Suzy. Aku sayangkan kau.’

 

“Sudahlah lupakan saja semua tu. Dah tak penting dah. Yang penting sekarang saya dah ada dengan awak. Kita akan stay forever berdua. And actually I prepared something for you.” Kata Hyunseung sambil tangannya mencari sesuatu dipoket belakang seluarnya.

 

Dia tiba-tiba bangun dari tempat duduknya dan melutut dihadapan Suzy.

 

“Will you be my future wife?” Hyunseung menghulurkan sebentuk cincin didalam sebuah kotak baldu berwarna kelabu.

 

Suzy tergamam.

 

“Hyunseung~ awak tak rasa yang kita ni cepat sangat. Kita sekolah lagi kan.” Kata Suzy. Ikutkan hati mahu sahaja dia menolak mentah-mentah namun bila difikirkan kembali, ada benarnya  apa yang dilakukan oleh Hyunseung. Mereka sudah lama kenal.

 

“Lagi dua minggu kan kita graduate, so lepas tu kita tunang and then lepas habis belajar kita boleh kahwin ?” Hyunseung beria-ria menerangkan perancangannya.

 

Suzy tertunduk sedih. Terharu dan rasa bersalah bercampur baur. Terima atau tak ? Nak terima ke tak ?

 

Akhirnya selepas beberapa saat berfikir dia mendongak memandang Hyunseung yang berada dekat dengan kakinya dalam keadaan melutut.

 

“Baiklah..S..Saya..T..Terima..” Air matanya gugur dek kerana rasa bersalah yang menebal. Hyunseung melompat gembira dan menarik tangan Suzy untuk bangun. Dia menyarungkan cincin dijari Suzy.  Air mata Suzy jatuh diatas cincin tersebut.

 

Hyunseung yang melihat Suzy tertunduk memandang cincin yang disarungkan kejarinya mengangkat dagu Suzy untuk memandangnya. Dia mengelap airmata Suzy menggunakan ibu jarinya.

 

“Suzy~~ Jangan nangis lagi please~ Saya tak nak tengok awak sedih lagi.. Saya tak sanggup.” Hyunseung yang semakin dekat dengan Suzy akhirnya meninggalkan satu ciuman hangat dibibir Suzy.

 


 

“Ilhoon ! Aku malulah nak keluar macam ni. Takpelah kita lupakan je lah eh nak ubah penampilan aku ni!” Terdengar suara comel Ji Eun dari dalam fitting room.

 

“Kalau kau tak sayang aku kau keluarlah pakai baju kau yang tak menarik tu!” Ilhoon hanya tersenyum melayan gelagat Ji Eun.

 

Hari ini, Ilhoon berjanji untuk membawa Ji Eun membeli baju dan mengubah penampilannya yang biasa-biasa sahaja kepada yang lebih menyerlah. Ya. Sama seperti dia mengubah Suzy dulu. Daripada seorang yang tidak menyerlah kepada  seorang gadis yang dipandang semua orang. Apa yang dilakukan Ilhoon dengan Ji Eun dirasakan seperti dejavu.

 

“Emm..O..Ok ke ?” Ji Eun keluar sambil tangan nya menarik narik skirt paras lututnya.

 

Dia memakai blouse hitam berlengan pendek dan skirt berwarna putih paras lutut berserta heels setinggi 3 inci. Dia nampak sangat memukau sehinggakan Ilhoon tergamam seketika. Rambut yang dibiarkan mengurai dan sedikit messy sangat kena dengan baju yang dipilih Ilhoon. Cermin matanya yang telah dicabut membuatkan wajahnya nampak lebih cantik.

 

“Oi! Ok tak ?” Jerit Ji Eun dari jarak lebih kurang 3 meter. Ilhoon tersedar dari lamunannya. Di menunjukkan isyarat good menggunakan ibu jari. Mereka akhirnya selesai membeli segala yang diperlukan oleh Ji Eun untuk penampilan barunya.

 

Ilhoon singgah dikedai kopi berdekatan. Dia memesan dua cawan kopi dan sekotak kek. Hari ini adalah official date untuk dia dan Ji Eun. Ilhoon mengajak Ji Eun berkelah disebuah taman berdekatan dengan sekolahnya kerana disitu dikatakan tempat paling romantis bagi pasangan kekasih.

 

Sesampai sahaja dihadapan pintu masuk dari jauh dia seperti perasan wajah seseorang. Kerana inginkan kepastian dia berjalan mendekati tempat tersebut. Ji Eun yang tidak tahu apa-apa hanya mengikut gerak kaki Ilhoon.

 

Lebih kurang 5 meter dari tempat tersebut, Ilhoon akhirnya nampak dengan jelas pasangan tersebut.

 

‘Suzy~~’

 

Dia melihat kesemuanya. Dia melihat bagaimana Hyunseung melamar Suzy, bagaimana Suzy menerima lamaran itu dan dia juga melihat Hyunseung mencium Suzy dalam beberapa saat. Hatinya terasa seperti dirobek robek. Cawan air kopi ditangannya digenggam kuat sehingga membuatkan air kopi tersebut menyembur keluar. Ji Eun memandang tangan Ilhoon. Dan dia memandang kedepan, sama sama melihat aksi-aksi romantik pasangan itu. Sekarang dia tahu mengapa Ilhoon seperti itu.

 

“Ilhoon aa~ Air kopi panas kan ni ? Ilhoon ?!!” Ji Eun mengeluarkan sapu tangan dan membalut tangan Ilhoon.

 

Dia membuang bekas kopi itu ditanah dan meniup-niup tangan Ilhoon. Ilhoon memandang Ji Eun dan menyentuh tangan Ji Eun lembut meletakkannya dibawah.

 

'Thanks Ji Eun. Aku kuat sebab kau ada dengan aku.'

 

Dia memegang bahu Ji Eun sambil wajahnya didekat kan dengan muka Ji Eun. Akhirnya, singgah satu ciuman didahi Ji Eun sebagai tanda terima kasih Ilhoon kepada dirinya. Ilhoon berpaling dan berjalan meninggalkan tempat tersebut. Ji Eun masih tercengang dan kaku seperti patung. Ilhoon terpaksa berpatah kembali dan menarik tangan Ji Eun.

 

“So kita nak makan dekat mana ni ?” Tanya Ilhoon ceria seperti tidak ada apa apa yang berlaku. Ji Eun masih memandang tangan Ilhoon yang kelihatan sedikit merah daripada biasa.

 

“Aku masak dekat rumah je lah. Jom balik rumah aku” Ji Eun membalas lembut.

 

“Ok ! Jom!!” Jerit Ilhoon riang sambil meletakkan tangannya dibahu Ji Eun.

 

‘Ilhoon, kau kena move on!’ bisik hati kecil Ilhoon

 

To be continued…..

Sorry guys. So macam mana chapter baru ? HEHE.

Korang suka couple yang mana sekarang ? Choose one ONLY ! Reply dekat ruang komen. I will consider your choices! :)

A. Ilhoon X Suzy

B. Ilhoon X Ji Eun

C. Hyunseung X Suzy

Like this story? Give it an Upvote! Thank you!
kyungchannie
hiatus for awhile since classes start tomorrow

Comments (22)

You must be logged in to comment
trisyia_shin
#1
Chapter 17: Hyunseung x suji hahahahaha
kookie_taetae #2
Chapter 17: Iihoon and suzy juseyo T^T
Kkyungwifeuu12_
#3
Chapter 16: Chapter.16-Ilhoon~hohoho,,Sian dye T^T...Hyunseung tu real Myungsoo or fake myungsoo ? //Blur//...Rase mcm fake jerr..N,,Mr anony. tu ilhoon kn ?.. -_- ... BTW,,Bagi sye cerite nieyy best mudah untuk difahami^^ (For me,,sbb,,blur sikit when bce malay ff :3)
Chapter.17-Update soon^^
DevilDeer85
#4
Chapter 16: Ilhoon! Jgn nangis dh! Please Ilhoon!
Hyunseung, ko ni betul ke Myungsoo?
Ke ko ni org lain? Ish! Asal cm pelik je kau ni?
Update soon!
trisyia_shin
#5
Chapter 13: HyunSeung je senang
/angguk
chocolatealltheway #6
- THAT PLAYBOY IS MY HUSBAND -

Ayo Malaysian! Have your ever heard the title of "Playboy itu suami aku" ? I am pretty sure the answer are yes.

I am here for advertising my fanfic. Its a love between Kim Jongin and Do Kyungsoo. Mind to check it out? Its maybe similar on the title but I am pretty sure the story line having a lot of diffrences. So, here we go :

http://www.asianfanfics.com/story/view/839031
trisyia_shin
#7
Chapter 12: mana HyunSeung weyh?
trisyia_shin
#8
Chapter 11: apehal ni weyh? nugu nugu nugu?
trisyia_shin
#9
Chapter 10: Fuyoo, Nana...cayalahlah babe terbaekk..
LovelyPurple96
#10
Chapter 10: update soon,author...i'm waiting....hehe