CHAPTER 15

Mr.Anonymous

Di Café

Pagi itu Hyunseung tiba lima minit lebih awal daripada yang dijanjikan. Ilhoon masih didalam perjalanan ke sana. Hyunseung duduk di meja yang berada betul-betul di penjuru café tersebut. Dia memilih tempat yang agak jauh daripada orang lain. Hari ini dia nekad untuk memberitahu semuanya kepada Ilhoon. Dia tidak mahu Ilhoon menaruh perasaaan yang lebih dalam terhadap kekasih hatinya. Dia tahu hati Suzy sedikit goyah dengan kehadiran Ilhoon. Dia perasan perubahan pada diri Suzy.

 

Flashback

Hyunseung melihat Suzy dan Ilhoon dari jauh. Jelas menunjukkan Suzy marah pada lelaki dihadapannya.

 

“Kenapa dengan diorang berdua ni ?” gusar Hyunseung sendiri.

 

Dia melihat Suzy berlalu pergi daripada tempat tersebut dan Ilhoon tertunduk sedih. Dia memerhatikan segalanya.

End of flashback.

 

Sejak kejadian itu, Hyunseung tahu kasih sayang Suzy bukan 100 peratus padanya. Dia sedar kehadiran Ilhoon sepanjang ketiadaannya membuatkan Suzy memberikan 50 peratus atau lebih kepada lelaki bernama Ilhoon.

 

Beberapa minit mengelamun sendirian, akhirnya Ilhoon tiba di café tersebut dan menarik kerusi dihadapan Hyunseung.

 

“So, apa yang kau nak cakapkan ni ?” Tanya Ilhoon.

 

“Uhm.. Kau tak nak order dulu ?”

 

“Tak apa lah aku dah breakfast dekat rumah tadi. Terima kasih lah. Terus terang je lah. Aku tak kisah.”

 

“ Ilhoon, aku tahu kau ada menyimpan perasaan terhadap Suzy. Aku dah lama perhatikan kau. Sejak dari hari pertama aku dekat sini.”

 

“Kalau betul aku suka dia kenapa ? Jangan risau lah weh. Dia sayangkan kau sampai bila-bila. Bagi dia kau adalah segalanya. Dulu masa kau hilang,orang cakap dia tak pernah senyum. Beberapa bulan lepas tu baru dia boleh move on. Nampak tak banyak mana dia sayangkan kau. Dia selalu update pasal kau dekat blog dia. Kalau kau tak percaya kau boleh baca semuanya dekat blog dia.”

 

“Blog ? Dia ada blog ?” Hyunseung bertanya. Dia tidak pernah tahu tentang kewujudan blog Suzy. Dia tahu gadis itu sangat minat menulis namun dia tidak menyangka Suzy akan membuka blog sendiri.

 

“ Kau yang hadiah kan dia baby Myungsoo tu, kau sendiri tak tahu ?” Ilhoon memandang kearah lain sambil tersenyum sinis.

 

“Baby Myungsoo ?” Dia memandang Ilhoon dengan penuh tanda tanya.

 

“Laptop yang kau bagi dekat dia sebelum kemalangan tu. Dia bagi nama tu. Nampak tak banyak mana dia sayangkan kau ? Nampak tak banyak mana dia susah untuk move on.”

 

Ilhoon beria-ria menerangkan semuanya kepada Hyunseung. Hari ini Ilhoon berjanji untuk melepaskan Suzy dan menyuruh Hyunseung untuk tidak mensia-siakan apa yang telah dia lepaskan. Kebahagiaan Suzy adalah kebahagiaannya. Kata orang cinta tak semestinya memiliki, cinta itu cukup sekadar melihat orang yang kita cintai bersama dengan orang yang dia cintai. (vomit//sorry hahaha)

 

“Kalau tujuan kau panggil aku jumpa kau supaya aku tak cuba untuk rampas dia dari kau, kau jangan risau. Aku dah lama bercadang untuk sepenuhnya lepaskan dia dengan kau. Aku tak akan layan dia macam mana aku layan dia sekarang. Aku harap kau akan jaga dia sebaik mungkin. Lagipun haritu dia sendiri dah putuskan persahabatan kitorang. So, kau tak payah risau.” Senyum Ilhoon sedih. Ilhoon tertunduk menahan air mata jantannya jatuh dihadapan seorang lelaki yang dulu pernah menjadi saingannya.

 

Ilhoon yang tidak menahan rasa sebak akhirnya berdiri dan berlalu pergi. Tetapi Hyunseung sempat mencapai lengannya dan mencengkam kuat.

 

“Thanks kawan. Aku janji. Aku akan jaga dia sebaik mungkin. Aku tak akan sia-siakan dia.” Hyunseung memandang Ilhoon. Ilhoon hanya tersenyum lemah dan menepis lembut tangan Hyunseung dari lengannya. Dia berpaling dan keluar dari Café tersebut.

 

Rumah Suzy

Suzy bersiap-siap untuk bertemu dengan Ilhoon.  Pagi itu dia mendapat panggilan riang daripada Ilhoon. Namun untuk mempertahankan maruahnya dia berlagak seolah-olah dia masih marah pada Ilhoon. Suara riang Ilhoon bagaimanapun Berjaya membuatkan hatinya terasa berbung-bunga. Sudah lama dia tidak  berasa segembira hari itu. Dia tersenyum melihat mukanya di cermin.

 

Ding dong! Ding dong!

 

Kedengaran bunyi loceng rumahnya ditekan.

 

“Ilhoon ?” Dia tersenyum dan bergegas turun ke bawah untuk membuka pintu.

 

Dia membuka pintu perlahan sambil mengawal emosinya.

 

“Ok ! Relax.~ Tarik nafas~ Ok. Serious Suzy. Be serious Bae Suzy.”

 

Dia akhirnya memulas tombol pintunya. Dia melihat Ilhoon berdiri dihadapannya sambil tersenyum di luar.

 

“Rindu aku tak ?” Ilhoon bertanya Suzy dengan riak wajah gembira.

 

“Tak pun. Tak payah nak perasan ok. Aku setuju nak keluar dengan kau pun sebab aku nak tahu semua benda yang kau patut bagitahu aku” Suzy memandang ilhoon dengan muka seriousnya yang dibuat-buat.

 

“Ok lah aku cerita everything lepas kita pergi buat apa yang kita terlepas nak buat haritu okay ?” Ilhoon bertanya sambil menunjuk isyarat okay menggunakan tangannya dan mengenyitkan mata.

 

‘Ilhoon~’ Ikutkan hatinya ingin sahaja dia melompat memeluk  sahabat baiknya itu. Namun apakan daya dia masih tidak ingin mengalah. Egonya masih tinggi.

 

Tetapi beberapa saat selepas itu Ilhoon melangkah setapak kehadapan dan menarik tubuh Suzy dan memeluknya dengan erat sambil berbisik, “Aku rindu kau sangat-sangat”

 

Suzy yang terperanjat dengan apa yang dilakukan oleh Ilhoon akhirnya menyandarkan kepalanya didada Ilhoon.

 

Mereka akhirnya bergerak menuju ke Café kegemaran mereka. Ilhoon sudah menyiapkan semuanya. Bertaburan belon belon yang ber warna wani dilantai  dan ada yang terapung apung diudara. Sehelai kain rentang di pasang berhampiran dengan meja yang dihiasai bunga rose kegemaran Suzy. Besar tertulis dikain tersebut “ Happy Friendship Anniversary Ilhoon & Suzy”.

 

“Ilhoon~” Suzy memandang Ilhoon penuh dengan rasa bersalah. Dia teringat kembali janjinya dengan Ilhoon sebelum ini.

 

Ilhoon tersenyum dan menolak Suzy ke meja yang telah dihias cantik.

 

“Nah ! Untuk kau!.” Dia menghulurkan sejambak bunga ros kegemaran Suzy.

 

“Thanks Ilhoon” Suzy tersenyum. Matanya bertahan untuk tidak mengalirkan air yang sudah mula bertakung ditubir matanya.

 

“Dah dah . Tak payah nak terharu sangat. Duduk. Lepas makan kita pergi Everland okay ?” kata Ilhoon riang.

 

Suzy hanya memandang Ilhoon sepanjang mereka makan tengahari. Dia ingin mendapatkan jawapan untuk hatinya. Bak kata Mr.Anon “Heart will never tell you lie, so trust your heart; you will get the answer of your question.”

 

Everland

Ilhoon memandang Suzy dari jauh. Dia yang sedang duduk disebuah bangku sambil memakai cekak rambut kelihatan begitu gembira. Tadi, Ilhoon memberitahu Suzy dia ingin membeli ais krim sebentar. Dari jauh Ilhoon memandang dengan pandangan sedih.

 

“Sorry Suzy. Lepas ni kau akan benci aku dan aku tak akan pernah rampas kau dari Hyunseung. Aku harap kau bahagia dengan dia.” Ilhoon mengambil satu batang ais krim dari peti sejuk di salah satu kedai disitu dan berjalan menuju kea rah Suzy sambil mempamerkan senyum plastiknya.

 

“Ais krim ?” Dia menghulurkan kearah Suzy.

 

“Kenapa beli satu je ni ? Kau tak nak ke ?” Suzy membuka balutan ais krim tersebut.

 

“Tak apalah. Aku nak tengok kau makan je. Nanti rindu pulak.” Katanya selamba.

 

Suzy yang terlalu tekun membuka balutan ais krim tidak mendengar dengan jelas apa yang Ilhoon katakan. Ilhoon senang melihat Suzy gembira.

 

"Nah!" Ilhoon yang sedang asyik memandangSuzy kembali ke dunia sebenar. Dia melihat aiskrim yang telah hampir separuh dimakan dihulurkan kepadanya.

 

"Eh~ Takpelah. Kau makan lah."

 

Suzy memuncungkan bibirnya dan tidak menururunkan tangannya daripada menghulur. Dia mendekatkan aiskrim tadi dibibir Ilhoon.

 

"Thanks... for the,, indirect kiss!" Ilhoon mengambil aiskrim tersebut dan melarikan diri kerna dia tahu dia pasti akan dikerjakan oleh Suzy. Suzy tersenyum sendiri dibangku.

 

"Aku rasa aku dah tahu jawapan untuk hati aku~" katanya sendiri.

 

Mereka mencuba pelbagai permainan yang terdapat disitu. Masa yang tinggal tidak dibazirkan Ilhoon. Dia sedaya upaya membuat Suzy tersenyum kembali. Dia ingin melihat senyum gadis kesayangannya itu untuk yang terakhir kalinya.

 

Petang itu, dalam perjalanan pulang ke rumah, di dalam sebuah bas, Ilhoon memutuskan untuk meneruskan misinya yang terakhir.

 

“Suzy~” Dia berpaling memandang ke arah Ilhoon.

 

“Aku nak minta maaf sangat-sangat.” Ilhoon meneruskan percakapannya selepas Suzy mengalihkan pandangan kearah Ilhoon.

 

“Dah lah Ilhoon. Aku dah maafkan lagipun bukan kau yang salah. Aku yang salah sebab aku percayakan orang lain lebih dari aku percayakan kau.” Suzy tersenyum sambil tangannya mencapai tangan Ilhoon.

 

Ilhoon tertunduk sedih.

 

“Suzy~ Aku..a..ku … Memang aku..betul cakap perempuan tu Suzy..aku yang.. buat Myungsoo kau kemalangan.! Sebab aku tak rasa dia patut dapat orang macam kau !” Ilhoon yang mulanya teragak-agak untuk mengeluarkan kenyataan itu akhirnya meninggikan suara.

 

‘Suzy aku minta maaf~’ bisik hati kecilnya.

 

“A..pa ?! Ilhoon ~ Tak! Tak ! Tak mungkin!! Ilhoon aku benci kau !!!” Suzy memukul mukul dada Ilhoon. Ilhoon membiarkan sahaja perbuatannya dan akhirnya bas berhenti. Suzy meluru laju menuju ke pintu keluar tanpa menoleh ke belakang. Juraian air mata dipipi Suzy membuatkan Ilhoon sangat membenci dirinya sendiri. Dia akhirnya tersenyum sedih.

 

“Asalkan kau bahagia.. Aku sanggup buat apa apa je Suzy..” Ilhoon mengelap titisan air mata yang hampir tumpah membasahi bumi.

 

To be continued….

Sobsobs Ilhoon ~~ Jangan lupa komen korang ! :)

Like this story? Give it an Upvote! Thank you!
kyungchannie
hiatus for awhile since classes start tomorrow

Comments (22)

You must be logged in to comment
trisyia_shin
#1
Chapter 17: Hyunseung x suji hahahahaha
kookie_taetae #2
Chapter 17: Iihoon and suzy juseyo T^T
Kkyungwifeuu12_
#3
Chapter 16: Chapter.16-Ilhoon~hohoho,,Sian dye T^T...Hyunseung tu real Myungsoo or fake myungsoo ? //Blur//...Rase mcm fake jerr..N,,Mr anony. tu ilhoon kn ?.. -_- ... BTW,,Bagi sye cerite nieyy best mudah untuk difahami^^ (For me,,sbb,,blur sikit when bce malay ff :3)
Chapter.17-Update soon^^
DevilDeer85
#4
Chapter 16: Ilhoon! Jgn nangis dh! Please Ilhoon!
Hyunseung, ko ni betul ke Myungsoo?
Ke ko ni org lain? Ish! Asal cm pelik je kau ni?
Update soon!
trisyia_shin
#5
Chapter 13: HyunSeung je senang
/angguk
chocolatealltheway #6
- THAT PLAYBOY IS MY HUSBAND -

Ayo Malaysian! Have your ever heard the title of "Playboy itu suami aku" ? I am pretty sure the answer are yes.

I am here for advertising my fanfic. Its a love between Kim Jongin and Do Kyungsoo. Mind to check it out? Its maybe similar on the title but I am pretty sure the story line having a lot of diffrences. So, here we go :

http://www.asianfanfics.com/story/view/839031
trisyia_shin
#7
Chapter 12: mana HyunSeung weyh?
trisyia_shin
#8
Chapter 11: apehal ni weyh? nugu nugu nugu?
trisyia_shin
#9
Chapter 10: Fuyoo, Nana...cayalahlah babe terbaekk..
LovelyPurple96
#10
Chapter 10: update soon,author...i'm waiting....hehe