CHAPTER 12

Mr.Anonymous

 

 

HI GUYS I'M BACK !!!!! 

So sebab dah berabad lamanya terbengkalai mungkin ada yang dah lupa apa jadi dekat chapter sebelum ni so let’s throwback a little bit.

Throwback

“Ilhoon tengah buat apa agaknya ~ hmm nak call ke tak?  nak call ke tak ?”

 

Suzy bercakap sendiri sambil melihat kearah telefon bimbitnya.

 

‘Messeji!!!’

 

Satu mesej dari nombor yang tidak dikenali masuk kedalam peti masuk telefon bimbitnya.

 

“Nugujii?”

 

Suzy membuka mesej tesebut.

 

From : 010 XXXXXXXX

Hi Bae Suzy. I heard your Myungsoo is back?? WOW congrats. HAHAHA Ilhoon must be upset because his plan not going well. Hmmm~ I feel sorry for him.

 

“Apa yang dia maksudkan ni ? Myungsoo dah balik Ilhoon sedih ? Tak berjalan lancar ?”

 

Suzy pantas menaip nombor penghantar mesej tersebut dan menyentuh butang ‘call’

 

Tutttt Tuutttt Tuuutttt~

 

“Awh hello Suzy agasshi !”

 

“Siapa awak ? Dan apa maksud awak dalam mesej tadi ?”

 

Penghantar mesej misteri itu tertawa kecil.

 

“Suzy suzy suzy ~ Kau tahu tak kau tu bodoh sebab percaya kan kawan baik kau ?” dia tergelak lebih besar.

 

“Kau tahu tak apa yang kawan baik kau tu dah buat huh ?”

 

Suzy yang hanya mendengar akhirnya bersuara.

 

“Apa yang kau cuba sampaikan ni? Apa yang dia dah buat ?”

 

“Myungsoo kau ~ Kau rasa kemalangan dia nampak natural ke ? atau mungkin dirancang ?”

 

Terlakar senyum sinis dibibir pemanggil misteri  itu.

END of throwback.

 

CHAPTER 12 START HERE

 

Suzy POV.

Pagi itu kepalaku terasa berdenyut-denyut. Aku masih lagi terkejut dengan apa yang diceritakan oleh pemanggil misteri semalam.

 

“Sampai hati kau Ilhoon buat aku macam ni. Aku takkan pernah maafkan kau.” Air mata yang menitis ku lapkan dengan kain selimutku. Gara-gara menangis semalaman mataku sembap dan bengkak.

 

‘Ah persetankan semua itu. Aku mesti minta penjelasan daripada Ilhoon tentang perbuatan terkutuk dia tu.’ Getusku dalam hati.

 

Aku bingkas bangun dari tempat tidurku mencapai tuala yang tersangkut di penyidai baju dan terus berjalan menuju ke kamar mandi.

 

Di sekolah

Suzy memandang Ilhoon yang tersenyum gembira bersama Ji Eun di kantin sekolahnya. Hari ini tidak sedikit pun dia menyapa Ilhoon. Ilhoon cuba berbicara dengannya namun dia cepat-cepat keluar dari kelas dengan alasan ingin ke tandas.

 

Selepas rehat, Suzy masuk ke kelas masih lagi dengan eksperasi muka yang mencuka. Dia melihat Ilhoon sudah ada ditempat duduknya sambil tersenyum. Senyum yang dilemparkan oleh Ilhoon dibalas kosong. Suzy menarik kasar kerusi dan melabuhkan punggungnya. Ilhoon yang terkejut dengan perlakuan Suzy hari itu tidak mampu bersabar lagi.

 

‘Kenapa dengan kau Suzy ? Apalagi yang tak cukup ? Apalagi yang buatkan kau sedih?’ gusar Ilhoon dalam hati.

 

Dia akhirnya menarik tangan Suzy dan mengajaknya keluar kelas bagi mendapatkan penjelasan. Suzy bergelut minta dilepaskan namun Ilhoon masih memegang erat lengannya.

 

“Weh lepaslah ! Kau ni kenapa ha ? Tak puas hati lagi kau dah hancurkan hidup aku ? Tak puas ? Kau dah cuba cederakan orang yang paling aku sayang, sekarang kau nak cederakan aku pulak ? Ha ? Tak puas ?!” Suzy meronta-meronta.

 

Ilhoon  yang bingung mendengar bibit bibit ayat yang keluar dari mulut Suzy akhirnya berhenti dan melepaskan tangan Suzy perlahan.

 

“Apa yang kau cakap ni ?” Ilhoon mohon diperjelaskan lagi kenyataannya itu.

 

Namun Suzy hanya berdiam dan berpaling memandang kearah lain. Hatinya sakit lebih sakit daripada cengkaman Ilhoon ditangannya. Dia terasa titis panas membasahi pipinya.

 

“Suzy, tolong jangan macam ni. Apa yang kau cakap tadi ? Cuba terangkan dekat aku.” Ilhoon memegang lembut bahu Suzy namun ditepis kasar.

 

“Dah lah En. Jung Ilhoon. Cukup lah dengan lakonan awak yang murahan tu. Saya takkan terbeli. Mulai detik ini. Hari ini. Awak dengan saya tak pernah ada apa apa pertalian dan saya Bae Suzy dengan ini memutuskan persahabatan kita. Saya harap awak tak akan ganggu hidup saya dan Myungsoo. Kalau saya tahu ada apa apa yang berlaku pada Myungsoo sekali lagi, saya tak akan pernah maafkan awak seumur hidup.Selamanya. Anggap je kita tak pernah rapat.” Suzy berkata sambil menolak badan Ilhoon dengan jari telunjuknya.

 

Ilhoon kehilangan kata. Dia memandang Suzy yang pergi meninggalkannya tanpa memberitahu penjelasan yang benar-benar jelas.

 

‘Saya Bae Suzy dengan ini memutuskan persahabatan kita.’

 

Flashback

“Kau pehal senyum-senyum ? Aku bagi karang!”, Dia menunjukkan isyarat penumbuk .

 

 “Awalnya sampai ?”, perli Ilhoon , teman baiknya.  

 

“Perli aku lah tuh! , Ok fine. Kita putus kawan!”

 

 “Putus kawan konon, eh ! dah basi lah cara merajuk kau tuh , aku dah dengar benda tu 123456789 ribu kali lah”, balas Ilhoon dengan nada bersahaja.

 

Suzy tersenyum riang sambil berkata ,“Yelah , Mana boleh aku putus kawan dengan kau. Kau segala-galanya bagi aku! Aku sayang kau lah “.

End of flashback

 

‘Suzy apa benar-benar kau ingin putuskan persahabatan ini.’ Ilhoon terasa seperti ada yang menyiat nyiat hatinya. Dia sedih dengan tindakan Suzy yang terburu-buru itu.

 

‘Cederakan Myungsoo ?’ Ilhoon bertanya dalam hati.

 

Tiba-tiba dia teringat kembali.

 

‘I will ruin your life. I swear.’

 

“Im Jin Ah!” Ilhoon terjerit sendiri.

 

Dia pasti seratus peratus ini pasti jerat perempuan tersebut untuk memusnahkan hidupnya.

 

“Tapi kenapa Suzy.. kenapa kau lebih percaya dia daripada kawan kau sendiri ? Begitu besar ke cinta kau untuk Myungsoo ? Kalau itu yang terbaik untuk kau mungkin aku patut..terima apa yang kau katakan tadi.”

 

Akhirnya, Ilhoon tertunduk. Tanpa disedari air matanya menitis ke lantai. Hari ini dia telah kehilangan orang yang paling dia sayangi, sahabatnya dan mungkin cintanya. 

 

To be continued..

So howwwwww ??? Guys sorry sebab lambat gila gila update. Busy gila and seriously ive lost my idea. hahaha sorry but insyaallah from now on I will try to update more okay. Sorryyy againnn. Please stay supporting Mr. Anon!! 

Like this story? Give it an Upvote! Thank you!
kyungchannie
hiatus for awhile since classes start tomorrow

Comments (22)

You must be logged in to comment
trisyia_shin
#1
Chapter 17: Hyunseung x suji hahahahaha
kookie_taetae #2
Chapter 17: Iihoon and suzy juseyo T^T
Kkyungwifeuu12_
#3
Chapter 16: Chapter.16-Ilhoon~hohoho,,Sian dye T^T...Hyunseung tu real Myungsoo or fake myungsoo ? //Blur//...Rase mcm fake jerr..N,,Mr anony. tu ilhoon kn ?.. -_- ... BTW,,Bagi sye cerite nieyy best mudah untuk difahami^^ (For me,,sbb,,blur sikit when bce malay ff :3)
Chapter.17-Update soon^^
DevilDeer85
#4
Chapter 16: Ilhoon! Jgn nangis dh! Please Ilhoon!
Hyunseung, ko ni betul ke Myungsoo?
Ke ko ni org lain? Ish! Asal cm pelik je kau ni?
Update soon!
trisyia_shin
#5
Chapter 13: HyunSeung je senang
/angguk
chocolatealltheway #6
- THAT PLAYBOY IS MY HUSBAND -

Ayo Malaysian! Have your ever heard the title of "Playboy itu suami aku" ? I am pretty sure the answer are yes.

I am here for advertising my fanfic. Its a love between Kim Jongin and Do Kyungsoo. Mind to check it out? Its maybe similar on the title but I am pretty sure the story line having a lot of diffrences. So, here we go :

http://www.asianfanfics.com/story/view/839031
trisyia_shin
#7
Chapter 12: mana HyunSeung weyh?
trisyia_shin
#8
Chapter 11: apehal ni weyh? nugu nugu nugu?
trisyia_shin
#9
Chapter 10: Fuyoo, Nana...cayalahlah babe terbaekk..
LovelyPurple96
#10
Chapter 10: update soon,author...i'm waiting....hehe