Forever loving you.

Please Subscribe to read further chapters

Description

" Kau tau tak aku sakit? " Myungsoo kelihatan marah dan kesal terhadap Rose. 

" K-kau sakit..? " Rose bertanya hairan sekaligus rasa bersalah.

" Ye! Aku sakit bila tengok kau dengan lelaki lain. Aku sakit bila tengok perempuan yang paling aku cintai ketawa dengan lelaki lain. Dan aku sakit bila tengok isteri kesayangan aku nampak lebih gembira dengan lelaki lain! Kau tau tak, yang aku Kim Myungsoo, yang berhati batu dan sombong ni dah jatuh cinta kat kau, Rose? " air mata Myungsoo mula menitis setelah meluahkan semua yang terpendam dalam hatinya selama ini. Mula-mula perlahan dan mula membanjiri pipinya. Dia tidak malu menunjukkan wajah menangisnya itu malah dia sengaja menunjukkannya pada Rose. Kerana hatinya benar-benar sakit. 

Rose tergamam mendengar semua kata-kata yang keluar dari mulut Myung soo dan tertunduk kebawah menahan air matanya. 

Apa yang dia dah buat ni? Dia dah sakitkan hati lelaki yang selama ni perlahan-lahan mula mencintai dia. Dan yang dia tak boleh terima, dia dah sakitkan hati lelaki yang dia cintai. 

Sesaat selapas itu, Myungsoo yang sangat berasa kecewa meninggalkan Rose berseorangan. 

Rose yang terkejut memandang kedepan semula dan menyedari yang Myungsoo sudah meninggalkan dia dengan memecut keretanya pergi dari situ. 

Ingin saja dia mengejar lelaki itu tetapi apabila teringat apa yang dia sudah buat terhadap Myungsoo, dia hanya mampu menangis dan jatuh melutut diatas jalan yang kian dibasahi hujan. 

Apa aku dah buat ni? Boleh ke Myungsoo terima aku sebagai isteri dia lagi. Ataupun selepas ni dia cuma anggap aku sebagai....penipu. 

 


 

Kalau tak faham cerita dia macam mana sila lah subcribe dan baca! ^_^ Terima kasih.. 

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet