His One Week Girlfriend

Please Subscribe to read further chapters

Description

Park Chanyeol agak terkejut apabila menerima kad jemputan ke majlis perkahwinan bekas teman wanitanya, Kim Hanee. 

Untuk kelihatan seperti dia sudah 'move on', Chanyeol mengambil keputusan untuk meminta Joon Dahyun menjadi teman wanita sementaranya.

Malangnya, Dahyun bukanlah seseorang mudah mendengar kata.

 

 

 

"Awak nak saya berlakon?" Tanya Dahyun dengan kedua-dua belah keningnya terangkat. 

Chanyeol mengigit bawah bibirnya. Malu untuk mengakui perkara tersebut... ia bukanlah perkara yang patut dibangga-banggakan. Malu dia kalau kawan-kawannya (lebih-lebih lagi Baekhyun) tahu perkara ni. 

"Ye," gumam Chanyeol. Perlahan. 

Dahyun berdecit, tangan kiri diletakkan di atas pinggang dan wajahnya berkerut. Mempamerkan wajah tidak berpuas hati. 

"Kalau awak nak saya tolong... tanya betul-betul please," 

Tergamam Chanyeol dibuatnya. Dia nak aku merayu? Chanyeol pasti Dahyun seronok memandang keadaannya yang agak terdesak sekarang ini.

Melihat Chanyeol yang hanya mendiamkan diri, Dahyun mengambil beberapa langkah mendekati Chanyeol. Kedua-dua tangannya memgurung lelaki itu pada kedudukannya. 

"Say it like you mean it, Yeol." Bisik Dahyun.

 

Foreword

Kad yang berada di dalam genggaman tangannya itu dipandang lama. Dengan hanya bertemankan corak printed floral di atas kad itu, ia tampil ringkas tapi tetap cantik untuk dilihat. 

 

Tetapi design cantik itu bukanlah penyebab mengapa dari tadi pandangan Chanyeol tidak teralih dari kad itu. Ia disebabkan oleh nama yang tertentera pada kad tersebut. 

 

Kim Hanee x Oh Sehun

 

Sakit hatinya bila memandang nama tersebut. Kim Hanee. Perempuan yang setia bermain di akal fikiran Chanyeol, perempuan yang menyebabkan hari-harinya sentiasa indah dan juga..... perempuan yang membuat hatinya remuk sehingga kini. 

 

Dan kini dia ingin menjemput Chanyeol ke majlis perkahwinannya?

 

Sudah bersedia ke Chanyeol untuk menghadapi perempuan itu sekali lagi?

 

Dengan hanya melihat gambar-gambar lama perempuan itu sahaja sudah menyebabkan hatinya merintih inikan pula nak melihatnya secara face to face. 

 

Chanyeol mengeluh lalu melemparkan kad jemputan itu di atas meja kecil yang berada di hadapannya. Tangannya meramas kasar rambutnya yang sudah kusut. 

 

Walaupun dah hampir 5 tahun mereka berpisah, Chanyeol masih lagi tidak mampu melupakan Hanee. Setiap perempuan yang dia keluar dengan pasti akan dibandingkan dengan Hanee. 

 

Kerana itu jugalah dia kekal single sampai sekarang. Chanyeol buntu... Apa yang patut dia lakukan sekarang?

 

Ego lelakinya tidak mahu Hanee mahupun kawan-kawannya termasuk Sehun untuk mengetahui bahawa dia masih mencintai bekas teman wanitanya itu. Tidak. Tak akan!

 

Chanyeol bangun dari sofa dan bergegas ke arah pintu keluar. Otaknya serabut dan begitu juga perasaannya kini. Dia memerlukan udara segar. 

 

Tidak menyedari akan kehadiran susuk tubuh yang baru memasuki rumah, badan tinggi Chanyeol melanggar susuk tubuh tersebut yang menyebabkan orang itu tersungkur jatuh ke lantai.

 

"Aish!" Marah Dahyun. 

 

Joon Dahyun ialah satu-satunya housemate Chanyeol selepas mengiklankan rumah kecilnya di laman web. Hanya Dahyun sahaja yang berminat nak berkongsi rumah kecil ini dengannya. 

 

Bagaikan suatu peraturan, mereka jarang bertegur sesama sendiri walaupun sudah 3 bulan duduk sebumbung. Masing-masing buat hal sendiri. 

 

Dan sejujurnya, itu buat Chanyeol lebih selesa. Dia bukanlah orang yang suka memulakan suatu perbualan dengan orang yang tidak dikenalinya. 

 

"Sorry," wajah Chanyeol bertukar pucat apabila melihat cecair merah mula mengalir keluar dari lubang hidung Dahyun. 

 

Cepat-cepat tangan Chanyeol menggapai kotak tisu Kleenex yang berada berdekatan dengan tempat mereka. Terus diberikan ke Dahyun. 

 

Dahyun yang masih tidak sedar tentang hidungnya yang berdarah hanya merenung kosong tisu itu dan memandang kearah Chanyeol semula. 

 

"Untuk tu... tu.." kata Chanyeol dengan agak kekok sambil jari telunjuknya menunding ke arah hidungnya sendiri.

 

Dahyun masih lagi buntu. Menyebabkan Chanyeol untuk membongkokkan badannya dan mengelapkan darah yang mengalir keluar. 

 

"Ah. Gomawo," 

 

Tangan Dahyun merampas tisu itu dari Chanyeol dan kembali mengelap darah yang keluar. "Awak okay?" Tanya Chanyeol. Terdapat serpihan kasihan di suaranya. 

 

"Okay, tapi awak kena bagi saya duitlah.." kata Dahyun tiba-tiba, "untuk buat nose surgery. Kuat betul awak langgar saya tadi!" Gelak Dahyun. 

 

Chanyeol turut tergelak. Ini pertama kali mereka berbual sepanjang ini. Biasanya hanya saling menyapa saja apabila bertemu. 

 

Mata Chanyeol turut tidak melepaskan peluang untuk memerhatikan wajah Dahyun. Sudah lama dia tidak melihat wajah itu. Masing-masing sibuk dengan kerjaya mereka.

 

Wajah Dahyun nampak berlainan daripada apa yang dia ingat. Kedua-dua belah telinga Dahyun memerah, barangkali kerana cuaca terlalu sejuk. 

 

"Okaylah, nak masuk bilik dulu." Dahyun bangun dari kedudukannya. Ingin berjalan kearah biliknya yang berada di tingkat dua. 

 

Namun langkahnya mati apabila lengannya digenggam kemas oleh Chanyeol. 

 

"Wait," 

 

Dahyun berpaling melihat wajah Chanyeol yang berkerut. Chanyeol hanya mengharap yang dia melakukan perkara yang betul. 

 

Matanya yang redup memandang wajah Dahyun yang kelihatan rileks sahaja. 

 

"Dahyun.... will you be my girlfriend?" 

 

☘ ☘ ☘ ☘

Please ignore the typos >< inilah masalahnya bila type pakai fon. Sila subscribe for more :D dan nak diingatkan, ini adalah short story atau short fanfic. 

 

[Belongs to taenovella, 2017. All Rights Reserved. Do not plagiarize]

 

 

taenovella
Exam belum habis macam mana nak update :')

Comments

You must be logged in to comment
DreamyFoxie
#1
Chapter 18: LOVE IT!!
lilylunalove
#2
Chapter 18: Huwaaaa dah habis! Emmmm
_shuhidah
#3
Chapter 18: Sweet habis la ceghitaaa niii??
lyanaesyaz #4
Chapter 18: sweetnya dahyun dgn chanyeol..papepon tq authornim sbb hbiskan crita nii..saya suka sgt
_shuhidah
#5
Chapter 17: Huwaaaaa harap2 diaorang bersama?
lilylunalove
#6
Chapter 17: Too much cornflakes ! ( ̄∀ ̄)
lilylunalove
#7
Chapter 16: Poor our Joon Dahyun ;(
Infinite_Ifnt7
#8
Chapter 15: loll!!! scene ni similar gila! macam drama fight for my way
lyanaesyaz #9
Chapter 15: such a best story..ada masa update next chapter yer authornim