Dia matahariku.

Description

Bila memang ini hujungnya, kau tetap ada dalam jiwa... 

Semua orang ada insan yang kita sayang dan sanggup melakukan apa saja untuk mempertahankan hubungan itu walaupun tidak dipersetujui , perkataan "terpisah" amatlah perit untuknya dengan itu dia akan beranikan dirinya dan berjuang untuk hubungan yang penuh dengan kasih sayang dan ketulusan demi kamu. 
 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

►( Ini first writing aku so kalau ada salah ke ape ke, maafkan jer lah yer maklum budak baru nak tulis HAHAHA ;) enjoy!) 

 

Foreword

Dia telah cuba pelbagai cara untuk menghentikan dirinya, Dia telah cuba sedaya upaya untuk simpan gambar kamu ; lupakan kamu. Ini adalah lebih susah dari apa yang telah dia bayangkan,dan dia juga menjangkakan yang lebih teruk. Semuanya kelihatan suram sejak kamu tiada lagi dalam kehidupannya. Sepertinya kamu telah mengambil segala keindahan dan warna-warna keriangan dunia bersamamu bila kamu pergi. Semuanya seperti tidak ada nilainya lagi. Kenapa makan bila hanya kamulah membuatnya berselera untuk makan? Kenapa berjalan bila kamu yang memberi sinaran cahaya dalam hidupnya? Tiada lagi sinaran cahaya bila tiadanya kamu di sisinya, atau kemesraan dan keselesaan. Hanya kesunyiaan. Changkyun tak pernah mengalami kehilangan seperti ini sebelumnya. Dia tidak tahu bagaimana nak menangani rasa kehilangannya dan kesedihannya.
 

Apa yang diinginkannya, atas segalanya, ialah hanya untuk bercakap dengan awak. Dia tahu awak juga ada keiinginan yang sama. Antara sebab kenapa kalian berdua tidak berjumpa lagi, ialah kerana orang tua kamu. Mereka tidak mempercayainya. Kenapa mereka sekejam tu? Changkyun tak pernah bagus dengan "first impression" yang diberinya kepada orang ramai, apatah lagi bila dia cuba untuk berkawan dengan satu-satunya anak perempuan mereka. Dia telah cuba sedaya upaya untuk memenangi hati mereka tetapi sayangnya kedegilan dan ego yang tinggi telah mengusai hati mereka setiap kali Changkyun cuba. Siapa yang tidak kenal dengan orang tua kamu ; ibu kamu ialah pelakon wanita terkenal yang telah banyak memenangi pelbagai anugerah dan ayah kamu pula
rapper terkenal dan seorang CEO untuk "entertainment company" ternama. Sebab itu mereka sangat berhati-hati untuk memilih calon teman lelaki untuk kamu.Mereka tidak menyukai bila kamu berkawan dengan seseorang yang mereka tidak setujui. Inilah sebab kenapa kamu dengan tiada pilihan lagi tapi untukmengakhiri perhubungan itu. 

Kini kamu berada dalam situasi yang sama dengan Changkyun. Kamu berdua teruskan kehidupan tanpa satu sama lain,sangat susah tanpa adanya di sisi.Sepertinya ada bahagian darimu yang hilang, dan dia juga merasainya. Kamu berdua sangat terseksa dan kesunyiaan dan lama-kelamaan kejadiaan ini membuat hati kamu seperti dikoyak tanpa belas kasihan. Changkyun membalik gambar-gambar dalam telefonnya,tergelak pada gambar di mana kamu sedang melakukan "aegyo"dan muka buruk, dan rasa nak nangis pada gambar kamu yang telah ditangkapnya ketika kamu tidak melihat. Ada salah satu yang dia sangat sayang dan sepertinya, dia tidak dapat menarik pandangannya. Kamu berada di pantai pada hari tu, dan laut yang berhampiran pantai tu telah membuat kamu sangat riang. Ketika dia sedang "sunbathed" di belakang kamu ,Changkyun tersenyum telinga ke telinga dan menganggap kamu comel ketika kamu sedang bermain dengan ombak dengan jeritaan dan ketawa riang kamu. Saat itulah dia tak pernah nak lupakan dengan itu Changkyun mengambil gambar kamu. Sekarang dia, berharap untuk lebih sekedar daripada sekeping gambar. 

Changkyun tutup telefonnya dan lemparinya ke tilamnya, memaksanya dirinya untuk berhenti melihat gambar tu. Ini seakaan penyeksaan yang tiada penghujungya. Seperti memberi makan kepada binatang, dan menarik balik makanan tu bila binatang tu datang dekat. Dia tidak dapat bertahan lama lagi. Changkyun sedang berada di ambang "mental breakdown" tanpa kamu, dan terpaksa melakukan sesuatu mengenainya. Dia telah cuba untuk mengejar orang tua kamu banyak kali, tapi dia enggan berhenti.(Dia tidak dapat berhenti).- Dia bangun dari katilnya dengan hati dan perasaan yang penuh dengan determinasi, mengambil "coat"nya dan menuju ke bawah. Mengambil kunci kereta yang dalam dulang di atas meja berhampiran pintu dengan itu Changkyun keluar. Perjalanan ke rumah kamu tidak asing lagi kepadanya. Dia telah berkunjung banyak kali. Dengan kehadiran kamu di sana, ia seakan rumah kamu sendiri. Dia adalah seperti rumah di mana saja kamu berada. Tidak kiralah orang tua kamu menyambut kedatangannya mahupun tidak, mereka terpaksa melakukanya juga. Changkyun tidak berani untuk meletak keretanya di depan jalan masuk ke rumah kamu. Perutnya kecut apabila dia nampak rumah kamu depan matanya, tetapi dia lencong dengan serta-merta, memilih untuk meletak keretanya jauh dari rumah kamu.Tangannya menggeletar semasa dia nak keluarkan kunci dari pencucuhan kereta. Keluar sahaja dari keretanya, dia sikit lagi nak tergugur keatas lantai batu yang kasar. Kakinya terasa seperti agar-agar dan perutnya kecut yang rasanya sakit dan susah nak diubati. Changkyun tidak boleh berhenti sekarang- dia dah terlalu dekat.Pintu kereta di tutup dan "beep" bila Changkyun menguncinya. Perjalanannya terasa berat dan dia semakin dekat dengan situasi yang boleh berakhir dengan buruknya.
Dia perlu beranikan diri- untuk Kamu. 

 

Dengan ketukan demi ketukan di pintu, Changkyun terasa jantungnya melompat jurang yang sangat besar. Dia sangat pasti jantungnya terhenti apabila dia mendengar kayu besar di buka di hadapannya. Dia dengan muka "manly"nya dan tunduk hormat. "Abeonim." Dia sapa ayah kamu. "Kenapa kamu datang sini?" ayah kamu respond dengan suaranya tegasnya yang mengakibatkan Changkyun terkejut.

"Saya... Saya nak bercakap dengan abeonim."

" Aku tak nak dengar. Balik saja Changkyunshii."

"Tolonglah.."

"Abeoji?" Kamu tanya, muncul dari tangga belakang ayah kamu. Mata kamu terus melihat ke arah Changkyun, dan kamu terus merasa seperti jantung kamu terhenti.
"Changkyun." Kamu kata dalam keadaan terkejut.

"Abeonim." Changkyun mengalih perhatiaannya dari kamu, ke ayah kamu. "Saya sayang anak perempuan abeonim. Saya setulusnya sayang dia. Beberapa hari ni yang saya jalani tanpa dia rasa seperti sakit yang tiada penawarnya."

Ayah kamu diam buat seketika, matanya melihat ke arah kamu yang sedang menutup mulut kamu dengan tanganmu. 

" Abeonim, saya bukan seperti bagaimana yang abeonim fikirkan. Saya tidak akan biarkan dia disakiti, terutamanya bukan oleh saya. Saya bukan seorang yang memberi pengaruh jahat apatah lagi bukan seorang yang gemar cari masalah. Saya tidak ada kemahuan yang lain selain memberi kebahagiaan, dan saya tidak dapat memberinya itu jikalau saya tidak dengannya. Dengan itu, tolonglah Abeonim," 

Matanya mula penuh dengan air mata keperitan dan kesedihan yang membuktikan perasaan yang sangat sakit dalam kata-katanya. 

"Tolong benarkan kami untuk bersama Abeonim."

Changkyun berlutut merayu dengan sujud, menyebabkan ayah awak terkejut dan kaku. Dia melihat ke arah kamu, dan melihat bagaimana sedihnya kamu dengan memberi muka yang penuh dengan harapan yang mengakitbankan ayah kamu "sighed" dan menarik tangan Changkyun sambil berkata , 

" Ikut kami makan malam ,jangan balik dulu."

Changkyun terus berdiri tegak, terkejut dengan apa yang sedang berlaku. Kamu pun ikut terkejut bila perkataan itu keluar dari mulut ayah kamu sendiri.

"Kita boleh saling mengenali antara satu sama lain sambil makan malam. Lepas tu baru aku bagi kau jawapan aku." 

Ayah kamu kata dengan tegas, melihat kamu buat terakhir kali sebelum masuk ke dalam bilik sebelah, tinggalkan kamu dengan Changkyun berseorangan di depan pintu. 

Dengan segeranya, dari tangga kamu turun terus memeluk Changkyun seerat-eratnya. Dia tersandung ke belakang sikit, tapi dia memegang mu dan memelukmu dengan erat. 

" Saya pun sayang Changkyunie saya juga" dengan tanpa sedar air mata kamu mengalir. Kamu memberitahunya, dan mendapat senyuman yang kamu sangat rindui darinya yang membuat jantungmu derdegup laju. 

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet