Helaian tersembunyi

Ouroboros Mata Biru *hiatus

“Pergi. Pergi. Jangan ganggu aku nak berniaga”

Irene dan Jin terburu-buru keluar apabila dihalau oleh peniaga.

“Haish, kurang ajar punya mak cik” Irene merengus geram. Namun dalam hati, Irene tersenyum puas. Rancangannya berjalan lancar. Peniaga-peniaga di kawasan tersebut ternyata memberikan lakonan yang bagus. Irene tertanya-tanya apakah ugutan yang Taeyong berikan kepada peniaga tersebut.

“Mari pergi. Lagipun aku tak faham kenapa kita harus mencari di kawasan ni? kenapa tak pergi cari di tengah-tengah bandar Seoul atau pusat membeli belah yang lebih mewah?” Jin bertanya. Suasana pasar itu meriah dengan peniaga dan pembeli datang dari merata dunia tapi entah kenapa Jin merasakan kelam.

“Sebab ini kawasan Ouroboros. Aku dah ugut semua peniaga di kawasan ini untuk menutup mulut mereka” jawab Irene dalam hati. Di luaran, Irene mendiamkan.

“Kenapa?” Jin mengulang tanya.

“Kawasan sini lebih ramai orang. Lagipon kalau kau jadi Jisoo, adakah kau akan pergi ke tempat-tempat yang mewah? Kau mungkin tak tahu, tapi Jisoo semenjak kau hilang, dia selalu ke kawasan sini” jawab Irene selamba, berjalan ke kedai yang lain.

“Macam mana kau tahu?” Jin mempersoalkan, cuba menyamakan langkahnya dengan Irene yang kelihatan mahir dengan kawasan tersebut.

“Selepas kau masuk penjara, kan aku yang berkawan dengan dia” Irene menambah reka cerita lagi.

Jin melepaskan satu keluhan seraya memandang sekeliling. Bimbang juga andai diekori mana-mana pihak berkuasa.

“Kita… pergi kedai situ pula” Jin menunjukkan ke arah sebuah kedai lama. Bangunan kedai tersebut terdiri daripada kayu lama. Terdapat sebuah rumah yang disambungkan ke bahagian belakang kedai tersebut. Papan tanda ‘Kedai Pajak Gadai’ di depan kedai juga sudah reput.

Irene memandang kedai tersebut. “Kenapa kedai itu?” soalnya, mengalihkan pandangan pada Jin di sebelahnya.

“Jisoo, dia suka kedai lama. Dia suka bau kedai kayu. Dia suka masuk kedai-kedai antik, lama dan tak ramai orang” jawab Jin jujur, lantas teringat akan kesukaan adiknya.

Irene dalam dilemma, sambil memandang kedai tersebut. Dia bimbang andai tuan kedai tersebut bertemu dengan Jin.

“Mari” Jin berjalan mendahului Irene.

‘Tunggu” Irene mengejar langkah lelaki itu.

Jin berjalan masuk, lalu membuka seret pintu kedai yang dimaksudkan tadi. Keadaan dalam kedai senyap tanpa pelanggan yang lain. Jin tertanya-tanya, apa yang dijualkan di situ? Jin lalu bergerak mendekati kaunter yang juga agak berhabuk. Terdapat beberapa rak kosong di belakang kaunter serta almari yang bertutup rapat. Di tepi kaunter, terdapat rak lutsinar. Beratur beberapa jenis kotak rokok dalamnya. Jin memerhati sekeliling sebelum Irene menurutinya.

“Kedai ni macam tiada orang. Kita pergi kedai lain” ujar Irene, tidak sedap hati.

“Apa boleh saya bantu?” Jin dan Irene menoleh pandang gerangan yang bersuara, muncul dari sebuah pintu. Seorang lelaki berseluar pendek, memakai baju tee lusuh.

Irene memandang Jin dan lelaki itu bersilih ganti.

“Kami nak cari seseorang” ujar Jin, tidak mengalihkan matanya daripada terus menerus menenung lelaki itu. Sesuatu dirasakan aneh.

“Aku tak jual orang” balas Wonwoo sambil mendekati kaunter seraya mengambil tempat duduknya.

“Kami cuma nak tumpang tanya” Irene mencelah, mengambil tempat duduk berhadapan Wonwoo di depan kaunter. Sekeping gambar lalu dikeluarkan dari poket seluar. “Gadis ni, yang memakai baju seragam sekolah ni” Irene menuding tunjuk pada susuk identiti Jisoo dalam gambar yang dipegang. “Pernah nampak dia?”

Irene tersenyum sinis. Dia tahu Wonwoo pasti membantunya. Malah Irene lega, bukan nenek Wonwoo yang menjaga kedai. Dia tidak mahu wanita tua itu bertemu dengan Jin.

Jin lalu mengambil tempat duduk di sebelah Irene, tempat duduk yang sama selalu Jisoo pilih apabila berkunjung ke kedai tersebut. Wonwoo mengerling Jin. Itu kali pertama dia melihat Jin dari dekat.

“Siapa gadis ni?” soal Wonwoo, berpura-pura seperti tidak pernah berjumpa gadis tersebut.

“Kim Jisoo. Adik saya. Encik pernah nampak dia?” tutur Jin sopan.

“Ini gambar lama, sekarang mungkin dia dah berambut panjang lagi atau dah dipotong pendek. Gambar ini diambil 12 tahun yang lalu. Tapi dia mungkin tak banyak berubah. Muka dia sama macam abang dia ni” Irene mencelah lagi. Jin hanya mengangguk. Gambar itu merupakan satu-satunya gambar keluarga yang disimpan dari dalam penjara. Pegawai penjara yang memberikannya gambar tersebut ketika Jin dalam penjara.

Wonwoo memandang wajah Jin. Memang sangat serupa dengan Jisoo. Wonwoo lalu mencapai sepuntung rokok, lalu dikemam di hujung bibirnya. Pemetik api lalu dicucuhkan menyalakan hujung rokok tersebut.

“Maaf, aku tak pernah nampak budak ni” ujar Wonwoo seraya menghembuskan asap rokok.

“Dia bukan budak lagi. Tahun ni umurnya dah 24 tahun” tambah Jin. Dia seperti dapat merasakan yang Jisoo pernah datang kedai tersebut.

“Aku tahu, tapi aku tak pernah nampak dia” Wonwoo mengeraskan suara.

“Dia tak tahu. Kita ke tempat lain pula” Irene bangkit berdiri, menarik lengan Jin.

“Kami minta diri dulu” ujar Irene, berpura memberi tunduk hormat. Jin mengikuti langkahnya.

“Kita ke kedai lain pula. Jangan risau. Jisoo adik kau, hubungan adik beradik tak akan mudah putus. Kita pasti akan bertemu dengan Jisoo. Seoul ini bukan besar mana” Irene cuba meniup semangat. Jin kelihatan memikirkan sesuatu.

“Ke mana kita lepas ni?”

Irene tersenyum. “Kau memang betul-betul nak jumpa dengan Jisoo. Bersemangat sungguh” ujarnya. Nada Irene tidak memerli tetapi seolah mencemburui sesuatu.

“Apa kita ke…..”

Bang!

Jin terkejut, mendengar bunyi tembakan yang kuat.

“Ahhh!!” Irene menjerit sakit, memegang bahu kanannya.

“Yah, kau kenapa?” Jin terkejut melihat gadis itu memegang bahunya dan darah yang mula membasahi bahu bajunya.

Irene menoleh pandang belakang, mengetap bibirnya kuat. Dia yakin ada seseorang sengaja menembaknya.

“Siapa kau?” Irene berlari mengejar seseorang. Bahunya terasa pedih, sakit dan peluru yang berdesup masuk dirasakan panas bergetar mengenai daging tubuhnya sendiri. Irene berlari mengejar identiti yang menembaknya.

“Yah!” Jin pula mengejar langkah gadis itu. Darah Irene dilihat menitis ke tanah.

Irene berpusing memandang sekeliling, mencari kelibat identity yang berniat membunuhnya itu. Orang sekeliling turut memberi pandangan yang sama terhadap Irene, terkejut melihat gadis itu berdarah.

“Yah kau tu cedera” Jin mendapatkan Irene.

“Aku tak apa-apa” Irene berbohong, menahan sakit. “Kita mesti cari orang yang tembak aku tu. Ada orang nak bunuh aku!”

“Siapa?! Siapa nak bunuh kau?” anak mata Jin membesar, terkejut. Darah Irene mengalir membasahi bajunya. “Kau cedera teruk” tambahnya risau akan keadaan Irene.

Irene menggigit bibir. Geram.

///////////////////

Seorang lelaki berusia lewat 30-an memberi pandangan meminta simpati. Jisoo mengendahkannya walaupun dia sendiri berasa kasihan.

“Ke mana kamu nak bawa pak cik?” soal lelaki itu, tidak meronta ataupun cuba melarikan diri.

“Saya cuma nak tamatkan seksaan pak cik” balas Jisoo, menarik tangan lelaki itu, mengheretnya ke arah sekumpulan lelaki yang sedang berkumpul. Pak cik itu hanya menurut.

“Tiada identiti. Pengemis jalanan” jelas Jisoo, menyerahkan pak cik tersebut kepada kumpulan lelaki tadi.

“Bagus” seorang lelaki berambut pendek, kemas, memakai suit mengambil pak cik tersebut. “Ini terakhir bulan ini. Ayah kau beritahu aku supaya kita berehat. Polis Seoul mula aktif menyiasat” kedengaran pekat loghat Korea Utara lelaki itu.

Jisoo hanya diam menunduk. Dia tiada hak untuk membantah sebarang keputusan. Selesai menukar manusia dan wang, Jisoo kembali ke keretanya. Taeyong sudah menunggu di dalam kereta.

“Kenapa?” soal Taeyong dapat membaca riak wajah Jisoo sebaik gadis itu masuk duduk. Rokok di bibirnya lalu dicampak buang. Jisoo menekan butang, menurunkan cermin tingkap. Asap rokok memenuhi ruang dalam kereta, menyesakkan nafas gadis itu.

“Ayah suruh berehat. Polis mula aktif menyiasat tentang kes penculikan” jawab Jisoo memaling muka ke luar tingkap.

“Ahhh~ baguslah tu. Kita tak akan terdedah kepada bahaya. Malah kita dapat rehat seketika. Tapi, kenapa kau macam tak suka?”

Kenderaan mereka mula bergerak keluar menjauhi sempadan Korea Utara dan Korea Selatan itu.

“Aku cuma… nak berusaha lebih sedikit. Aku nak Park Sung Hwi perasan akan aku. Kalau kita berehat, aku rasa membazir masa” jujur luahan Jisoo.

“Aigoo~ kau memang betul-betul nak berjumpa dengan ayah. Apa yang hebatnya lelaki tu, dia cuma ambil beberapa orang anak angkat, dijadikan keldai mainannya”

Jisoo menoleh pandang lelaki yang berada di tempat pemandu itu. “Kau tak suka dia?” soalnya berterus terang.

“Siapa saja yang sukakan dia? Kami ikut arahan dia sebab kami takut kami dibunuhnya. Dia selamatkan kami, tapi aku rasa hidup aku tentu lebih baik kalau tak menyertai kumpulan Ouroboros ni. Maafkan aku” ujar Taeyong, sempat mengerling lihat Jisoo ketika meminta maaf.

“Untuk apa?”

“Untuk semua yang kau lalui dalam Ouroboros. Aku yang melibatkan kau, aku yang menyebabkan kau diterima sebagai ahli Ouroboros”

“Tak” Jisoo mengeleng perlahan. “Kau selamatkan aku. Terima kasih. Aku tak suka hidup diperbodohkan. Aku akan cari tahu kebenaran tentang kaitan Ouroboros dan mak aku”

“Kalau kau nak berterima kasih pada aku….”

Jisoo memandang Taeyong, fokus pada apa yang ingin dikatakan. “Apa?”

“Jauhi Wonwoo” Taeyong mengetatkan muka, memandang ke hadapan.

“Kenapa? Aku suka Wonwoo”

“Apa?!!” suara Taeyong meninggi lantas menekan brek kereta. Jisoo hampir melanggar dashboard hadapan, sempat gadis itu mengangkat kaki, menahan.

“Yah! Kau gila?” gadis itu menjerit. Lantas Jisoo memandang belakang. Mujur hanya kereta mereka di atas jalan raya ketika itu.

“Apa kau cakap tadi? Kau suka Wonwoo? Kau suka dia? Suka?!!” riak Taeyong naik marah.

“Lee Taeyong, kenapa dengan kau?” Jisoo agak terkejut dengan riak lelaki itu. Tali pinggang lantas dicapai pakai. Langkah keselamatan.

“Kau suka dia? Suka maksud kau, perasaan lelaki dan perempuan??” Taeyong cuba menenangkan diri.

“Kenapa pula kalau ya? Wonwoo boleh tahan. Walau ada calar balar, muka dia boleh tahan. Dia tinggi, rahang mukanya tajam, matanya seksi, dan dia boleh tahan kuat. Kadang-kadang dia selalu buat lawak juga” luah Jisoo berterus terang.

“Seksi??!! Kau!!” Taeyong membesarkan mata, mengetap bibir. “Tak boleh!”

“Kenapa tak boleh?” soal Jisoo membentak.

“Aku cakap tak boleh. Wonwoo tu… dia… dia… haish… tak boleh. Tetap tak boleh”

“Kenapa tak boleh? Kau cemburu?”

“Ya aku cemburu!” leher Taeyong meninggi.

“Heol~” Jisoo tergamam.

///////////////////////

Jin memapah Irene kembali ke motel. Sebaik sampai di bilik, Irene dibaringkan atas katil. Darahnya masih mengalir tidak berhenti. Kedengaran suara Irene menahan kesakitan.

“Jin, dapatkan aku kotak kecemasan dan beberapa botol alkohol” Irene mengarah sambil menahan kesakitan. Wajahnya dibasahi peluh. Bajunya dibasahi darah. Kakinya terasa lemah. Jin lalu berlari keluar, membeli beberapa botol soju dan mendapatkan kotak kecemasan dari kaunter depan.

“Apa. Apa. Apa aku boleh buat? macam mana?” Jin agak panik. Dia tidak pernah menguruskan suasana seperti itu.

“Tuang air tu pada luka aku” Irene berusaha membuka bajunya. Badannya terdedah. Tali baju dalamnya ditarik sedikit jauh dari kawasan luka tembakan. “Cepat!” gesanya.

Jin membuka botol air soju yang dibeli tadi. Terketar-ketar dia menuang pada kesan luka Irene, sekaligus membasuh darah yang masih belum kering. Irene membuka kotak kecemasan dan mencapai gunting kecil.

“Tolong aku” ujarnya memandang Jin. “Keluarkan peluru tu”

Jin memandang gunting kecil pada tangan Irene. “Aku?”

“Panaskan besi ni dengan pemetik api” Irene mengeluarkan pula pemetik api dari dalam poket seluarnya. “Nah~ keluarkan peluru tu”

“Aku tak reti” ujar Jin cemas. Dahinya turut berpeluh. Tangannya ketar.

“Tolong aku. Aku merayu” Irene mengalirkan air mata. “Aku janji akan balas jasa kau”

Jin memandang kesan luka tembakan pada bahu gadis itu. “Aku cuba”

Irene mencapai selimut sedia ada, menggulungnya lalu digigit sumbat ke dalam mulut.

“Ini mesti sangat sakit. Aku harap kau dapat bertahan” ujar Jin, membakar panaskan gunting tersebut sebelum cuba mengeluarkan peluru dalam bahu Irene.

“Hmmm!!!!!” Irene menahan sakit. Matanya merah. Air matanya mengalir bersama peluh.

“Hmmmm!!!”

///////////////////////////////

  1. mencapai buka pintu kereta, menyusup masuk lalu mencampak pistol ke tempat penumpang di sebelah. Enjin kereta dihidupkan. Jantung Seulgi berdegup kencang.

“Siapa kau?”

Suara Irene bergema dalam ingatan. Nafasnya laju.

“Kenapa kau tak bunuh dia terus?”

Seulgi terkejut, memandang cermin pandang belakang, melihat Sehun berada di tempat duduk penumpang di belakang.

“Kau ekori aku?” soalnya terkejut. Nafasnya masih laju.

“Ya. Tapi kenapa kau hanya mencederakan Irene?” Sehun bersilang tangan di dada, sambil menyandar belakang.

Seulgi menunduk, membenamkan wajahnya pada stereng kereta. “Aku…. Buat perkara yang betul kan?”

Sehun tidak menjawab. Hanya memerhatikan adik kembarnya itu.

“Salah seorang dari kita kena buatnya. Itu arahan ayah. Tapi kita berdua tak sanggup. Aku tembak bahunya supaya Irene dapat terima amaran ayah, supaya Irene lari jauh dari sini, supaya kita tak dapat bunuh dia” luah Seulgi, terasa sebak tetapi tiada air mata mengalir.

“Kau…. sama seperti aku. Kita berdua tak cukup kuat” tambah Seulgi lagi.

Sehun tidak dapat menafikan kebenaran kata-kata Seulgi.

//////////////////////////////

Jin membersihkan darah di lantai. Darah Irene yang menitis awal tadi. Gadis itu lena tidur. Bahunya dibalut dengan kain selepas sebutir peluru berjaya dikeluarkan. Walaupun balutan tersebut tidak kemas, tapi cukup untuk menghentikan pendarahan. Di atas meja, tersedia semangkuk bubur yang masih berasap panas. Jin memandang wajah gadis itu yang memejam mata rapat. Kejadian tembakan tadi masih segar dalam ingatan.

Apa yang berlaku? Kenapa gadis itu ditembak? Jin teringat pula kejadian Jungkook ditembak, juga di depan matanya. Kenapa? Adakah Jin sasaran sebenar? Jin keliru.

“Jin”

Anak muda itu terkejut apabila Irene bersuara.

“Yah, kau tak apa-apa?” soal Jin. Risau.

Wajah Irene pucat. Anak rambutnya masih basah. Hanya selimut yang menutupi bahagian atas badannya. Keadaan di luar sudah gelap. “Aku tak apa-apa” jawab Irene lemah. Gadis cuba bangkit sebelum perasan akan badannya yang terdedah.

“Mana baju aku?”

“Ah~ baju kau tak kering lagi. Aku basuh tadi sebab penuh dengan darah” balas Jin lalu terasa kekok. “Ah. Aku ada beli bubur tadi” Jin lalu mengambil bubur di atas meja, menghampiri Irene yang masih terbaring.

Irene menarik selimut, menutup badannya sambil perlahan-lahan bangkit bangun. Bahunya masih terasa sakit tapi berkurang. Gadis itu menyambut huluran mangkuk bubur yang diberikan oleh Jin.

“Masih sakit lagi?” soal Jin, berdiri kekok di sebelah katil.

“Sakit. Kau tak pernah kena tembak? Nak rasa?” Irene cuba bergurau tapi Jin langsung tidak memberi tindak balas yang diharapkan. “Duduklah. Kau buat aku rasa tak selesa” ujar Irene, mengerling lelaki itu.

Jin lalu mencapai sebuah kerusi, duduk di hadapan Irene. “Siapa tembak kau?” soalnya.

“Ayah aku”

“Ayah kau?” Jin agak terkejut dengan jawapan tersebut.

“Aku dah tak berguna bagi dia. Tentu dia suruh sesiapa tembak aku” balas Irene sambil menyuap makan bubur. Perutnya terasa lapar. Seketika kemudian, air matanya gugur.

“Kenapa kau menangis? Sangat sakit?” Jin tidak dapat menyembunyikan kebimbangannya. Walaupun gadis itu seorang yang asing, menipunya, hati Jin tetap kecil, dipenuhi rasa simpati.

Irene menggeleng, berasa sedikit malu bila mengalirkan air mata depan lelaki itu, walhal sebelum ini, dia berlagak kuat.

“Aku minta maaf” ucap Irene ikhlas. “Aku pernah buat perkara yang sama pada adik kau”

“Jisoo? Apa kau buat pada adik aku?” Jin mula rasa tidak sedap hati apabila nama adiknya disebut.

“8 tahun lalu, aku pernah tembak adik kau. Sama seperti keadaan aku sekarang, dia juga cedera di bahu. Aku… aku minta maaf” tangisan Irene tidak dapat berhenti. Beberapa titis air matanya jatuh ke dalam mangkuk bubur yang dipegang.

Jin terdiam, melihat luka di bahu Irene. “Jisoo ditembak?”

Irene mengangguk. “Aku tipu kau. Aku tak pernah berkawan dengan dia”

“Apa maksud kau? Beritahu aku” jantung Jin berdegup kencang, mulai rasa marah. Jin medekati Irene, memegang lengan gadis itu kuat.

“Ahh~” Irene mengaduh sakit.

“Beritahu aku!!” Jin meninggikan suara, tidak mempedulikan kesakitan gadis itu.

“Aku akan beritahu segalanya. Lepaskan tangan aku” Irene merayu.

“Cakap! Apa yang kau buat pada Jisoo?!”

“Aku tembak dia 8 tahun yang lalu! Dia masih hidup sekarang, dalam kumpulan Ouroboros!” ujar Irene, menahan sakit.

Jin melepaskan genggamannya dan memandang rantai di leher gadis itu. “Ouroboros. Simbol naga tu?”

//////////////////

Perjalanan dari Seoul ke Suwon tidak begitu jauh seperti yang disangkakn Baekhyun. Usai sampai, Baekhyun terus bergerak ke alamat yang diterima melalui pesanan mesej.

Ting tong!

Tidak sampai beberapa saat, seorang gadis membukakan pintu untuknya. Baekhyun mengukirkan senyuman lalu melangkah masuk.

“Ayah saya keluar sekejap. Sila duduk dahulu, saya akan buatkan minuman” sopan tutur kata gadis itu. Baekhyun menyelesakan dirinya di atas sofa ruang tamu yang dimaksudkan. Tidak lama kemudian, muncul seorang lelaki dengan berbaju tee biasa. Terdapat sebungkus plastik di tangannya.

“Ayah dah balik” gadis yang sama tadi, menerpa mendapatkan ayahnya. “Hmm, ini yang kamu suruh belikan tadi”

“Terima kasih ayah”. Bungkusan plastik tadi bertukar tangan. Gadis itu kembali ke dapur, manakala lelaki tadi mendapatkan Baekhyun yang sudah menunggu.

“Selamat datang ke Suwon” ujarnya lalu melabuhkan punggung. Baekhyun bangkit memberi tunduk hormat sebelum kembali duduk.

“Jadi, apa yang bawa kamu ke mari?” soal lelaki itu.

“Ketua Shin, saya datang untuk bertanyakan satu kes lama. Kes 10 tahun lalu” Baekhyun mengeluarkan sebuah fail dari dalam beg yang dibawa lalu dihulurkan kepada pegawai Shin Seung Min di hadapannya.

“Kes 10 tahun lepas?” pegawai polis yang berkedudukan tinggi itu cuba mengingati semula kes-kes lamanya.

“Kes di Incheon. Pembunuhan pasangan suami isteri oleh anak mereka sendiri. Pelajar sekolah menengah tinggi” jelas Baekhyun sambil fail itu dibuka belek oleh Pegawai Shin.

“Ahhh~ kes ni. Budak kesian ni”

“Boleh tuan ceritakan sikit mengenai kes tu?” nada Baekhyun agak tersangkut. Terasa berat dan takut untuk diungkapkan.

“Kenapa? Kau nak siasat semula?” soal Pegawai Shin, memberi pandangan tajam kepada detektif muda itu.

“Tidak” Baekhyun menggeleng. “Suspek tersebut terlibat dengan kes pembunuhan di Seoul. Kes tembakan”

“Dia dah keluar penjara? Dan dia bunuh orang lagi?” nada Pegawai Shin terkejut.

“Dia bukan sebagai suspek tapi saksi utama. Malangnya dia kini menghilangkan diri bersama adiknya. Jadi saya nak siasat mengenainya, sebab saya rasa pelik untuk dia menghilangkan diri. Saya juga ada rasa pelik dengan kes 10 tahun lepas melibatkan dia sebagai suspek utama” jelas Baekhyun jujur.

Pegawai Shin kelihatan mengangguk. “Kim Seok Jin. Aku kasihan tengok budak ni. Ketika itu, umurnya masih belasan tahun. Berat ujian hidup yang dia hadapi. Tapi betul apa kau cakap, kes 10 tahun lepas, memang ada peliknya”

“Tuan pegawai yang bertanggungjawab atas kes tersebut bukan? Ada apa-apa yang suspek utama lakukan masa tu? Saya ada baca fail kes tersebut. Dia dituduh atas bukti cap jarinya pada senjata yang digunakan”

“Ya betul. Kami temui cap jarinya pada pistol yang digunakan. Pistol itu ada di tempat kejadian. Malah suspek orang pertama yang ditemui bersama mangsa. Tapi anehnya masa tu, pistol yang digunakan, tidak dapat dikenal pasti. Dari mana dia dapatkannya? Dia sendiri tak tahu dan tak mengaku bahawa pistol itu miliknya. Aku kasihan akan dia dan cuba tolong cari alibi dia. Menurut Kim Seok Jin, dia bersama seorang gadis sebayanya ketika malam kejadian, tapi tiada bukti dapat dikemukakan. Rakaman cctv, tiket bas, saksi, tiada satu pun yang dapat membuktikan alibi Kim Seok Jin”

“Seorang gadis sebaya?” Baekhyun mencelah tanya.

“Kim Seok Jin kata dia bersama rakan sekolahnya malam tu, dia hantar budak perempuan tu ke Seoul. Aku nak tolong dia. Kami cari saksi yang dimaksudkan. Kami periksa rakaman cctv tapi tidak jumpa jejak Kim Seok Jin dengan gadis tu. Kami cari rekod nama budak perempuan tu di sekolah juga di kawasan penempatan sekitar. Tiada orang yang seperti yang disebut namanya oleh Kim Seok Jin. Malah kami mengedarkan risalah, mencari saksi tersebut. Tiga minggu kami tunggu, langsung tiada balas positif kami dapat”

Pegawai Shin lalu membelek fail yang mengandungi laporan kes Kim Seok Jin yang ditulis sendiri olehnya 10 tahun yang lalu. Beberapa halaman diperiksa teliti sebelum sesuatu dijumpai.

“Hah, ini nama yang disebutkan” pegawai Shin menuding tunjuk akan satu nama yang ditaip dalam laporannya.

“Irene” Baekhyun membaca nama yang ditunjukkan.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
cuba teka belakang badan siapa dalam poster tu?

Comments

You must be logged in to comment
k-hope
#1
Wow. Cerita-cerita awak sentiasa membuatkan saya curious. Hwaiting for this story.^^