001

Ouroboros Mata Biru *hiatus

Langit cerah bertukar gelap. Awan yang gelap memenuhi langit. Air menitis dari hujung lengan bajunya. Payung yang dipegang terasa berat ditimpa air hujan. Langkah kakinya tidak berhenti mendaki bukit sambil matanya leka memerhatikan keadaan sekeliling. Deretan kedai yang biasa menjadi tempat permainannya masih kekal sedia ada. Jarinya mengira tiang lampu yang masih tegak berdiri.

10 tahun sudah berlalu.

Langkah kaki yang mendaki bukit lantas berhenti. Seorang lelaki berdiri tegak di hadapannya. Jin mengangkat sedikit tinggi payungnya untuk melihat wajah lelaki yang berada di hadapannya.

“Kau…”

Jungkook tidak berganjak. Jarinya memegang kuat tombol pemegang payung biru gelap yang melindunginya dari hujan.

“Berita tu betul. Hyung… sudah balik” tutur suara Jungkook agak tenggelam dalam bunyi rintik hujan menimpa namun masih didengari jelas oleh Jin.

“Aku minta maaf tapi kau siapa? Kau kenal aku?” soal Jin, cuba mengecam wajah lelaki yang muda darinya itu.

“Saya… anak pakcik Jeon kedai mee. Jeon Jungkook. Kawan Jisoo” jawab Jungkook jujur.

“Ahhhh~ budak lelaki yang cuba mengorat adik aku tu” Kim Seok Jin tersenyum sinis, lalu bergerak dua langkah mendekati Jungkook. Payung mereka saling berlaga.

“Cakap pasal adik aku… Jisoo, mana dia?”

Jungkook menunduk, tidak berani bertentangan mata dengan lelaki yang sudah 10 tahun tidak kembali ke rumah itu.

“Saya tak tahu. Selepas hyung masuk penjara, dia lari..” tutur Jungkook tidak berani mengangkat muka.

“Lari?” Jin mencelah. “Lari ke mana?” soalnya serius. Tangannya cuba memegang sentuh pipi anak muda jirannya itu namun Jungkook mengelak dari tangan sejuk tersebut.

“Jisoo… dia…”

“Jungkook!”

Satu suara menyergah. Kedua-dua lelaki itu menoleh ke arah punca suara. Seorang wanita separuh usia berdiri di bawah hujan, memandang Jin dengan ketakutan.

“Omma” Jungkook menyahut.

“Jangan ganggu anak aku. Dia tak buat salah apa-apa. Tolong jangan ganggu kami” wanita itu berlari mendapatkan Jungkook, memegang tangan anak muda tersebut, menarik Jungkook menjauhi Jin.

“Ahjumma. Ni saya, ingat saya lagi? Dah lama tak nampak makcik, sihat?”

“Jangan cuba nak berlagak mesra dengan aku, pembunuh. Takkan aku dah lupa kau, kau bunuh ibu bapa sendiri” suara Puan Jeon agak kasar, separuh menjerit. Pandangan matanya pada Jin berubah dari 10 tahun yang lalu. Jungkook berdiri rapat di belakang ibunya.

“Ahjumma~” Jin agak tersinggung dengan kata-kata wanita itu.

“Buat apa kau pulang sini? Nak bunuh adik kau pula? Adik kau dah larikan diri ke Seoul. Pergi cari dia di sana”

“Omma!” Jungkook menegah, memegang kuat lengan baju Puan Jeon.

“Jisoo di Seoul?” soal Jin mendapatkan kepastian.

Puan Jeon tidak menggangguk mahupun menggeleng. Dia menarik muka, enggan menambah apa-apa. “Pergi dari sini. Pembunuh!”

////////////

10 tahun yang lalu.

Jisoo menghulurkan tangan, merasai titisan hujan jatuh ke telapak tangan. Air tersebut dibiarkan mengalir membasahi tangannya.

“Jisoo!”

Jisoo berpaling ke arah pintu pagar sekolah, membalas senyuman seorang pelajar lelaki yang tua 3 tahun darinya. Berlari, Jisoo mendapatkan abangnya.

“Kenapa lambat?” soalnya, menarik lelaki itu berada di bawah payung yang sama. Air hujan menitis dari hujung rambut Jin yang menutup separuh dahi.

“Denda” jawab Jin tersenyum.

“Lagi sekali? Abang bergaduh lagi? Abang merokok?” kali ini Jisoo mencebik.

“Tak lah” Jin menggeleng sambil bertutur manja. “Cubaan ponteng”

Jisoo mendengus. “Abang ni kan. Papa dan mama bayar yuran sekolah supaya abang sekolah. Kenapa? Apa yang abang benci sangat pada sekolah?”

“Saja” Jin memasukkan tangan ke dalam poket seluar yang masih kering. “Abang tak suka duduk dalam kelas, buka buku, kena dengar cakap cikgu.”

“Abang tak suka belajar. Abang lebih suka bersukan. Jisoo, kamu pujuklah mama supaya hantar abang ke sekolah sukan. Abang nak jadi atlet” ujar Jin bersungguh.

“Kalau nak jadi atlet, abang kena buang tabiat buruk abang. Berhenti merokok! Jangan kawan dengan gangster jalanan! Berdisiplin sikit!” Jisoo menampar belakang badan abangnya.

“Aduh! Sakit!” Jin tersentak. “Adik mana yang sanggup pukul abang sendiri ni?’

“Adik yang terlalu sayangkan abangnya! Adik macam saya ni!” Jisoo terus menerus menampar belakang abangnya.

“Yah Kim Jisoo!” Jin berlari menjauhi adiknya. “Kejarlah abang kalau boleh!” Jin mengusik adik perempuannya itu.

“Kim Seok Jin!” Jisoo menutup payungnya lalu mengejar lelaki itu

Dua beradik itu saling berkejaran dalam hujan. Langkah Jisoo tidak dapat mengejar tingkah nakal abangnya. Mereka berdua basah dilenjuni hujan, namun senyuman mereka tidak pudar ditimpa air. Ketawa mereka kedengaran di sebalik bunyi hujan yang kuat.

///////////////////////////

Mata Jin melilau pandang bangunan pencakar langit yang berada di sekelilingnya. Jalan yang basah tidak menghalang pergerakan manusia yang ke hulur dan ke hilir. Jin tenggelam di sebalik kerumunan manusia di bandar yang sesak itu. Telinganya menangkap bunyi muzik yang agak asing dengan bahasa inggeris digunakan. Nama-nama kedai juga sukar dieja. Jin terpesona dengan pelbagai jenis kendaraan yang beratur di hadapan lampu isyarat.

“Adik kau dah larikan diri ke Seoul. Pergi cari dia di sana”

Sebelah tangan Jin memegang beg pakaiannya yang ringan, manakala sebelah lagi memegang payung yang diberi oleh pengawal keselamatan penjara yang kasihan padanya pagi tadi.

“Tumpang tanya..” Jin menahan seorang pelajar perempuan yang lalu di hadapannya.

“Eh?” pelajar itu berhenti, sempat memandang wajah Jin sambil mencabut earphone di telinga kirinya.

“Awak tahu macam mana saya nak ke Sim Gok Ro? Di situ ade kawasan perumahan. Ada deretan kedai.. jalannya tak terlalu sempit…” Jin cuba menjelaskan namun laju pelajar itu dapat menangkap.

“Tunggu di bustop sana” pelajar tersebur menuding tunjuk sebuah perhentian bas yang berada di seberang jalan. “Naik bas nombor 17, nanti cakap pada pak cik pemandu. Dia akan berhenti di taman perumahan” jelasnya lagi.

“Ahhh~” Jin menggangguk sambil memandang perhentian bas yang dimaksudkan. “Terima kasih” ucapnya ikhlas.

Pelajar itu kemudian menunduk, meminta diri lalu berlari mendapatkan kawannya yang sudah menunggu di hadapan sebuah kafe.

“Yah~ siapa tu? Dia minta nombor kau? Handsomenya!” rakannya mengusik.

Wajah pelajar itu bertukar merah. “Aku pun terkejut masa dia tahan aku tadi. Handsome kan? Aku ingat model mana tadi. Dia cuma tanya arah jalan ke Sim Gok Ro”

Jin tidak mempedulikan pelajar tadi juga beberapa pasang mata yang memandangnya. Anak muda itu memerhatikan keadaan sekeliling sebelum merentas jalan ke perhentian bas di seberang jalan.

>>>>>>>><<<<<<

“Kenapa kita perlu buat semua ni?” soal Jin sambil meraba cari pemetik api dalam poket seluarnya sebelum diserahkan kepada adiknya.

“Sebab kita anak mereka. Kalau mereka tak kahwin, kita tak akan lahir” jawab Jisoo sambil menyalakan dua batang lilin kecil di atas kek. Gadis itu kemudian bangkit bangun, berlari menutup suis lampu. Keadaan bertukar gelap gelita. Hanya cahaya lilin kek menerangi. Jin mengeluarkan telefon bimbitnya dan menyalakan lampu.

“Tutup lampu tu” arah Jisoo. Jin mendengus namun mendengar arahan tersebut. “Abang rasa kita tak perlu buat semua ni. Kamu tak perasan yang mama dan papa asyik bergaduh sejak kebelakangan ni? Ini semua salah nenek.”

“Kenapa abang cakap macam tu?” Jisoo bertanya, merenung cahaya kecil dari lilin kek. Apabila Jin lambat memberi balas, Jisoo mengulang tanya. “Kenapa abang cakap macam tu? Apa salah nenek?” kali ini Jisoo memandang wajah abangnya yang terkena biasan cahaya kelam.

Jin duduk bersandar di dinding, merapati Jisoo. Kedua-dua mereka bersembunyi di belakang sofa, merancang untuk membuat kejutan kepada Encik Kim dan Puan Kim.

“Kamu tahu kan kenapa kita pindah sini?” Jin menguji adiknya.

“Sebab mama nak jaga nenek” jawab Jisoo tidak meragui. Pada awalnya mereka sering berulang-alik dari Seoul ke Incheon pada hujung minggu untuk menziarahi nenek mereka yang sakit, namun semenjak dua tahun yang lepas, mereka mula tinggal di Incheon untuk memudahkan ibu mereka.

“Ya. Tapi nenek dah mati sekarang. Dah lima bulan lebih nenek tinggalkan kita. Sejak tu, mama dan papa asyik gaduh. Papa selalu ajak balik ke rumah kita di Seoul. Abang perasan, sebelum nenek meninggal, nenek ada cakap sesuatu dengan papa”

“Cakap apa?” Jisoo bertukar serius.

“Abang tak tahu. Papa masuk dalam bilik nenek, mencari sesuatu. Lama papa dan nenek bercakap dalam bilik nenek. Semenjak dari tu, abang tengok, papa selalu marah-marah mama. Abang rasa ada sesuatu yang nenek katakan yang mungkin membuatkan papa marah”

Dua beradik itu saling bertukar pandangan.

“Jisoo. Kau percayakan abang kan?”

Jisoo diam, mengalihkan pandangan. “Abang suka tinggal sini?”

Jin menggeleng. “Abang lebih suka tinggal di Seoul, rumah kita”

“Saya suka tinggal sini.” Jisoo tersenyum. “Sini, kita perlu risau jalan jam, saya boleh bangun lewat ke sekolah. Saya boleh berjalan kaki ke sekolah. Kedai makan pun dekat, saya boleh pergi bila-bila masa. Di sekolah, kawan-kawan baru saya semua baik, cikgu pun sama. Saya lebih suka sini berbanding rumah kita di Seoul”

“Kau… ada pakwe di sekolah ke?” Jin mengangkat kening.

“Heol~ macam mana abang tahu?” Jisoo terkejut. Hampir kek yang dipegang terjatuh.

Jin menjeling tajam adiknya. “Tengok tu, tengok tu. Abang teka je. Memang betul la? Siapa dia?”

Jisoo tersenyum malu. “Kami tak bercinta lagi. Tapi saya sukakan dia. Rasanya abang kenal dia”

“Tempat ni bukan besar mana pun. Cakap siapa dia?” suara Jin agak meninggi.

“Shhuuut. Jangan cakap kuat-kuat” Jisoo cuba menutup mulut abangnya. “Dia.. dia.. anak mak cik kedai mee sebelah bangunan rumah kita ni. Jungkook. Jeon Jungkook”

“Ahhh~ budak lembik tu. Kau suka budak lembik tu? Dia tak tahu kau sukakan dia?”

“Lembik? Eh, abang tak kenal dia lagi tau. Saya akan berusaha untuk mengorat dia. Saya akan pastikan dia milik saya. Abang tahu kan saya macam mana, saya tak reti berputus asa”

“Aigoo aigoo~ tak malunya adik abang ni”

“Kenapa? Salah saya cuba berusaha dapatkan apa yang saya nak? Abang tahu kan perangai saya macam mana. Saya dah sukakan Jungkook tu. Lagipon kalau saya dan dia…”

Sebelum sempat Jisoo menghabiskan ayatnya, mereka berdua mendengar bunyi gugusan kunci.

“Shuuttt. Mama papa dah balik” Jin menarik Jisoo merendahkan badan, menyorok di belakang sofa.

“Awak memang tak berhati perut. Cuba awak periksa dulu! Siasat dulu!” Puan Kim langsung menekan buka suis lampu sebaik masuk.

“Nak siasat apa? Bukti dah ada depan mata!”

“Awak memang suka bertindak melulu. Bertindak tanpa berfikir! Cuba guna akal dalam kepala awak tu sikit!”

“Awak cakap elol-elok. Jangan cuba nak hina saya!”

Pang!

“Selamat ulang tahun…..” Jisoo dan Jin tergamam, melihat ayahnya menampar ibu mereka.

“Ma..” Jisoo berdiri kaku sebelah Jin.

“Jisoo.. Jin…” Puan Kim mengesat air matanya yang tumpah di pipi.

Jin diam tidak bersuara. Entah kenapa dia tidak terlalu terkejut. Kebelakangan ini, dia biasa mendengar mama dan papanya saling tengking menengking.

“Apa yang kamu buat tak tidur lagi?” soal Encik Kim, menarik muka. Tidak menyangka dua orang anaknya masih belum tidur.

“Jin, bawa adik kamu pergi masuk tidur. Esok kamu kena pergi sekolah” suara ibu Jin agak rendah.

Jin menarik tangan Jisoo, meletakkan kek yang dipegang tadi di atas sofa. Lilin yang masih bercahaya itu dibiarkan tidak dipadam. “Abang dah cakap kan, tak guna kita buat semua ni” tutur Jin perlahan hanya didengari Jisoo.

“Ma… Pa..” Jisoo enggan berganjak, mengeraskan badan.

“Jisoo” Jin memanggil.

“Kenapa? Kenapa jadi macam ni?” mata Jisoo mulai kemerahan.

Kim Myun Ho mengeluh kecil sebelum mendekati anak perempuanya itu. “Jisoo ikut papa ye. Kita kembali ke Seoul”

“Awak tak boleh bawa anak saya pergi dari sini!” Puan Kim Hee Woo pantas mendapatkan Jisoo, menarik lepas dari genggaman Jin.

“Jangan rampas anak saya” Jisoo ditarik ke belakang ibunya.

“Ma…” anak gadis itu terkejut.

Kim Hee Woo dan Kim Myun Ho saling bertentang mata.

“Kenapa mama dan papa bergaduh macam ni? Kenapa?! Kenapa?!” Jisoo menjerit sambil menangis. Air mata yang cuba ditahan keluar mencurah membasahi wajahnya.

“Jisoo sayang. Jangan menangis” Kim Hee Woo menoleh belakang dan menyeka air mata anak bongsunya itu.

Jin hanya mendiamkan diri. Dia tidak tahu bagaimana untuk selesaikan masalah tersebut. Jin juga takut dia akan turut menangis seperti adiknya.

“Jisoo dan Jin akan pulang ke Seoul bersama saya” Kim Myun Ho menetapkan kata putus. Wajahnya kelat, dan tekad.

Jin menggengam erat buku limanya. Memerhatikan.

“Tak! Saya tak akan biarkan! Saya tak mahu berpisah dengan anak-anak saya!” Kim Hee Woo pula berdegil. Tangan Jisoo dipegang kuat.

“Adakah semua ni sebab nenek?” Jisoo bersuara dalam esakan.

“Apa kamu cakapkan? Kenapa kamu sebut mengenai nenek kamu?” soal Kim Myun Ho serius, lalu menoleh pandang Jin. “Kamu beritahu apa pada adik kamu??”

Jin diam tidak menjawab.

“Abang beritahu yang mama dan papa mula bergaduh selepas nenek mati. Nenek ada beritahu sesuatu pada papa kan? Apa yang nenek beritahu sampai mama dan papa boleh bergaduh?” Jisoo meluahkan perasaan ingin tahunya.

Jin menunduk, mengelak pandangan tajam ayahnya.

“Jisoo dan Jin akan tinggal bersama saya di sini. Tiada siapa boleh pisahkan saya dan anak saya! Saya sanggup buat apa sahaja! Awak jangan cabar saya!” ibu Jin dan Jisoo naik marah.

“Saya juga tak akan berdiam diri. Mereka juga anak saya!” balas Kim Myun Ho, juga menengking.

Jin bergerak mencapai pisau pemotong kek yang kebetulan berada berdekatan kek yang diletakkan di atas sofa.

“Saya tak tahu sampai bila saya boleh kawal diri” ujar Jin dalam nada rendah, mengangkat pegang pisau tersebut.

Kedua-dua Kim Myun Ho dan Kim Hee Woo terkejut.

“Abang” Jisoo memanggil, juga risau akan tindakan abangnya.

“Jin, letakkan pisau tu. Bahaya!” ibunya memberi amaran.

“Jin dah penat dengan semua ni. Setiap hari mama dan papa bergaduh. Kenapa perlu bergaduh dan berpisah? Jin tak tahu apa yang nenek dan papa cakapkan tempoh hari, tapi kalau betul sebab tu la mama dan papa bergaduh, Jin tak akan maafkan nenek”

“Nenek kamu tiada kaitan dengan semua ni” Kim Myun Ho cuba mendekati Jin.

“Jangan tipu. Jin nampak. Malam tu, papa dan nenek berbual lama” Jin mengundur selangkah ke belakang. “Kali ni, Jin pegang pisau plastik, tapi lain kali Jin akan pegang pisau betul-betul”

Anak muda itu bernada tekad.

>>>>><<<<<<<<

Kipas berpusing separuh laju. Angin meniup sepoi-sepoi. Seluar pendek yang dipakai menampakkan lututnya yang luka. Matanya terpejam rapat.

“Wonwoo!!”

Suara perempuan tua memanggil namanya.

“Wonwoo!”

Suara itu mengulang panggil. Anak muda itu senyap tidak menyahut. Seketika kemudian, perutnya terasa berat dihempap sesuatu. Wonwoo membuka mata melihat anjingnya duduk di atas perutnya. Sengaja anjing itu ingin mengejutkan Wonwoo.

“Haish” Wonwoo mengeluh sebelum bangkit bangun. “Ya nek, saya datang” anjing jantan itu lalu diangkat alih.

>>>>>>>><<<<<<<<

Jin memandang pintu rumah bernombor 1030 itu. Pintu yang sama tidak berubah walaupun sudah 10 tahun berlalu. Jin masih ingat akan semua kenangan dia membesar bersama adiknya dalam rumah tersebut. Mereka pernah berjanji akan kembali ke rumah tersebut bersama satu hari nanti, tapi janji tinggal janji.

Jari Jin mencapai tekan loceng yang berada di sebelah pintu. Loceng yang dahulunya sukar dicapai kini sudah mencapai ketinggiannya. Jin tersenyum kosong.

Selang beberapa saat, kedengaran suara seorang perempuan menyahut

“Ya! Siapa tu?”

Jin berdebar-debar. Wajah Jisoo yang berumur 14 tahun diimbas kembali dalam ingatan.

“Abang! Jangan tinggalkan Jisoo!”

Senyuman Jin pudar apabila teringat akan wajah Jisoo ketika menangis 10 tahun yang lalu. Di saat polis datang menangkap Jin di rumahnya.

“Abang jangan buat macam ni. Jisoo takut. Bukan abang yang bunuh mama dan papa kan?”

“Jisoo dah tiada siapa lagi dalam dunia ni kecuali abang. Jangan tinggalkan Jisoo. Hmm? Janji?”

Pintu dibuka kuak oleh orang di dalam. Jin mengundur beberapa langkah, memberi ruang pintu dibuka luas.

“Ya, cari siapa?” seorang gadis berambut panjang yang diikat sanggul, menjenguh di muka pintu.

“Jisoo” Jin bersuara.

Tangan gadis itu yang memegang tombol pintu, terjatuh. Lama gadis itu merenung lelaki yang berada di hadapan pintu rumahnya.

“Jisoo” Jin cuba mengukirkan senyuman, memandang gadis itu tepat pada matanya. “Kamu ingat lagi kan…”

“Abang……”

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
cuba teka belakang badan siapa dalam poster tu?

Comments

You must be logged in to comment
k-hope
#1
Wow. Cerita-cerita awak sentiasa membuatkan saya curious. Hwaiting for this story.^^