FANTASIA: Koleksi Cerpen Min & Shimm

Please Subscribe to read further chapters

Description

 

 

Hello!Selamat datang ke ruangan projek terbaru dari Min_Arisu dan Shimmieh. Untuk projek kali ni, Min dan Shimm berkolaborasi untuk menghasilkan koleksi cerpen yang bersifat universal , umum dan rawak. Projek ini diberi nama ‘Fantasia’. Kenapa ‘Fantasia’? Okay, di sini Min dan Shimm akan berimaginasi, berfantasi dan mengarang pelbagai jenis cerita pendek tanpa had atau batasan. Apa sahaja situasi, plot atau senario yang Shimm atau Min boleh imaginasikan, kami akan cuba untuk gambarkan semuanya melalui gaya penulisan kami dan publish di dalam koleksi ni. Oh ya, Fantasia ni cuma tajuk umum saja. Setiap cerpen atau one-shot yang kami tulis nanti akan ada sub-tajuk yang tersendiri.

 

 

 

 

Berikut adalah sedikit pengenalan dan penerangan ringkas mengenai projek Fantasia:

▀ ▄  Semua jenis genre boleh didapati dalam koleksi Fantasia ni memandangkan Shimm dan Min menulis dengan bergantung sepenuhnya kepada emosi dan mood masing-masing. Ada masanya, terasa nak tulis cerita bergenre komedi dan ada masanya terasa macam nak menulis cerita bergenre seram! Jadi, Min dan Shimm akan kumpulkan semua genre itu dalam projek terbaru kami ni.

▀ ▄  Oh ya, watak-watak dalam cerpen kami juga tidak terhad kepada satu kpop idol sahaja. Sesiapa saja yang terlintas di fikiran Shimm atau Min, kami akan gunakan sebagai watak-watak utama dalam cerita yang bakal ditulis nanti. Apa yang pasti, siapapun watak yang akan dipilih nanti, dia adalah sebahagian dari dunia KPOP, sama ada penyanyi, pelakon atau model!

▀ ▄  Jadi, secara ringkasnya Fantasia adalah tempat di mana awak semua akan dapat melihat dan membaca karya-karya yang bersifat one-shot / senario / imaginasi spesifik yang ditulis oleh Min dan Shimm. Kami harap para pembaca dapat memberikan sokongan kepada projek Fantasia ini. Tinggalkan komen dan kritikan awak semua bagi membolehkan Shimm dan Min sama-sama berusaha untuk mempertingkatkan lagi mutu penulisan masing-masing.

▀ ▄  Awak semua juga digalakkan untuk meninggalkan cadangan berkenaan plot cerita yang awak teringin nak baca di ruangan komen bawah sana tu! Kalau Min atau Shimm boleh laksanakan plot yang dicadangkan tu, kami akan tulis dan berikan kredit kepada si pemberi cadangan. Tapi kalau cadangan awak tak kami laksanakan dalam bentuk cerita, tolong jangan berkecil hati,tau! Mungkin Shimm atau Min belum cukup inspirasi untuk menulis berdasarkan apa yang dicadangkan tu. Tapi, satu hari nanti mungkin kami akan gunakan plot yang awak cadangkan tu. Siapa tahu, kan?

 

 

Itu sahaja dari Min dan Shimm. Jika terdapat sebarang kekeliruan, pandangan, kritikan yang membina atau cadangan, tinggalkan komen di bawah. Terima kasih. 

Selamat membaca!

▲▼▲▼▲

 

 

Comments

You must be logged in to comment
Seasony
#1
Fighting Min and Shimm <3 !
bigbangtanboys
#2
Yey! Short story from Kak Min *tepuk tgn*
Tak sabar nak baca citer yg akk nak buat...huhuhu..mesti best :))
Hwaiting kak Min dan Kak Shimm...