25519 PRAGMA

Please Subscribe to read further chapters

Description

 

I

 

“Along ni…biar betul?,”

Dee merenung Yen. Atas, bawah. Bawah, atas. Kadang-kadang dia sendiri tak faham dengan Yen ni. Terfikir jugak bahasa Yen ni yang terlebih sastera purba ke atau memang dia sendiri dah tak faham bahasa melayu. Tapi soalan dia tadi tu agak-agaknya boleh memberi bermacam makna.

Along ni..overdose ke?

Boleh percaya ke Along ni?

Betul ke telinga Dee tak salah dengar ni?

Rasanya nombor 3.

Yen sengih. “Betullah ni,”

“Macam tak ada gaya pun,” Dee mengomen.

Yen ketawa dulu. “Nak kena ada gaya ke?,”

 

 

II

 

“Please, Dee,”

“Back. Off,” Keras suaranya memberi amaran.

“Dee, you know I still love you,” suara CoE sedikit merayu.

Dee menjuling ke langit.

“Enough with your bull word, CoE. I said back. off,”

Connor Ethan masih membatu. "Jangan seksa I macam ni, Dee," 

Senyap. 

Irdina Wang mula melangkah pergi bila sedari tadi hujan renyai mulai turun. Namun langkahnya ditarik kembali ke belakang.

“I’m dead serious, Nur Irdina Wang. I like you. I really really like you. I want to give us a chance. A second chance.  Boleh beri hati you pada I balik? ,”

Dan hujan mulai turun tanpa henti. 

 

25519 PRAGMA

Bila tanya tentang cinta, semua tahu jawapannya.

Tapi kalau bab nak faham dan macam mana ianya berlaku bukan satu perkara mudah. Yang rata-ratanya tahu cinta tu adalah basic emosi manusia. In fact, for a long time, many people suggested that love was simply something to primal, mysterious, and spiritual for science to ever fully understand.

Sebab yang merasanya berbeza.

Dan

Untuk mengelak dari ‘virus’nya pun takkan pernah mampu.  

Kerana kita cuma ciptaan Tuhan.

 

 

 

Foreword

"Pesanan Penulis"

Kebanyakkan kisah, cerita dan moment-moment dalam fiskyen peminat ini adalah dari kisah benar. Olahan dan gubahan semula oleh Addin Lee. Nama-nama watak dalam kisah ni adalah bukan nama sebenar. Saya ulang 'BUKAN NAMA SBENAR'. Terima kasih pada yang banyak menyumbang idea, yang pernah datang menyinggah dalam hidup dan yang masih setia disisi Addin Lee.  Saya garapkan semula kisah ni buat tatapan pembaca.  Cuma sebarang persamaan dengan cerita korang dalam mana-mana part fiksyen peminat 25519 PRAGMA ni Addin Lee susun jari awal-awal mohon maaf. Mintak ampun banyak-banyak. Semua itu hanya kebetulan semata-mata. Dan sebarang peniruan atau kata omputihnya plagrism cerita Addin Lee ni, mohon berambus ya. Addin Lee tak suka manusia yang acah-acah buat cerita macam 'pelanduk dua serupa'. Harap maklum.

 

Copyright © Qi Addin Lee 2016

 

 

 

 

Credits:

For the awesome poster maker

EpilogueG
New poster! My mood on!

Comments

You must be logged in to comment
Qee_Ha
#1
*mood excited on
FIGHTING!