Friends?

Description

"Aku tak gila, aku cuma boleh nampak apa yang kau tak boleh nampak.  Aku tak gila, aku cuma boleh dengar apa yang kau tak boleh dengar. Aku tak gila, aku tak gila, aku cuma boleh rasa apa yang kau tak boleh."

"Apa?!  Bercinta dengan orang mati?! Kau memang gila!"

"Aku berbeza...,"

 

Otak ku tidak berhenti memainkan adegan-adegan daripada filem tadi. Telinga ku asyik teriang-iang Setiap dialog yang dilontarkan pelakonnya. Mataku sentiasa terbayang akan scene-scene dari filem yang beegenre seram itu. Dan setiap kali itu jugalah aku...

" Wahahahahahahahaha !!!! kakih kakakih! Lawak!!! Kekekeke !! Bwpfftt !!! Agagaga !!! Huhauhahahauhahuha !!! "

Serius dowh! Lawak gila!!! Filem tu menceritakan seorang perempuan yang diganggu hantu tapi last-last dia fallin' pula kat hantu tu. Akhirnya dia buat keputusan nak hidup cara hantu. WTF ?! (Where the food ?!) Sorrylah tiba-tiba aje cakap pasal makanan, aku lapar sebenarnya ni.

Cerita ni lagi lawak dari variety show Running Man! Hantu? Siapa percaya?! Hantu tak wujud!!!

 

Ok, sebelum semua kelemumur kat rambut tu hilang sebab garu kepala laju-laju  [Dengan rendah dirinya aku minta maaf kalaulah korang takde kelemumur or rambut . * Bow 90 °]

 

Awak... Ye, awak yang macam cantik, macam comel je tu. Awak kini sedang membaca diari saya untuk tahun 2214! *Bayangkan bunyi mercun Tahun Baharu Cina 

 

Korang mesti tertanya-tanya  apa benda lah yang aku merepek kat atas tadi. Sebenarnya macam ni, aku and the gang baru aje habis tonton filem seram. Tetapi ah~ sekarang tahun  2214 kowt! Cerita seram hanya hiburan bagi kami. Sebab hantu tak wujud!

Dunia kini sedang bergerak laju merentas sungai kemodenan. Akar-akar kepercayaan karut yang tiada logiknya sudah dibuang untuk membina negara dan bangsa yang kuat seakan batang pokok dan hasilnya seperti bunga-bunga yang kembang mekar, cantik pabila dipandang serta buah-buahan yang lebat lagi,  sedap pabila dinikmati. Cuma cabaran kini, untuk mematahkan dahan-dahan yang kering, perosak keindahan.  (Perghhh..! Gila puitis ayat aku! * masuk bakul angkat sendiri *)

Sekarang Korea Selatan merupakan negara termaju di belakang Jepun. Bukan itu sahaja, malah dari segi ekonomi, sosial, kemanusiaan, perdagangan, politik, jasmani,  rohani Korea Selatan sentiasa berada di barisan hadapan. Jadi, tak mungkinlah kami akan percayakan hantu!

Mereka yang bertahan melayan songeh aku dari atas tadi, diharapkan meneruskan pembacaan. Sebab dalam diari ni aku janjikan,

1) Aku tak tulis untuk setiap hari. Aku tulis untuk tarikh yang penting aje.

2) Apa yang aku tulis tak semestinya berlaku pada tarikh yang tercatat. 

3) Ada kala aku tulis panjang, ada kala aku tulis ciput aje.

4) Aku tak tulis pun apa yang berlaku sepanjang hari, aku tulis hal penting sahaja.

Kenapa? Suka hati akulah, ini diari aku yang punya. (Mohon jangan sentap)

Apa-apa pun aku still nak cakap pasal filem tadi. Deep in my heart... betul ke hantu tu wujud? Pfft! Mengarut. Mata pandang atas, tangan atas bahu,  dagu naik sikit *Fablous gitu !

 

............................................

 

             

YoungJae

 

 

Image result for bang yongguk handsomeYongguk bap

Bang YongGuk

 

 

HimChan

 

 

Image result for daehyun handsomeRelated image
DaeHyun

 

 

 Image result for jongup handsomeImage result for jongup gif
Moon Jong Up

 

 

Image result for zelo blonde Related image
 
Zelo

Foreword

Saya seorang peminat B.A.P dan buat julung kalinya saya mempersembahkan semua ahli B.A.P dalam fic saya.

 

credit poster to: -

 banner_ii_by_yongshishiguk-da0ag2j.jpg

Segulung terima kasih kepada YongShiShiGuk kerana sudi men-design poster untuk saya >.<

AMARAN!  Fic ini mengandungi unsur-unsur fandolisme, biasist dan idolist. Kepada pembaca yang mempunyai minat yang melampau terhadap artis mereka, dinasihati membaca di bawah bimbingan ibu bapa.

AMARAN LAGI! Fic ini mengandungi fakta yang diautakan, fakta yang memang fakta dan auta yang difaktakan. Untuk pengetahuan yang lebih lanjut untuk menggelakkan kekeliruan sila bertanya di ruang komen di bawah. 

LAGI-LAGI AMARAN! Pastikan hati anda benar-benar terbuka untuk menerima segala yang terkandung dalam fic ini. Sebarang tindakan seperti bash-an akan dianggap sebagai tidak mematuhi rukun negara kelima.

ASYIK AMARAN JE! Sebarang bentuk penulisan semula adalah dilarang alam pelbagai bentuk media termasuk dalam bentuk cecair atau gas kecuali jika mendapat keizinan daripada pemilik asal dengan syarat dan terma yang ditetapkan.

ASYIK-ASYIK AMARAN! Fic ini bukan bertujuan untuk hiburan semata-mata. Tapi kalau nak dijadikan hiburan pun boleh, ignore-kan semua yang cuba disampaikan secara tersirat oleh Author, okay?

PERHATIAN PULA! Oleh itu fic ini akan diupdate dari semasa ke semasa dan akan diubah jika ada penemuan baru.

p / s: - Perlu ke ke beritahu apa yang telah diubah?

JunAra
poll masih 50-50 antara dua karakter. Minta semua readers beri kerjasama juseyo ^^

Comments

You must be logged in to comment
YoungAra
#1
Plisss, nak tau sangat apa jadi dengan Aqua lepas tu?
mayahisoka
#2
Add characters in tags section for more fame :)
Shadow_warriorangel #3
Chapter 30: Dulu dia yg terhegeh-hegeh kat aqua...lepas tu senang² hati nk putus.. sila pupus oh sehun
supersz99 #4
Chapter 29: bestnye :) kelakar hahahha
Shadow_warriorangel #5
Chapter 29: Entah kenapa aq rase nk nangis.. Cuma nk ckp.. PROUD TO BE BABYz..
scyaheeda
#6
Chapter 24: Terima Kasih wahai Authornim kerana anda telah berjaya mengimbas kembali segala memori indah Babyz. Seriously, menangis baca part ni TT_TT. Iye dorg semua underrate tapi lagu gempak habis.
scyaheeda
#7
Chapter 23: yesssssiiirrrr!!!