C.U.N : Club Under Nineteen

Description

Tertubuhnya Club Under Nineteen, bermakna bermulah kenakalan enam orang pelajar di Koreana High School. Kisah bermula apabila mereka semua mendapat bilik asrama yang sama. Pada mulanya, ada antara mereka yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan rakan baru sehingga berlaku pertengkaran. Jungkook sebagai maknae, merasakan tamparan hebat itu. Tapi lama-kelamaan, semakin banyak mereka menghabiskan masa bersama-masa, mengharungi cabaran bersama, ketawa bersama, menangis bersama( macam lirik lagu pula dah), mereka mula sedar bahawa mereka memerlukan antara satu sama lain untuk melengkapkan kehidupan seharian mereka.

 

"Nak tahu rahsia saya? Gunalah Qu'Puteh! Qu puteh, Qu puteh, baru...padan muka kau! Boleh PM saya terus, okay?" -Byun Baekhyun(19 tahun)

"Lakhanat punya lipas! Aku paling benci lipas! Nyah kau dari sini!" -Park Chanyeol(19 tahun)

"Jangan pandang rendah dengan ketinggian aku. Aku senior, okay. Lagi satu, aku tak selalu badmood. Dah muka aku macam ni sejak azali, nak buat macam mana?" -Do Kyungsoo(19 tahun)

"Kepada seluruh warga KHS, tolonglah berhenti judge saya. Saya pun manusia juga, ada hati dan perasaan. Saya tak tahu kenapa semua orang tuduh saya HANDSOME. Tolonglah. Saya penatlah." -Kim Jongin(18 tahun)

"Sejak saya kena ludah dengan Orang Utan, semua orang kata saya saingan kepada Orang Utan. Mereka siap gelar saya Mon-yet lagi sampai perangai saya pun dah macam monyet." -Kim Taehyung(18 tahun)

"Omma, saya rindu omma. Hyung-hyung satu bilik dengan saya semua menakutkan. Saya terlalu suci untuk tinggal dengan mereka semua." -Jeon Jungkook(17 tahun)

 

Apabila 6 karenah remaja yang berlainan ini disatukan, apa yang akan terjadi? Ikuti kisah mereka di bahagian yang seterusnya>>

 

 

 

 

 

 

 

 

Comments

You must be logged in to comment
iKONic_hanbin #1
Chapter 2: what the fish hahahaha
dgn seriusnya sy baca, rupa2nya salah fhm je ?
exo_seventeen_hanmin #2
Chapter 1: Uodate soon!! Lwak gila..
bubble_na_baebeul #3
Chapter 1: Woah.mmg lwak giler.
Skit perut gelak malam malam.hahaha
iKONic_hanbin #4
Chapter 1: Tahan ketawa je sy baca ff ni, sbb sy tgh makan kat restoran, nnt orang igt saya gila pula hahaha e_e
EXOxxBTS #5
Chapter 1: Alamak, chanyeol pegi mana? Merajuk ke. Dyo la ni garang sangat. Kookie pun takut.
Btw, terbaik authornim
BlueOceanHeart #6
Chapter 1: Tak paham betul aku dgn V ni. Kecik2 tak nak jadi beruk, bila besar sibuk sibuk nak jadi monyet. Hehe gurau~
More Vkook moment please~ comel je diorang ni. Kanak2 ribena gitu.
Fighting authornim!
BlueOceanHeart #7
Haha, kai pny caption awal2 lagi dah lawak ><
_baebyboo #8
Chapter 1: 'Soalan' jadi 'sialan'. LOL XD HAHAHAA
*yeah ada my fevret otp #baekyeol* hehehe
Update soon! Next chapter mcm best je. Pasal hantu ke...
LadyRoyal00 #9
Chapter 1: Okay, yang ni lawak! XD part D.O kena tipu dgn macik Cleaner tu memang saya tak berhenti tersengih. Part lipas tu pun memang tak boleh blah.
teruskan Update okay :) Hwaiting!
2Cool_4Skool #10
Chapter 1: Adoi Chanyeol! Apa hal ko gesel muka kau kat belakang D.O tu? Hahahaha agak2 ar kalau takut lipas. Sakit perut asyik gelak > <
Update lagi~ tak sabar nak bace