Topeng yang melekat pada wajah

Darah dan Emosi
Please Subscribe to read the full chapter

Matanya terasa berat. Anak rambutnya terasa keras kerana darah yang mengering di sekitar kawasan dahi. Wajahnya comot dengan tompokan darah. Basah dan kering. Pakaian seragam sekolah berwarna putih, dicorakkan dengan tompokan merah.

“Auch” hujung tepi bibirnya terasa pedih apabila mengenai air. Luka kecil di bibir itu masih berdarah. Rambutnya disaup ke belakang lantas melihatkan jelas wajahnya yang comot.

Jimin tersenyum sinis lalu membuka pair air di sinki. Lama dia menenung pantulan wajahnya di cermin depan sinki itu. Air laju dibiarkan mengalir.

“Teruk” komennya, membelek wajahnya. Adakala dia memaling ke tepi, kiri dan kanan, mengerling lihat pantulan comot di pipinya. Bajunya juga kotor. Jimin membasahkan tangannya lalu menyapu mukanya dengan sisa air dalam keluk tangan. Air yang menyirami muka menitik jatuh membasahi baju seragam sekolah yang dipakai. Darah yang comot memenuhi hilang kering bersama air basuhan tadi.

Jimin menunduk, mengeluh kecil. Air paip masih dibiarkan terbuka dan mengalir. Kemudian anak muda itu mendongak semula, melihat luka yang masih kekal di dahi, bibir dan pipi kanannya.

“Tak guna”

                                                            …

Joy menyapu tompokan darah yang memercik terkena pada kelopak matanya. Tangannya menggigil memegang batang mop sebagai senjata perlindungan. Seorang gadis yang sudah bertukar zombie memuntahkan darah di depannya, meraung-raung seperti orang sawan. Joy memandangnya kesian.

“Aku tak akan cederakan kau kalau kau tak kacau aku” kencang nafas Joy dalam setiap hembusan.

“Mari pergi sebelum dia bangun semula” Yeri mencapai lengan rakannya. Areum sudahpun melarikan diri terlebih dahulu. “Areum tunggu kita di perpustakaan. Rasanya sana selamat”

Joy mengangguk, mengagahkan diri dengan saki baki tenaga yang tinggal. Ikatan rambutnya semakin longgar. Tali lehernya sudah lama dicabut buang. Anak rambutnya dibasahi keringat peluh di dahi.

Joy dan Yeri melangkah dengan lemah, melalui kawasan laluan melintas ke Blok B.

“Ahhh” kaki Joy mengalah. Gadis itu hampir jatuh rebah sebelum seseorang bergegas menyambutnya.

“Awak tak apa-apa?” soal Sungjae, bertambah risau melihat keadaan gadis itu. Joy tidak menjawab. Tidak menggeleng mahupun mengangguk. Hati kecilnya berbisik lega apabila dapat melihat lelaki itu, dalam keadaan normal.

“Yah! Kau masih hidup? Kau seorang?” Yeri juga terkejut melihat Sungjae. Keadaan lelaki itu juga tidak berbeza seperti dua gadis itu.

Sungjae mengangguk laju. “Aku, Taehyung dan Jimin. Tapi kami terpisah di tangga. Aku tak pasti mana mereka sekarang ni”

Sungjae menarik hujung bajunya dan mengelap wajah Joy yang dikotori dengan peluh bercampur percikan darah. Joy hanya diam membiarkan. Tenaganya hilang untuk membentak lawan.

“Muka kau pun kotor. Cuci muka kau dulu” Joy menepis perlahan tangan Sungjae, apabila perasan yang Yeri memerhatikan mereka berdua.

“Saya ingat saya takkan jumpa awak lagi dah” secara tiba-tiba gadis itu ditarik dalam pelukan. Rapat. Joy dapat menghidu bau keringat peluh lelaki itu.

“Yah-Yah” Joy cuba menolak badan lelaki itu namun Sungjae sengaja mengetatkan pelukannya.

“Aku rasa masa ni tak sesuai untuk korang sweet-sweet kat sini.” sampuk Yeri. Kekok.

“Yang lain mana?” soal Sungjae sambil perlahan-lahan melepaskan Joy.

“Areum dah tunggu di perpustakaan. Yang lain aku tak tahu. Aku dah tak dapat bezakan yang normal dengan zombie. Siapa datang serang aku, aku akan serang balik” tegas Yeri, sambil membantu Joy untuk menstabilkan diri. Tangan kirinya menggenggam kuat batang penyapu air yang diambil dari dalam tandas tadi.

“Ini?” Sungjae menuding tunjuk pada peralatan cuci tandas yang dipegang oleh Yeri itu. Dia cuba menahan ketawa. Riaknya tersenyum geli hati.

“Diam kau. Ini ‘pistol’ aku” balas Yeri dalam riak bangga.

                                                                        …

Pintu lokar dibuka perlahan-lahan. Bunyi engsel besi yang berkarat itu cuba diperlahankan juga. Taehyung melangkah keluar dari tempat persembunyiannya. Dadanya terasa sedikit lapang dapat keluar dari tempat kecil itu. Mata Taehyung meliar memandang sekeliling, menjamin keselamatannya. Lantas lelaki itu bergerak ke arah balkoni dan menoleh pandang ke bawah dari aras tiga tersebut.

“Aku yakin tu bunyi tembakan” teka hati kecilnya berkenaan bunyi yang didengari tadi semasa menyorok.

Jelas kedengaran bunyi tembak menembak dari aras bawah. Keadaan di bawah perhatikan dengan mata kasar. Kemudian anak matanya perasan akan pintu makmal kimia yang terbuka. Tiba-tiba hatinya tergerak untuk turun ke bawah sana.

                                                                        …

Areum berjalan mundar mandir sambil mengigit hujung kukunya. Kasutnya yang basah menitiskan air di atas lantai mamar ruang perpustakaan. Kasut dan pakaiannya turut dikotori tompokan merah darah zombie yang cuba menyerang mereka sebelum ini.

“Boleh tak kau berhenti jalan macam tu? Pening aku tengok” ujar Jimin, memberi jelingan tidak puas hati kepada gadis itu. Dia terserempak dengan Areum ketika melihat gadis itu berlari ke arah perpustakaan. Maka Jimin mengikutinya.

“Aku risaukan Joy dan Yeri. Macam mana kalau mereka pun dah bertukar jadi zombie?” riak gadis itu risau dan ketakutan.

“Sejak bila kau ambil berat pasal Joy? Bukan ke korang berdua tak ngam sebelum ni?” Jimin melontarkan persoalan sambil duduk di atas salah satu meja belajar. Kasutnya yang hanya tinggal sebelah kanan, dibuka tanggal. Mereka cuba membuka kipas angin tapi bekalan elektrik telah dimatikan. Jimin duduk bersila sambil merehatkan diri.

“Itu dulu sebelum serangan zombie. Sekarang ni aku tak pasti siapa lagi yang masih hidup. Mungkin hanya kita berempat. Macam mana kalau aku seorang je perempuan yang masih tak jadi zombie. Aku takut kalau seorang diri.” Areum meluahkan perasaan gundah gelananya. Dia berhenti mundar mandir. Lama matanya menenung ke arah pintu, mengharapkan Joy dan Yeri akan muncul. Dalam masa yang sama, Areum bimbang mana-mana zombie akan menerjah masuk menerusi pintu yang sama.

“Aku pasti ramai lagi yang masih belum jadi zombie. Cuma mereka pun menyorok macam kita. Taehyung dan Sungjae pun masih normal.” Kata-kata Jimin sedikit melegakan kegelisahan gadis itu.

“Mungkin” tambah Jimin di hujung ayat.

                                                                        …

Kereta yang dipandu Baekhyun berhenti di bahu jalan, tidak jauh dari kawasan sebuah rumah kabin. Sandara membuka tali pinggang keselamatan, dan meninjau sekeliling.

“Ini tempatnya?” soal Sandara mengenai destinasi itu. Baekhyun mengangguk, turut membuka tali pinggang keselamatannya.

“Jangan pergi ke mana-mana. Jangan sesekali keluar daripada kereta ni” ujar Baekhyun, memberi amaran kepada Taeyeon yang masih kekal duduk di tempat penumpang belakang. Gadis itu menunduk akur.

Kedua-dua Baekhyun dan Sandara mengeluarkan pistol masing-masing. Bersiap sedia. Langkah mereka laju namun senyap, tidak menghasilkan sebarang bunyi ketika memijak rerumput yang mulai mengering di halaman rumah kabin itu. Baekhyun pantas bersembunyi di sebelah kiri dan Sandara di sebelah kanan.

“Hmm!” Baekhyun mengangguk, memberi isyarat kepada rakan setugasnya itu. Sandara mengetatkan genggaman pistol di tangan, juga mengangguk balas.

“Jangan bergerak! Kami polis!”sergah Sandara sambil menendang kuat, membuka pintu masuk utama rumah itu.

                                                                        …

Langkah Taehyung penuh waspada, mengerling lihat seorang lelaki yang sudahpun dijangkiti virus zombie, jalan terhuyung hayang di ruang legar depan makmal. Nafasnya ditahan agar tidak berhembus kencang. Kakinya mengangkat langkah senyap, melalui lorong di hadapan makmal. Seketika zombie itu memandang tempat lain, Taehyung laju menyusup masuk ke dalam makmal lalu menutup pintu rapat. Kunci.

“Ah~ sikit lagi” Taehyung menarik nafas lega sambil bersandar pada pintu itu.

Kemudian baru anak muda itu berjalan beberapa langkah ke hadapan. Kawasan dalam makmal itu kelihatan sedikit bersih berbanding kawasan lain yang dipenuhi tompokan darah dan zombie merata. Tiada tompokan darah di lantai cuma serpihan kaca perkakas sains yang bersepah di atas lantai. Taehyung bergerak ke bahagian hadapan makmal apabila sebuah lubang kelihatan seperti lubang tembakan pada papan putih.

“Betul. Tentu bunyi tembakan aku dengar tadi tu berlaku dalam ni” Taehyung yakin dengan nalurinya. Namun nalurinya juga tidak lari dari persoalan. Siapa yang tembak? Siapa yang ada pistol? Adakah orang jahat yang mencipta virus zombie itu ada di sekolah itu?

Langkah Taehyung terhenti apabila ternampak sepasang kaki terlunjur di lantai.

“Siapa tu?” soal Taehyung, tidak berani melangkah ke hadapan. “Siapa tu?”

Sepasang kaki itu tidak bergerak. Dari amatan Taehyung memerhatikan kasut pada kaki itu, itu bukan milik pelajar. Taehyung memberanikan diri, mendekati sepasang kaki yang tidak bergerak itu.

“Cik cik cik cik cikgu!”

Taehyung spontan berundur terkejut, melihat Leeteuk terbaring atas lantai, kaku. Tompokan darah besar di bahagian dadanya dapat dilihat jelas. Jantung Taehyung berdegup kencang, sedikit ketakutan.

“Cikgu Leeteuk” Taehyung mengenali lelaki yang mengajar dalam kelasnya itu. Cikgu baru yang tidak sampai seminggu mengajar. Taehyung menggoncang perlahan tubuh lelaki dewasa itu. Tiada tindak balas.

Taehyung terduduk. Seperti tidak percaya melihat mayat di depannya. Kawasan sekeliling diperhatinya, di mana hanya tompokan darah pada badan Leeteuk sahaja yang kelihaan.  Tempat lain bersih. Taehyung diam. Memikirkan sesuatu. Kemudian anak muda itu memberanikan diri, meraba poket seluar milik Leeteuk yang sudah tidak bernyawa.

“Apa ni?” Taehyung bertanya kepada sebuah objek kecil petak tapi sedikit berat. Walkie talkie itu diambil simpan. Taehyung juga membelek telefon bimbit milik Leeteuk yang dijumpai. Sama seperti telefonnya, tiada talian dapat dicapai. Selepas itu, Taehyung perasan akan satu objek yang berada dalam genggaman Leeteuk.

“Pistol” Taehyung memgambil rampas senjata itu. Alat merbahaya itu ditenung dengan teliti. Itu kali pertama Taehyung memegang sebuah pistol yang sebenar.

“Cikgu, siapa yang buat ni pada cikgu?” Taehyung mengaju tanya pada badan kaku di depannya. “Aku tak akan sesekali maafkan dia” tambahnya lalu menyimpan pistol dalam poket seluarnya.

                                                                        …

Anak mata Jin merakam setiap pergerakan Eunhyuk. Detak hatinya penuh curiga. Lantas dia teringat nama Lee Eunhyuk yang ditemui dalam fail yang dimuatturun. Naluri Jin ditujah dengan pelbagai persoalan. Kakinya mengikut langkah Eunhyuk yang menaiki tangga ke aras tiga. Persoalan yang menhentam perasaanya ditelan dalam.

Eunhyuk tersenyum sinis, mengerling lihat seorang pelajar lelaki yang mengekori pergerakannya.

Jin langsung tidak menyedari perbuatannya sudah diketahui. Terus mengorak langkah yang sama seperti Eunhyuk.

Bang!

Membulat mata Jin melihat Eunhyuk menembak seorang pelajar lelaki yang menjadi zombie dan menghalang laluannya. Jin mengecilkan diri, menyembunyikan diri di sebalik pintu, mengintai perbuatan cikgu kimia itu.

Bang!

Eunhyuk menembak rambang sesiapa sahaja yang menghalang laluannya. Jin melihat Eunhyuk hilang, menyusup masuk dalam salah satu kelas di aras tiga itu. Penuh dengan perasaan ingin tahu, Jin terus mengekori Eunhyuk.

“Mana dia?”

Apabila Jin masuk dalam kelas yang sama, tiada sesiapa dalamnya. Jin melihat kekosongan. Eunhyuk tersenyum melihat mangsanya masuk perangkap.

“Kau ekori aku?” soal Eunhyuk, keluar dari tempat persembunyiannya di belakang pintu.

Jin menoleh ke belakang dan tergamam apabila hujung pistol mengenai dahinya.

“Aku tanya ni, kenapa kau ekori aku?” Eunhyuk mengulang soalannya. Lurus tangannya mengacukan pistol tepat pada dahi Jin.

“Cikgu” nafas Jin tercungap-cungap. Jantungnya berdegup kencang. Jin dapat mendengar degupan ketakutan dalam dirinya.

“Apa cikgu buat ni? Ni semua perancangan cikgu?”

“Kim Seok Jin nama kau kan? Waaa, pandai kau ‘survive’ ye” Eunhyuk mengerling tanda nama yang terjahit pada baju seragam pelajar itu.

“Cikgu, tolong. Selamatkan saya” Jin merayu untuk nyawanya. Dia melihat pandangan mata Eunhyuk yang penuh dengan kekejaman. Entah kenapa cikgu kimia itu dirasakan berbeza.

“Kenapa pula aku perlu selamatkan kau?”

Jin menelan air liur. “Saya tak sangka cikgu adalah orang jahat. Kenapa? Kenapa cikgu tukar semua orang jadi zombie? Siapa lelaki sebelah cikgu tadi?” ketar-ketar suara Jin bertanya.

“J. kau nampak dia? Mesti kau terkejut kan? J pun pandai b

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
Mampukah Taehyung melaksanakannya?

Comments

You must be logged in to comment
sunshine234 #1
Chapter 20: Let's me say it in one word. Amazing. I'm glad I'm reading your fanfic to be honest. I'm so in love with the plot, characters , and the twist. Although yeah it lucky that they still alive, if it was me, I might kill everyone hahahaha *evil laugh* anyway thank you for spending time writing this amazing fanfic. And it must be difficult for you but yeah you managed to end this amazing story. I wish it will turn out to be a real movie cause heck for sure I will watch it.
Park_Rafa88
#2
Akhirnya! Completed! ^^ Tahniah! Saya suka akan ending nya macam tengok drama gitu~ Tapi kenapa Baekhyun tak maam lead pun LoL~ Tak apa saya lagi suka baca cerita yg macam tak ada lead dan saya suka ff awak dari ff kerana cinta sampailah yg ni sangat daebak! Tahniah lagi sekali dan hope awak tak berhenti tulis ff genre macam ni sebab awak je satu-satunya author yg boleh ff sejjang ini~ Hehehe hope jumpa awak di ff yg lain~ *Komen pepanjang pula >< *
Netflixandchillrp
#3
WOAHHHHHHHHHHHHHHHH ITS GOOD
Mila_xiumin #4
Chapter 13: Author nim , palli , huhuu . Sambungkan chapter. Tk sabar nk tngk apa jadii lepas ni . huhu
aty_izzaty
#5
Chapter 12: Chapter 12: Sungjae? Huh? Joy? So, sungjae pura-pura rpt dgn joy sbb rncgn virus ni? Haha. Mati-mati fikir J tu Jimin...
tyhah_nad #6
Chapter 12: WHATTTTTTT ????!!!!! Sungjae omg..
aathirah28 #7
Chapter 11: Best..update lagi ^^
5days_fin
#8
Chapter 4: wahhh... bagus ye cerita no. Buat saya trtanya siapa J tu yg sbnr ye. apa kaitan leeteuk dgn jin? J tu jin ke? curious gler xD