Sayap Kanan dan Kiri

Darah dan Emosi
Please Subscribe to read the full chapter

Langsir di tingkap, disingkap ke tepi. Membiarkan cahaya matahari yang hangat singgah masuk ke dalam ruang rumah. Jung Ryu Won tersenyum sebaik melihat berita yang disiarkan di kaca tv.

“Bagus anakku” suaranya memuji sambil memandang sebuah gambar berbingkai di atas almari hiasan di tepi tv. Gambar dirinya bersama isteri kesayangan dan tiga orang kanak-kanak. Salah seorang daripadanya ialah Lee Eunhyuk.

                                                            …

Baekhyun dan Sandara mengambil tempat di kerusi mesyuarat. Kim Heechul mencatat sesuatu di papan putih. Sekeping gambar dilekatkan di tepi. Di bawah gambar itu ditulis nama Lee Eunhyuk berserta tanda seru. Baekhyun diam membaca kertas maklumat yang baru selesai difotokopi oleh Sandara tadi.

Kim Heechul kemudian berpaling mengadap ahli kumpulannya. Beberapa pegawai dari cawangan luar turut datang membantu, diserap masuk ke dalam kumpulan Kim Heechul buat sementara.

“Sebelum saya membahagikan tugas, saya mulakan dengan suspek utama kita. Lee Eunhyuk. Seperti yang terdapat dalam kertas tu, Lee Eunhyuk bekerja sebagai guru subjek kimia dan matematik di Sekolah Menengah Kyeonggi. Dia adalah anak yatim dan tidak mempunyai saudara mara lain. Perisik Park Leeteuk telah mengekori dia sejak dua tahun lalu dan mengumpul beberapa maklumat. Dia sememangnya merancang untuk melakukan serangan keganasan. Dia belajar untuk buat bom setahun lepas, tapi Park Leeteuk masih belum berjaya membongkar perkara itu ,”jelas Kim Heechul berdiri tegak di ruang depan mesyuarat.

“Memang betul dia adalah dalang kes virus ni?” seorang pegawai baru dari cawangan Busan menyoal. Park Chan Yeol. Nama yang tertera pada kad identiti polis yang digantung di leher.

“Park Leeteuk telah mengupah seorang penggodam komputer, hacker. Melalui hacker tersebut, dia dapat memuat turun satu fail yang dinamakan Rabu Yang Berdarah” Heechul lalu memandang Baekhyun, teringat akan surat amaran yang diterima tempoh hari. Namun perkara itu didiamkan.

“Dalam fail itu, ada nama Lee Eunhyuk yang mencipta bom, dan seorang saintis yang mencipta bersama virus D&E dan anti-virusnya. Dalam fail yang sama juga, ada disebutkan nama Jung Ryu Won”

Heechul bergerak ke papan putih lalu menulis nama itu. Satu garis kemudian dilukis, menghubungkan nama Jung Ryu Won dan Lee Eunhyuk.

“Kita mesti cari tahu apa kaitan mereka berdua” tegasnya.

“Kim Min Seok, saya nak awak siasat hubungan mereka berdua. Segera. Park Chanyeol pula, saya nak awak intip kediaman Jung Ryu Won, dan ekori dia sekiranya dia keluar ke mana-mana. Buat masa ni dia juga tersenarai sebagai suspek kita” Heechul menggunakan kuasanya untuk memberikan arahan.

“Perisik tu, masih tak dapat dihubungi?” soal Sandara, mencelah.

Heechul menggeleng. “Masih tak dapat. Kita kena lakukan siasatan sendirian. Sebaik panggilan dapat disambungkan kepada Park Leeteuk, kita akan minta bantuan dia. Pasti dia tahu siapa dalang yang sebenar dan motif serangan tersebut”

Baekhyun dan Sandara saling menggangguk.

“Ketua, saya pula? Apa perlu saya lakukan?” soal Baekhyun seperti kanak-kanak naif. Menuding jari pada dirinya sendiri.

                                                            …

Jin perlahan-lahan meletakkan Irene yang lemah, membaringkan gadis itu di atas kawasan bersih dan sedikit teduh. Seperti sangkaannya, kawasan di bahagian atas bumbung itu lengang, sunyi seperti kebiasaan.

“Kita akan selamat di sini?” soal Irene. Kawasan yang terbuka di atas bumbung menyebabkan kepalanya terasa berdenyut pening. Acap kali matanya ditutup buka, agar dapat mengadaptasi keadaan panas dan terang itu.

“Kenapa? Pening lagi?” Jin mula perasan Irene yang tidak selesa.

Irene menggangguk perlahan. “Tapi takpe, saya cuma perlu duduk diam dan berehat. Jangan risau”

Jin melepaskan nafas lega, lalu menyandarkan belakang badan ke dinding. Jarinya mencapai jari-jemari Irene dan dikunci rapat.

“Boleh awak terangkan, kenapa boleh jadi macam ni? Darah tadi, bukan main-main kan?” Irene yang terlentang, memandang langit yang terang di atas. Nafasnya beransur surut, tidak selaju tadi. Angin yang menderu di bahagian atas itu sedikit sebanyak, menyejukkan mereka berdua.

“Saya tak pasti. Park Leeteuk cuma suruh saya godam sistem komputer seseorang. Saya berjaya memuat turun fail yang bernama ‘Rabu yang berdarah’. Saya baca fail tu tapi tak faham seluruh kandungannya. Ia ada kaitan dengan politik. Park Leeteuk cakap ia mungkin merupakan motif dendam terhadap menteri. Kemudian saya teringat yang awak pernah beritahu bahawa ayah baru awak ialah seorang menteri. Saya takut dan nak bawa awak lari ke tempat yang selamat. Selamat dari orang jahat bernama J dan virus tu” jelas Jin panjang lebar.

“Menteri? Ayah tiri saya?” Irene lantas bangkit bangun, terkejut apabila Jin menyebut mengenai ayah tirinya. “Apa maksud awak?”

“Dalam sekolah ada beberapa pelajar yang merupakan anak menteri kabinet Korea. Mungkin virus ni merupakan satu ugutan. Aku dah agak. Sasaran mereka yang sebenar ialah presiden Korea”

Jin kemudian teringat kata-kata Park Leeteuk. “Park Leeteuk kata ia adalah sesuatu yang sulit. Kenapa?”

“Anak menteri?” Irene kemudian menggigit kuku jarinya lalu memandang Jin dengan serius. “Joy”

“Joy? Kenapa dengan dia?” soal Jin apabila nama itu yang keluar dari bibir Irene.

“Dia anak menteri yang sebenar, bukan saya. Dia anak kandung Menteri Hal Ehwal Luar negara. Saya cuma anak tiri, tambah pula mak saya berkahwin dengan ayahnya tak sampai dua bulan lagi.”

Jin diam berfikir. “Jadi, kalau dia nak sasarkan anak menteri, sasaran yang sebenar ialah Joy, bukan awak?”

Irene menggangguk laju. “Joy, mana dia sekarang?”

Jin masih buntu, riaknya kosong setelah mendapat tahu maklumat itu. Dia agak terkejut sebaik mendapat tahu bahawa gadis yang selalu mencuri pandang dia itu adalah adik tiri Irene sendiri. Selama ini dia tidak pernah kisah akan gadis itu, namun sekarang, egonya berbelah bahagi.

“Jin, selamatkan adik saya” rayu Irene, meruntuhkan ego lelaki itu, yang pernah berlagak depan Joy satu ketika, di mana Jin pernah meluahkan perasaan bencinya apabila gadis itu tergedik menyukainya.

“Jin~” Irene mencapai goncang lengan lelaki itu. Jin kemudian mengangguk. Nekad.

“Janggan pergi ke mana-mana. Kalau ada sesiapa datang, selamatkan diri awak” pesan lelaki itu sebelum meninggalkan Irene bersendirian di ruang atas bumbung itu.

                                                            …

Gincu merah dicalit pada bibir mugilnya. Mata galak memandang pantulan wajahnya sendiri di cermin. Seketika dia mengelipkan mata. Berpuas hati. Anak rambutnya lalu diperbetulkan menggunakan jari.

“Haish, perempuan ni. Sempat lagi dia nak bermake-up time macam ni. Kita kena lari dari zombie sekarang ni! Kau ni bodoh ke apa?” tempik Joy, menjeling gadis yang berdiri di depan cermin tandas itu.

Jelingan Joy juga dibalas jelingan tajam. Gadis itu diam tidak membalas. Sengaja malas.

“Joy, biarlah dia. Kau pun tahu dia macam mana. Lagipun dia yang selamatkan kita masa kena kejar zombie dalam kelas tadi” ujar Yeri, mengelakkan pergaduhan antara rakan sekelasnya.

“Sepastinya dari Joy. Budak biadap dalam kelas. Kau memang tak reti nak berterima kasih. Banyak komen pula” ujar Areum, tidak lagi mengadap cermin. Badannya dipusingkan, mengadap Joy dan Yeri yang sedang duduk di atas paha sinki.

“Yah-yah. Kau jangan nak cari gaduh dalam ni. Kita sekarang ni kena kejar oleh zombie. Hanya tinggal beberapa orang yang masih hidup. Kita kena bekerjasama untuk keluar dengan selamat” tegas Yeri. Bimbang pergaduhan tercetus antara Joy dan Areum. Dua orang gadis itu sememangnya tidak sekepala walaupun belajar dalam satu kelas yang sama. Areum merupakan salah seorang kumpulan ahli sorak, yang Joy anggap sebagai kumpulan gedikkan perhatian. Manakala Joy bergerak bebas, berkawan dengan semua orang yang mana sering rapat dengan Sungjae, Jimin, Taehyung dan dianggap sebagai playgirl.

“Zombie yang kat luar tu pun, kawan dia juga. Sebab tu dia tak takut. Mungkin dia sedang bersedia untuk join kawan-kawan dia. Ahli sorak zombie” ejek Joy, mengapikan gadis di depannya.

“Apa kau cakap!” bentak Areum marah. “Woi, masa kau kena serang tadi, aku yang alihkan perhatian zombie tu, aku yang bawa ke sini dan selamatkan kau berdua!”

“Ada aku suruh? Kau mesti takut hidup bersendirian, jadi kau heret aku dan Yeri bersama kan?” sengaja Joy enggan mengalah.

“Joy!” marah Yeri, mendiamkan gadis anak menteri itu. “Kau jangan nak buat pasal!” Yeri menyiku kepala gadis itu dengan buku limanya.

“Auww~” Joy mengusap kepalanya. Areum tersenyum puas kerana Yeri membantunya.

“Kau pun sama” Yeri mengacah mahu berbuat yang sama kepada Areum namun gadis itu mengelak.

“Boleh tak korang diam. Macam mana kalau zombie tu dengar suara kita kat dalam ni. Kantoi kita menyorok dalam ni” tambah Yeri dengan suara yang meninggi.

“Semua ini akan berakhir tak lama lagi. Aku yakin ayah aku pasti akan selamatkan kita” Joy bersuara, tidak lagi mencari gaduh.

Yeri menggangguk, juga mengharapkan perkara yang sama.

“Sungjae? Dia selamat atau dia dah jadi zombie?” Areum bertanya, langsung ditujukan kepada Joy.

“Mana aku tahu. Aku tak kisah pasal dia” dalih gadis itu.

“Bukan ke dia teman lelaki kesayangan kau. Dia menjaja cerita satu sekolah yang kau sayang sangat pada dia dan tak kasi mana-mana lelaki mengorat kau” Areum mula bergosip.

“Dia cakap tu pada semua orang?” sengaja Joy membuat riak terkejut, walhal dia sendiri tahu perkara itu. Dia juga sudah masak dengan perangai Sungjae yang tak matang.

“Literally, semua orang” ujar Areum yakin, disangkanya Joy masih tidak tahu perkara itu.

“Tak payah nak berlakon. Kau bukan tak tahu perangai Sungjae macam mana. Tadi pun, kau beria-ria mencari Sungjae, kau risaukan dia kan?” usik Yeri, menjeling nakal.

Laju Joy menggeleng dan menafikan. “Mana ada!”

“Tak payah nak jual mahal. Sungjae pun boleh tahan. Mungkin bodoh sikit tapi dia ada rupa” komen Areum jujur. Joy terdiam malu. “Lagipun dia mengorat kau daripada tahun satu lagi. Kesian dah aku tengok dia, terhegeh-hegeh kat kau. Kau memang kering hati”

“Aku tak suka lelaki macam dia tu. Dia kejar sampai aku mati pun aku tak suka kat dia. Dia bukan je bodoh, dia.. dia.. “ Joy kaku mencari ayat. Tiba-tiba bayangan Sungjae tersenyum manis padanya muncul dalam benak fikiran.

Dang! Dang! Dang!

Secara tiba-tiba

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
Mampukah Taehyung melaksanakannya?

Comments

You must be logged in to comment
sunshine234 #1
Chapter 20: Let's me say it in one word. Amazing. I'm glad I'm reading your fanfic to be honest. I'm so in love with the plot, characters , and the twist. Although yeah it lucky that they still alive, if it was me, I might kill everyone hahahaha *evil laugh* anyway thank you for spending time writing this amazing fanfic. And it must be difficult for you but yeah you managed to end this amazing story. I wish it will turn out to be a real movie cause heck for sure I will watch it.
Park_Rafa88
#2
Akhirnya! Completed! ^^ Tahniah! Saya suka akan ending nya macam tengok drama gitu~ Tapi kenapa Baekhyun tak maam lead pun LoL~ Tak apa saya lagi suka baca cerita yg macam tak ada lead dan saya suka ff awak dari ff kerana cinta sampailah yg ni sangat daebak! Tahniah lagi sekali dan hope awak tak berhenti tulis ff genre macam ni sebab awak je satu-satunya author yg boleh ff sejjang ini~ Hehehe hope jumpa awak di ff yg lain~ *Komen pepanjang pula >< *
Netflixandchillrp
#3
WOAHHHHHHHHHHHHHHHH ITS GOOD
Mila_xiumin #4
Chapter 13: Author nim , palli , huhuu . Sambungkan chapter. Tk sabar nk tngk apa jadii lepas ni . huhu
aty_izzaty
#5
Chapter 12: Chapter 12: Sungjae? Huh? Joy? So, sungjae pura-pura rpt dgn joy sbb rncgn virus ni? Haha. Mati-mati fikir J tu Jimin...
tyhah_nad #6
Chapter 12: WHATTTTTTT ????!!!!! Sungjae omg..
aathirah28 #7
Chapter 11: Best..update lagi ^^
5days_fin
#8
Chapter 4: wahhh... bagus ye cerita no. Buat saya trtanya siapa J tu yg sbnr ye. apa kaitan leeteuk dgn jin? J tu jin ke? curious gler xD