Degupan pertama

Darah dan Emosi
Please Subscribe to read the full chapter

Sebuah teksi kuning berhenti di depan unit perumahan Sin Dong. Kedengaran suara kanak-kanak bermain di taman permainan berhampiran, serta beberapa pasangan yang keluar berjalan waktu petang. Lokasi taman perumahan itu yang terletak berdekatan sungai Han menyebabkan kawasan itu dipenuhi ramai orang lewat petang. Leeteuk sempat memberi senyuman kepada pemandu teksi usai membayar tambang. Kemudian lelaki itu mengatur langkah pulang.

Seketika langkahnya terhenti dan Leeteuk mengerling belakang. Beg laptop yang digalas dari waktu di sekolah tadi dipegang kuat. Dalam langkahnya, Leeteuk dapat rasa dirinya diekori. Seseorang.

“Nak ekori aku? Kau tak tahu siapa aku” guman Leeteuk perlahan di depan lif yang sudah terbuka. Sebaik masuk ke dalam perut lift barulah Leeteuk rasa mata-mata yang mengekorinya hilang.

Leeteuk berjalan seperti biasa ke rumahnya di tingkat 10. Sebaik membuka kunci, beg dan kasutnya ditanggalkan. Pistol yang diikat pada kakinya juga dibuka. Tertinggal kesan merah akibat tekanan pistol yang diikat. Baju kemeja biru muda juga turut ditanggalkan dan Leeteuk mencapai tuala yang disangkut belakang pintu.

Lelaki itu bergerak ke kawasan ruang tamu yang mempunyai tingkap lutsinar yang luas. Cahaya hangat petang itu terbias pada wajahnya.

“Hari rabu terakhir? Aku nak tengok pengakhiran kau” lelaki itu menanggalkan kacamata. Riak Leeteuk tampak berbeza daripada riak wajahnya di sekolah tadi. Leeteuk kelihatan seperti orang lain setelah membuka kaca mata.

                                                                        ….

 

Teksi yang diekori tadi berhenti tepat di hadapan unit perumahan Sin Dong. Keretanya diberhentikan tidak jauh daripada teksi tadi. Bayangan Leeteuk yang baru keluar dari teksi dan bergerak masuk ke dalam kawasan perumahan terpantul pada cermin kacamata hitamnya. Lelaki itu tersenyum sinis.

“Park Leeteuk, siapa kau? Apa kau nak daripada aku?”

                                                                        …

Air yang menitik dari hujung rambut dibiarkan begitu sahaja. Tuala separuh lembap disangkut pada lehernya. Telefonnya bergetar setiap seketika, menanda masuknya mesej dalam aplikasi kakaotalk yang digunakan. Sengaja dia malas membuka baca setiap mesej tersebut. Pemanas udara juga malas dibuka. Sesuatu menggangu perasaanya.

“Aku tak suka orang perhati aku. Kalau ada masalah dengan aku, cakap awal-awal. Lagi satu, jangan ganggu Irene”

Joy menggigit bibir bawahnya. Teringat kata-kata Jin di depan pintu pagar sekolah tadi.

“Celaka” Joy menyumpah marah. Kakinya menendang anak patung berupa watak bear yang kebetulan di hujung katil.

“Entah apa yang cantik sangat pada Irene tu. Mak dan anak sama sahaja, perampas. Kenapa dia? Dalam banyak-banyak pelajar perempuan kat sekolah tu, kenapa dia suka Irene?” Joy mengeluh lalu menghempuk punggung atas tilam empuk.

                                                                        …

Di dalam sebuah bilik, yang cahayanya samar-samar, sepasang tangan ligat menaip pada papan kekunci komputer. Bunyi detikan jari menekan memenuhi separuh ruang bilik lelaki itu. Matanya tertatap pada skrin. Langsir pada tingkap besar sesekali beralun ditiup angin luar.

“Tuan muda, makan malam dah siap” satu suara menjengah dari luar, mengetuk pintu bilik lelaki itu.

“Nanti saya turun” sahut lelaki itu, meninggikan suara. Gerak anak matanya terikut pada perkataan-perkataan yang muncul di skrin.

‘Enter’

Jarinya menekan sedikit kuat pada papan kekunci ‘Enter’. Seketika skrin bertukar gelap, kemudian muncul beribu perkataan berlari pada skrin komputer yang berlatarkan warna biru. Terpantul warna tersebut pada anak mata lelaki itu. Satu tetingkap kecil kemudian muncul.

‘Virus send!’

Lelaki itu lalu tersenyum sinis.

“Mari kita lihat apa rancangan yang seterusnya”

Lelaki itu mencapai beg sekolah yang disangkut pada belakang kerusi, meraba-raba ke dalam bahagian kocek kecil yang berzip. Mencari sesuatu. Riak wajahnya berubah apabila tangannya tidak menjumpai apa yang dicari raba. Tidak berpuas hati, beg tersebut diambil capai dan lampu belajar kecil di atas meja dihidupkan.

“Mana aku letak bende tu?” lelaki itu terus meraba cari barang yang dikehendaki dalam begnya. Tiada.

Seketika lelaki itu mendiamkan diri, berfikir dan mengingatkan semula di mana dan bila kali terakhir benda itu dipegang.

“Mana aku letak pendrive tu? Ia tak boleh jatuh pada tangan orang yang salah” Jin mula bermonolog risau.

                                                                        …

Fokus Irene terganggu. Kerap kali pendrive USB kecil berwarna biru yang diletakkan berhampiran di atas meja belajarnya itu dipandang. Seketika dia meletakkan pen yang dipegang, berhenti membuat latihan matematik dan memandang pendrive itu. Hatinya berbolak-balik. Separuh perasaanya ingin tahu isi kandungan pendrive itu dan separuh hatinya berbisik supaya jangan.

“Ahhh~!” Irene menyaup muka, melepaskan badan pada kerusi belajarnya. Memandang siling kosong di atas, Irene membayangkan wajah lelaki itu. “Awak tak buat kerja lama tu kan? Awak tak godam virus dalam komputer lagi dah kan?”

Bayangan itu tidak menjawab.

                                                                        …

“Bersedia untuk rabu terakhir?”

Ayat tersebut terus menerus bermain dalam fikiran Byun Baekhyun. Persoalan demi persoalan yang menerkam tanya tidak mampu dijawab.

“Kenapa dengan hari rabu? Kenapa tidak selasa? Hari minggu ke?” soal Baekhyun sendirian. Tangannya tertetap pada stereng kereta. Menyusuri kawasan dereta kedai, keretanya dipandu perlahan.

“Macam-macam kes sekarang ni. Kenapa susah sangat nak terima kedamaian dan keamanan. Mana perginya peace no war yang disebut-sebut tu? Kenapa perlu melakukan jenayah? Macam mana nak bahagia kalau negara penuh dengan jenayah sana sini. Waaa~ kalau keadaan sekarang ni pun dah teruk, aku tak dapat bayangkan macam mana keadaan jenayah abad ke 22 dan 23 nanti.” bebel Baekhyun dalam keretanya sendirian sebelum sesuatu melintas lari di hadapan keretanya.

“Yah! Bahaya betul! Kalau aku terlanggar tadi!” Baekhyun menekan pedal brek dengan mengejut. Lantas tingkap kereta diturunkan laju.

“Kejar dia! Jangan sampai terlepas!” beberapa orang mengekori lelaki tadi, melintas lalu di hadapan kereta Baekhyun.

“Apa yang berlaku?” soal Baekhyun pana.

Keretanya diletakkan di bahu jalan, Baekhyun segera keluar dari perut kereta, mengejar ikut sekumpulan lelaki tadi. Kemudian, kelihatan sekerumunan orang di depan sebuah kedai runcit 7E.

 “Kurang ajar. Kali ni kau takkan terlepas! Pulangkan duit aku yang kau curi, pencuri tak guna!”

“Jangan berani datang dekat!”

Baekhyun menyusup masuk, mencelah dalam kerumunan tersebut. Seorang lelaki memegang botol kaca yang separuh pecah kelihatan menahan marah. Anak mata Baekhyun membulat apabila melihat seorang lelaki muda, menahan seorang gadis sebagai tebusan. Pisau tajam dihalakan pada leher gadis y

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
Mampukah Taehyung melaksanakannya?

Comments

You must be logged in to comment
sunshine234 #1
Chapter 20: Let's me say it in one word. Amazing. I'm glad I'm reading your fanfic to be honest. I'm so in love with the plot, characters , and the twist. Although yeah it lucky that they still alive, if it was me, I might kill everyone hahahaha *evil laugh* anyway thank you for spending time writing this amazing fanfic. And it must be difficult for you but yeah you managed to end this amazing story. I wish it will turn out to be a real movie cause heck for sure I will watch it.
Park_Rafa88
#2
Akhirnya! Completed! ^^ Tahniah! Saya suka akan ending nya macam tengok drama gitu~ Tapi kenapa Baekhyun tak maam lead pun LoL~ Tak apa saya lagi suka baca cerita yg macam tak ada lead dan saya suka ff awak dari ff kerana cinta sampailah yg ni sangat daebak! Tahniah lagi sekali dan hope awak tak berhenti tulis ff genre macam ni sebab awak je satu-satunya author yg boleh ff sejjang ini~ Hehehe hope jumpa awak di ff yg lain~ *Komen pepanjang pula >< *
Netflixandchillrp
#3
WOAHHHHHHHHHHHHHHHH ITS GOOD
Mila_xiumin #4
Chapter 13: Author nim , palli , huhuu . Sambungkan chapter. Tk sabar nk tngk apa jadii lepas ni . huhu
aty_izzaty
#5
Chapter 12: Chapter 12: Sungjae? Huh? Joy? So, sungjae pura-pura rpt dgn joy sbb rncgn virus ni? Haha. Mati-mati fikir J tu Jimin...
tyhah_nad #6
Chapter 12: WHATTTTTTT ????!!!!! Sungjae omg..
aathirah28 #7
Chapter 11: Best..update lagi ^^
5days_fin
#8
Chapter 4: wahhh... bagus ye cerita no. Buat saya trtanya siapa J tu yg sbnr ye. apa kaitan leeteuk dgn jin? J tu jin ke? curious gler xD