Janji

Darah dan Emosi
Please Subscribe to read the full chapter

015 Janji

Ruang depan balai Mahkamah Tinggi Seoul, dibanjiri dengan para wartawan dari pelbagai bidang media. Masing-masing berlari menyerbu ke arah pintu utama bilik perbicaraan sebaik pintu dibuka.

“Minta maaf, minta maaf. Sila beri laluan” beberapa pegawai polis mengadakan sekatan dan menghadang para wartawan dari terus menerpa ke arah suspek. Suspek utama yang berpakaian khas banduan penjara, tertunduk, berjalan mengikut pegawai polis yang memimpinnya agar tidak terlanggar mana-mana pihak wartawan.

“Sila beri kerjasama. Pesalah akan dibawa ke penjara” salah seorang pegawai polis bersuara tegas, memberi amaran kepada para wartawan yang keras kepala.

“Boleh beri keterangan lanjut mengenai keputusan mahkamah?”

“Apa hukuman yang dikenakan terhadap Menteri Jung selain dilucutkan jawatan?”

“Menteri Jung, boleh anda beri penjelasan di atas tindakan anda melakukan kesalahan tersebut?”

“Apa akan berlaku kepada penyokong dan keluarga Menteri Jung?”

Jung Ryu Won terhenti dan mendongak, mencari punca suara wartawan yang menanyakan soalan itu tadi.

“Keluarga saya?”

“Apa akan berlaku kepada penyokong dan keluarga Menteri Jung?” wartawan tadi mengulang soalannya yang ternyata berjaya menarik perhatian pesalah itu.

“Yook Kang Mi” Jung Ryu Won menuturkan nama isterinya. Para wartawan lalu mengangkat kamera masing-masing, merakam tepat wajah lelaki bekas menteri itu. Mikrofon berkumpul di depan lelaki itu.

“Jung Ryu Won” polis yang memimpin tangan pesalah itu, menggesa agar lelaki itu tidak menjawab soalan wartawan tadi.

“Kang Mi, surat penceraian ada dalam laci bilik belajar saya. Jaga anak kita elok-elok. Beritahu dia supaya jangan jadi seperti ayahnya. Beritahunya yang saya sudah lama mati” tutur Jung Ryu Won satu persatu dalam suara yang lemah, sambil mengadap salah sebuah kamera di hadapannya.

“Untuk keterangan lanjut, pihak polis akan adakan sidang media nanti. Semua persoalan akan dijawab di sana” pegawai polis yang bertugas itu, menarik tangan Jung Ryu Won, mendesak lelaki itu untuk terus berjalan di mana sebuah van polis sudah disediakan di hadapan mahkamah.

“Mama”

Yook Kang Mi yang menyorok di belakang salah sebuah tiang besar dalam ruang mahkamah itu tertunduk menutup muka. Dia mendengar semua apa yang dikatakan suaminya tadi. Namun dia tidak boleh menonjolkan diri kerana bimbang menjadi perhatian pihak media. Dalam diam, Yook Kang Mi menangis teresak.

“Ma, ayah tak bersalah kan? Ayah bukan orang jahat kan?” Sungjae yang berumur 14 tahun menggoncang tangan ibunya.

Kang Mi menggeleng, tidak menjawab. Air matanya membasahi wajah.

“Jangan risau. Saya pasti akan cari tahu siapa dalang yang fitnah ayah. Saya, akan balas dendam bersama abang Eunhyuk dan kak Sandara”

                                                                        ….

Kaki Jung Ryu Won disilangkan dengan lagak. Baju sut hitam yang dipakai menampakkan dia muda dari umurnya. Rambutnya disisir rapi namun tidak tidak dapat menyembunyikan beberapa helai uban yang tumbuh. Bibirnya mengukirkan senyuman halus.

“Jung Ryu Won. Berhenti” tutur tuan Presiden yang duduk berhadapan lelaki separuh umur itu. “Polis dan tentera dah kawal tempat. Kau dah tiada tempat nak larikan diri lagi. Pihak media dah berkumpul depan rumah ni”

“Aku tahu. Aku tahu. Tetapi aku tak boleh mengalah, selagi Sungjae tak mengalah. Ini semua rancangan anak aku, Sungjae. Dia yang tekad untuk balas dendam bagi aku. Kita dah tua, tuan presiden. Dah tiba masa kita beri laluan kepada generasi muda” balas Jung Ryu Won bermadah kata. Gayanya stabil, tidak goyak mahupun gentar.

“Balas dendam untuk apa? Perkara tu dah lebih lima tahun berlalu” ujar tuan presiden, mengungkit perkara lama.

“Perkara lama? Tentu mudah untuk tuan presiden lupakan, tapi tidak bagi saya dan keluarga saya. Makanya, saya tak boleh maafkan tuan presiden dan Park Seon Ho. Rakyat Korea patut sedar kepada kaki siapa yang mereka jilat sekarang, dan muka siapa yang mereka ludah”

Tuan presiden menyandarkan diri pada sofa empuk dalam ruang pejabatnya yang luas itu.

“Itu…”

“Itu perkara lama juga? Setiap hari, pihak media dan masyarakat dibodohi oleh lakonan Park Seon Ho. Tuan presiden hanya membiarkan sahaja?  Saya dah lama duduk diam, dan bila anak saya rancang untuk rampas semula kuasa, saya betul-betul berharap rancangannya akan berjaya” ujar Jung Ryu Won. Dahinya mula berkerut, memandang sinis lelaki berjawatan tinggi di hadapannya itu.

“Park Seon Ho dah berubah. Selepas kejadian lima tahun lepas, dia tak pernah mengulangi kesilapan yang sama. Setiap hari dia menyesalinya” tuan presiden membela ayah Joy yang sudah menjadi menteri bawahnya selama beberapa tahun.

“Lima tahun yang lepas, Park Seon Ho melakukan rasuah dan menggunakan duit cukai rakyat, tapi yang keluar masuk mahkamah, yang mengadap tuduhan masyarakat, yang meringkuk selama dua tahun dalam penjara ialah aku! Bukan Park Seon Ho! Di mana keadilan yang tuan presiden janjikan semasa pilihan raya dahulu?!” Jung Ryu Won meletus marah.

Tuan presiden tak mampu melawan kata kerana setiap apa yang Jung Ryu Won katakan adalah benar. Dalam hatinya, tertanam benak penyesalan paling dalam. Jung Ryu Won merupakan salah seorang menteri yang berwibawa tapi malangnya lima tahun lepas, tuan presiden tersalah memihak. Tuan presiden telah membela Park Seon Ho yang membuat salah dan menuduh Jung Ryu Won yang langsung tidak bersalah.

                                                                        …

Taehyung kembali duduk di atas kerusi, seperti sukar mempercayai kata-kata lelaki dewasa depannya itu. Baginya mustahil untuk rakan baiknya Sungjae terlibat dalam segala masalah yang berlaku.

“Sungjae? Cikgu pasti tak salah lihat?”

“CIkgu nampak dengan mata kepala sendiri. Lepas tembak Leeteuk, Sungjae dan Eunhyuk keluar bersama. Cikgu ada dengar juga yang Sungjae suruh Eunhyuk minta polis sediakan helikopter” jelas Donghae bersungguh-sungguh.

“Helikopter? Untuk apa?”

Dalam ketika itu, Donghae dan Taehyung dikejutkan dengan bunyi putaran bilah kipas dan enjin helikopter yang terbang berdekatan bangunan mereka.

“Hah, tu kan betul apa yang cikgu bagitahu” Donghae terkejut, spontan menampar lengan Taehyung.

“Heol! Susahnya saya nak percaya” keluh Taehyung.

“Apa agaknya helikopter buat di sini? Apa agaknya rancangan Sungjae dan Eunhyuk?” Donghae berteka-teki, sambil menjengah lihat melalui tingkap. Dia tidak dapat melihat helikopter tersebut namun bunyi tersebut masih dapat didengari.

“Oh ya Taehyung. Cikgu nampak Cikgu Eunhyuk ada simpan sesuatu dalam rak khas. Cikgu dapat rasakan ia adalah sesuatu yang amat penting, jadi cikgu ambilnya senyap-senyap”

Donghae bergerak kembali masuk ke dalam almari tempat sembunyianya tadi, lalu keluar pula bersama sebuah kotak kedap udara.

“Ini?” Taehyung bangkit, mendekati Donghae.

“Ini virus zombie tu kan?” Donghae mengajukan soalan.

Taehyung menggeleng. “Bukan”

“Cari anti virus tu. Eunhyuk simpan anti-virus tu dalam kawasan sekolah tu, jadi kau mesti cari anti-virus tu di kawasan di mana kemungkinan Eunhyuk simpannya”

Taehyung membuka peti itu, dan mendapati terdapat banyak cecair biru yang disimpan asing dalam tabung penguji.

“Ini mesti anti-virus tu! Cikgu nampak Cikgu Eunhyuk yang simpan kan?”

Donghae mengangguk. “Ini anti-virus kepada virus zombie tu? Jadi kita kena serahkan ni kepada pihak berkuasa”

“Saya akan serahkan. Saya tak boleh nak terangkan kepada cikgu sekarang, tapi saya dapat misi untuk cari anti-virus ni. Saya mesti serahkan ni kepada Detektif Byun. Hanya dia yang boleh dipercayai sekarang” Taehyung segera menutup bekas peti itu lalu mengangkatnya.

“Siapa? Yah, kamu tak boleh salah gunakan benda ini. Ia bukan barang mainan” Donghae merampas kotak itu daripada genggaman Taehyung.

“Cikgu, ini saya punya. Saya perlukan serahkan kepada seseorang yang saya tahu” Taehyung merampas kembali peti tersebut.

“Tapi cikgu kan yang jumpa peti ni dulu. Entah siapa-siapa yang kamu akan serahkan. Benda ni bukan barang mainan” Donghae mengetatkan genggaman, tidak membenarkan Taehyung merampas peti tersebut.

“Saya tahu ini bukan barang mainan, jadi cikgu perlu bagi kepada saya. Saya akan berikan kepada polis” Taehyung cuba merampas, memegang tarik peti tersebut dengan kuat.

“Polis mana? Mana ada polis dalam ni. Ci

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
Mampukah Taehyung melaksanakannya?

Comments

You must be logged in to comment
sunshine234 #1
Chapter 20: Let's me say it in one word. Amazing. I'm glad I'm reading your fanfic to be honest. I'm so in love with the plot, characters , and the twist. Although yeah it lucky that they still alive, if it was me, I might kill everyone hahahaha *evil laugh* anyway thank you for spending time writing this amazing fanfic. And it must be difficult for you but yeah you managed to end this amazing story. I wish it will turn out to be a real movie cause heck for sure I will watch it.
Park_Rafa88
#2
Akhirnya! Completed! ^^ Tahniah! Saya suka akan ending nya macam tengok drama gitu~ Tapi kenapa Baekhyun tak maam lead pun LoL~ Tak apa saya lagi suka baca cerita yg macam tak ada lead dan saya suka ff awak dari ff kerana cinta sampailah yg ni sangat daebak! Tahniah lagi sekali dan hope awak tak berhenti tulis ff genre macam ni sebab awak je satu-satunya author yg boleh ff sejjang ini~ Hehehe hope jumpa awak di ff yg lain~ *Komen pepanjang pula >< *
Netflixandchillrp
#3
WOAHHHHHHHHHHHHHHHH ITS GOOD
Mila_xiumin #4
Chapter 13: Author nim , palli , huhuu . Sambungkan chapter. Tk sabar nk tngk apa jadii lepas ni . huhu
aty_izzaty
#5
Chapter 12: Chapter 12: Sungjae? Huh? Joy? So, sungjae pura-pura rpt dgn joy sbb rncgn virus ni? Haha. Mati-mati fikir J tu Jimin...
tyhah_nad #6
Chapter 12: WHATTTTTTT ????!!!!! Sungjae omg..
aathirah28 #7
Chapter 11: Best..update lagi ^^
5days_fin
#8
Chapter 4: wahhh... bagus ye cerita no. Buat saya trtanya siapa J tu yg sbnr ye. apa kaitan leeteuk dgn jin? J tu jin ke? curious gler xD