Tangisan Yang Ingin Menafikan

Darah dan Emosi
Please Subscribe to read the full chapter

013 Tangisan yang ingin menafikan

“Yah Yook Sungjae!”

Sungjae menoleh belakang dan melakarkan senyuman besar. Geli hati melihat telatah Joy. “Jauh lagi ke?” soal gadis itu, mencebik.

“Nah~ cepat. Naik belakang saya” Sungjae turun beberapa langkah, mendekati gadis itu lalu duduk mencangkung sambil membelakangkan Joy. “Naik” Sungjae menepuk bahunya sendiri.

“Tak nak!” Joy menampar belakang badan lelaki itu yang sudahpun berpeluh.

“Dari tadi kau cakap dah nak sampai. Kalau kau tipu, siap kau!” Joy menyeringai marah. Kayu yang dipegang sebagai tongkat sengaja diangkat tinggi, amaran.

“Saya tak tipu! Cepat! Sebelum emas tu hilang” gesa Sungjae, menarik tangan gadis itu. Joy terpaksa mengejar langkah lelaki itu yang laju mendaki bukit. Dahinya juga dibasahi peluh halus. Topi yang dipakai juga sudah longgar. Hujung kasutnya dibasahi dengan lecak tanah yang masih belum kering.

“Cepat. Cepat!”

“Emas tu boleh hilang ke? Kalau takde emas, siap kau Sungjae!”

Tangan Sungjae dipegang kuat. Lelaki itu memimpin Joy naik ke atas bukit, ingin menunjukkan sesuatu. Senyuman manis tidak pudar dari lakaran wajahnya. Sungjae gembira kerana Joy menerima tawarannya untuk mendaki bersama pagi itu.

“Tutup mata” arah Sungjae, melepaskan tangan gadis itu lalu bergerak rapat di belakang Joy.

“Kenapa pula?” Joy bertanya hairan, namun masih menurunkan kelopak matanya. Tanganya meraba-raba di depan, bimbang terlanggar sesuatu. Langkahnya agak tersangkut-sangkut.

“Sungjae, kau jangan main-main dengan aku. Kalau aku jatuh dari atas bukit ni, ayah aku akan saman mak kau”

“Perlahan-lahan” Sungjae memimpin gerak langkah gadis itu. Untuk memastikan Joy tidak mencuri lihat, Sungjae menutup mata Joy dengan sebelah tanganya.

“Sekarang, buka mata” Sungjae lalu mengalihkan tangannya, dan perlahan-lahan Joy membuka mata.

“Waaaa” Joy tergamam dengan apa yang berada di depan matanya. Matanya bersinar. Riaknya terpegun.

“Cantik kan?” Sungjae berdiri rapat di sebelah Joy, turut memandang ke depan, menikmati pemandangan yang menakjubkan itu.

“Ini, macam…”

“Bandar emas” sambung Sungjae, terselit rasa bangga dalam hatinya. “Semua nampak macam emas kan?”

Joy mengangguk laju, tidak boleh mengalihkan pandangannya melihat pemandangan bandar Seoul dari atas bukit itu. Bandar yang sedang mengalami musim luruh itu, bersinar seperti emas apabila disinari cahaya matahari yang terbit, ditambah dengan kabus-kabus yang lembut dingin membentuk embun. Joy menyukai pemandangan itu.

“Pemandangan macam ni, hanya ada sekejap, tu pun bila musim luruh sahaja. Awak bertuah sebab dapat tengok semua ni. Terima kasih kepada saya sekarang”

Joy menjeling lelaki sebelahnya yang mula bernada bangga.

“Nah~ cepat” Sungjae menunduk sikit, mendekatikan pipinya dengan wajah Joy. “Sini” Sungjae menekan tunjuk pipinya.

“Apa?” Joy menjauhkan wajahnya. Sungjae pula masih tidak berganjak. Joy diam seketika sebelum dapat menangkap maksud lelaki itu, yang mahukan satu kucupan di pipinya.

“Aish kau ni!” Joy mengangkat tangan tinggi. Pantas Sungjae menutup mata, menyangkakan tamparan Joy akan singgah di pipinya.

Joy terhenti, melihat Sungjae yang masih memejam rapat matanya. Dia yakin pasti lelaki itu takut kerana selama ini, dia selalu garang dengannya, selalu memarahinya dan tangannya cepat memukulnya. Diam-diam Joy mendekati lelaki itu, mengucup bibirnya.

Sungjae terkejut apabila merasakan sesuatu yang lembut menyentuh bibirnya. Lelaki itu membuka mata dan melihat wajah Joy yang begitu dekat dengan wajahnya sendiri.

“Jangan beritahu sesiapa. Kalau tak, aku bunuh kau nanti” ujar Joy, merah padam wajahnya sebaik menjauhkan bibirnya dari lelaki itu.

“Jangan beritahu Taehyung dan Jimin pun!” Joy meninggikan suara, ingin menghilangkan perasaan malunya. Sungjae diam tidak membalas.

“Aku turun dulu!” Joy berlari menuruni bukit, meninggalkan Sungjae yang masih pana sendirian. Lelaki itu menyentuh pegang bibirnya.

                                                                        …

“Dalam masa kurang tiga jam, aku nak helikopter tu sampai atas bumbung ni. Kalau tidak aku akan letupkan sekolah dan aku akan lepaskan semua zombie dalam bangunan ni. Virus D&E akan merebak ke satu negara”

Kata-kata Eunhyuk membuatkan semua orang bertukar menjadi bertambah risau. Kamera media dan wartawan hanya mampu merakam detik itu dari luar pagar sekolah kerana mereka tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah berkenaan. Di saat suara lelaki itu bergema membuat pengumuman, semua orang diam menumpukan perhatian.

Pada ketika semua tertumpu kepada Eunhyuk, Baekhyun membuat laluannya sendiri, keluar dari kawasan sekolah itu tanpa menarik perhatian kerumunan wartawan. Laju Baekhyun berlari mendapatkan keretanya.

“Cikgu” Irene berasa sesak nafas apabila lehernya dicengkam oleh lengan Eunhyuk.

“Park Leeteuk cuma suruh saya godam sistem komputer seseorang. Saya berjaya memuat turun fail yang bernama ‘Rabu yang berdarah’. Saya baca fail tu tapi tak faham seluruh kandungannya. Ia ada kaitan dengan politik. Park Leeteuk cakap ia mungkin merupakan motif dendam terhadap menteri. Kemudian saya teringat yang awak pernah beritahu bahawa ayah baru awak ialah seorang menteri. Saya takut dan nak bawa awak lari ke tempat yang selamat. Selamat dari orang jahat bernama J dan virus tu”

Kata-kata Jin berputar dalam kotak ingatan Irene. J? virus? Cikgu Eunhyuk adalah orang yang menyebarkan virus tu?

“Inspektor Shin” Kim Heechul memanggil, sebagai isyarat untuk arahan yang seterusnya.

“Helikopter untuk aku dan J larikan diri, dan aku tak nak sebarang penjejak ditanam pada badan helikopter, mahupun sebarang perangkap dikenakan. Anti-virus akan diberikan selepas sejam aku dan J berjaya keluar dari sini” Eunhyuk mengeluarkan permintaan bersyarat.

“Dua orang anak Menteri Park, ada pada tangan aku. Kawan-kawan dia yang lain pun sekali. Satu langkah silap, nyawa mereka akan melayang” tambah Eunhyuk mengugut.

“Buat masa ni, kita ikutkan kehendak dia. Kim Heechul, sedia dua buah helikopter. Aku nak kau berada dalam helikopter yang akan dia gunakan. Buat panggilan kepada inspektor Yang supaya menyediakan dua orang penembak di bangunan berdekatan” Shin Dong memberi arahan.

“Salah seorang dari kamu, siasat mengenai J ni. Salah seorang lagi, dapatkan doktor bertugas untuk maklumat terkini mengenai virus tu” Shin Dong menoleh mengadap Kim Min Seok dan Park Chanyeol pula.

“Baik tuan” serentak jawab mereka berdua. Kertas biodata Yook Sungjae lalu diserahkan kepada Kim Min Seok.

                                                                        …..

Tangan Joy mengigil sambil meraba cari sesuatu di rak ubat. Matanya melilau baca nama-nama yang tertera dilabelkan pada ubat-ubat tersebut dengan pantas. Joy tidak biasa dengan istilah perubatan mahupun sains, maka nama ubat-ubat tersebut terasa asing bagi dirinya. Jantung berdegup laju, kerisauan. Wajahnya juga melahirkan riak bimbang.

“Mana satu ni?” Joy keliru.

“Ini”

Joy berpaling toleh melihat Jimin memegang sebuah botol yang mengandungi cair lutsinar.

“Apa tu?” Joy bertanya mendapatkan kepastian.

“Pembersih luka. Kau basuh luka dia dulu, bersihkan darah-darah tu” arah Jimin sambil menyerahkan botol tersebut kepada Joy.

“Kau pasti?” Joy memandangnya dengan tidak yakin.

“Buat je lah!” suara Jimin agak meninggi.

Joy mengangguk, lalu membawa botol tersebut mendapatkan Sungjae yang terbaring di atas katil pesakit dalam bilik kesihatan. Lelaki itu beberapa kali mengerang kesakitan, menjerit-jerit.

“Bertahan. Bertahan” Joy cuba menenangkan lelaki itu. Tangannya ketar membuka botol yang mengandungi cecair pembersih luka itu. Cecair itu lalu dituang ke atas luka di tangan Sungjae yang berlumuran dengan darah.

“Macam mana nak lap?” Joy buntu, melihat darah yang bercampur cecair tadi, membasahi tilam atas katil itu.

“Pakai ni” Jimin membuka baju seragamnya, lalu melempar kepada Joy. Baju itu disambut dan Joy mengelap darah merah pada lengan Sungjae.

“Ahhhh!” Sungjae menjerit sakit.

“Sorry. Sorry” ketar-ketar tangan Joy menekan baju Jimin itu, mengelap darah.

Wajah Sungjae pucat dan comot dengan kesan darah yang basah juga kering. Seketika Joy selesai mencuci darahnya, Sungjae berasa sedikit lega. Kesakitannya semakin kurang. Lelaki itu memerhatikan Joy dengan riak bimbang di wajahnya.

“Guna ni. Aku rasa ini untuk sembuhkan luka tu, untuk halang bakteria” Jimin lalu menyerahkan sebuah lagi botol kaca kecil berwarna merah.

“Apa ni? Kau jangan main-main. Jangan main pilih ubat je. Krim luka tiada ke?” Joy meneliti botol kaca yang dipenuhi dengan istilah perubatan, yang baru diserahkan oleh Jimin tadi.

“Entah. Cuba dulu” Jimin mengungkit bahu.

Joy membuka penutup botol kecil itu, melihat cecair kuning dalam botol tersebut. “Jimin cari kapas, aku rasa macam pernah tengok drama dala

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
Mampukah Taehyung melaksanakannya?

Comments

You must be logged in to comment
sunshine234 #1
Chapter 20: Let's me say it in one word. Amazing. I'm glad I'm reading your fanfic to be honest. I'm so in love with the plot, characters , and the twist. Although yeah it lucky that they still alive, if it was me, I might kill everyone hahahaha *evil laugh* anyway thank you for spending time writing this amazing fanfic. And it must be difficult for you but yeah you managed to end this amazing story. I wish it will turn out to be a real movie cause heck for sure I will watch it.
Park_Rafa88
#2
Akhirnya! Completed! ^^ Tahniah! Saya suka akan ending nya macam tengok drama gitu~ Tapi kenapa Baekhyun tak maam lead pun LoL~ Tak apa saya lagi suka baca cerita yg macam tak ada lead dan saya suka ff awak dari ff kerana cinta sampailah yg ni sangat daebak! Tahniah lagi sekali dan hope awak tak berhenti tulis ff genre macam ni sebab awak je satu-satunya author yg boleh ff sejjang ini~ Hehehe hope jumpa awak di ff yg lain~ *Komen pepanjang pula >< *
Netflixandchillrp
#3
WOAHHHHHHHHHHHHHHHH ITS GOOD
Mila_xiumin #4
Chapter 13: Author nim , palli , huhuu . Sambungkan chapter. Tk sabar nk tngk apa jadii lepas ni . huhu
aty_izzaty
#5
Chapter 12: Chapter 12: Sungjae? Huh? Joy? So, sungjae pura-pura rpt dgn joy sbb rncgn virus ni? Haha. Mati-mati fikir J tu Jimin...
tyhah_nad #6
Chapter 12: WHATTTTTTT ????!!!!! Sungjae omg..
aathirah28 #7
Chapter 11: Best..update lagi ^^
5days_fin
#8
Chapter 4: wahhh... bagus ye cerita no. Buat saya trtanya siapa J tu yg sbnr ye. apa kaitan leeteuk dgn jin? J tu jin ke? curious gler xD