001 Permulaan

Darah dan Emosi
Please Subscribe to read the full chapter

 

“Dunia akan bertukar kuasa, dunia akan dipenuhi darah dan manusia yang beremosi”

Satu senyuman sinis terukir sebaik tangannya selesai menaip. Komputer riba bertukar gelap dan memantulkan wajahnya yang masih muda di skrin. Tangannya kemudian mencapai telefon pintar yang diletakkan berdekatan komputer riba di hadapan. Jarinya menekan dail nombor.

“Macam mana? Sudah sedia untuk rabu terakhir?”

>>>>>>>>><<<<<<<<<<< 

“Pagi ini suhu dijangka akan menurun lagi. Diharapkan masyarakat luar sana supaya memakai baju tebal”

“Betul. Ah, negara kita akan bersedia mengalami cuaca….”

Skrin televisyen yang memaparkan rancangan pagi harian Korea Today dimatikan dan skrin tv bertukar gelap. Telefon pintar yang bergetar di atas meja dapur dicapai, menjawab panggilan yang diterima.

“Hello J”

“Macam mana? Sudah sedia untuk rabu terakhir?”

Lelaki itu menghirup sisa kopi dalam cawannya sebelum mengangguk dan menjawab, “Tak perlu bimbang. Semua berjalan mengikut rancangan”. Sisa air kopi yang terlekat pada bahagian atas bibirnya dilap menggunakan bahagian belakang tangan.

Lelaki itu diam, berjalan ke arah almari sambil mendengar. Telefon masih dilekapkan pada telinga kirinya dan sebelah tangannya membelek antara helaian baju yang bergantungan dalam almari. Sehelai kemeja biru muda menarik perhatiannya, lantas diangkat keluar dan dilentangkan atas katil yang kemas rapi.

Talian kemudian dimatikan dan telefon dicampakkan ke atas katil. Matanya beralih pandang pada jam loceng di rak kecil bersebelahan katil.

“Alamak, aku dah lambat”

>>>>>>>><<<<<<<<<< 

“Berhenti”

Pemandu keluarga Park itu memberhentikan kereta di bahu jalan, mengikut arahan.

“Cik muda nak turun di sini?” soalnya, sedikit aneh kerana kebiasaannya cik muda akan turun betul-betul di hadapan pagar sekolah.

“Keluar” satu perkataan tegas dari mulut Joy atau digelar cik muda dalam keluarga Park.

“Kau tak dengar ke? Aku suruh kau keluar”, arahannya diulang sambil menjeling pandang seorang gadis di sebelahnya. Gadis yang memakai baju seragam sekolah yang sama. Gadis yang hanya tua setahun daripadanya.

“Kenapa cik muda nak cik Irene turun di sini?” soal si pemandu lagi, kali ini dia menoleh ke belakang, memandang wajah masam cik muda Joy.

“Kau keluar sekarang! Sebelum orang lain perasan yang kau pergi sekolah sama kereta dengan aku. Kau nak orang lain tahu yang mak kau kahwin dengan ayah aku?!”

“Cik muda” Pemandu lelaki separuh umur itu menegur perangai Joy yang dianggap kurang sopan.

Irene mengeluh kecil sebelum mencapai daun pintu.  “Terima kasih” ucapnya sebelum melangkah keluar dari perut kereta. Senyuman ikhlas kepada Joy tidak dibalas.

“Cik muda, kenapa buat begitu? Cik Irene sekarang ialah kakak cik muda. Seorang adik tak sepatutnya buat sedemikian pada kakaknya” nasihat si pemandu sambi memandu perlahan kereta ke kawasan depan pagar.

“Kakak?” Joy mendengus sambil meniup anak rambutnya yang jatuh ke dahi. “Pak cik ingat mudah saya nak terima perempuan Kanada tu dengan anak dia? Saya dah cukup malu bila ayah berkahwin lagi satu. Tambah memalukan bila saya belajar satu sekolah dengan anak perempuan yang goda ayah saya. Ah!”

>>>>>>>><<<<<<<<< 

Kepalanya terasa berat seperti sesuatu yang menghempap. Telinganya dapat menangkap bunyi bising seperti bunyi orang berlari, berjalan, berbisik malah ketawa kecil. Hidungnya juga dapat menghidu aroma kopi panas. Lelaki itu tersenyum dalam lena.

“Byun Baekhyun”

Satu suara lembut memanggil, terasa dekat berbisik pada telinganya.

“Bangun. Balai polis bukan hotel untuk kau tidur”

Baekhyun menggaru usik telinganya, terasa gatal dek suara yang berbisik halus. Matanya masih terpejam rapat dan kepalanya masih terlentok atas meja kerja.

“Bangun sebelum aku mengamuk!”

Jeritan Kim Heechul mengejutkan anak muda yang tertidur itu. Tersentak Baekhyun, laju menegakkan posisi badan. Fail-fail yang berada atas kepalanya tadi jatuh bertaburan atas lantai. Baekhyun pana.

“Maafkan saya Ketua Kim” ujar Baekhyun, perasan akan Kim Heechul yang berdiri disebelahnya. Baekhyun dapat mengagak suara bisikan halus yang didengari tadi ialah suara ketuanya. “Saya tertidur masa siapkan laporan malam tadi”

“Hantar laporan ke meja saya. Pergi basuh muka dan dapatkan rakaman cctv di Jalan 23-D” Kim Heechul memberi arahan sambil membelek sebuah fail keras.

“Kutip kertas tu” tambahnya lalu beredar meninggalkan Baekhyun yang masih pana.

“Baik Ketua!” sahut Baekhyun sebelum mengeluh dalam diam. Sebaik Kim Heechul beredar, Baekhyun menunduk, mengutip kertas-kertas yang bertaburan bersama beberapa fail. Dalam hatinya, dia mengeluh namun Baekhyun sedar tugas itu adalah apa yang diidamkan selama ini. Tugas sebagai pegawai polis bukan sahaja menyelesaikan teori penjenayah dan menangkap penyenayah yang lari di tepi jalan, ia lebih dari itu.

“Tak lawak” komen Baekhyun, menjeling rakan setugasnya yang ketawa kecil di meja kerja yang bersebelahan meja Baekhyun. Rakan setugas yang direkrut bersama dari akademi polis.

“Nak aku tolong?” nada Sandara Park sinis sambil menyilangkan kakinya depan Baekhyun.

Baekhyun tidak membalas. Selesai mengutip kertas-kertas yang jatuh tadi, sengaja dia mengemas kertas tersebut di atas meja Sandara.

“Yah, pergi sana. Jangan menyemak di meja aku” Sandara menepis lembut lelaki itu.

“Yah, pergi sana. Jangan menyemak di meja aku” Baekhyun mengejek ulang dalam nada rendah. Sengaja mencebikkan muka depan rakan setugasnya itu. Walaupun berbeza umur, Baekhyun selesa untuk bekerja bersama dan saling bergurau dengan Sandara Park memandangkan mereka mula bekerja pada waktu yang sama dan sifat Sandara yang mesra dengan semua orang.

“Byun Baekhyun” Kim Heechul yang duduk di mejanya yang tidak jauh dari meja Baekhyun dan Sandara menegur lelaki itu. “Pergi buat kerja kau”

“Baik” balas ringkas Baekhyun sebelum beredar semula ke mejanya. Sempat dia menjeling Sandara yang menjelirkan lidah padanya. “Eeee perempuan ni” gumam Baekhyun geram.

>>>>>>>>>>>>> 

Sebuah pasu besar di tepi diangkat alih sebelum dicapai satu anak kunci dibawahnya. Pintu ditolak buka setelah dibuka kunci. Dalam keadaan penat, gadis itu menanggalkan jaket tebal dan kasut kerjanya. Disusun kemas di tepi pintu sebelum kakinya melangkah masuk. Perutnya mula berbunyi kelaparan namun matanya merayu kepenatan untuk tidur setelah semalaman berkerja.

Dalam langkah kecil Kim Taeyeon ke bilik air untuk basuh muka, gadis itu perasan akan tuala yang tidak terusik masih bergantung di depan pintu.

“Budak tak guna” gadis itu menggigit bibir. Geram

“Yah Kim Taehyung! Sampai pukul berapa kau nak tidur?! Kau tak nak pergi sekolah?!”

Taeyeon berlari ke bilik adiknya dan sempat mencapai satu penyangkut baju di depan pintu almari. Melihat tubuh yang terbaring kaku di bawah selimut lagi menaikkan amarahnya.

“Yah Kim Taehyung!” laju tangan Kim Taeyeon melibas penyangkut baju tadi, memukul sekujur tubuh yang masih lena dalam mimpi.

“Argh! Argh!” Taehyung mengaduh sakit, lantas bangkit bangun. “Akak!”

Tangan Taeyeon ditahan pegang dan penyangkut baju dirampas. “Saya dah bangun ni” ujar Taehyung dalam nada mamai, mukanya sembap.

“Yah, pukul berapa kau nak bersiap ni? Nanti terlambat pergi sekolah” Taeyeon memandang wajah sembap adiknya dengan perasaan geram.

“Ya ya. Nak bersiap la ni. Saya bukan macam akak, bersiap lama-lama” sempat Taehyung menggeliat sebelum bangkit bangun.

“Taehyung, semua ok kan?” Taeyeon melekapkan tangannya pada dahi adik lelakinya.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
Mampukah Taehyung melaksanakannya?

Comments

You must be logged in to comment
sunshine234 #1
Chapter 20: Let's me say it in one word. Amazing. I'm glad I'm reading your fanfic to be honest. I'm so in love with the plot, characters , and the twist. Although yeah it lucky that they still alive, if it was me, I might kill everyone hahahaha *evil laugh* anyway thank you for spending time writing this amazing fanfic. And it must be difficult for you but yeah you managed to end this amazing story. I wish it will turn out to be a real movie cause heck for sure I will watch it.
Park_Rafa88
#2
Akhirnya! Completed! ^^ Tahniah! Saya suka akan ending nya macam tengok drama gitu~ Tapi kenapa Baekhyun tak maam lead pun LoL~ Tak apa saya lagi suka baca cerita yg macam tak ada lead dan saya suka ff awak dari ff kerana cinta sampailah yg ni sangat daebak! Tahniah lagi sekali dan hope awak tak berhenti tulis ff genre macam ni sebab awak je satu-satunya author yg boleh ff sejjang ini~ Hehehe hope jumpa awak di ff yg lain~ *Komen pepanjang pula >< *
Netflixandchillrp
#3
WOAHHHHHHHHHHHHHHHH ITS GOOD
Mila_xiumin #4
Chapter 13: Author nim , palli , huhuu . Sambungkan chapter. Tk sabar nk tngk apa jadii lepas ni . huhu
aty_izzaty
#5
Chapter 12: Chapter 12: Sungjae? Huh? Joy? So, sungjae pura-pura rpt dgn joy sbb rncgn virus ni? Haha. Mati-mati fikir J tu Jimin...
tyhah_nad #6
Chapter 12: WHATTTTTTT ????!!!!! Sungjae omg..
aathirah28 #7
Chapter 11: Best..update lagi ^^
5days_fin
#8
Chapter 4: wahhh... bagus ye cerita no. Buat saya trtanya siapa J tu yg sbnr ye. apa kaitan leeteuk dgn jin? J tu jin ke? curious gler xD