Personal Message

10603433_821741424510928_182457140465414

10644811_821743134510757_481649275263365

 

About Me

Untuk makluman semua, ASTER merupakan label yang ditubuhkan untuk mengumpulkan dan memaparkan karya-karya fanfiction bermutu dan fokus kami adalah pada KONSEP YANG BERBEZA! 

Fanfiction melayu dikatakan genre penulisan yang semakin digilai ramai. Apatah lagi apabila dapat menelusuri sebuah konsep penulisan yang berbeza. 

Teruskan bersama kami, menyokong kami. Kami janjikan karya ini - sekali baca, terus melekat.

 

ASTER merupakan label yang ditubuhkan oleh Vert dan Lilac di mana ASTER akan memaparkan karya fiksyen/fanfiction hasil tulisan mereka berdua di page mereka untuk bacaan umum sebelum diterbitkan. 

Tidak ingin menempa kejayaan berdua sahaja, walaupun Acha Septriasa dan Irwansyah pernah mengatakan berdua lebih baik… semua itu dusta muahaha! Mereka mahu berkongsi kejayaan dengan semua orang iaitu dengan menubuhkan sebuah fanclub yang diberi nama FLORISTA. Mereka menyeru mereka yang turut berbakat dalam menulis atau berminat untuk membaca karya-karya mereka yang menarik dan lain daripada yang lain (atau karya ahli Florista juga) untuk menyertai Florista!

Apa tunggu lagi…

JOM JOIN! RASAI KEMERIAHAN FANCLUB INI!

Come and join FLORISTA now! 

Florista (under ASTER) ditubuhkan sebagai kelab pembaca/peminat fanfiction (rujuk: fanclub) --sama ada minat membaca, menulis atau kedua-duanya sekali.

Kenapa FLORISTA? Memandangkan kami menggunakan ASTER sebagai simbol kami, (bunga Aster adalah salah satu simbol persahabatan) FLORISTA adalah nama yang sangat relevan untuk menjadi nama kelab peminat ASTER. Bunga sudah secara semulajadinya indah namun dengan adanya florist, bunga akan kelihatan menakjubkan dan lebih cantik walau bunga biasa sekalipun. Seperti bunga, ASTER memerlukan FLORISTA untuk menggubah dan mencantikkan ASTER dengan idea dan kreativiti FLORISTA.

Kelebihan yang anda miliki sebaik menjadi ahli Florista.

* Dapat membaca hasil karya Vert dan Angelily yang sentiasa menjadi hit di asianfanfics.com. 

* Dapat mengikuti kelas penulisan dikelola oleh Vert dan Angelily.

* Dapat mendekati penulis-penulis ASTER dan menjadi sebahagian daripada keluarga kami.

* Mengenali dunia penulisan novel dengan lebih dekat.

* Memiliki nombor ID tersendiri. 

* Upgrade skil penulisan. 

FLORISTA akan dimajukan. InsyaAllah akan diteliti suatu hari nanti --untuk melaksanakan aktiviti bersama ahli Florista untuk mengeratkan silaturahim sesama kita.

Tidak kira anda minat membaca atau menulis atau tak minat langsung- you are welcomed!

Come and join us. Kasih ASTER, Sayang FLORISTA.

Just PM us.

 

Hubungi kami:

Facebook: ASTER

 

 

*akan dikemaskini dari semasa ke semasa