Disebalik Lensa Kamera(drabble)

Nampak tajuk blog ni?Ya,itulah yang aku akan ceritakan.Mengenai hidup seorang Kim Kai yang popular,dan mengenai seorang Kim Jongin yang ingin lari jauh dari hidup yang dikaburi dengan lensa kamera.Orang kata,sekeping gambar menyimpan seribu cerita.Dan orang juga kata,jika kita sukakan seseorang lebih baik mengambil gambarnya kerana ia tahan lama.

 

Kedua-duanya betul.Tapi disebalik lensa kamera seorang fangirl adalah sebuah kisah yang penuh penipuan.Betul ke sekeping gambar dapat mentafsir semua cerita yang tersembunyi di dalamnya?Dan jika begitu,kenapa tiada seorang pun tahu disebalik kepopularitian Kim Jongin ataupun dikenali sebagai Kai EXO terdapat satu rahsia yang hanya dia tahu apakah hal itu.

 

Mengapa lensa kamera dapat menipu dan menyembunyikan seribu satu pembohongan?Kalian pasti tertanya-tanya,apa makna disebalik tajuk cerita ini.Tak begitu?Baiklah,mungkin lebih mudah untuk difahami jika aku menghuraikan dulu maksud 'Disebalik Lensa Kamera' itu sendiri.

 

Apa yang kalian faham mengenai gambar?

 

Senyuman memukau seorang Kai?Tubuh badan menawan yang mampu mencairkan hati berjuta gadis di luar sana?

 

Ataupun keperitan dalam meniti hari-hari mendatang sebagai seorang artis tetapi tiada satu pun yang benar-benar paham penderitaan mentaliti yang dialamani olehnya.Tiada siapa tahu yang dia mengalami tekanan perasaan gara-gara sesaeng fans yang kadang kala melangkaui batas dengan mencerobohi privasi bias mereka.Tiada siapa tahu Kim Kai berjauhan dari keluarga demi mencapai cita-cita hingga pada suatu tahap dia berharap dapat menjadi seorang Kim Jongin untuk keluarganya.Tiada siapa tahu,setiap senyuman diberikan itu sebuah senyuman yang penuh kedukaan.Kita perasan ke?

 

Oh,pastilah kita tidak perasan itu semua,kerana dia Kim Kai seorang yang suka mempamerkan senyuman,membariskan gigi-gigi putih yang tersusun cantik.Tiada siapa sedar,kerana kamera kitalah mereka terpaksa berpura-pura.Menjadi insan lain semata-mata demi membahagiakan peminat mereka.

 

Itulah disebalik lensa kamera seorang fangirl.

 

Shuhhh,ianya rahsia.

 


ignorekan aku..tetibe je jd biol -_-

Comments

You must be logged in to comment
LovelyIna
#1
dunno why.. i'm crying T^T i love you Kim Jongin and Kim Kai... I love you so much..