Cabaran Komik Online Malaysia 2017

Akhirnya, setelah lama tak on AFF, tergerak jugak hati nak update selepas kawan tanya,"Kau dah tak update blog ke?"

 

Kau kena faham, mood malas aku kalau datang.. Hmph, teruk.

 

Jadi, tujuan saya update blog ni adalah untuk memberitahu yang saya nak cuba sertai CKOM 2017 yang berlangsung di laman web www.matkomik.com. 

 

Dan, sesiapa yang baca blog saya dialu-alukan untuk menyertai sebab hadiahnya lumayan! Tak dapat tempat pertama pun tak apa, hadiah saguhati pun boleh :'D

 

Tema tahun ini ialah sukan, dan bebas lukis apa-apa sukan selain bola sepak. Mungkin cara ni berkesan untuk saya terus aktif dalam bidang melukis dan menulis sebab benda ni saling berkait, dan saya dah lama tak update apa-apa cerita. :'D

 

Jadi, doakan saya berjaya! ( Tak siap lagi pun huhu )

 

P/S : MONSTA X dah comeback! Lagu Dramarama memang win kali ni heheu~ 

Comments

You must be logged in to comment
nanadjiyongie_01
#1
malangnya saya tak reti lukis2 komik ni AHHAHA..anyways goodluck!